A A A A A

Kehidupan: [Rasa bersalah]


Ibrani 10:22
Oleh itu, marilah kita hampiri Allah dengan hati yang tulus dan iman yang teguh, dengan hati yang sudah disucikan daripada perasaan bersalah, dan dengan tubuh yang sudah dibersihkan oleh air bersih.

James 2:10
Sesiapa yang melanggar salah satu perintah Taurat, melanggar seluruh Taurat.

Ibrani 10:2
Jika orang yang menyembah Allah benar-benar telah disucikan daripada dosa, mereka tidak akan berasa bersalah lagi, dan korban tidak perlu dipersembahkan lagi.

Ulangan 5:17
Jangan membunuh.

Mazmur 32:1-6
[1] Mazmur Daud. Sajak. Berbahagialah orang yang dosa mereka telah diampunkan, yang kesalahan mereka telah dimaafkan.[2] Berbahagialah orang yang tidak dituduh oleh TUHAN kerana kejahatan mereka, dan yang tidak suka menipu.[3] Ketika aku tidak mengakui dosaku, aku letih kerana menangis sepanjang hari.[4] Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN; tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.[5] Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu; aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah. Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu, dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.[6] Oleh itu semua umat-Mu yang setia haruslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan; apabila banjir kesusahan melanda, mereka tidak ditimpanya.

Yeremia 51:5
Aku TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, belum meninggalkan Israel dan Yehuda, walaupun mereka telah berdosa terhadap Aku, Yang Maha Suci, Allah Israel.

Hosea 5:15
Aku akan meninggalkan umat-Ku sehingga mereka cukup menderita kerana dosa mereka, lalu mereka datang mencari Aku. Mungkin dalam penderitaan, mereka akan berusaha untuk mencari Aku.”

Imamat 5:14-19
[14] TUHAN memberikan peraturan ini kepada Musa.[15] Jika seseorang dengan tidak sengaja berdosa kerana gagal memberikan persembahan yang diwajibkan untuk TUHAN, orang itu harus membawa korban untuk membayar ganti rugi, kepada TUHAN. Korban itu mestilah seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada kecacatan. Harganya harus dinilai menurut harga yang ditetapkan di Khemah TUHAN.[16] Orang itu harus membayar apa yang dahulu dilalaikannya, ditambah pula dengan dua puluh peratus. Dia harus menyerahkan binatang itu kepada imam. Kemudian imam mempersembahkan binatang itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa orang itu, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN.[17] Jika sesiapa dengan tidak sengaja berdosa kerana melanggar salah satu perintah TUHAN, orang itu bersalah dan dia harus menanggung akibatnya.[18] Sebagai korban untuk membayar ganti rugi, dia harus membawa seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada kecacatan kepada imam. Harganya harus dinilai menurut harga yang ditetapkan di Khemah TUHAN. Imam itu harus mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu, yang dilakukan orang itu dengan tidak sengaja, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN.[19] Inilah korban untuk membayar ganti rugi bagi dosa yang dilakukannya terhadap TUHAN.

Imamat 7:1-10
[1] Inilah peraturan bagi korban untuk membayar ganti rugi; korban ini sangat suci.[2] Binatang untuk korban ini harus disembelih di sebelah utara mazbah, di tempat menyembelih binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan darahnya harus disiramkan pada keempat-empat sisi mazbah itu.[3] Semua lemak binatang itu harus dipisahkan lalu dipersembahkan di atas mazbah: ekor yang berlemak, lemak yang membungkus isi perut,[4] buah pinggang dan lemaknya, dan juga bahagian yang terbaik daripada hati binatang itu.[5] Imam harus membakar semua lemak itu di atas mazbah sebagai persembahan makanan kepada TUHAN; korban ini ialah korban untuk membayar ganti rugi.[6] Setiap orang lelaki daripada keluarga imam boleh makan daging korban ini, tetapi mereka mesti memakannya di tempat yang khas kerana korban ini sangat suci.[7] Peraturan yang sama berlaku bagi korban untuk mengampunkan dosa dan korban untuk membayar ganti rugi: daging binatang itu menjadi milik imam yang mempersembahkan korban itu.[8] Kulit binatang yang dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, menjadi milik imam yang mempersembahkan korban itu.[9] Tiap-tiap korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, sama ada korban itu dibakar di dalam ketuhar, atau dimasak di dalam kuali, ataupun dimasak di atas pemanggang, menjadi milik imam yang mempersembahkan korban itu.[10] Tetapi semua korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, iaitu korban yang belum dimasak, baik yang sudah dicampuri minyak mahupun yang kering, menjadi milik imam keturunan Harun dan mesti dibahagi sama rata antara mereka.

Kejadian 26:10
Raja Abimelekh bertitah, “Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap kami? Salah seorang daripada orang beta, dengan mudahnya dapat meniduri isterimu, dan kamu akan bertanggungjawab terhadap kesalahan kami.”

Nombor 5:5-10
[5] TUHAN memberi Musa[6] peraturan berikut untuk umat Israel. Apabila seseorang tidak setia kepada TUHAN dan berbuat salah terhadap orang lain,[7] orang itu mesti mengaku dosanya dan membayar ganti rugi penuh, ditambah dengan dua puluh peratus, kepada orang yang dirugikan itu.[8] Tetapi jika orang yang dirugikan itu sudah meninggal dan tidak mempunyai saudara dekat yang boleh menerima bayaran ganti rugi, bayaran itu harus diberikan kepada TUHAN dan menjadi milik imam. Pembayaran ganti rugi itu adalah tambahan kepada domba jantan yang biasa diberikan untuk upacara penyucian bagi orang yang bersalah.[9] Demikian juga halnya dengan setiap sumbangan khas yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada TUHAN; sumbangan itu menjadi milik imam yang menerimanya.[10] Apa yang dipersembahkan seseorang kepada TUHAN, menjadi milik orang itu sendiri. Hanya apa yang diserahkannya kepada seorang imam, menjadi milik imam itu.

Imamat 5:1-5
[1] Korban untuk mengampunkan dosa perlu dipersembahkan bagi hal-hal yang berikut: Jika seseorang dengan rasminya diminta memberikan kesaksian di mahkamah, tetapi dia tidak memberikan keterangan tentang apa yang sudah dilihat atau didengarnya, maka dia harus menanggung akibatnya.[2] Jika seseorang dengan tidak sengaja menyentuh sesuatu yang najis, misalnya bangkai binatang, dia menjadi najis dan bersalah sebaik sahaja dia sedar akan perbuatannya itu.[3] Jika seseorang dengan tidak sengaja menyentuh apa sahaja yang najis daripada manusia, dia bersalah sebaik sahaja dia sedar akan perbuatannya itu.[4] Jika seseorang bersumpah dengan sembarangan untuk melakukan apa sahaja, dia bersalah sebaik sahaja dia sedar akan perbuatannya itu.[5] Apabila seseorang bersalah, dia harus mengakui dosanya.

Imamat 5:15-16
[15] Jika seseorang dengan tidak sengaja berdosa kerana gagal memberikan persembahan yang diwajibkan untuk TUHAN, orang itu harus membawa korban untuk membayar ganti rugi, kepada TUHAN. Korban itu mestilah seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada kecacatan. Harganya harus dinilai menurut harga yang ditetapkan di Khemah TUHAN.[16] Orang itu harus membayar apa yang dahulu dilalaikannya, ditambah pula dengan dua puluh peratus. Dia harus menyerahkan binatang itu kepada imam. Kemudian imam mempersembahkan binatang itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa orang itu, lalu orang itu akan diampuni oleh TUHAN.

Imamat 4:2-3
[2] supaya memberitahu orang Israel bahawa jika seseorang berdosa dan melanggar salah satu perintah TUHAN dengan tidak sengaja, orang itu harus mematuhi peraturan berikut.[3] Jika Imam Agung yang berdosa, sehingga menyebabkan semua orang Israel bersalah, dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada kecacatan kepada TUHAN, supaya dosanya diampunkan.

Imamat 4:13
Jika segenap umat Israel berdosa dan bersalah kerana melanggar salah satu perintah TUHAN dengan tidak sengaja,

Imamat 4:27
Jika seorang rakyat jelata berdosa dan bersalah kerana melanggar salah satu perintah TUHAN dengan tidak sengaja,

Mazmur 32:1-5
[1] Mazmur Daud. Sajak. Berbahagialah orang yang dosa mereka telah diampunkan, yang kesalahan mereka telah dimaafkan.[2] Berbahagialah orang yang tidak dituduh oleh TUHAN kerana kejahatan mereka, dan yang tidak suka menipu.[3] Ketika aku tidak mengakui dosaku, aku letih kerana menangis sepanjang hari.[4] Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN; tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.[5] Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu; aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah. Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu, dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.

Yesaya 6:7
Dia menyentuh bibirku dengan bara itu sambil berkata, “Bara ini telah menyentuh bibirmu. Oleh itu, kesalahanmu sudah dihapuskan, dan dosamu pun sudah diampunkan.”

1 John 1:9
Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.

Rom 8:1
Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.

Ibrani 9:14
Jika orang dapat disucikan dengan cara itu, darah Kristus lebih berkuasa pula! Melalui Roh yang kekal, Kristus mempersembahkan diri-Nya sendiri kepada Allah sebagai korban yang sempurna. Darah-Nya akan menyucikan hati nurani kita daripada upacara agama yang sia-sia, supaya kita boleh mengabdikan diri kepada Allah yang hidup.

Mazmur 103:12
Sejauh timur dari barat, sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita.

2 Korintus ๕:๑๗
Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.

Rom 3:21-23
[21] Tetapi sekarang Allah sudah menunjukkan jalan bagaimana manusia dapat berbaik semula dengan-Nya. Hal itu tidak ada kaitannya dengan hukum, walaupun Taurat dan Kitab Nabi-Nabi menyatakan hal itu.[22] Allah memungkinkan orang berbaik semula dengan Dia, hanya melalui kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus. Allah melakukan hal itu untuk semua orang yang percaya kepada Kristus, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi:[23] Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.

2 Korintus 5:21
Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.

Mikha 7:19
Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

1 John 3:19-20
[19] Demikianlah caranya kita tahu bahawa kita tergolong sebagai anak-anak Allah yang benar, dan hati kita tenang di hadapan Allah.[20] Jika hati nurani kita menyalahkan kita, maka kita tahu bahawa Allah lebih besar daripada hati nurani kita, dan bahawa Dia mengetahui semuanya.

Rom 6:23
Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.

Yesaya 43:25
Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu, dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku. Aku tidak akan mengingat dosa kamu.

Wahyu 12:10
Kemudian aku mendengar suara lantang di syurga berkata, “Sekaranglah masanya Allah menyelamatkan umat-Nya dan menunjukkan kuasa-Nya sebagai Raja! Sekarang Penyelamat yang diutus-Nya itu menunjukkan kekuasaan-Nya, kerana yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan Allah siang dan malam, sudah dibuang dari syurga.

2 Korintus 7:10
kerana kesedihan seperti itu menghasilkan perubahan hati yang mendatangkan penyelamatan. Hal itu tidak perlu disesalkan. Sebaliknya, kesedihan yang sejalan dengan kehendak manusia mengakibatkan kematian.

Ibrani 4:16
Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.

Rom 8:31-39
[31] Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?[32] Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua. Jika Allah mengurniai kita Anak-Nya sendiri, tidakkah Dia akan memberikan segala sesuatu yang lain?[33] Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah.[34] Siapakah dapat menyalahkan kita? Tiada seorang pun, kerana Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah.[35] Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian.[36] Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Sepanjang masa kami menghadapi bahaya maut kerana Engkau. Kami diperlakukan seperti domba yang akan disembelih.”[37] Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita![38] Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang;[39] baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!

Rom 3:26
Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Dengan cara itu Allah menunjukkan bahawa Dia adil, dan bahawa Dia menyatakan semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah.

Rom 14:23
Tetapi jika seseorang meragui apa yang dimakannya, Allah menyalahkan dia, kerana perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.

John 3:17
Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.

Amsal १६:४
Segala yang dibuat TUHAN ada tujuannya, dan tujuan bagi orang jahat adalah kebinasaan.

Acts ३:१९
Oleh itu, bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Allah, supaya Dia menghapus dosa saudara-saudara.

1 John 2:1
Anak-anakku, aku menulis surat ini kepada kamu, supaya kamu tidak berdosa. Tetapi jika seseorang berdosa, kita mempunyai seorang pembela, iaitu Yesus Kristus yang adil. Dia akan memohon bagi kita di hadapan Bapa.

Kejadian 20:6-16
[6] Allah menjawab dalam mimpi itu, “Ya, Aku tahu bahawa engkau melakukannya dengan hati nurani yang bersih; oleh itu Aku sudah mencegah engkau daripada berdosa terhadap Aku dan tidak membiarkan engkau menjamah wanita itu.[7] Tetapi sekarang, kembalikanlah wanita itu kepada suaminya. Suaminya seorang nabi, dan dia akan berdoa untukmu supaya engkau tidak mati. Tetapi jika engkau tidak mengembalikannya, ingat, engkau dan segenap rakyatmu akan mati.”[8] Awal pagi esoknya Raja Abimelekh memanggil semua pegawainya dan memberitahu mereka segala kejadian itu. Mereka sangat ketakutan.[9] Kemudian Raja Abimelekh memanggil Abraham dan bertanya, “Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap kami? Apakah kesalahan yang sudah beta lakukan terhadapmu, yang menyebabkan kamu mendatangkan bencana ini kepada beta dan kerajaan beta? Tidak patut kamu berbuat demikian kepada beta.[10] Mengapa kamu melakukannya?”[11] Abraham menjawab, “Hamba berfikir bahawa di sini tiada sesiapa pun yang takut kepada Allah, sehingga hamba akan dibunuh oleh orang yang menginginkan isteri hamba.[12] Sebenarnya, dia memang adik hamba. Kami satu bapa tetapi berlainan ibu; kemudian kami berkahwin.[13] Oleh itu, apabila Allah menyuruh hamba keluar dari rumah bapa hamba, lalu mengembara ke negeri asing, hamba berkata kepada isteri hamba, ‘Tunjukkanlah kesetiaanmu kepadaku dengan berkata kepada setiap orang bahawa aku ini abangmu.’ ”[14] Selepas itu Raja Abimelekh mengembalikan Sara kepada Abraham, dan pada masa itu juga dia memberikan hamba, domba, dan lembu kepada Abraham.[15] Raja itu bertitah kepada Abraham, “Inilah seluruh negeri beta; tinggallah di mana saja kamu kehendaki.”[16] Baginda bertitah kepada Sara, “Beta memberikan seribu keping perak kepada abangmu sebagai bukti kepada semua orang yang ada bersama-samamu bahawa kamu benar-benar tidak bersalah.”

Yesaya 53:10
TUHAN berfirman, “Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku; dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa. Oleh itu dia akan panjang umur; dia akan melihat keturunannya, dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana.

Lukas 15:18-19
[18] Aku akan berangkat dan pergi kepada ayahku lalu berkata begini: Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah.[19] Tidak layak lagi saya disebut anak ayah. Anggaplah saya sebagai orang gaji ayah.’

Matthew 18:21-35
[21] Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, “Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?”[22] Yesus menjawab, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali![23] Aku berkata demikian, kerana apabila Allah memerintah keadaannya seperti berikut. Seorang raja hendak memeriksa akaun pegawai-pegawainya.[24] Apabila raja mula berbuat demikian, salah seorang pegawainya yang meminjam wang beratus-ratus juta dibawa menghadap.[25] Pegawai itu tidak mempunyai cukup wang untuk melunaskan hutangnya. Oleh itu, raja memberikan perintah supaya pegawai itu dijual sebagai hamba bersama-sama anak isterinya dan segala harta miliknya, untuk melunaskan hutang.[26] Pegawai itu sujud di hadapan raja dan memohon, ‘Bersabarlah terhadap hamba. Hamba akan melunaskan segala hutang hamba.’[27] Raja itu kasihan kepadanya lalu menghapuskan semua hutangnya dan membebaskan dia.[28] Tetapi apabila pegawai itu keluar, dia berjumpa dengan seorang pegawai lain yang berhutang wang beberapa ratus sahaja kepadanya. Dia menangkap rakannya, lalu mencekiknya dan berkata, ‘Lunaskan semua hutangmu.’[29] Rakannya itu sujud di hadapannya dan memohon, ‘Bersabarlah, aku akan melunaskan hutangku!’[30] Tetapi pegawai itu tidak menghiraukan permohonan rakannya. Sebaliknya, dia memberikan perintah supaya rakannya dipenjarakan sehingga dia melunaskan hutangnya.[31] Apabila pegawai-pegawai yang lain melihat hal itu, mereka sangat sedih dan melaporkan segala perkara itu kepada raja.[32] Lalu raja memanggil pegawai yang jahat itu dan bertitah, ‘Hai hamba yang jahat! Semua hutangmu sudah dihapuskan kerana kamu memohon supaya beta mengampunimu.[33] Sepatutnya kamu mengasihani rakanmu, sebagaimana beta sudah mengasihani kamu.’[34] Raja sangat murka, lalu pegawai yang jahat itu dipenjarakan dan dihukum sehingga semua hutangnya dilunaskan.”[35] Yesus mengakhiri ceritanya dan berkata, “Demikianlah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripada kamu, jika kamu tidak mengampuni saudaramu dengan ikhlas.”

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia