A A A A A

Dosa: [Gluttony]


1 Korintus 6:12
"ସମସ୍ତ ବିଷୟ ସାଧନ କରିବା ପାଇଁ ମାେତେ ଅନୁମତି ମିଳିଛି। କିନ୍ତୁ ପ୍ରେତ୍ୟକକ ବିଷୟ ଭଲ ନୁହେଁ। ସମସ୍ତ ବିଷୟ ସାଧନ କରିବା ପାଇଁ ମାେତେ ଅନୁମତି ମିଳିଛି କିନ୍ତୁ ମାେ ଉପରେ କତ୍ତୃର୍ତ୍ବ କରିବାକୁ ମୁଁ କାହାକୁ ଦବେି ନାହିଁ।"

1 Korintus 10:7
juga supaya kita tidak menyembah berhala seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. Di dalam Alkitab tertulis, “Umat itu mula makan minum dan menari untuk menyembah berhala.”

1 Korintus 15:32
Dari segi kemanusiaan, apa gunanya berjuang seolah-olah melawan binatang buas di kota Efesus ini? Jika memang orang mati tidak dihidupkan semula, maka lebih baik kita hidup seperti pepatah ini, “Marilah kita makan minum dan bersuka-suka, kerana esok kita akan mati.”

Ulangan 21:20
Ibu bapa itu harus berkata kepada para pemimpin, ‘Anak kami keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada kami; dia juga pemboros dan pemabuk.’

Yehezkiel 16:49
Sodom dan anak-anaknya sombong kerana mereka mempunyai banyak makanan serta dapat hidup dengan tenang dan aman. Tetapi mereka tidak menolong orang yang miskin dan susah.

Kejadian 3:6
Perempuan itu nampak bahawa pokok itu cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa baiknya jika dia menjadi bijaksana. Oleh itu dia memetik buah pokok itu dan memakannya. Dia juga memberikan buah pokok itu kepada suaminya, dan suaminya pun makan buah itu.

Filipi 3:19
Hidup orang seperti itu akan berakhir dengan kehancuran, kerana mereka bertuhankan keinginan tubuh mereka sendiri. Mereka membanggakan hal-hal yang seharusnya memalukan. Mereka hanya memikirkan perkara-perkara duniawi.

Amsal 23:2
Jika kamu sangat berselera, tahanlah selera kamu.

Amsal 23:21
kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.

Amsal 28:7
Orang muda yang mentaati hukum adalah bijak. Orang yang bersahabat dengan pemboros memalukan bapanya.

Mazmur 119:70
Mereka tidak mempunyai pengertian, tetapi Taurat-Mu menyenangkan hatiku.

Rom 13:14
Tetapi biarlah Tuhan Yesus Kristus menjadi pelindung kamu. Janganlah turuti tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu.

Titus 1:12
Seorang nabi dari Kreta pun pernah berkata, “Orang Kreta selalu berdusta. Mereka seperti binatang buas yang rakus dan malas.”

Amsal 23:20-21
[20] Jangan bergaul dengan pemabuk atau orang gelojoh,[21] kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.

1 Korintus 6:19-20
[19] Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.[20] Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.

Mazmur 115:4-8
[4] Berhala-berhala mereka dibuat daripada perak dan emas, dibentuk oleh tangan manusia.[5] Berhala-berhala itu mempunyai mulut tetapi tidak dapat bercakap, mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat,[6] mempunyai telinga tetapi tidak dapat mendengar, mempunyai hidung tetapi tidak dapat menghidu,[7] mempunyai tangan tetapi tidak dapat meraba, mempunyai kaki tetapi tidak dapat berjalan; berhala-berhala itu tidak dapat bersuara.[8] Biarlah semua orang yang membuat berhala, dan yang percaya kepada berhala, menjadi seperti berhala yang dibuat mereka.

Rom 14:13-17
[13] Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain. Sebaliknya kamu harus mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa yang menyebabkan saudara kamu tergoda dan berdosa.[14] Kerana aku bersatu dengan Tuhan Yesus, aku yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang pada dasarnya najis, tetapi jika seseorang menganggap sesuatu hal najis, maka najislah hal itu bagi dia.[15] Jika apa yang kamu makan, menyakiti hati seorang saudara seiman, tindakan kamu itu tidak berdasarkan kasih. Janganlah hancurkan seseorang dengan apa yang kamu makan, kerana Kristus sudah mati baginya.[16] Janganlah sebabkan apa yang kamu anggap baik, dianggap jahat oleh orang lain.[17] Hal itu demikian kerana Pemerintahan Allah bukanlah soal makanan atau minuman, tetapi kerelaan melakukan kehendak Allah, ketenangan hati, dan kegembiraan, yang semuanya dikurniakan oleh Roh Allah.

Mazmur 78:26-31
[26] Dia menyebabkan angin timur bertiup, dan dengan kuasa-Nya angin selatan berhembus.[27] Untuk umat-Nya, Dia menurunkan burung, burung sebanyak pasir di pantai;[28] burung jatuh di tempat perkhemahan mereka, di sekeliling tempat kediaman mereka.[29] Lalu mereka makan hingga kenyang; Allah memberikan apa yang dikehendaki mereka.[30] Tetapi nafsu mereka belum dipuaskan, dan sementara mereka makan,[31] Allah naik murka terhadap mereka, dan membunuh orang Israel yang muda dan perkasa.

2 Timothy 3:1-9
[1] Ingatlah hal ini! Pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan.[2] Manusia akan mementingkan diri sendiri, tamak dan serakah, sombong dan bongkak. Mereka akan menghina dan melawan ibu bapa, tidak tahu berterima kasih dan tidak mahu mengenal Allah.[3] Mereka tidak mengasihi sesama manusia, tidak berbelas kasihan, suka mengumpat, suka akan keganasan; mereka kejam dan benci akan kebaikan.[4] Mereka suka berkhianat, tidak berfikir panjang dan sombong. Mereka lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Allah.[5] Pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka.[6] Beberapa orang daripada mereka pergi ke rumah orang, lalu menguasai wanita yang tidak berpendirian dan dibebani perasaan berdosa serta dipengaruhi segala macam keinginan.[7] Wanita-wanita itu selalu ingin belajar tetapi tidak dapat mengetahui ajaran yang benar itu.[8] Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah juga semua orang ini menentang ajaran Allah. Fikiran mereka rosak dan iman mereka hancur.[9] Tetapi mereka tidak akan berjaya, kerana semua orang akan tahu tentang kebodohan mereka, seperti yang dialami oleh Yanes dan Yambres dahulu.

Nombor 11:18-34
[18] Sekarang beritahulah orang Israel, ‘Sucikanlah diri kamu untuk esok, kerana kamu akan makan daging. TUHAN sudah mendengar kamu merungut dan berkata bahawa kamu ingin sekali makan daging, dan bahawa keadaan kamu lebih baik semasa di negeri Mesir. Sekarang TUHAN akan memberi kamu daging dan kamu mesti makan daging itu.[19] Kamu mesti memakannya bukan sahaja selama satu atau dua hari, atau lima, atau sepuluh, ataupun dua puluh hari,[20] tetapi selama satu bulan, sehingga kamu menjadi sakit dan muntah-muntah kerana daging itu. Hal itu akan terjadi kerana kamu menolak TUHAN yang ada di tengah-tengah kamu. Kamu juga bersungut kepada-Nya dengan berkata bahawa kamu tidak seharusnya meninggalkan Mesir.’ ”[21] Musa berkata kepada TUHAN, “Sekarang aku sedang memimpin 600,000 orang. Bagaimanakah Engkau dapat berfirman bahawa Engkau akan memberi mereka daging yang cukup selama satu bulan?[22] Cukupkah lembu dan domba untuk disembelih bagi mengenyangkan mereka? Cukupkah semua ikan di laut untuk mereka?”[23] TUHAN berfirman, “Adakah kuasa-Ku terbatas? Engkau akan segera melihat sama ada firman-Ku itu berlaku atau tidak!”[24] Oleh itu Musa keluar dan memberitahu umat Israel apa yang difirmankan TUHAN. Musa mengumpulkan tujuh puluh orang pemimpin dan menyuruh mereka berdiri di sekeliling Khemah TUHAN.[25] Kemudian TUHAN turun di dalam awan dan berfirman kepada Musa. TUHAN mengambil sebahagian daripada kuasa yang sudah diberikan-Nya kepada Musa, lalu memberikan kuasa itu kepada tujuh puluh orang pemimpin itu. Ketika Roh TUHAN turun ke atas mereka, mereka mula berseru seperti nabi, tetapi tidak lama.[26] Dua daripada tujuh puluh orang pemimpin itu, iaitu Eldad dan Medad, tinggal di perkhemahan dan tidak pergi ke Khemah TUHAN. Di perkhemahan itu, Roh turun ke atas mereka dan mereka pun mula berseru seperti nabi.[27] Seorang pemuda lari keluar untuk memberitahu Musa tentang hal yang berlaku kepada Eldad dan Medad.[28] Kemudian Yosua anak Nun, yang telah membantu Musa sejak masa mudanya, berkata kepada Musa, “Tuan, suruhlah mereka diam!”[29] Musa menjawab, “Adakah engkau memikirkan hal aku? Aku sangat berharap agar TUHAN memberikan Roh-Nya kepada semua umat-Nya, dan menyebabkan mereka semua berseru seperti nabi!”[30] Selepas itu Musa dan para pemimpin Israel itu balik ke perkhemahan.[31] Tiba-tiba TUHAN mendatangkan angin dari laut; angin itu membawa burung-burung puyuh yang terbang rendah sekali, serendah kurang daripada satu meter dari permukaan tanah. Burung-burung itu berterbangan di atas perkhemahan dan di sekelilingnya sejauh beberapa kilometer.[32] Sepanjang hari itu dan sepanjang malam, serta sepanjang hari berikutnya, orang asyik menangkap burung puyuh. Setiap orang menangkap tidak kurang daripada seribu kilogram burung puyuh. Mereka menjemur burung-burung yang ditangkap itu di sekeliling perkhemahan.[33] Sementara masih banyak daging burung puyuh, TUHAN murka kepada umat itu dan mendatangkan wabak kepada mereka.[34] Tempat itu dinamakan Kibrot-Taawa yang bererti “Kuburan Kerakusan” kerana di situlah mereka menguburkan orang yang mati kerana rakus.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia