A A A A A

Tuhan: [Saya Tidak Akan Meninggalkan Anda]


1 Tawarikh 28:20
Kemudian Raja Daud bertitah lagi kepada putera baginda, Salomo, “Engkau harus yakin dan berani. Mulakanlah pekerjaan itu dan jangan gentar terhadap apa-apa pun. TUHAN Allah yang beta sembah akan menolong engkau. Dia tidak akan meninggalkan engkau, tetapi Dia akan menyertai engkau sampai semua pekerjaan bagi rumah-Nya itu selesai.

1 Korintus १०:१३
Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya.

1 Raja 8:57
Semoga TUHAN, Allah kita menyertai kita sebagaimana Dia menyertai nenek moyang kita. Semoga Dia tidak meninggalkan kita atau membuang kita.

1 Peter ५:७
Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.

2 Timothy 1:7
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

Ulangan 4:31
TUHAN, Allah kamu ialah Allah yang berbelas kasihan. Dia tidak akan meninggalkan atau membinasakan kamu. Dia tidak akan melupakan perjanjian yang sudah dibuat-Nya sendiri dengan nenek moyang kamu.

Ulangan ३१:६-८
[६] Kamu harus yakin dan berani. Jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan kamu ataupun meninggalkan kamu.”[७] Selepas itu Musa memanggil Yosua dan berkata kepadanya di hadapan semua orang Israel, “Engkau harus yakin dan berani. Engkaulah yang akan memimpin bangsa ini untuk menduduki tanah yang sudah dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang mereka.[८] TUHAN sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas.”

Kejadian 28:15
Ingatlah, Aku akan melindungi engkau dan menolongmu ke mana sahaja engkau pergi, lalu Aku akan membawa engkau kembali ke negeri ini. Aku tidak akan meninggalkan engkau sehingga Aku sudah melakukan segala sesuatu yang Kujanjikan kepadamu.”

Ibrani 4:16
Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan.

Ibrani 13:4-6
[4] Perkahwinan harus dihormati oleh semua orang. Suami isteri harus setia kepada satu sama lain. Allah akan menghakimi orang yang melakukan perbuatan cabul dan orang yang berzina.[5] Janganlah hidup kamu dikuasai oleh cinta akan wang. Hendaklah kamu puas hati dengan apa yang kamu miliki. Allah sudah berfirman, “Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.”[6] Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata, “Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?”

Joshua 1:5-9
[5] Hai Yosua, tidak seorang pun akan dapat mengalahkan engkau selama engkau hidup. Aku akan menyertai engkau sebagaimana Aku telah menyertai Musa. Aku akan sentiasa menyertai engkau, dan tidak sekali-kali meninggalkan engkau.[6] Hendaklah engkau yakin dan berani, kerana engkau akan menjadi pemimpin umat ini apabila mereka menakluki tanah yang Kujanjikan kepada nenek moyang mereka.[7] Hendaklah engkau yakin dan berani, dan pastikanlah supaya engkau mentaati seluruh Taurat yang diberikan oleh hamba-Ku, Musa kepadamu. Jangan lalaikan mana-mana bahagian Taurat itu, supaya engkau berjaya ke mana pun engkau pergi.[8] Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan berjaya.[9] Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi.”

Mikha 7:8
Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita.

Matthew 28:20
Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.”

Mazmur 55:22
Kata-katanya halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.

Mazmur 94:14
TUHAN tidak akan meninggalkan umat-Nya; Dia tidak akan mengabaikan orang yang menjadi milik-Nya.

Wahyu 3:10
Kerana kamu menurut perintah-Ku supaya tabah ketika menanggung penderitaan, Aku pun akan menyelamatkan kamu daripada masa kesusahan yang akan menimpa seluruh dunia untuk menguji semua orang di bumi.

Rom 8:28
Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.

Filipi 4:6-7
[6] Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.[7] Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.

Mazmur ७३:२३-२६
[२३] Namun aku tetap di samping-Mu, dan Engkau memegang tangan kananku.[२४] Engkau membimbing aku dengan nasihat, dan kelak Engkau menyambut aku dengan kehormatan.[२५] Siapa lagi yang aku miliki di syurga kecuali Engkau? Tiada lagi yang aku ingini di bumi ini selain Engkau.[२६] Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah, Engkaulah kekuatanku, ya Allah; hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.

Yesaya 41:10-13
[10] Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.[11] Orang yang marah terhadap kamu akan kalah dan dipermalukan. Orang yang melawan kamu akan mati dan lenyap dari muka bumi.[12] Kamu akan mencari orang yang menentang kamu, tetapi mereka tidak akan kamu temukan. Orang yang berperang melawan kamu akan binasa dan lenyap.[13] Akulah TUHAN, Allah kamu; Aku menguatkan kamu dan berfirman, ‘Jangan takut, Aku akan menolong kamu.’ ”

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia