A A A A A

Misteri: [Raksasa Dalam Alkitab]


Ulangan 1:28
Mengapa kita harus pergi ke sana? Kita takut. Pengintip-pengintip yang kita kirim itu memberitahu kita bahawa orang di sana lebih kuat dan lebih tinggi daripada kita. Orang di sana tinggal di kota-kota yang temboknya setinggi langit. Pengintip-pengintip itu nampak raksasa di sana!’

Ulangan 3:11
Raja Og ialah orang terakhir daripada bangsa Refaim. Peti jenazahnya dibuat daripada batu, berukuran kira-kira dua meter lebar dan kira-kira empat meter panjang menurut ukuran rasmi. Sampai sekarang peti jenazah itu masih dapat dilihat di Raba, kota orang Amon.)

Kejadian 6:4
Pada zaman itu, dan juga selepas zaman itu, ada raksasa di bumi. Mereka keturunan gadis-gadis manusia yang berkahwin dengan makhluk-makhluk ilahi. Raksasa-raksasa itu pahlawan handalan dan termasyhur pada zaman dahulu kala.

Yesaya 40:22
Dialah yang menguasai seluruh bumi; penduduk bumi kelihatan kecil seperti belalang. Dia membentangkan langit seperti kain, dan memasangnya seperti khemah untuk didiami.

James 2:24
Jelaslah sekarang bahawa Allah berkenan kepada seseorang kerana perbuatan orang itu, dan bukan hanya kerana imannya.

Joshua 11:21
Pada masa itu Yosua membinasakan bangsa raksasa yang disebut Enak, yang tinggal di daerah perbukitan - di Hebron, Debir, Anab, dan di seluruh perbukitan Yehuda dan Israel. Yosua membunuh mereka semua dan memusnahkan kota-kota mereka.

Jude 1:6
Ingatlah akan malaikat-malaikat yang melampaui batas kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah, sehingga meninggalkan tempat kediaman mereka. Allah membelenggu malaikat-malaikat itu dengan rantai abadi, di tempat yang gelap di bawah bumi. Allah menahan mereka di situ sehingga Hari Kiamat apabila mereka akan dihukum.

Nombor 13:23-33
[23] Kemudian para pengintip itu sampai di Lembah Eskol. Di situ mereka memotong seranting buah anggur yang begitu berat, sehingga harus digotong dengan sebatang kayu oleh dua orang. Mereka juga membawa beberapa biji buah delima dan buah ara.[24] Tempat itu dinamakan Lembah Eskol, kerana seranting buah anggur yang dipotong oleh orang Israel di situ.[25] Setelah para pengintip menjelajahi tanah itu selama empat puluh hari, mereka kembali[26] kepada Musa, Harun, dan semua orang Israel di Kades, di padang gurun Paran. Mereka melaporkan apa yang dilihat oleh mereka dan menunjukkan buah-buahan yang dibawa.[27] Mereka berkata kepada Musa, “Kami sudah menjelajahi tanah itu dan melihat bahawa tanahnya kaya dan subur; inilah sedikit buah-buahan dari sana.[28] Tetapi penduduk tanah itu sangat kuat; kota-kota mereka sangat besar dan bertembok. Lagi pula, kami nampak keturunan raksasa di sana.[29] Orang Amalek tinggal di bahagian selatan tanah itu; orang Het, orang Yebusi, dan orang Amori tinggal di kawasan perbukitan; orang Kanaan tinggal di kawasan pantai Laut Tengah dan di sepanjang Sungai Yordan.”[30] Kaleb menenangkan hati orang yang bersungut terhadap Musa, dan berkata, “Kita harus melancarkan serangan dan merebut tanah itu sekarang juga. Kita cukup kuat untuk menaklukkannya.”[31] Tetapi orang lain yang menjelajahi tanah itu bersama-sama Kaleb berkata, “Tidak, kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka. Penduduknya lebih kuat daripada kita.”[32] Oleh itu mereka menyebarkan khabar angin di kalangan orang Israel tentang tanah yang dijelajahi mereka. Mereka berkata, “Tanah itu tidak dapat mengeluarkan hasil yang cukup bahkan untuk penduduknya pun. Tiap-tiap orang yang kami nampak sangat tinggi,[33] dan kami juga nampak raksasa, keturunan Enak di sana. Kami merasa kecil seperti belalang dan pasti begitulah anggapan mereka terhadap kami.”

Mazmur 3:6
Aku berbaring, lalu tidur, dan sepanjang malam TUHAN melindungi aku.

Wahyu 17:8
Binatang itu dahulu pernah hidup, tetapi sekarang tidak hidup lagi. Tidak lama lagi binatang itu akan keluar dari jurang maut dan akan menuju kepada kebinasaan. Penduduk bumi yang nama mereka tidak terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup sebelum dunia diciptakan, akan hairan apabila mereka melihat binatang itu. Binatang itu dahulu pernah hidup; sekarang binatang itu tidak hidup lagi, tetapi akan muncul semula.

Rom 6:23
Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.

Amos 2:9-10
[9] Walaupun begitu, hai umat-Ku, bagi kamulah Aku membinasakan orang Amori yang setinggi pokok sedar dan sekuat pokok oak.[10] Aku sudah membawa kamu keluar dari Mesir dan memimpin kamu melalui padang gurun selama 40 tahun. Aku sudah memberikan negeri orang Amori kepada kamu supaya menjadi negeri kamu sendiri.

Ulangan 2:10-21
[10] Dahulu orang Emim, satu bangsa raksasa, tinggal di Ar. Mereka setinggi orang Enak yang juga bangsa raksasa.[11] Seperti orang Enak, orang Emim juga dikenal sebagai orang Refaim, tetapi orang Moab menamakan mereka orang Emim.[12] Dahulu orang Hor tinggal di Edom, tetapi mereka diusir dan dibinasakan oleh keturunan Esau. Kemudian keturunan Esau menduduki tanah mereka, sama seperti umat Israel, yang pada kemudian hari mengusir musuh dari tanah yang diberikan oleh TUHAN kepada mereka.)[13] Kemudian kita menyeberang Sungai Zered sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.[14] Peristiwa itu berlaku tiga puluh lapan tahun selepas kita meninggalkan Kades-Barnea. Semua orang yang dapat berperang daripada generasi itu sudah meninggal, sebagaimana yang difirmankan TUHAN.[15] TUHAN terus-menerus menentang mereka sehingga akhirnya mereka semua binasa.[16] Selepas mereka semua meninggal,[17] TUHAN berfirman kepada kita,[18] ‘Pada hari ini kamu akan melalui wilayah Moab, mengikut jalan yang melintasi kota Ar.[19] Kemudian kamu akan dekat dengan negeri orang Amon, keturunan Lot. Jangan ganggu atau serang mereka, kerana Aku tidak akan memberi kamu sedikit bahagian pun daripada tanah yang sudah Aku berikan kepada mereka.’ ([20] Wilayah itu juga dikenal sebagai tanah orang Refaim, menurut nama bangsa yang tinggal di sana dahulu; orang Amon menamakan bangsa itu Zamzumim.[21] Orang Refaim berbadan tinggi seperti orang Enak. Mereka sangat kuat dan jumlah mereka banyak, tetapi TUHAN membinasakan mereka supaya orang Amon dapat menduduki tanah itu.

Kejadian 6:1-4
[1] Apabila manusia sudah bertambah banyak sehingga tercerai-cerai di seluruh dunia, dan anak-anak perempuan dilahirkan,[2] makhluk-makhluk ilahi nampak bahawa gadis-gadis itu cantik. Makhluk-makhluk ilahi itu mengahwini gadis-gadis yang disukai oleh mereka.[3] Kemudian TUHAN berfirman, “Aku tidak membenarkan manusia hidup selama-lamanya; mereka makhluk fana yang harus mati. Mulai sekarang umur mereka tidak akan lebih daripada 120 tahun.”[4] Pada zaman itu, dan juga selepas zaman itu, ada raksasa di bumi. Mereka keturunan gadis-gadis manusia yang berkahwin dengan makhluk-makhluk ilahi. Raksasa-raksasa itu pahlawan handalan dan termasyhur pada zaman dahulu kala.

1 Tawarikh 20:4-8
[4] Beberapa waktu kemudian, peperangan berlaku lagi terhadap orang Filistin di Gezer. Dalam salah satu pertempuran, Sibkhai orang Husa membunuh seorang raksasa bernama Sipai, maka orang Filistin dikalahkan.[5] Dalam pertempuran lain terhadap orang Filistin, Elhanan anak Yair membunuh Lahmi, saudara Goliat orang Gat. Gagang tombak Lahmi sebesar kayu alat tenun.[6] Dalam pertempuran yang lain lagi di Gat, ada seorang raksasa yang mempunyai enam batang jari pada setiap tangan dan kakinya. Dia keturunan raksasa zaman dahulu.[7] Dia mengejek orang Israel, oleh itu Yonatan membunuh dia. Yonatan anak Simea, abang Raja Daud.[8] Ketiga-tiga orang yang dibunuh oleh Raja Daud dan pasukannya itu keturunan raksasa di Gat.

2 Samuel 21:15-22
[15] Suatu peperangan terjadi lagi antara orang Filistin dan umat Israel, lalu Raja Daud dan anak buahnya pergi berperang melawan orang Filistin. Dalam salah satu pertempuran itu Raja Daud menjadi letih.[16] Ketika itu seorang raksasa bernama Yisbi-Benob menyangka bahawa dia dapat membunuh Raja Daud. Raksasa itu membawa sebatang tombak gangsa yang beratnya kira-kira 3.5 kilogram, dan dia menyandang sebilah pedang yang baru.[17] Tetapi Abisai anak Zeruya, datang menolong Raja Daud. Abisai menyerang raksasa itu dan membunuh dia. Kemudian anak buah Raja Daud memohon supaya Raja Daud berjanji tidak akan pergi bertempur lagi bersama dengan mereka. “Tuanku adalah harapan Israel,” kata mereka. “Kami tidak mahu kehilangan tuanku.”[18] Selepas itu berlaku lagi satu pertempuran antara umat Israel dengan orang Filistin di Gob. Sibkhai, orang dari Husa, membunuh seorang raksasa yang bernama Saf.[19] Dalam pertempuran lain dengan orang Filistin di Gob, Elhanan anak Yair, orang dari Betlehem membunuh Goliat yang berasal dari Gat. Gagang tombak Goliat sebesar kayu alat tenun.[20] Selepas itu ada satu lagi pertempuran di Gat. Di sana ada seorang raksasa yang suka sekali berperang. Dia mempunyai enam jari pada setiap tangan dan kakinya.[21] Dia mengejek umat Israel, dan Yonatan anak Simea, membunuh dia. Simea ialah abang Raja Daud.[22] Keempat-empat orang itu keturunan raksasa dari Gat dan semuanya dibunuh oleh Raja Daud dan anak buah baginda.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia