A A A A A

Gereja: [Peranan Wanita]


Galatia 3:28
Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus.

1 Timothy 2:9-15
[9] Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal.[10] Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.[11] Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.[12] Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.[13] Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.[14] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.[15] Meskipun demikian wanita akan diselamatkan dengan melahirkan anak, jika dengan rendah hati mereka tetap beriman, mengasihi orang lain, dan hidup suci.

1 Timothy 2:12
Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.

Kejadian 3:16
TUHAN Allah berfirman kepada perempuan itu, “Aku akan menambah kesusahanmu semasa engkau hamil, dan juga kesakitanmu pada masa engkau bersalin. Walaupun demikian, engkau akan tetap berahi kepada suamimu, namun engkau akan tunduk kepadanya.”

1 Korintus 11:3
Aku mahu kamu memahami hal ini: Kristus ialah kepala setiap orang lelaki; suami ialah kepala isteri dan Allah ialah kepala Kristus.

Lukas 8:1-3
[1] Tidak berapa lama kemudian, Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah mula memerintah. Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia,[2] dan juga beberapa orang wanita yang sudah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat dan penyakit. Antara mereka termasuk Maria yang disebut Magdalena (tujuh roh jahat sudah diusir daripada dirinya);[3] Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.

Kejadian 2:18
Kemudian TUHAN Allah berfirman, “Tidak baik manusia hidup seorang diri. Aku akan menjadikan seorang teman yang sesuai untuk menolong dia.”

Efesus 5:22-33
[22] Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan,[23] kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya.[24] Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus.[25] Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah.[26] Kristus berbuat demikian untuk membersihkan jemaah dengan air dan dengan firman-Nya, supaya Dia dapat menyerahkan jemaah kepada Allah.[27] Dengan demikian Kristus memiliki jemaah yang penuh dengan kecemerlangan, yang murni, dan yang tidak bercacat cela sedikit pun.[28] Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. ([29] Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah,[30] kerana kita anggota tubuh Kristus.)[31] Di dalam Alkitab tertulis, “Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya untuk bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya akan menjadi satu.”[32] Ayat itu mengandungi erti yang dalam. Menurut pengertianku, ayat itu berkaitan dengan hubungan antara Kristus dan jemaah.[33] Tetapi ayat itu juga berkaitan dengan kamu: Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.

1 Timothy 2:11-15
[11] Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.[12] Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.[13] Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.[14] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.[15] Meskipun demikian wanita akan diselamatkan dengan melahirkan anak, jika dengan rendah hati mereka tetap beriman, mengasihi orang lain, dan hidup suci.

Lukas 10:38-42
[38] Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan, lalu tiba di sebuah pekan. Di situ seorang wanita bernama Marta menjemput Yesus ke rumahnya.[39] Marta mempunyai seorang saudara perempuan bernama Maria. Maria duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya.[40] Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!”[41] Tuhan menjawab, “Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara,[42] tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.”

Titus 2:3-5
[3] Demikian juga, nasihatilah wanita yang tua supaya kelakuan mereka sesuai dengan kelakuan wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh mengumpat atau menjadi kaki botol. Mereka mesti mengajarkan apa yang baik.[4] Dengan demikian wanita yang tua dapat mendidik wanita yang muda supaya mengasihi suami dan anak-anak,[5] tahu mengawal diri, suci dan menjadi suri rumah yang baik, serta taat kepada suami. Dengan demikian tidak ada orang yang dapat mencela perkhabaran daripada Allah.

1 Korintus 11:2-16
[2] Aku memuji kamu kerana kamu sentiasa mengingat aku dan mengikut ajaran yang aku berikan kepada kamu.[3] Aku mahu kamu memahami hal ini: Kristus ialah kepala setiap orang lelaki; suami ialah kepala isteri dan Allah ialah kepala Kristus.[4] Oleh itu seorang lelaki yang menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, mempermalukan Kristus.[5] Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia mempermalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur.[6] Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi amat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya ataupun digunting rambutnya. Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya.[7] Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala, kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki,[8] kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki.[9] Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki.[10] Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia dibenarkan berdoa.[11] Meskipun demikian, dalam kehidupan kita sebagai orang Kristian, wanita bergantung kepada lelaki, dan lelaki pun bergantung kepada wanita.[12] Hal itu demikian kerana meskipun wanita dijadikan daripada lelaki, tetapi selepas itu lelaki dilahirkan oleh wanita; dan segala sesuatu berasal daripada Allah.[13] Baiklah kamu pertimbangkan sendiri: Patutkah seorang wanita berdoa kepada Allah di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?[14] Menurut kebiasaan, kamu diajar bahawa lelaki yang berambut panjang bukanlah suatu hal yang patut.[15] Tetapi bagi seorang wanita, rambut panjang yang diberikan kepadanya adalah untuk menutupi kepalanya dan menjadi kebanggaannya.[16] Tetapi jika sesiapa mahu bertengkar tentang masalah itu, inilah satu-satunya jawapan yang dapat aku berikan: Baik kita mahupun jemaah Allah lainnya, tidak mempunyai peraturan lain.

Acts 18:26
Dengan berani Apolos mula berkata-kata di rumah ibadat. Apabila Priskila dan Akwila mendengar dia, mereka membawa dia ke rumah. Mereka menerangkan penyelamatan Allah melalui Yesus dengan lebih tepat lagi.

1 Korintus 14:33-35
[33] Allah ialah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan. Seperti yang berlaku di semua perjumpaan jemaah Allah,[34] kaum wanita haruslah berdiam diri. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat.[35] Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.

1 Timothy 2:11
Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.

Efesus 5:22-24
[22] Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan,[23] kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya.[24] Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus.

Rom 16:1
Aku ingin memperkenalkan saudari kita, Febe, yang membantu jemaah di Kengkrea.

Titus 2:4-5
[4] Dengan demikian wanita yang tua dapat mendidik wanita yang muda supaya mengasihi suami dan anak-anak,[5] tahu mengawal diri, suci dan menjadi suri rumah yang baik, serta taat kepada suami. Dengan demikian tidak ada orang yang dapat mencela perkhabaran daripada Allah.

Efesus 5:22
Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan,

1 Timothy 5:14
Oleh itu aku mahu supaya balu muda berkahwin lagi, mempunyai anak dan mengurus rumah tangga, agar musuh kita tidak berpeluang menjahatkan nama kita.

Matthew 27:55-56
[55] Di situ ada juga banyak wanita yang memandang dari jauh. Mereka datang bersama-sama Yesus dari Galilea dan mereka menolong Dia.[56] Antara mereka ialah Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus dan Yusuf, serta ibu anak-anak Zebedeus.

1 Korintus 14:34-35
[34] kaum wanita haruslah berdiam diri. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat.[35] Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.

Hakim 4:4
Pada masa itu pemimpin Israel ialah seorang nabi perempuan yang bernama Debora, isteri Lapidot.

Rom 16:7
Sampaikan salamku kepada Andronikus dan Yunias, yang sebangsa dengan aku dan yang dipenjarakan bersama-sama aku. Mereka terkenal antara rasul-rasul dan mereka lebih awal percaya kepada Kristus daripada aku.

Efesus 5:21
Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.

Titus 2:1
Tetapi engkau, Titus, harus mengajarkan apa yang sesuai dengan asas kepercayaan yang benar.

1 Korintus 11:7
Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala, kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki,

Amsal 31:10-31
[10] Isteri yang cekap susah ditemukan. Dia lebih berharga daripada permata.[11] Suaminya mempunyai keyakinan terhadap dia dan tidak akan kekurangan apa-apa.[12] Seumur hidupnya, dia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat kepadanya.[13] Dia rajin mengumpulkan bulu domba dan rami, lalu sibuk menenunnya.[14] Dia mendatangkan makanan dari tempat jauh seperti yang dilakukan oleh kapal dagang.[15] Dia bangun pagi-pagi buta untuk menyediakan makanan bagi keluarganya, dan untuk memberikan arahan kepada semua hamba perempuannya.[16] Dia mencari sebidang tanah, lalu membelinya dan mengusahakan ladang anggur dengan pendapatannya.[17] Dia menyiapkan diri untuk bekerja sekuat tenaga.[18] Dia tahu bahawa segala sesuatu yang diusahakannya menguntungkan, dan dia bekerja sehingga jauh malam.[19] Dia memintal benang dan menenun kainnya sendiri.[20] Dia murah hati kepada orang yang miskin dan susah.[21] Pada musim sejuk dia tidak khuatir, kerana keluarganya mempunyai baju panas.[22] Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.[23] Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.[24] Dia menjahit pakaian dan membuat ikat pinggang untuk dijual kepada pedagang.[25] Dia berwibawa serta dihormati orang. Dia tidak khuatir akan masa hadapan.[26] Kata-katanya bijak serta lemah lembut.[27] Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.[28] Dia dihargai oleh anak-anaknya dan dipuji oleh suaminya.[29] Suaminya berkata, “Ada banyak wanita yang baik, tetapi engkaulah yang terbaik antara mereka semua.”[30] Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.[31] Balaslah segala perbuatannya. Dia wanita yang layak dihormati semua orang.

1 Timothy 2:13-14
[13] Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.[14] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.

1 Timothy 3:2
Seorang pemimpin jemaah haruslah orang yang tidak bercela. Dia mesti mempunyai seorang isteri sahaja, bijaksana, tahu mengawal diri, dan tertib kelakuannya. Dia mesti suka menyambut orang ke rumahnya, dapat mengajar orang,

1 Timothy 3:11
Isteri mereka pun mestilah orang yang baik sifatnya. Mereka tidak boleh mengumpat; mereka haruslah tahu mengawal diri dan jujur dalam segala perkara.

Kejadian 1:27
Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.

Efesus 5:23
kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya.

Titus 2:3
Demikian juga, nasihatilah wanita yang tua supaya kelakuan mereka sesuai dengan kelakuan wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh mengumpat atau menjadi kaki botol. Mereka mesti mengajarkan apa yang baik.

1 Peter 3:7
Demikian juga kamu, suami-suami harus hidup dengan isteri kamu dengan penuh pengertian, dan sedar bahawa mereka itu kaum yang lebih lemah. Perlakukanlah mereka dengan hormat, kerana mereka bersama-sama kamu, akan menerima anugerah hidup sejati dan kekal daripada Allah. Berbuatlah demikian supaya tiada sesuatu pun menghalangi doa kamu.

Kolose 3:18-19
[18] Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian.[19] Hai suami, kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka.

Kejadian 1:26-28
[26] Kemudian Allah berfirman, “Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang lain: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.”[27] Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.[28] Kemudian Dia memberkati mereka dan berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.

1 Peter 3:1-7
[1] Demikian juga kamu, isteri-isteri harus taat kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Allah, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka,[2] kerana mereka boleh melihat kelakuan kamu yang murni dan penuh hormat.[3] Janganlah kecantikan kamu bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas, ataupun pakaian yang mahal-mahal.[4] Sebaliknya, hendaklah kecantikan kamu terdiri daripada batin yang murni, budi pekerti yang lembut, dan tenang. Itulah kecantikan abadi yang sangat berharga di sisi Allah.[5] Pada zaman dahulu, wanita salih yang mempercayakan diri kepada Allah mempercantik diri dengan ketaatan kepada suami mereka.[6] Sara pun demikian juga; dia taat kepada Abraham dan menyebut dia tuannya. Kamu sekarang anak-anak Sara, jika kamu melakukan perkara yang baik dan tidak takut akan apa pun.[7] Demikian juga kamu, suami-suami harus hidup dengan isteri kamu dengan penuh pengertian, dan sedar bahawa mereka itu kaum yang lebih lemah. Perlakukanlah mereka dengan hormat, kerana mereka bersama-sama kamu, akan menerima anugerah hidup sejati dan kekal daripada Allah. Berbuatlah demikian supaya tiada sesuatu pun menghalangi doa kamu.

Amsal 12:4
Isteri yang baik menjadi kebanggaan dan kebahagiaan suaminya, tetapi isteri yang memalukan suaminya bagaikan penyakit barah yang menjadikan tulang reput.

1 Korintus 14:34
kaum wanita haruslah berdiam diri. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat.

Kolose 4:15
Sampaikanlah salam kami kepada saudara-saudara di Laodikia, dan kepada Nimfa, serta jemaah yang beribadat di rumahnya.

Filipi 4:2-3
[2] Euodia dan Sintikhe, aku memohon supaya kamu berdua sehati sebagai saudara seiman yang mentaati Tuhan.[3] Rakanku yang setia, aku ingin kamu menolong kedua-dua orang wanita itu. Mereka sudah bekerja keras bersama-sama aku untuk mengkhabarkan Berita Baik, sama seperti Klemen dan semua orang lain yang bekerja bersama dengan aku. Nama mereka tertulis di dalam kitab Allah yang mengandungi nama orang yang memiliki hidup sejati.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia