A A A A A

Kehidupan: [Ayat Untuk Wanita]


Mazmur 46:5
Ada sebatang sungai yang menggembirakan kota Allah, tempat kediaman Allah Yang Maha Tinggi.

Mazmur 139:14
Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa. Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan. Aku benar-benar menyedarinya.

1 Timothy 3:11
Isteri mereka pun mestilah orang yang baik sifatnya. Mereka tidak boleh mengumpat; mereka haruslah tahu mengawal diri dan jujur dalam segala perkara.

1 Korintus 11:12
Hal itu demikian kerana meskipun wanita dijadikan daripada lelaki, tetapi selepas itu lelaki dilahirkan oleh wanita; dan segala sesuatu berasal daripada Allah.

1 Korintus 15:10
Tetapi kerana rahmat Allah, aku menjadi seperti sekarang ini dan berkat-Nya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya aku bekerja lebih keras daripada semua rasul yang lain. Sebenarnya hal itu bukan usahaku sendiri, tetapi usaha Allah yang mengasihi aku dan yang bekerja bersama-samaku.

Lukas 1:45
Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!”

Amsal 11:16
Wanita yang baik budi dihormati orang, tetapi wanita yang tidak berbudi dipermalukan. Orang malas tidak akan mendapat wang; tetapi orang yang bekerja keras akan menjadi kaya.

Amsal 14:1
Wanita yang bijak membina rumah tangganya, tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya sendiri.

Amsal 19:13
Anak yang bodoh membinasakan bapanya. Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti.

Amsal 21:9
Tinggal di bumbung rumah lebih baik daripada tinggal di dalam rumah bersama-sama isteri yang suka bertengkar.

Amsal 21:19
Lebih baik tinggal di padang gurun daripada tinggal bersama-sama isteri yang suka bertengkar dan pemarah.

1 Peter 3:1-2
[1] Demikian juga kamu, isteri-isteri harus taat kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Allah, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka,[2] kerana mereka boleh melihat kelakuan kamu yang murni dan penuh hormat.

Efesus 5:22-23
[22] Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan,[23] kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya.

Amsal 31:16-17
[16] Dia mencari sebidang tanah, lalu membelinya dan mengusahakan ladang anggur dengan pendapatannya.[17] Dia menyiapkan diri untuk bekerja sekuat tenaga.

Titus 2:3-5
[3] Demikian juga, nasihatilah wanita yang tua supaya kelakuan mereka sesuai dengan kelakuan wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh mengumpat atau menjadi kaki botol. Mereka mesti mengajarkan apa yang baik.[4] Dengan demikian wanita yang tua dapat mendidik wanita yang muda supaya mengasihi suami dan anak-anak,[5] tahu mengawal diri, suci dan menjadi suri rumah yang baik, serta taat kepada suami. Dengan demikian tidak ada orang yang dapat mencela perkhabaran daripada Allah.

Kejadian 2:18-24
[18] Kemudian TUHAN Allah berfirman, “Tidak baik manusia hidup seorang diri. Aku akan menjadikan seorang teman yang sesuai untuk menolong dia.”[19] Oleh itu Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk semua jenis binatang dan burung. Kemudian Allah membawa semuanya kepada manusia itu untuk mengetahui nama yang akan diberikannya kepada binatang dan burung. Demikianlah caranya tiap-tiap binatang dan burung mendapat nama.[20] Manusia itu memberikan nama kepada semua binatang dan burung, tetapi tiada satu pun antaranya dapat menjadi teman yang sesuai untuk menolong dia.[21] Kemudian TUHAN Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, TUHAN mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutupnya semula dengan daging.[22] Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.[23] Kemudian lelaki itu berkata, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku — tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki.”[24] Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.

1 Timothy 2:9-15
[9] Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal.[10] Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.[11] Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.[12] Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.[13] Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.[14] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.[15] Meskipun demikian wanita akan diselamatkan dengan melahirkan anak, jika dengan rendah hati mereka tetap beriman, mengasihi orang lain, dan hidup suci.

Amsal 31:1-31
[1] Inilah nasihat bonda Raja Lemuel dari Masa kepada baginda:[2] “Engkau buah hatiku, jawapan doaku yang telah dikabulkan oleh TUHAN. Apakah yang hendak aku katakan kepadamu?[3] Jangan habiskan tenagamu pada nafsu berahi, dan jangan bazirkan wangmu pada perempuan; mereka sudah membinasakan banyak raja.[4] Dengarlah, hai Lemuel. Raja tidak sepatutnya minum wain, atau ketagihan arak.[5] Apabila raja meminumnya, mereka melupakan hukum dan mengabaikan hak orang tidak berdaya.[6] Arak minuman untuk orang yang hampir mati dan yang sengsara.[7] Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan.[8] Belalah orang yang tidak dapat membela diri. Lindungilah hak semua orang yang tidak berdaya.[9] Belalah mereka dan jadilah hakim yang adil. Lindungilah hak orang yang miskin dan susah.”[10] Isteri yang cekap susah ditemukan. Dia lebih berharga daripada permata.[11] Suaminya mempunyai keyakinan terhadap dia dan tidak akan kekurangan apa-apa.[12] Seumur hidupnya, dia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat kepadanya.[13] Dia rajin mengumpulkan bulu domba dan rami, lalu sibuk menenunnya.[14] Dia mendatangkan makanan dari tempat jauh seperti yang dilakukan oleh kapal dagang.[15] Dia bangun pagi-pagi buta untuk menyediakan makanan bagi keluarganya, dan untuk memberikan arahan kepada semua hamba perempuannya.[16] Dia mencari sebidang tanah, lalu membelinya dan mengusahakan ladang anggur dengan pendapatannya.[17] Dia menyiapkan diri untuk bekerja sekuat tenaga.[18] Dia tahu bahawa segala sesuatu yang diusahakannya menguntungkan, dan dia bekerja sehingga jauh malam.[19] Dia memintal benang dan menenun kainnya sendiri.[20] Dia murah hati kepada orang yang miskin dan susah.[21] Pada musim sejuk dia tidak khuatir, kerana keluarganya mempunyai baju panas.[22] Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.[23] Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.[24] Dia menjahit pakaian dan membuat ikat pinggang untuk dijual kepada pedagang.[25] Dia berwibawa serta dihormati orang. Dia tidak khuatir akan masa hadapan.[26] Kata-katanya bijak serta lemah lembut.[27] Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.[28] Dia dihargai oleh anak-anaknya dan dipuji oleh suaminya.[29] Suaminya berkata, “Ada banyak wanita yang baik, tetapi engkaulah yang terbaik antara mereka semua.”[30] Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.[31] Balaslah segala perbuatannya. Dia wanita yang layak dihormati semua orang.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia