A A A A A

Kehidupan: [Janda]


James 1:27
Menurut Allah Bapa, inilah ibadat yang murni dan sejati: Menolong anak yatim piatu dan balu yang mengalami penderitaan, serta menjaga diri supaya tidak dicemari kejahatan di dunia ini.

Acts 6:1
Tidak berapa lama kemudian, apabila bilangan pengikut Yesus semakin bertambah, berlakulah pertengkaran antara orang Yahudi yang berbahasa Yunani dengan orang Yahudi yang berbahasa Ibrani. Orang Yahudi yang berbahasa Yunani berkata bahawa balu di kalangan mereka tidak menerima bantuan wang sehari-hari.

1 Timothy 5:3-16
[3] Hormatilah balu yang benar-benar hidup seorang diri.[4] Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka inilah yang harus terlebih dahulu menjalankan kewajipan agama terhadap kaum keluarga sendiri. Dengan cara itu mereka membalas budi ibu bapa, nenek, dan datuk. Perbuatan ini menyenangkan hati Allah.[5] Seorang balu yang benar-benar seorang diri, tanpa seseorang yang dapat memeliharanya, hanya berharap kepada Allah. Siang malam dia berdoa kepada Allah meminta pertolongan-Nya.[6] Tetapi seorang balu yang hidup berfoya-foya, dia ini sudah pun mati meskipun dia masih hidup.[7] Sampaikanlah petunjuk-petunjuk ini kepada mereka, supaya jangan sesiapa pun dapat mencela mereka.[8] Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.[9] Seorang balu yang memenuhi syarat-syarat berikut ini boleh digolongkan ke dalam senarai balu: umurnya harus lebih daripada enam puluh tahun, hanya berkahwin sekali,[10] dan terkenal kerana perbuatannya yang baik, misalnya membesarkan anak-anaknya dengan baik, menyambut orang ke dalam rumahnya, melayani orang seiman, menolong orang susah, dan sentiasa melakukan apa yang baik.[11] Jangan golongkan balu muda ke dalam senarai itu. Jika perasaan berahi mereka timbul, mereka ingin berkahwin lagi. Dengan demikian mereka meninggalkan Kristus,[12] lalu bersalah kerana memungkiri janji mereka kepada Kristus.[13] Selain daripada itu mereka suka membuang masa dengan keluar masuk rumah orang. Tetapi yang lebih buruk lagi, mereka mengumpat dan turut campur urusan orang lain serta mempercakapkan perkara-perkara yang tidak seharusnya dikatakan.[14] Oleh itu aku mahu supaya balu muda berkahwin lagi, mempunyai anak dan mengurus rumah tangga, agar musuh kita tidak berpeluang menjahatkan nama kita.[15] Hal itu demikian kerana ada balu yang sudah meninggalkan Kristus lalu mengikut Iblis.[16] Tetapi jika seorang wanita Kristian mempunyai anggota keluarga yang sudah menjadi balu, hendaklah dia memelihara mereka dan tidak membebani jemaah dengan tugas itu. Dengan demikian jemaah dapat menolong balu yang sama sekali tidak mempunyai sanak keluarga.

1 Timothy 5:9
Seorang balu yang memenuhi syarat-syarat berikut ini boleh digolongkan ke dalam senarai balu: umurnya harus lebih daripada enam puluh tahun, hanya berkahwin sekali,

1 Timothy 5:3
Hormatilah balu yang benar-benar hidup seorang diri.

1 Timothy 5:16
Tetapi jika seorang wanita Kristian mempunyai anggota keluarga yang sudah menjadi balu, hendaklah dia memelihara mereka dan tidak membebani jemaah dengan tugas itu. Dengan demikian jemaah dapat menolong balu yang sama sekali tidak mempunyai sanak keluarga.

Acts 9:39
Petrus bersiap lalu mengikut mereka. Apabila dia tiba di situ, dia dibawa ke bilik di tingkat atas. Sambil menangis semua balu di situ mengerumuni Petrus dan menunjukkan pakaian dan jubah yang telah dijahit oleh Dorkas bagi mereka, semasa dia masih hidup.

Acts 6:1-6
[1] Tidak berapa lama kemudian, apabila bilangan pengikut Yesus semakin bertambah, berlakulah pertengkaran antara orang Yahudi yang berbahasa Yunani dengan orang Yahudi yang berbahasa Ibrani. Orang Yahudi yang berbahasa Yunani berkata bahawa balu di kalangan mereka tidak menerima bantuan wang sehari-hari.[2] Oleh itu, dua belas orang rasul itu mengumpulkan semua pengikut Yesus dan berkata kepada mereka, “Tidak patut kami abaikan tugas mengkhabarkan firman Allah untuk mengurus masalah kewangan.[3] Oleh itu, pilihlah tujuh orang di kalangan saudara yang dikuasai oleh Roh Allah dan juga bijaksana. Lalu kami akan menugaskan mereka mengurus hal itu.[4] Kami sendiri akan menggunakan masa kami untuk berdoa dan memberitakan perkhabaran daripada Allah.”[5] Semua orang itu bersetuju dengan cadangan rasul-rasul. Oleh itu mereka memilih Stefanus, seorang yang sangat percaya kepada Yesus dan dikuasai oleh Roh Allah. Mereka juga memilih Filipus, Prokhorus, Nikanor, Timon, Parmenas, dan Nikolaus dari Antiokhia. Nikolaus seorang bukan Yahudi yang sudah memeluk agama Yahudi.[6] Tujuh orang itu dihadapkan kepada rasul-rasul. Lalu rasul-rasul berdoa dan meletakkan tangan ke atas kepala mereka untuk melantik mereka melakukan tugas itu.

1 Timothy 5:11-14
[11] Jangan golongkan balu muda ke dalam senarai itu. Jika perasaan berahi mereka timbul, mereka ingin berkahwin lagi. Dengan demikian mereka meninggalkan Kristus,[12] lalu bersalah kerana memungkiri janji mereka kepada Kristus.[13] Selain daripada itu mereka suka membuang masa dengan keluar masuk rumah orang. Tetapi yang lebih buruk lagi, mereka mengumpat dan turut campur urusan orang lain serta mempercakapkan perkara-perkara yang tidak seharusnya dikatakan.[14] Oleh itu aku mahu supaya balu muda berkahwin lagi, mempunyai anak dan mengurus rumah tangga, agar musuh kita tidak berpeluang menjahatkan nama kita.

1 Korintus 7:8-9
[8] Kepada mereka yang belum berkahwin dan kepada wanita yang sudah menjadi balu, inilah nasihatku: Lebih baik kamu tetap hidup sendirian seperti aku.[9] Tetapi jika kamu tidak dapat menahan nafsu, maka berkahwinlah. Lebih baik kamu berkahwin daripada nafsu berahi kamu berkobar-kobar.

Mazmur 68:5
Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya; sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan. Namanya TUHAN - bergiranglah di hadirat-Nya!

Ulangan 14:29
Makanan itu untuk orang Lewi kerana mereka tidak mempunyai harta milik. Makanan itu juga untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan mereka. Buatlah demikian, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”

Ulangan 16:11-14
[11] Bersukacitalah di hadirat TUHAN, bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Lakukanlah hal ini di satu tempat ibadat itu.[12] Taatilah perintah-perintah ini dengan setia. Ingatlah bahawa kamu diperhamba di Mesir dahulu.”[13] “Setelah kamu menebah semua gandum dan memeras semua buah anggur, rayakanlah Perayaan Pondok Daun selama tujuh hari.[14] Bersukacitalah bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang bangsa asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu.

Yeremia 49:11
Serahkanlah anak-anak piatu kamu kepada-Ku dan Aku akan memelihara mereka. Balu-balu kamu dapat bersandar kepada-Ku.

Maleakhi 3:5
TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu, orang yang berlaku curang dalam hal memberikan gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan orang bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati Aku.”

Ulangan 14:28-29
[28] Pada akhir setiap tahun ketiga, bawalah persembahan persepuluhan daripada segala hasil tanaman kamu dan simpanlah semuanya di dalam kota-kota kamu.[29] Makanan itu untuk orang Lewi kerana mereka tidak mempunyai harta milik. Makanan itu juga untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan mereka. Buatlah demikian, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”

Kerja 22:9
Bukan sahaja engkau tidak mahu menolong balu, tetapi engkau juga menindas anak yatim piatu.

Lamentations 5:3
Bapa kami dibunuh oleh musuh, dan kini ibu kami menjadi balu.

Exodus 22:22-24
[22] Jangan berlaku kejam terhadap balu atau anak yatim piatu.[23] Jika kamu berlaku kejam terhadap mereka, Aku, TUHAN akan mengabulkan permintaan mereka apabila mereka berseru minta tolong kepada-Ku.[24] Aku akan murka dan membunuh kamu dalam perang. Isteri kamu akan menjadi balu dan anak-anak kamu menjadi yatim.

Yesaya 10:1-2
[1] Malanglah kamu! Kamu membuat undang-undang yang tidak adil untuk menindas umat-Ku.[2] Begitulah caranya kamu menghalang orang miskin mendapat hak mereka dan keadilan, serta merampas milik para balu dan anak yatim piatu.

Exodus 22:24
Aku akan murka dan membunuh kamu dalam perang. Isteri kamu akan menjadi balu dan anak-anak kamu menjadi yatim.

Yeremia 15:8
Negeri kamu akan penuh dengan balu, lebih banyak daripada pasir di pantai. Aku akan membunuh orang muda sehingga ibu mereka menderita. Dengan tiba-tiba Aku mendatangkan pembinasa sehingga mereka takut dan gelisah.

Kerja 27:15
Mereka yang hidup akan mati kerana wabak, dan balu mereka tidak akan menangisi mereka.

Yesaya 10:2
Begitulah caranya kamu menghalang orang miskin mendapat hak mereka dan keadilan, serta merampas milik para balu dan anak yatim piatu.

Yeremia 18:21
Tetapi sekarang, ya TUHAN, biarlah anak-anak mereka mati kelaparan atau terbunuh dalam peperangan. Biarlah kaum wanita mereka kehilangan suami dan anak; biarlah kaum lelaki mati kerana wabak penyakit dan orang muda terbunuh dalam pertempuran.

Mazmur 78:64
Imam dibunuh dengan pedang, dan balu mereka tidak dibenarkan meratap.

Exodus 22:22
Jangan berlaku kejam terhadap balu atau anak yatim piatu.

Ulangan 27:19
‘Terkutuklah orang yang merampas hak orang asing, anak yatim piatu, dan balu.’ Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’

Ulangan 24:17
Jangan rampas hak orang asing dan anak yatim piatu. Jangan ambil pakaian seorang balu sebagai jaminan hutangnya.

Lukas 2:37
dan sekarang umurnya lapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan. Siang malam dia beribadat kepada Allah dengan berdoa dan berpuasa.

Ulangan 10:18
Dia memastikan agar anak yatim piatu dan balu diperlakukan dengan adil. Dia mengasihi orang asing yang tinggal bersama dengan bangsa kita; Dia memberi mereka makanan dan pakaian.

Yesaya 1:17
melainkan belajarlah berbuat baik. Lakukanlah yang adil: tolonglah mereka yang tertindas, berikanlah hak kepada anak yatim piatu, dan belalah perkara para balu.”

Rom 7:3
Jika wanita itu hidup dengan lelaki lain semasa suaminya masih hidup, wanita itu dikatakan berzina. Tetapi jika suaminya meninggal, dari segi hukum, wanita itu sudah bebas. Jika dia berkahwin dengan lelaki lain, dia tidak berzina.

1 Timothy 5:4
Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka inilah yang harus terlebih dahulu menjalankan kewajipan agama terhadap kaum keluarga sendiri. Dengan cara itu mereka membalas budi ibu bapa, nenek, dan datuk. Perbuatan ini menyenangkan hati Allah.

Ulangan 24:19-21
[19] Apabila kamu mengumpul hasil tuaian kamu, lalu terlupa membawa seberkas gandum, jangan balik untuk mengambilnya. Biarlah gandum itu ditinggalkan untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu, supaya TUHAN, Allah kamu memberkati segala usaha kamu.[20] Setelah kamu satu kali memetik buah zaitun kamu, jangan balik untuk memetik buah yang tertinggal. Buah-buah itu untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu.[21] Setelah kamu satu kali memetik buah anggur kamu, jangan balik untuk memetik buah yang tertinggal. Buah-buah itu untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu.

Kerja 24:3
Mereka merampas keldai kepunyaan anak yatim piatu, dan sebagai jaminan, mereka mengambil lembu jantan daripada balu.

Yehezkiel 22:7
Tiada sesiapa pun di kota itu menghormati ibu bapanya. Kamu menipu orang asing, serta memperdayakan balu dan yatim piatu.

1 Timothy 5:10
dan terkenal kerana perbuatannya yang baik, misalnya membesarkan anak-anaknya dengan baik, menyambut orang ke dalam rumahnya, melayani orang seiman, menolong orang susah, dan sentiasa melakukan apa yang baik.

Amsal 15:25
TUHAN akan merobohkan rumah orang sombong, tetapi tanah milik seorang balu dilindungi-Nya.

Zechariah 7:10
Jangan tindas balu, anak yatim piatu, orang asing yang menetap di tengah-tengah kamu, atau sesiapa sahaja yang dalam keadaan susah. Jangan rancangkan perkara yang jahat terhadap sesama kamu.’

Mark 12:42-43
[42] Lalu seorang balu yang miskin datang dan memasukkan dua keping mata wang tembaga yang sangat kecil nilainya.[43] Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, “Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.

Kerja 29:13
Aku dipuji oleh orang yang sangat susah, dan aku menolong balu mendapat perlindungan.

Ulangan 24:19
Apabila kamu mengumpul hasil tuaian kamu, lalu terlupa membawa seberkas gandum, jangan balik untuk mengambilnya. Biarlah gandum itu ditinggalkan untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu, supaya TUHAN, Allah kamu memberkati segala usaha kamu.

Ulangan 26:12
Tiap-tiap tahun, kamu harus memberikan persepuluhan hasil tanaman kamu kepada TUHAN. Tetapi pada setiap tahun yang ketiga, berikanlah persepuluhan hasil tanaman kamu kepada orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu, supaya di tiap-tiap kota kamu, mereka mendapat makanan yang diperlukan. Setelah kamu berbuat demikian,

1 Timothy 5:5
Seorang balu yang benar-benar seorang diri, tanpa seseorang yang dapat memeliharanya, hanya berharap kepada Allah. Siang malam dia berdoa kepada Allah meminta pertolongan-Nya.

Yeremia 7:6
Jangan tindas bangsa asing, anak yatim piatu dan balu. Jangan bunuh orang yang tidak bersalah di negeri ini. Jangan sembah tuhan-tuhan lain, kerana perbuatan itu akan membinasakan kamu.

Mazmur 94:6
Mereka membunuh balu dan anak yatim, serta orang asing yang tinggal di negeri kami.

Mazmur 146:9
Dia melindungi orang asing yang tinggal di negeri kita; Dia menolong para balu dan anak yatim, tetapi Dia memusnahkan rancangan orang jahat.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia