A A A A A

Perwatakan Baik: [Rendah diri]


Kolose 3:12
Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.

Efesus 4:2
Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu.

James 4:6-10
[6] Meskipun demikian, rahmat yang diberikan oleh Allah lebih kuat. Itulah sebabnya di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”[7] Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.[8] Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik![9] Hendaklah kamu menyesal, menangis, dan meratap! Hendaklah ketawa kamu menjadi tangisan dan kegembiraan kamu menjadi kedukaan![10] Hendaklah kamu merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan kamu.

1 Peter 5:5
Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”

2 Tawarikh 7:14
tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.

Lukas 14:11
Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, tetapi orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”

Mikha 6:8
Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.

Amsal 3:3-4
[3] Hendaklah kamu tetap percaya dan setia kepada Allah dan sesamamu. Ingatlah dan simpanlah hal itu dalam hatimu.[4] Jika kamu berbuat demikian, Allah dan manusia akan berkenan kepadamu.

Amsal 11:2
Orang yang sombong akan dipermalukan. Bersikap rendah hati adalah lebih bijaksana.

Amsal 12:15
Orang bodoh selalu menganggap diri mereka betul, sedangkan orang bijak mendengarkan nasihat.

Amsal 15:33
Hormat dan takut kepada TUHAN adalah cara memperoleh hikmat. Kehormatan didahului oleh kerendahan hati.

Amsal 18:12
Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.

Amsal 22:4
Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN, serta merendahkan diri akan mendapat kekayaan, kehormatan, dan usia panjang.

Amsal 27:2
Biarlah orang lain memuji kamu - bahkan orang asing pun. Jangan puji diri sendiri.

Mazmur 25:9
Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar, dan mengajar mereka kehendak-Nya.

Mazmur 149:4
TUHAN berkenan kepada umat-Nya; Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

Rom 12:3
Kerana kurnia Allah yang sudah dianugerahkan-Nya kepadaku, aku menasihati kamu semua: Janganlah anggap diri kamu lebih daripada yang sepatutnya, tetapi nilailah diri masing-masing dengan rendah hati menurut kebolehan yang dikurniakan oleh Allah, kerana kamu percaya kepada Yesus.

Rom 12:16
Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah. Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya.

2 Korintus 12:9-10
[9] Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.[10] Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.

Filipi 2:3-4
[3] Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.[4] Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.

Matthew 23:10-12
[10] Janganlah minta orang menyebut kamu ‘Pemimpin’, kerana Penyelamat yang diutus oleh Allah itu satu-satunya pemimpin kamu.[11] Orang yang terbesar antara kamu harus menjadi pelayan kamu.[12] Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”

James 4:14-16
[14] Tetapi apa yang akan berlaku dengan kehidupan kamu esok, kamu tidak tahu! Kamu seperti kepulan asap, yang kelihatan sebentar sahaja lalu lenyap.[15] Kamu seharusnya berkata begini, “Jika diperkenankan Tuhan, kami akan hidup dan melakukan ini atau itu.”[16] Tetapi sekarang kamu sombong dan bercakap besar. Bercakap besar seperti itu salah.

Filipi 2:5-8
[5] Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:[6] Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.[7] Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia.[8] Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati - iaitu mati di atas salib.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia