A A A A A

Dosa: [Nafsu]


Exodus 20:14
Jangan berzina.

Mazmur 101:3
aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku. Aku benci akan tindakan orang yang murtad; aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.

Matthew 5:28
Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati.

1 Korintus 6:13
Seorang lain berkata, “Makanan untuk perut dan perut untuk makanan.” Betul, tetapi Allah akan meniadakan kedua-duanya. Tubuh kita tidak boleh digunakan untuk melakukan perbuatan cabul, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Tuhan, dan Tuhan akan memelihara tubuh kita.

2 Timothy 2:22
Jauhkanlah diri daripada nafsu orang muda. Berusahalah untuk hidup menurut kehendak Allah, setia kepada-Nya, mengasihi saudara seiman, dan hidup damai dengan mereka. Lakukanlah semua perkara itu bersama-sama mereka yang meminta pertolongan Tuhan dengan hati yang tulus.

1 John 2:16
Segala sesuatu di dunia ini, iaitu yang diingini oleh keinginan hati orang berdosa, dan yang dilihat lalu dikehendaki, serta yang dibangga-banggakan, semuanya tidak berasal daripada Bapa, tetapi dari dunia.

Amsal 6:25
Jangan kamu tergoda oleh kecantikan mereka, atau terpikat oleh kerlingan mata mereka.

Galatia 5:16
Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia.

Rom 8:6
Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian.

James 1:14-15
[14] Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat.[15] Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia