A A A A A

Perwatakan Buruk: [Dendam / Pembalasan]


1 Peter 3:9
Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.

1 Tesalonika 5:15
Janganlah seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang.

2 Korintus 13:11
Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.

2 Tesalonika 1:8
dan dengan api yang bernyala-nyala. Dia datang untuk menghukum orang yang tidak mahu mengakui Allah dan orang yang tidak mahu mentaati Berita Baik tentang Yesus Tuhan kita.

Ulangan 32:35
TUHAN akan membalas dendam dan menghukum mereka; masanya akan tiba apabila mereka jatuh dan binasa, hari kehancuran mereka segera tiba.

Ibrani 10:30
Hal itu demikian kerana kita mengenal Dia yang berfirman, “Aku akan membalas dendam! Aku akan menghukum!” Dia juga berfirman, “Tuhan akan menghakimi umat-Nya.”

Imamat 19:18
Jangan balas dendam terhadap sesiapa pun, atau terus-menerus membenci orang. Kasihilah sesama kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri. Akulah TUHAN.

Mark 11:25
Apabila kamu berdiri untuk berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu. [

Amsal 10:12
Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih mengampunkan segala kesalahan.

Amsal 20:22
Jangan balas dendam; percayalah kepada TUHAN dan Dia akan menolong kamu.

Amsal 24:29
Jangan berkata, “Aku akan membalas perbuatannya terhadapku! Aku akan membalas dendamku!”

Rom 12:18-19
[18] Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang.[19] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”

Rom 13:4
Hal itu demikian, kerana pemerintah itu hamba Allah, yang berkhidmat bagi kebaikan kamu. Tetapi jika kamu berbuat jahat, takutlah kepadanya, kerana pemerintah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. Pemerintah itu hamba Allah, yang menjatuhkan hukuman Allah kepada orang yang berbuat jahat.

Matthew 18:21-22
[21] Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, “Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?”[22] Yesus menjawab, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali!

Mazmur 94:1-2
[1] Ya TUHAN, Engkaulah Allah yang menghukum orang bersalah; tunjukkanlah kemurkaan-Mu![2] Engkaulah hakim semua orang; bangkitlah dan balaslah orang sombong, setimpal dengan perbuatan mereka.

Matthew 5:38-39
[38] “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Mata ganti mata; gigi ganti gigi.’[39] Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga.

Lukas 6:27-28
[27] “Tetapi Aku berkata kepada kamu yang mendengarkan Aku: Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang membenci kamu.[28] Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka yang menganiaya kamu.

Efesus 4:31-32
[31] Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun.[32] Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.

1 Peter 2:21-23
[21] Untuk hal inilah Allah memanggil kamu, kerana Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejak-Nya.[22] Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah mendengar Dia berdusta.[23] Apabila Dia dicerca, Dia tidak membalas dengan cercaan. Pada waktu Dia menanggung penderitaan, Dia tidak mengancam orang, tetapi Dia mempercayakan diri kepada Allah, Hakim yang adil itu.

Amsal 25:20-22
[20] Menyanyikan lagu bagi orang yang sedih bagaikan menanggalkan pakaiannya pada hari yang sejuk, atau membubuhkan cuka pada luka.[21] Jika musuh kamu lapar, berilah mereka makan; jika mereka dahaga, berilah mereka minum.[22] Perbuatan kamu akan memalukan mereka, dan TUHAN akan membalas kebaikan kamu.

Rom 12:17-21
[17] Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang.[18] Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang.[19] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”[20] Janganlah balas dendam, tetapi lakukanlah apa yang tertulis di dalam Alkitab, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, berilah dia minuman. Kerana dengan berbuat demikian, kamu akan membuat dia malu.”[21] Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.

Matthew 5:40-45
[40] Jika seseorang mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut bajumu, berikanlah jubahmu juga.[41] Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer.[42] Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah apa yang dimintanya. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripada kamu, pinjamkan apa yang dikehendakinya.”[43] “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’[44] Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.[45] Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia