A A A A A

Tambahan: [Kerja]


Kolose 3:23
Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia.

Efesus 4:28
Orang yang biasa mencuri mesti berhenti mencuri. Mereka harus mula bekerja untuk mencari nafkah dengan jujur sehingga dapat menolong orang miskin.

John 6:27
Janganlah berusaha untuk mendapat makanan yang boleh menjadi basi, tetapi berusahalah untuk mendapat makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal. Itulah makanan yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu, kerana Dia sudah dilantik oleh Allah Bapa.”

Galatia 6:4-5
[4] Tiap-tiap orang harus memeriksa kelakuannya sendiri, sama ada baik atau tidak. Jika baik, dia boleh berbangga dengan hal itu. Tetapi dia tidak perlu membandingkan apa yang dilakukannya dengan apa yang dilakukan orang lain,[5] kerana tiap-tiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing.

Mazmur 90:17
Ya TUHAN, Allah kami, berkatilah kami, dan berilah kami kejayaan dalam segala usaha kami.

Amsal 12:11
Peladang yang rajin mendapat banyak makanan, tetapi orang yang mengejar hal yang sia-sia itu bodoh.

Amsal 13:4
Orang malas yang banyak keinginan, tidak akan mencapainya. Orang rajin akan mendapat apa sahaja yang diingini mereka.

Filipi 4:13
Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

Kolose 3:24
Ingatlah, kamu akan menerima pahala daripada Tuhan, yang telah disediakan Tuhan untuk umat-Nya. Hal itu demikian kerana tuan yang kamu layani sebenarnya Kristus.

Amsal 12:24
Kerajinan menjadikan orang berkuasa, tetapi kemalasan menyebabkan orang menjadi hamba.

Amsal 14:23
Setiap usaha menghasilkan keuntungan; bercakap kosong membuat orang jatuh miskin.

Kejadian 2:3
Allah memberkati hari yang ketujuh dan menjadikan hari itu sebagai hari istimewa, kerana pada hari itu Allah berehat setelah menyelesaikan pekerjaan-Nya.

Lukas 1:37
Bagi Allah tiada perkara yang mustahil.”

1 Timothy 5:8
Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.

Yeremia 29:11
Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.

Amsal 6:10-12
[10] Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.”[11] Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.[12] Orang yang jahat dan tidak berguna membohong di sana sini.

2 Timothy 2:6
Peladang yang bekerja keras patut mendapat bahagian pertama daripada hasil tuaian.

Kejadian 2:15
Kemudian TUHAN Allah menempatkan manusia itu di Taman Eden untuk mengusahakan serta memelihara taman itu.

Titus 2:7-8
[7] Hendaklah engkau menjadi teladan kelakuan yang baik dalam segala perkara. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh, apabila engkau mengajar.[8] Gunakanlah kata-kata bijak yang tidak dapat dicela orang, supaya musuhmu malu kerana tidak dapat mengecam kita.

Amsal 16:3
Serahkanlah segala usahamu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan berjaya.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia