A A A A A

Perwatakan Baik: [Disiplin]


2 Timothy 1:7
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

Efesus 6:4
Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Amsal 10:17
Orang yang menerima teguran akan hidup sejahtera, tetapi orang yang tidak mahu mengakui kesalahannya berada dalam bahaya.

Amsal 12:1
Orang yang mencintai pengetahuan suka ditegur ajar. Orang yang tidak mahu ditegur ajar itu bodoh.

Amsal 13:1
Anak yang bijak menerima tegur ajar bapa, tetapi orang yang sombong tidak mahu menerima tegur ajar.

Amsal 13:24
Orang yang tidak memukul anaknya, tidak mengasihi anak itu. Orang yang mengasihi anaknya akan mendisiplinkan anak itu.

Amsal 22:6
Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

Amsal 22:15
Kanak-kanak biasa membuat perkara yang bukan-bukan, tetapi rotan dapat mengajar mereka mengubah kelakuan.

Amsal 29:15-17
[15] Tegur ajar dan disiplin baik untuk anak-anak. Anak yang dibiarkan menurut sesuka hatinya akan memalukan ibunya.[16] Apabila orang jahat berkuasa, jenayah meningkat, tetapi orang jujur akan melihat kehancuran mereka.[17] Didiklah anak-anak kamu; maka mereka akan memberi kamu ketenteraman dan kegembiraan.

Wahyu 3:19
Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.

Titus 1:8
Dia mesti suka menyambut orang ke rumah dan menyukai apa yang baik. Dia harus tahu mengawal diri, jujur, suci, dan berdisiplin.

Amsal 23:13-14
[13] Jangan ragu-ragu mendisiplinkan anak. Mereka tidak akan mati walaupun kena rotan.[14] Sebaliknya kamu mungkin menyelamatkan nyawa mereka.

Ibrani 12:10-11
[10] Bapa kita yang di dunia menghukum kita hanya untuk masa pendek ketika kita masih anak-anak, menurut apa yang dirasakan baik oleh mereka. Tetapi Allah menghukum kita untuk kebaikan kita sendiri, supaya kita dapat menjadi suci seperti Dia.[11] Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati. Tetapi kemudian, orang yang dihukum untuk menunjukkan kesalahan mereka, akan hidup menurut kehendak Allah dan mengalami kesejahteraan.

Kerja 5:17-18
[17] Berbahagialah orang yang ditegur Allah! Janganlah berasa kecil hati jika engkau diajar-Nya.[18] Walaupun Allah menyakitimu, Dia akan mengubatimu; tangan-Nya yang melukakan, tangan-Nya juga yang akan menyembuhkan.

Amsal 3:11-12
[11] Hai anakku, apabila TUHAN menegur ajar kamu, terimalah tegur ajar itu sebagai amaran dan jangan tolak ajaran-Nya.[12] TUHAN menegur ajar orang yang dikasihi-Nya seperti seorang bapa menegur ajar anak yang disayanginya.

Ulangan 8:5-6
[5] Ingatlah, TUHAN, Allah kamu menegur ajar kamu sama seperti seorang bapa menegur ajar anak-anaknya.[6] Oleh itu, patuhilah perintah TUHAN; hiduplah menurut hukum-Nya dan taatilah Dia.

1 Korintus 9:25-27
[25] Setiap ahli sukan yang sedang menjalani latihan harus mematuhi disiplin yang ketat. Dia melakukannya kerana dia ingin mendapat hadiah kejuaraan, walaupun hadiah itu akan rosak. Kita pun seperti ahli sukan yang mematuhi disiplin yang ketat supaya mendapat hadiah kejuaraan yang tidak akan rosak.[26] Itulah sebabnya aku lari terus ke garis penamat. Seperti petinju, aku tidak mahu mensia-siakan tumbukanku.[27] Aku melatih diri dengan giat supaya aku dapat menguasai diri. Aku berbuat demikian, supaya aku tidak ditolak, setelah aku mengkhabarkan Berita Baik kepada orang lain.

2 Korintus 7:9-11
[9] Tetapi sekarang aku bersukacita - bukan kerana aku telah menyedihkan hati kamu, tetapi kerana kesedihan itu sudah mengubah kelakuan kamu. Kesedihan itu sejalan dengan kehendak Allah. Oleh itu kami tidak merugikan kamu,[10] kerana kesedihan seperti itu menghasilkan perubahan hati yang mendatangkan penyelamatan. Hal itu tidak perlu disesalkan. Sebaliknya, kesedihan yang sejalan dengan kehendak manusia mengakibatkan kematian.[11] Lihatlah hasil daripada kesedihan kamu yang sejalan dengan kehendak Allah: Kamu betul-betul berusaha untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah. Kamu marah kepada apa yang sudah berlaku dan kamu takut akan apa yang mungkin berlaku. Kamu rindu akan aku, kamu sangat ingin membela aku, dan rela menghukum yang bersalah. Dalam semua hal itu kamu sudah menunjukkan bahawa kamu tidak bersalah.

Mazmur 94:12-14
[12] Ya TUHAN, berbahagialah orang yang Engkau didik, orang yang Engkau ajarkan hukum-Mu.[13] Engkau menenangkan dia pada masa kesusahan, sehingga lubang digali untuk memerangkap orang jahat.[14] TUHAN tidak akan meninggalkan umat-Nya; Dia tidak akan mengabaikan orang yang menjadi milik-Nya.

Ibrani ௧௨:௫-௯
[௫] Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya: “Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu, dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.[௬] Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya, dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak.”[௭] Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya?[௮] Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram.[௯] Di dunia ini kita mempunyai bapa. Mereka menghukum kita, dan kita menghormati mereka. Oleh itu, kita harus menerima hukuman yang dikenakan oleh Bapa kita yang di syurga, supaya kita hidup.

Efesus 6:1-9
[1] Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan.[2] [2-3] “Hormatilah ibu bapamu” adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: “supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi.”[3] ***[4] Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.[5] Hai abdi, hormatilah tuan kamu dan taatilah mereka dengan sepenuhnya. Lakukanlah semuanya dengan hati yang ikhlas, seperti kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Kristus.[6] Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, untuk mendapat pujian mereka. Tetapi sebagai abdi Kristus, kamu harus melakukan kehendak Allah dengan sepenuh hati.[7] Lakukanlah kerja kamu sebagai abdi dengan hati yang gembira, seolah-olah kamu bekerja untuk Tuhan, dan bukan hanya untuk manusia.[8] Ketahuilah bahawa setiap orang, baik abdi ataupun orang bebas, akan menerima pahala daripada Tuhan bagi semua perbuatan baik yang dilakukannya.[9] Hai pemilik abdi, perlakukanlah abdi kamu dengan sepatutnya. Jangan lagi gunakan ancaman. Ketahuilah bahawa kamu dan abdi kamu dimiliki oleh satu tuan, iaitu Tuhan yang di syurga, yang menghakimi semua orang dengan adil.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia