A A A A A

Perwatakan Baik: [Kebaikan]


1 Korintus 13:4-7
[4] Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong.[5] Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam.[6] Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan.[7] Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.

Efesus 4:29
Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya.

Mikha 6:8
Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.

Kolose 3:12
Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.

Efesus 2:7
Allah melakukan hal itu supaya pada zaman yang akan datang, semua orang akan mengetahui rahmat-Nya yang tidak terhingga itu. Dia menunjukkan kasih-Nya kepada kita melalui Kristus Yesus.

Matthew 5:24
tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah.

Rom 2:4
Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa.

Galatia 5:22
Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia,

Mazmur 141:5
Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik, tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahat kerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.

Yesaya 54:8
Aku berpaling daripadamu sebentar saja kerana Aku sangat murka, tetapi Aku akan mengasihi kamu selama-lamanya.” Demikianlah firman TUHAN, Penyelamat kamu.

Amsal 19:22
Ketamakan merupakan keaiban; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.

1 Peter 4:8
Inilah perkara yang terpenting: Kamu harus saling mengasihi dengan sepenuh hati, kerana jika kamu saling mengasihi, kamu juga bersedia untuk saling mengampuni.

2 Peter 1:5-7
[5] Oleh itu, berusahalah sebaik-baiknya supaya kamu tetap percaya kepada Kristus, mengamalkan hidup yang baik, dan juga mengetahui kehendak Allah.[6] Di samping itu kamu harus dapat mengawal diri, bertabah hati ketika menghadapi segala sesuatu, dan kamu juga mesti hidup salih.[7] Hendaklah kamu menyayangi saudara seiman dan mengasihi semua orang.

Esther 2:9
Hegai kagum melihat Ester dan suka kepadanya. Dengan segera Hegai memberi Ester perawatan kecantikan serta makanan yang khas. Dia memberi Ester bilik yang terbaik di dalam istana wanita itu. Hegai juga menyuruh tujuh orang gadis yang dipilih khas dari istana raja untuk melayani Ester.

Efesus 4:32
Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.

Galatia 6:10
Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.

Lukas 6:35
Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat.

Amsal 31:26
Kata-katanya bijak serta lemah lembut.

1 Peter 3:9
Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.

Ruth 2:20-21
[20] “Semoga TUHAN memberkati Boas!” kata Naomi kepada Rut. “TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal.” Katanya lagi, “Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita.”[21] Rut berkata, “Lagi pula, dia membenarkan saya memungut barli bersama-sama para pekerjanya sehingga mereka habis menuai seluruh ladang itu.”

Ruth 3:10
“TUHAN memberkati kamu,” kata Boas. “Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kesetiaan yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan terhadap ibu mentuamu. Sebenarnya, kamu boleh mencari seorang pemuda, baik yang kaya ataupun yang miskin, tetapi kamu tidak berbuat demikian.

Nehemia 9:17
Mereka tidak mahu patuh; mereka melupakan segala perbuatan-Mu, dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu. Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua, untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula. Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.

Mazmur 31:21
Engkau menyembunyikan mereka di tempat hadirat-Mu, yang selamat daripada komplot manusia; Engkau menyembunyikan mereka di tempat perlindungan yang selamat daripada hinaan musuh mereka.

Mazmur 117:1-2
[1] Pujilah TUHAN, hai semua bangsa! Pujilah Dia, hai segenap manusia![2] Kasih-Nya kepada kita sungguh besar, kesetiaan-Nya kekal selama-lamanya! Pujilah TUHAN!

Mazmur 119:76
Semoga kasih-Mu yang kekal menghiburkan aku, menurut janji-Mu kepadaku, hamba-Mu.

Yesaya 54:10
Biarpun gunung dan bukit runtuh, tetapi Aku tidak akan berhenti mengasihi kamu; Aku akan menepati perjanjian damai-Ku.” Demikianlah firman TUHAN yang mengasihi kamu.

Yeremia 2:2
mengisytiharkan perkhabaran ini kepada semua orang di Yerusalem, “Hai Israel, Aku ingat betapa setianya engkau pada masa engkau masih muda, dan betapa besarnya cintamu kepada-Ku ketika engkau menjadi pengantin dahulu. Engkau mengikut Aku melalui gurun, melintasi tanah yang belum ditanami.

Joel 2:13
Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan, jangan hanya mengoyakkan pakaian.” Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu. Dia penyayang dan penuh rahmat; Dia sabar dan menepati janji-Nya; Dia sentiasa sedia mengampuni dan tidak suka menghukum.

Yunus 4:2-3
[2] Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.[3] Sekarang, ya TUHAN, biarlah aku mati saja, kerana lebih baik aku mati daripada hidup.”

Acts 28:2
Penduduk pulau itu sangat mesra dengan kami. Hujan mula turun dan udara pun sejuk. Oleh itu mereka menyalakan api dan menyambut kami semua.

Kejadian 24:14
Aku akan berkata kepada salah seorang daripada mereka, ‘Tolong turunkan buyungmu dan berilah aku minum.’ Jika dia menjawab, ‘Minumlah, dan unta-unta tuan juga akan saya beri minum,’ semoga dialah orang yang sudah Engkau pilih untuk hamba-Mu Ishak. Jika hal ini berlaku, aku akan tahu bahawa Engkau sudah menepati janji-Mu kepada tuanku Abraham.”

Joshua 2:12
Sekarang bersumpahlah demi TUHAN bahawa kamu akan memperlakukan keluargaku dengan baik sebagaimana aku telah memperlakukan kamu. Berilah aku suatu tanda jaminan supaya aku dapat mempercayai kamu.

2 Korintus 6:6
[6-7] Dengan berlaku tulus, dengan menggunakan pengetahuan tentang Berita Baik, dengan bersabar, dengan kebaikan hati, dengan pertolongan Roh Allah, dengan kasih yang ikhlas, dengan memberitakan khabar daripada Allah, dan dengan kuasa Allah, kami menunjukkan bahawa kami ini hamba Allah. Kami berpegang pada cara hidup yang menurut kehendak Allah, sebagai senjata untuk menyerang mahupun untuk membela diri.

Titus 3:4
Tetapi Allah, Penyelamat kita menunjukkan kasih dan kebaikan hati-Nya kepada kita.

Kejadian 24:12
Kemudian hamba itu berdoa, “Ya TUHAN, Allah tuanku Abraham, tolonglah, supaya tugasku berjaya pada hari ini; tepatilah janji-Mu kepada tuanku Abraham.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia