A A A A A

Kehidupan: [Kemurungan]


Filipi 4:8
Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.

Ulangan 31:8
TUHAN sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas.”

Mazmur 34:17
tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat; apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.

Mazmur 40:1-3
[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.[2] Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar, lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.[3] Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya, dari paya yang berlumpur. Dia meletakkan aku di atas batu sehingga langkahku kukuh.

Mazmur 3:3
Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!”

Mazmur 32:10
Orang jahat pasti menderita, tetapi orang yang berharap kepada TUHAN dilindungi oleh kasih-Nya.

Mazmur 42:11
Aku sangat sedih kerana hinaan mereka. Mereka terus bertanya, “Di manakah Allahmu?”

1 Peter 5:6-7
[6] Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya.[7] Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.

John 16:33
Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!”

Rom 8:38-39
[38] Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang;[39] baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!

1 Peter 4:12-13
[12] Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kamu sekarang menanggung penderitaan yang berat kerana kamu sedang diuji. Janganlah hairan dan janganlah anggap perkara itu luar biasa.[13] Sebaliknya, bersyukurlah kerana kamu turut menanggung penderitaan bersama-sama Kristus. Dengan demikian kamu akan bersukacita, apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak.

Mazmur 37:23-24
[23] TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya dan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.[24] Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera, kerana TUHAN memegang tangannya.

Yesaya 41:10
Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

2 Korintus 1:3-4
[3] Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita.[4] Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia