A A A A A

Dosa: [Gosip]


2 Korintus 12:20
Aku khuatir apabila aku melawat kamu kelak, aku akan mendapati kamu berlainan daripada apa yang aku harapkan. Kamu pun akan mendapati aku berlainan daripada apa yang kamu harapkan. Aku khuatir aku akan mendapati kamu berkelahi, iri hati, lekas marah, mementingkan diri sendiri, saling menghina dan memfitnah, sombong dan suka mengacau.

Efesus 4:29
Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya.

Exodus 23:1
“Jangan sebarkan berita dusta, dan jangan tolong orang yang bersalah dengan memberikan kesaksian palsu.

James 1:26
Adakah sesiapa menganggap dirinya beribadat? Jika dia tidak mengendalikan lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu dirinya sendiri.

James 4:11
Saudara-saudaraku, janganlah saling mengecam. Sesiapa mengecam atau menghakimi saudara seiman, orang itu mengecam dan menghakimi Taurat. Jika dia menghakimi Taurat, maka dia tidak lagi mentaati Taurat, tetapi menghakiminya.

Imamat 19:16
Jangan sebarkan fitnah tentang orang lain. Apabila seseorang diadili, jangan berikan kesaksian palsu yang menyebabkan orang itu dihukum mati. Akulah TUHAN.

Amsal 10:18-19
[18] Orang yang menyembunyikan kebenciannya ialah pendusta. Orang yang mengumpat ialah orang bebal.[19] Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka.

Amsal 11:9-13
[9] Percakapan orang jahat membinasakan orang; hikmat menyelamatkan orang baik.[10] Seluruh kota bersukacita apabila orang jujur mendapat rezeki; rakyat bersorak-sorai apabila orang jahat mati.[11] Restu orang jujur memakmurkan kota; perkataan orang jahat memusnahkan kota.[12] Menghina orang lain adalah perbuatan bodoh. Orang yang bijak lebih suka berdiam diri.[13] Orang yang mengumpat tidak dapat menyimpan rahsia, tetapi orang yang dapat dipercayai boleh merahsiakan perkara.

Amsal 16:28
Orang jahat mengumpat; mereka menimbulkan pertengkaran dan menceraikan sahabat akrab.

Amsal 17:9
Jika ingin disukai orang, maafkanlah kesalahan yang dilakukan mereka. Membangkit-bangkit kesalahan akan memutuskan persahabatan.

Amsal 18:8-21
[8] Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.[9] Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.[10] TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.[11] Tetapi orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti tembok tinggi dan kuat di sekeliling kota.[12] Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.[13] Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.[14] Kemahuan untuk hidup dapat menanggung derita penyakit tetapi jika lenyap kemahuan itu, hilanglah segala harapan.[15] Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.[16] Hadiah membuka jalan sehingga mudah untuk menemui orang besar.[17] Orang yang pertama berucap di mahkamah selalu nampaknya benar, tetapi kenyataannya akan diuji setelah perkaranya diperiksa.[18] Jika terjadi pertikaian di mahkamah antara dua orang yang berkuasa, buanglah undi untuk menyelesaikannya.[19] Tolong-menolong menguatkan persaudaraan seperti tembok kota yang kukuh, tetapi pertengkaran memutuskan perhubungan.[20] Kata-kata yang diucapkan membawa kesan yang harus dirasakan.[21] Kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan. Orang harus merasakan kesan kata-kata mereka.

Amsal 20:19
Orang yang mengumpat tidak sekali-kali dapat menyimpan rahsia. Jangan bergaul dengan orang yang suka merepek.

Amsal 26:20
Tanpa kayu, api padam; tanpa umpatan, pertengkaran pun berhenti.

Mazmur 34:13
Mahukah kamu menikmati hidup? Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?

Mazmur 41:7
Mereka yang mengunjungi aku tidak ikhlas; mereka mengumpulkan segala berita yang buruk tentang aku, lalu keluar dan menyebarkannya ke mana-mana.

Mazmur 141:3
Ya TUHAN, kawallah mulutku, dan jagalah bibirku.

Amsal 18:6-7
[6] Jika orang bodoh menimbulkan pertengkaran, mereka minta dipukul.[7] Apabila orang bodoh bercakap mereka terjerat oleh kata-kata mereka dan membinasakan diri.

1 Timothy 5:13-14
[13] Selain daripada itu mereka suka membuang masa dengan keluar masuk rumah orang. Tetapi yang lebih buruk lagi, mereka mengumpat dan turut campur urusan orang lain serta mempercakapkan perkara-perkara yang tidak seharusnya dikatakan.[14] Oleh itu aku mahu supaya balu muda berkahwin lagi, mempunyai anak dan mengurus rumah tangga, agar musuh kita tidak berpeluang menjahatkan nama kita.

1 Timothy 3:9-11
[9] Dengan hati nurani yang murni, mereka mesti berpegang kepada ajaran iman Kristian yang sudah dinyatakan oleh Allah.[10] Mereka harus diuji dahulu dan jika terbukti mereka tidak bercela, barulah mereka boleh membantu.[11] Isteri mereka pun mestilah orang yang baik sifatnya. Mereka tidak boleh mengumpat; mereka haruslah tahu mengawal diri dan jujur dalam segala perkara.

Amsal 26:20-22
[20] Tanpa kayu, api padam; tanpa umpatan, pertengkaran pun berhenti.[21] Seperti arang dan kayu membuat api tetap menyala, begitu juga orang yang suka bergaduh menyebabkan pertengkaran.[22] Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.

Rom 1:29-32
[29] Hati mereka penuh dengan kejahatan, kekejaman, ketamakan, kebusukan dan kedengkian, keinginan untuk membunuh, berkelahi, menipu, dan mendendam. Mereka suka mengumpat,[30] memburukkan nama orang lain; mereka sombong dan biadab, yang membenci Allah dan bercakap besar. Mereka memikirkan cara-cara baru untuk melakukan kejahatan. Mereka melawan ibu bapa,[31] tidak berakhlak, memungkiri janji, dan tidak berperikemanusiaan.[32] Mereka tahu bahawa menurut hukum Allah, orang yang berbuat semua itu harus dihukum mati. Namun demikian mereka terus-menerus melakukan hal-hal itu; bahkan mereka menyetujui orang lain yang berbuat demikian.

Titus 2:2-5
[2] Nasihatilah orang lelaki yang tua supaya bijaksana, bersifat baik, dan tahu mengawal diri. Mereka juga harus sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, dan tabah menghadapi penderitaan.[3] Demikian juga, nasihatilah wanita yang tua supaya kelakuan mereka sesuai dengan kelakuan wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh mengumpat atau menjadi kaki botol. Mereka mesti mengajarkan apa yang baik.[4] Dengan demikian wanita yang tua dapat mendidik wanita yang muda supaya mengasihi suami dan anak-anak,[5] tahu mengawal diri, suci dan menjadi suri rumah yang baik, serta taat kepada suami. Dengan demikian tidak ada orang yang dapat mencela perkhabaran daripada Allah.

Rom ১:২৮-৩২
[২৮] Kerana manusia tidak mahu mengakui Allah, Allah membiarkan fikiran mereka menjadi rosak, sehingga mereka melakukan hal-hal yang tidak senonoh.[২৯] Hati mereka penuh dengan kejahatan, kekejaman, ketamakan, kebusukan dan kedengkian, keinginan untuk membunuh, berkelahi, menipu, dan mendendam. Mereka suka mengumpat,[৩০] memburukkan nama orang lain; mereka sombong dan biadab, yang membenci Allah dan bercakap besar. Mereka memikirkan cara-cara baru untuk melakukan kejahatan. Mereka melawan ibu bapa,[৩১] tidak berakhlak, memungkiri janji, dan tidak berperikemanusiaan.[৩২] Mereka tahu bahawa menurut hukum Allah, orang yang berbuat semua itu harus dihukum mati. Namun demikian mereka terus-menerus melakukan hal-hal itu; bahkan mereka menyetujui orang lain yang berbuat demikian.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia