A A A A A

Perwatakan Baik: [Jujur]


2 Korintus 8:21
Kami bertujuan melakukan apa yang benar bukan sahaja di sisi Tuhan, tetapi juga di hadapan manusia.

2 Timothy 2:15
Berusahalah sebaik-baiknya untuk mendapat pujian daripada Allah, seperti seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya. Hendaklah engkau mengajar ajaran benar daripada Allah dengan betul.

Kolose 3:9
Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya.

Efesus 4:25
Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus.

James 1:26
Adakah sesiapa menganggap dirinya beribadat? Jika dia tidak mengendalikan lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu dirinya sendiri.

James 3:17
Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.

Lukas 6:31
Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka.

Matthew 5:8
Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah!

Amsal 10:9
Orang jujur akan hidup aman, tetapi orang yang menipu akhirnya akan ketahuan.

Amsal 11:3
Orang baik dipimpin oleh kejujuran. Orang yang tidak dapat dipercayai dibinasakan oleh kecurangan.

Amsal 12:17-22
[17] Bercakap benar menegakkan keadilan, sedangkan membohong mengakibatkan ketidakadilan.[18] Kata-kata yang pedas melukai hati seperti tikaman pedang, tetapi ucapan yang bijak bagaikan ubat yang menyembuhkan.[19] Dusta tidak tahan lama, tetapi kebenaran kekal selama-lamanya.[20] Orang yang merancang kejahatan penuh dengan tipu daya; orang yang mengamalkan kebajikan akan berbahagia.[21] Orang baik tidak akan ditimpa bencana, tetapi orang jahat selalu ditimpa kesusahan.[22] TUHAN membenci pendusta, tetapi Dia berkenan kepada orang yang menepati janji.

Amsal 14:5
Saksi yang jujur sentiasa mengatakan yang benar, tetapi saksi yang tidak jujur selalu berdusta.

Amsal 21:3
Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.

Amsal 24:26
Jawapan yang jujur membuktikan persahabatan yang sejati.

Amsal 28:18
Orang yang jujur akan selamat, tetapi orang yang menipu akan binasa dengan tiba-tiba.

Mazmur 112:5
Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman, serta jujur dalam segala urusan.

1 Tawarikh 29:17
Aku tahu bahawa Engkau menguji hati setiap orang dan Engkau berkenan kepada orang yang murni hatinya. Dengan tulus ikhlas dan rela hati, aku mempersembahkan semua ini kepada-Mu. Aku telah menyaksikan umat-Mu yang berkumpul di sini membawa persembahan mereka kepada-Mu dengan senang hati.

John 1:3
Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia.

John 3:18
Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal.

Filipi 4:8-9
[8] Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.[9] Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.

1 Peter 3:10-12
[10] Di dalam Alkitab tertulis, “Sesiapa yang hendak menikmati hidup dan yang ingin mengalami masa yang baik, tidak boleh memfitnah orang dan tidak boleh berdusta.[11] Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik; dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian.[12] Berbuatlah demikian, kerana Tuhan sentiasa memperhatikan orang yang melakukan kehendak-Nya, Dia sentiasa mendengarkan doa mereka; tetapi Tuhan menentang orang yang melakukan kejahatan.”

Amsal 6:16-20
[16] [16-19] Ada tujuh perkara yang dibenci oleh TUHAN dan tidak dapat dibiarkan-Nya: sikap yang sombong, mulut yang membohong, tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah, fikiran yang merancang hal-hal jahat, kaki yang bergegas menuju kejahatan, saksi yang terus-menerus berdusta, dan orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat.[17] ***[18] ***[19] ***[20] Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia