A A A A A

Misteri: [Impian]


1 Samuel 28:15
Samuel berkata kepada Raja Saul, “Mengapa kamu mengganggu aku dan memanggil aku kembali?” Raja Saul menjawab, “Aku dalam kesusahan besar! Orang Filistin menyerang aku, dan Allah sudah meninggalkan aku. Dia tidak menjawab aku lagi, sama ada dengan perantaraan nabi ataupun mimpi. Itulah sebabnya aku memanggil kamu, supaya kamu memberitahu aku apa yang harus kulakukan.”

Acts 2:17
Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka; orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka, orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.

Daniel 1:17
Allah memberi empat orang pemuda itu pengetahuan dan kepakaran dalam kesusasteraan dan falsafah. Tambahan pula, Dia memberi Daniel kebolehan untuk mentafsirkan penglihatan dan mimpi.

Ecclesiastes 5:7
Jangan hairan apabila melihat pemerintah menindas orang miskin dan merampas hak mereka, serta tidak memberi mereka keadilan. Tiap-tiap pegawai dilindungi oleh pegawai atasannya, dan kedua-duanya dilindungi oleh pegawai yang berpangkat lebih tinggi.

Kejadian 20:3
Pada suatu malam Allah menampakkan diri kepada Raja Abimelekh dalam mimpi dan berfirman, “Engkau akan mati kerana engkau sudah mengambil wanita ini; dia sudah bersuami.”

Kejadian 40:8
Mereka menjawab, “Kami bermimpi semalam, dan tiada sesiapa pun yang mengetahui ertinya.” Yusuf berkata, “Hanya Allah yang membolehkan orang mentafsirkan mimpi. Cuba ceritakan mimpi itu.”

Kejadian 42:9
Kemudian dia teringat akan mimpi-mimpinya tentang mereka, lalu dia berkata, “Kamu ini pengintip; kamu datang untuk menyiasat kelemahan negeri kami.”

Yeremia 23:32
Aku, TUHAN berfirman; dengarlah! Aku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan mimpi yang penuh dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi itu lalu menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan cakap besar mereka. Aku tidak mengutus atau memberikan arahan kepada nabi-nabi itu. Mereka sama sekali tidak berguna bagi umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Matthew 2:13
Setelah mereka berangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Yusuf dalam mimpi dan berkata, “Herodes akan mengeluarkan perintah untuk mencari Anak itu dan membunuh Dia. Bangunlah dan bawalah Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di sana sehingga Aku berfirman lagi kepadamu.”

Matthew 2:19
Setelah Raja Herodes mangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi Yusuf. Pada masa itu Yusuf masih di Mesir.

Nombor 12:6
lalu TUHAN berfirman, “Dengarlah firman-Ku ini. Apabila ada nabi-nabi di kalangan kamu, Aku menyatakan diri kepada mereka dalam penglihatan dan Aku berfirman kepada mereka dalam mimpi.

Zechariah 10:2
Orang bertanya kepada berhala dan ahli nujum, tetapi jawapan yang diterima mereka hanya dusta dan repekan belaka. Ada orang yang mentafsirkan mimpi, tetapi tafsiran mereka hanya menyesatkan kamu. Penghiburan yang diberikan oleh mereka pun sia-sia sahaja. Oleh itu rakyat merayau-rayau seperti domba yang sesat. Mereka berada dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pemimpin.

Joel 2:28
“Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang: anak lelaki dan anak perempuan kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku; orang tua kamu akan bermimpi, dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.

Yesaya 29:7-8
[7] Lalu semua tentera bangsa-bangsa yang menyerang kota yang disebut Mazbah Allah, dan juga segala senjata serta peralatan mereka akan lenyap seperti mimpi pada waktu malam.[8] Semua bangsa yang telah berkumpul untuk menyerang Yerusalem akan menjadi seperti seorang kelaparan yang bermimpi dia sedang makan, lalu terjaga tetapi masih lapar, atau seperti seorang kehausan yang bermimpi dia sedang minum, lalu terjaga dengan kerongkongnya masih kering.

Daniel 7:1-3
[1] Pada suatu malam, pada tahun pertama masa pemerintahan Raja Belsyazar sebagai raja Babilonia, aku bermimpi dan mendapat satu penglihatan. Aku mencatat mimpi itu dan inilah[2] yang aku lihat pada malam itu: Angin kencang bertiup dari semua penjuru dan memukul permukaan laut.[3] Tiba-tiba muncullah empat binatang raksasa dari laut. Tiap-tiap satu binatang itu berlainan rupanya.

Ulangan 13:1-3
[1] Mungkin seorang nabi ataupun pentafsir mimpi berjanji akan mengadakan perbuatan ajaib atau mukjizat[2] untuk mengajak kamu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah. Walaupun perkara yang dijanjikan oleh nabi itu benar-benar berlaku,[3] jangan pedulikan kata-katanya. TUHAN, Allah kamu menggunakan dia untuk menguji kamu, supaya TUHAN tahu sama ada kamu mengasihi-Nya dengan sepenuh hati atau tidak.

Kejadian 41:25-27
[25] Kemudian Yusuf berkata kepada raja, “Kedua-dua mimpi itu mempunyai erti yang sama; Allah sudah memberitahu tuanku apa yang akan dilakukan-Nya.[26] Tujuh ekor lembu yang gemuk itu melambangkan tujuh tahun. Tujuh bulir gandum yang berisi itu melambangkan tujuh tahun juga; kedua-duanya mempunyai erti yang sama.[27] Tujuh ekor lembu yang kurus, yang muncul kemudian, serta tujuh bulir gandum yang kempis dan layu kerana ditiup angin gurun itu melambangkan masa kebuluran selama tujuh tahun.

Matthew 1:20-23
[20] Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, “Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah.[21] Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”[22] Semua itu berlaku supaya terjadilah apa yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi-Nya,[23] “Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.” (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti, “Allah menyertai kita”).

Kejadian 41:8-12
[8] Pagi esoknya raja berasa gelisah. Oleh itu raja memanggil semua ahli sihir dan orang berilmu di Mesir. Kemudian raja menceritakan mimpinya kepada mereka, tetapi tiada seorang pun dapat mentafsirkan mimpi itu.[9] Kemudian pengurus minuman berkata kepada raja, “Pada hari ini hamba mesti mengaku kesalahan hamba.[10] Dahulu tuanku murka kepada hamba dan pengurus roti, lalu hamba berdua dimasukkan ke dalam penjara di rumah ketua pengawal istana.[11] Pada suatu malam hamba berdua bermimpi, dan mimpi itu tidak sama ertinya.[12] Seorang pemuda Ibrani berada di sana bersama dengan hamba. Dia pelayan ketua pengawal istana. Hamba menceritakan mimpi hamba kepadanya, lalu dia mentafsirkan mimpi itu.

Kerja 33:14-18
[14] Walaupun Allah berfirman dengan banyak cara, tiada sesiapa pun yang memperhatikan firman-Nya.[15] Allah berfirman melalui mimpi dan penglihatan, ketika manusia tidur pada waktu malam.[16] Allah menggerakkan mereka supaya mendengarkan Dia, dan menakutkan mereka dengan amaran-Nya.[17] Allah berfirman supaya mereka berhenti berdosa, dan meninggalkan kesombongan mereka.[18] Dia tidak membiarkan mereka dibinasakan; Dia menyelamatkan mereka daripada kematian.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia