A A A A A

Perwatakan Buruk: [Penghakiman]


1 Korintus 4:5
Oleh itu, janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia. Barulah setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Allah.

1 Korintus 11:31
Jika kita memeriksa diri kita lebih dahulu, kita tidak akan dihukum oleh Allah.

2 Korintus 5:10
Hal itu demikian kerana kita semua harus menghadap Kristus, yang akan menghakimi kita semua. Setiap orang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia ini - perbuatan baik ataupun jahat.

2 Peter 2:4
Malaikat-malaikat berdosa pun tidak terlepas daripada hukuman Allah. Dia membuang mereka ke dalam neraka. Di situ mereka dirantai di tempat yang gelap sehingga Hari Pengadilan.

Acts 17:31
Hal itu demikian kerana Dia sudah menetapkan suatu hari untuk mengadili seluruh dunia ini dengan adil. Tugas itu akan dilakukan oleh satu orang yang sudah dipilih-Nya. Supaya semua orang yakin akan hal itu, Allah sudah membangkitkan orang itu daripada kematian!”

Ecclesiastes 12:14
Allah akan mengadili semua perbuatan kita, yang baik, yang jahat, mahupun yang tersembunyi.

Ibrani 9:27
Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi oleh Allah.

John 12:48
Sesiapa yang menolak Aku dan tidak menerima perkhabaran-Ku, sudah ada yang akan menghakiminya. Perkhabaran yang Aku sampaikan ini akan menghakiminya pada Hari Kiamat!

Matthew 12:36
Ketahuilah bahawa pada Hari Kiamat setiap orang harus mempertanggungjawabkan tiap-tiap kata yang tidak seharusnya diucapkan.

Matthew 24:36
“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, sama ada malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu.

Mazmur 50:4
Dia menyuruh syurga dan bumi menjadi saksi, untuk melihat Dia menghakimi umat-Nya.

Mazmur 96:13
apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan jujur dan adil.

Wahyu 21:4
Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.”

Rom 2:16
Oleh itu, menurut Berita Baik yang aku khabarkan, hal itu akan berlaku pada Hari Kiamat apabila melalui Yesus Kristus, Allah akan menghakimi segala rahsia hati dan fikiran manusia.

Yehezkiel 7:7-8
[7] Hai penduduk negeri ini, segalanya telah berakhir bagi kamu. Kamu tidak akan mengadakan perayaan lagi di tempat pemujaan di atas gunung; hanya kekacauan akan engkau alami.[8] Sebentar lagi kamu akan merasakan kedahsyatan kemurkaan-Ku. Aku akan mengadili kamu, dan Aku akan membalas kamu bagi segala kelakuan kamu yang menjijikkan.

Wahyu 20:11-15
[11] Kemudian aku nampak sebuah takhta besar berwarna putih dan Dia yang duduk di atasnya. Langit dan bumi lari dari hadirat-Nya, sehingga tidak kelihatan lagi.[12] Aku nampak orang yang sudah mati, baik orang besar mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan takhta itu. Lalu kitab-kitab pun dibuka dan sebuah kitab lain juga dibuka iaitu Kitab Orang Hidup. Orang yang sudah mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam kitab-kitab itu.[13] Lalu laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya. Maut dan alam maut pun menyerahkan orang mati yang di situ. Semua orang mati diadili menurut perbuatan masing-masing.[14] Kemudian maut dan alam maut dibuang ke dalam lautan api. (Lautan api ini kematian tahap kedua.)[15] Sesiapa yang namanya tidak tertulis di dalam Kitab Orang Hidup dibuang ke dalam lautan api.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia