A A A A A

Perwatakan Baik: [Kesepaduan]


Amsal 11:3
Orang baik dipimpin oleh kejujuran. Orang yang tidak dapat dipercayai dibinasakan oleh kecurangan.

Amsal 28:6
Lebih baik miskin dan jujur daripada kaya dan curang.

1 Peter 3:16
Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu itu akan menjadi malu.

Amsal 12:22
TUHAN membenci pendusta, tetapi Dia berkenan kepada orang yang menepati janji.

Amsal 21:3
Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.

2 Korintus 8:21
Kami bertujuan melakukan apa yang benar bukan sahaja di sisi Tuhan, tetapi juga di hadapan manusia.

John 14:6
Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.

Amsal 4:25-27
[25] Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu.[26] Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya.[27] Jauhkanlah dirimu daripada kejahatan dan hiduplah dengan jujur. Jangan menyimpang sedikit pun dari jalan yang benar.

Ibrani 13:18
Teruslah berdoa untuk kami. Kami yakin bahawa hati nurani kami murni, kerana kami selalu ingin melakukan perkara yang benar.

Lukas 6:31
Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka.

Mazmur 41:11-12
[11] Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku, agar aku dapat membalas musuh-musuhku.[12] Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku, kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku.

Filipi 4:8
Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.

Yesaya 26:7
Jalan yang ditempuh orang baik itu lurus, kerana Engkau, TUHAN, meluruskannya bagi mereka.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia