A A A A A

Kehidupan: [Keluarga]


John 15:12-13
[12] Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu.[13] Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka.

1 Timothy 5:8
Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.

Efesus 6:4
Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Amsal 27:10
Jangan lupa akan sahabatmu atau sahabat bapamu. Ketika kamu dalam kesusahan, jangan pergi ke rumah saudaramu; jiran yang dekat dapat lebih menolong kamu daripada saudara yang jauh.

Matthew 12:48-50
[48] Tetapi Yesus berkata, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?”[49] Lalu Dia menunjuk kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata, “Lihat, inilah ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku.[50] Sesiapa melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, orang itu saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”

Matthew 19:18-19
[18] “Hukum yang mana?” tanya orang itu. Yesus menjawab, “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu;[19] hormatilah ibu bapamu; dan kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”

Kolose 3:13
Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu.

Galatia 6:10
Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.

1 Korintus 15:33-34
[33] Janganlah kamu tertipu! “Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik.”[34] Hendaklah kamu insaf dan jangan berdosa lagi. Kamu seharusnya malu, kerana beberapa orang antara kamu masih belum mengenal Allah.

Amsal 18:24
Ada sahabat yang tidak setia, ada pula yang lebih karib daripada saudara kandung.

Mazmur 133:1
Lagu ziarah oleh Daud. Alangkah baiknya dan indahnya apabila umat Allah hidup dengan rukun!

Amsal 17:17
Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.

Amsal 22:6
Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

Exodus 20:12
Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.

Joshua 24:15
Jika kamu tidak mahu mengabdi kepada-Nya, tentukanlah sekarang kepada siapa kamu hendak mengabdi, kepada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia, atau kepada tuhan-tuhan orang Amori di negeri yang kamu tinggal sekarang. Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada TUHAN.”

Amsal 12:26
Orang baik memimpin sahabatnya, sedangkan orang jahat menyesatkan orang.

Ulangan 6:6-7
[6] Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.[7] Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.

Yesaya 49:15-16
[15] Oleh itu TUHAN menjawab, “Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya, atau tidak mengasihi anak kandungnya? Sekalipun ibu melupakan anak, Aku tidak akan melupakan kamu.[16] Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu! Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.

Mazmur 103:17-18
[17] Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia, dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya,[18] bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya, dan mentaati perintah-Nya.

Amsal 17:6
Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.

Mazmur 127:3-5
[3] Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.[4] Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.[5] Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

Amsal 17:9
Jika ingin disukai orang, maafkanlah kesalahan yang dilakukan mereka. Membangkit-bangkit kesalahan akan memutuskan persahabatan.

Amsal 6:20
Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.

Amsal 27:6
Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi berwaspadalah apabila seorang musuh mencium kamu.

1 Korintus 15:33
Janganlah kamu tertipu! “Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik.”

Amsal 23:24
Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.

1 Raja 8:57
Semoga TUHAN, Allah kita menyertai kita sebagaimana Dia menyertai nenek moyang kita. Semoga Dia tidak meninggalkan kita atau membuang kita.

Lukas 11:13
Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!”

Amsal 23:15
Hai anakku, aku gembira jika kamu bijak.

Mazmur 55:12-14
[12] Di merata tempat berlaku pemusnahan; jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan.[13] Andaikata musuh mempermainkan aku, aku dapat menanggungnya; andaikata seorang lawan menghina aku, aku pun dapat bersembunyi daripadanya.[14] Tetapi engkau ini, temanku, rakanku serta sahabat karibku.

Amsal 27:17
Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia