A A A A A

Kehidupan: [Kesihatan]


1 Korintus 6:19-20
[19] Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.[20] Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.

3 John 1:2
berdoa semoga semuanya baik dengan kamu, dan semoga kamu sihat, seperti jiwamu pun sihat.

1 Korintus 10:31
Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.

1 Timothy 4:8
Latihan jasmani ada faedahnya, tetapi latihan rohani sangat berfaedah dalam segala hal, kerana latihan rohani memberikan faedah kepada hidup kita baik sekarang mahupun pada masa yang akan datang.

Amsal 17:22
Hati yang gembira menyihatkan badan; hati yang sedih melemahkan semangat.

Amsal 31:17
Dia menyiapkan diri untuk bekerja sekuat tenaga.

Efesus 5:18
Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.

Amsal 20:1
Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk.

Ulangan 7:12-15
[12] “Jika kamu mendengarkan hukum ini dan melaksanakannya dengan setia, maka TUHAN, Allah kamu akan terus menepati perjanjian yang dibuat-Nya dengan kamu dan menunjukkan kasih-Nya kepada kamu, sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.[13] Dia akan mengasihi dan memberkati kamu, supaya bilangan kamu bertambah-tambah dan kamu beroleh banyak anak. Dia akan memberkati ladang kamu supaya kamu mendapat gandum, wain, dan minyak zaitun. Dia akan memberkati kamu dengan memberi kamu ternakan dan domba yang banyak. Dia akan memberi kamu segala berkat ini di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu, menurut janji-Nya kepada nenek moyang kamu.[14] Tiada bangsa mana pun di dunia ini yang akan diberkati dengan berlimpah-limpah seperti kamu. Tiada seorang pun di kalangan kamu akan mandul, dan semua ternakan kamu akan membiak.[15] TUHAN akan melindungi kamu daripada segala penyakit. Dia tidak akan membiarkan kamu menghidap penyakit dahsyat seperti yang kamu alami di Mesir, tetapi Dia akan menimpakan penyakit itu kepada semua musuh kamu.

Yeremia 33:6
Tetapi kelak Aku akan memulihkan keadaan kota ini dan menyembuhkan penduduknya. Aku akan melimpahkan kedamaian dan keamanan kepada mereka.

Acts 27:34
Oleh itu saya menggesa saudara-saudara supaya makan. Saudara semua memerlukan tenaga untuk menyelamatkan diri; saudara semua akan selamat dan tidak cedera.”

Ulangan 28:53
Apabila musuh mengepung kota kamu, kamu akan putus asa kerana kelaparan sehingga kamu makan anak-anak yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.

Imamat 11:1-4
[1] TUHAN memberi Musa dan Harun peraturan-peraturan berikut[2] bagi umat Israel. Kamu boleh makan binatang darat apa sahaja[3] yang berkuku belah dan yang memamah biak.[4] [4-6] Tetapi kamu tidak boleh makan unta, landak batu, atau arnab. Binatang ini mesti dianggap haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah.

Wahyu 14:12
Itulah sebabnya umat Allah yang taat kepada perintah-Nya dan setia kepada Yesus mesti tabah hati.

Amsal 16:24
Kata-kata yang lembut bagaikan madu - manis rasanya serta menyihatkan badan.

Amsal 4:20-22
[20] Hai anakku, perhatikanlah nasihatku. Dengarlah kata-kataku.[21] Jangan sekali-kali kamu lupakannya. Ingatlah dan simpanlah kata-kataku dalam hatimu.[22] Sesiapa yang memahami nasihatku itu akan hidup dan menjadi sihat.

Amsal 3:7-8
[7] Jangan anggap dirimu lebih bijaksana daripada yang sebenarnya. Taatlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.[8] Perbuatanmu itu akan menjadi seperti ubat yang menyembuhkan luka-lukamu dan menyegarkan badanmu.

Exodus 15:26
Dia berfirman, “Jika kamu sungguh-sungguh mentaati Aku, TUHAN, Allah kamu, dengan melakukan apa yang benar di sisi-Ku, serta menurut segala perintah-Ku, Aku tidak akan menghukum kamu dengan penyakit yang Aku timpakan kepada orang Mesir. Akulah TUHAN yang menyembuhkan kamu.”

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia