A A A A A

Tambahan: [Perhambaan]


1 Korintus 7:21
Jika kamu hamba, semasa dipanggil oleh Allah, janganlah hal ini menyusahkan hati kamu. Tetapi jika kamu mendapat peluang untuk menjadi orang bebas, gunakanlah peluang itu.

1 Peter 2:16-18
[16] Hiduplah sebagai orang bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan kamu untuk menutupi kejahatan, melainkan hiduplah sebagai abdi Allah.[17] Hormatilah semua orang, kasihilah sesama saudara seiman, takutlah akan Allah, dan hormatilah Kaisar.[18] Hamba, taatlah kepada tuan kamu, dan hormati mereka dengan sepenuhnya, bukan sahaja mereka yang baik hati dan bertimbang rasa, tetapi juga mereka yang kejam.

1 Timothy 1:10
orang yang cabul dan yang memburit, pedagang abdi, pembohong, saksi palsu, dan sesiapa sahaja yang membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran yang benar.

1 Timothy 6:1
Orang Kristian yang menjadi abdi mesti menghormati tuan mereka, supaya orang tidak dapat memburukkan nama Allah ataupun ajaran kita.

Kolose 3:22
Hai abdi, dalam segala hal taatlah kepada tuan yang di dunia ini. Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, kerana ingin mendapat pujian. Taatilah mereka dengan ikhlas, kerana kamu menghormati Tuhan.

Kolose 4:1
Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.

Ulangan 23:15
“Jika seorang hamba lari daripada tuannya lalu datang kepada kamu untuk minta perlindungan, jangan suruh dia balik.

Ulangan 24:7
Sesiapa yang menculik sesama orang Israel, lalu menjadikan orang itu hambanya, atau menjual dia sebagai hamba, penculik itu mesti dihukum mati. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu.

Efesus 6:5-9
[5] Hai abdi, hormatilah tuan kamu dan taatilah mereka dengan sepenuhnya. Lakukanlah semuanya dengan hati yang ikhlas, seperti kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Kristus.[6] Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, untuk mendapat pujian mereka. Tetapi sebagai abdi Kristus, kamu harus melakukan kehendak Allah dengan sepenuh hati.[7] Lakukanlah kerja kamu sebagai abdi dengan hati yang gembira, seolah-olah kamu bekerja untuk Tuhan, dan bukan hanya untuk manusia.[8] Ketahuilah bahawa setiap orang, baik abdi ataupun orang bebas, akan menerima pahala daripada Tuhan bagi semua perbuatan baik yang dilakukannya.[9] Hai pemilik abdi, perlakukanlah abdi kamu dengan sepatutnya. Jangan lagi gunakan ancaman. Ketahuilah bahawa kamu dan abdi kamu dimiliki oleh satu tuan, iaitu Tuhan yang di syurga, yang menghakimi semua orang dengan adil.

Exodus 21:2
Jika kamu membeli seorang abdi bangsa Ibrani, dia harus bekerja untuk kamu selama enam tahun. Pada tahun ketujuh dia mesti dibebaskan tanpa membayar apa-apa pun kepada kamu.

Exodus 21:7-32
[7] Jika seorang bapa menjual anak perempuannya sebagai abdi, abdi perempuan itu tidak boleh dibebaskan seperti abdi lelaki.[8] Jika perempuan itu dijual kepada seorang lelaki dengan maksud dia menjadi isteri lelaki itu, tetapi jika lelaki itu tidak suka akan dia, maka perempuan itu mesti dijual balik kepada bapanya. Tuannya tidak boleh menjual perempuan itu kepada orang asing kerana tuannya tidak memperlakukan dia dengan adil.[9] Jika seorang bapa membeli seorang abdi perempuan untuk dikahwinkan kepada anak lelakinya, bapa itu mesti memperlakukan abdi itu sebagai anak perempuannya sendiri.[10] Jika anak lelaki itu berkahwin lagi, dia tetap mempunyai kewajipan untuk memberikan makanan dan pakaian serta hak seperti biasa kepada isterinya yang pertama.[11] Jika dia tidak memenuhi tanggungjawabnya terhadap isterinya itu, dia mesti membebaskannya tanpa menerima bayaran apa-apa pun.”[12] “Sesiapa yang memukul dan membunuh orang lain mesti dihukum mati.[13] Tetapi jika dia tidak sengaja dan tidak berniat untuk membunuhnya, orang itu boleh melarikan diri ke suatu tempat yang akan Aku tunjukkan kepada kamu. Di situ orang itu akan mendapat perlindungan.[14] Tetapi jika seseorang naik marah lalu dengan sengaja membunuh orang lain, dia mesti dihukum mati walaupun dia lari ke mazbah-Ku untuk mendapat perlindungan.[15] Sesiapa yang memukul bapanya atau ibunya mesti dihukum mati.[16] Sesiapa yang menculik orang, sama ada sudah dijual ataupun masih di rumahnya, penculik itu mesti dihukum mati.[17] Sesiapa yang mengutuk bapanya ataupun ibunya mesti dihukum mati.[18] Jika dalam suatu pergaduhan, seseorang memukul orang lain dengan batu atau memukul dia dengan tinju, tetapi tidak membunuhnya, orang itu tidak akan dihukum. Jika orang yang dipukul itu harus berbaring akibat pukulan itu,[19] tetapi kemudian dapat bangun dan berjalan dengan menggunakan tongkat, orang yang memukulnya itu mesti membayar ganti rugi selama orang itu sakit, dan merawatnya sehingga sembuh.[20] Jika seseorang memukul abdinya dengan kayu, sama ada abdi itu lelaki ataupun perempuan, lalu abdi itu mati dengan serta-merta, orang yang memukul abdi itu mesti dihukum.[21] Tetapi jika abdi itu tidak mati selepas satu atau dua hari, tuannya tidak akan dihukum. Kehilangan abdi itu sudah merupakan hukuman baginya.[22] Jika ada beberapa orang lelaki bergaduh lalu mencederakan seorang perempuan hamil sehingga dia keguguran, tetapi perempuan itu sendiri tidak cedera pada bahagian lain, orang yang mencederakan perempuan itu mesti didenda menurut permintaan suami perempuan itu, dengan persetujuan para hakim.[23] Tetapi jika perempuan itu sendiri cedera, hukumannya adalah nyawa ganti nyawa,[24] mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki,[25] luka bakar ganti luka bakar, luka ganti luka, dan lebam ganti lebam.[26] Jika seseorang memukul mata abdinya, lelaki ataupun perempuan, lalu menyebabkan mata itu buta, dia mesti membebaskan abdinya itu sebagai pembayaran ganti rugi untuk mata itu.[27] Jika seseorang memukul abdinya sampai patah gigi abdinya, dia mesti membebaskan abdinya itu sebagai pembayaran ganti rugi untuk gigi itu.”[28] “Jika seekor lembu jantan menanduk seseorang sehingga orang itu mati, lembu jantan itu mesti direjam dan dagingnya tidak boleh dimakan, tetapi pemiliknya tidak akan dihukum.[29] Tetapi jika lembu jantan itu selalu menyerang orang, dan pemiliknya sudah diberikan peringatan tetapi dia tidak mengurung lembu jantan itu, lalu jika lembu jantan itu menanduk seseorang sehingga orang itu mati, lembu jantan itu mesti direjam dan pemiliknya juga mesti dihukum mati.[30] Tetapi jika pemilik itu dibenarkan membayar denda, dia mesti membayar seberapa banyak yang diminta untuk menebus nyawanya.[31] Jika lembu jantan itu membunuh seorang anak lelaki atau seorang anak perempuan, peraturan yang sama harus diikuti.[32] Jika lembu jantan itu membunuh seorang abdi lelaki atau seorang abdi perempuan, pemilik lembu jantan itu mesti membayar pemilik abdi itu sebanyak tiga puluh keping wang perak, dan lembu jantan itu mesti direjam sampai mati.

Galatia 3:28
Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus.

Galatia 5:1
Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi.

Exodus 21:16
Sesiapa yang menculik orang, sama ada sudah dijual ataupun masih di rumahnya, penculik itu mesti dihukum mati.

Imamat 25:39
Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin lalu menjual dirinya kepada kamu sebagai abdi, jangan suruh dia melakukan pekerjaan abdi.

Lukas 4:18
“Roh Tuhan ada pada-Ku. Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin. Dia mengutus Aku supaya mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas,

Philemon 1:16
Sekarang dia bukan sahaja abdi, tetapi lebih daripada itu. Dia saudara Kristian yang dikasihi. Dia sangat bererti bagiku, dan dia lebih bererti lagi bagimu, baik sebagai abdi mahupun sebagai sesama saudara yang percaya kepada Tuhan!

Amsal 22:16
Sesiapa yang menindas orang miskin untuk menjadi kaya atau memberikan hadiah kepada orang kaya, pada akhirnya akan melarat.

Titus 2:9-10
[9] Abdi harus menurut perintah tuan mereka dan menyenangkan hati mereka dalam segala hal. Abdi tidak boleh membantah[10] ataupun mencuri. Sebaliknya abdi mesti sentiasa bersikap baik dan setia, supaya dengan perbuatan mereka itu orang memuji ajaran tentang Allah, Penyelamat kita.

Lukas 12:47-48
[47] Hamba yang mengetahui kehendak tuannya, tetapi tidak bersiap sedia untuk melakukan kehendak tuannya, akan disebat dengan keras.[48] Tetapi hamba yang tidak mengetahui kehendak tuannya, lalu melakukan sesuatu yang salah sehingga dia mesti disebat, akan disebat dengan ringan sahaja. Kepada orang yang telah diberikan banyak, daripadanya akan dituntut banyak juga. Orang yang telah diberikan lebih banyak, daripadanya akan dituntut lebih banyak juga.”

Exodus 21:20-27
[20] Jika seseorang memukul abdinya dengan kayu, sama ada abdi itu lelaki ataupun perempuan, lalu abdi itu mati dengan serta-merta, orang yang memukul abdi itu mesti dihukum.[21] Tetapi jika abdi itu tidak mati selepas satu atau dua hari, tuannya tidak akan dihukum. Kehilangan abdi itu sudah merupakan hukuman baginya.[22] Jika ada beberapa orang lelaki bergaduh lalu mencederakan seorang perempuan hamil sehingga dia keguguran, tetapi perempuan itu sendiri tidak cedera pada bahagian lain, orang yang mencederakan perempuan itu mesti didenda menurut permintaan suami perempuan itu, dengan persetujuan para hakim.[23] Tetapi jika perempuan itu sendiri cedera, hukumannya adalah nyawa ganti nyawa,[24] mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki,[25] luka bakar ganti luka bakar, luka ganti luka, dan lebam ganti lebam.[26] Jika seseorang memukul mata abdinya, lelaki ataupun perempuan, lalu menyebabkan mata itu buta, dia mesti membebaskan abdinya itu sebagai pembayaran ganti rugi untuk mata itu.[27] Jika seseorang memukul abdinya sampai patah gigi abdinya, dia mesti membebaskan abdinya itu sebagai pembayaran ganti rugi untuk gigi itu.”

Ulangan 23:15-16
[15] “Jika seorang hamba lari daripada tuannya lalu datang kepada kamu untuk minta perlindungan, jangan suruh dia balik.[16] Dia boleh tinggal di bandar mana sahaja yang dipilihnya. Jangan perlakukan dia dengan kejam.

1 Timothy 6:1-2
[1] Orang Kristian yang menjadi abdi mesti menghormati tuan mereka, supaya orang tidak dapat memburukkan nama Allah ataupun ajaran kita.[2] Abdi Kristian yang menjadi milik orang Kristian, tidak boleh menghina tuan mereka, kerana mereka saudara seiman. Sebaliknya, abdi harus melayani tuan mereka dengan lebih baik, kerana orang yang menikmati pelayanan itu saudara seiman yang dikasihi. Engkau harus mengajarkan perkara-perkara ini kepada jemaah dan menggalakkan mereka melakukannya.

Imamat 25:44-46
[44] Jika kamu memerlukan abdi, kamu boleh membeli abdi daripada orang asing yang tinggal di sekitar kamu.[45] Kamu boleh juga membeli anak-anak orang asing yang tinggal di kalangan kamu. Anak-anak mereka yang lahir di negeri kamu boleh menjadi milik kamu.[46] Kamu boleh menyerahkan mereka sebagai warisan kepada anak-anak lelaki kamu, untuk menjadi abdi mereka seumur hidup, tetapi kamu tidak boleh memperlakukan sesama orang Israel dengan kasar.

Exodus 21:2-11
[2] Jika kamu membeli seorang abdi bangsa Ibrani, dia harus bekerja untuk kamu selama enam tahun. Pada tahun ketujuh dia mesti dibebaskan tanpa membayar apa-apa pun kepada kamu.[3] Jika dia masih bujang ketika dia menjadi abdi kamu, maka isterinya tidak boleh ikut apabila dia dibebaskan. Tetapi jika dia sudah berkahwin ketika dia menjadi abdi kamu, dia boleh pergi bersama dengan isterinya.[4] Jika tuannya mengahwinkan dia dengan seorang perempuan, lalu isterinya melahirkan beberapa orang anak lelaki atau perempuan, isteri dan anak-anaknya itu milik tuannya, dan tidak boleh ikut apabila abdi itu dibebaskan.[5] Tetapi jika abdi itu mengaku mengasihi tuannya, isterinya serta anak-anaknya, dan tidak mahu dibebaskan,[6] tuannya harus membawa dia ke tempat ibadat. Di situ abdi itu disuruh berdiri dan bersandar pada pintu atau tiang pintu, lalu tuannya harus menindik telinga abdi itu. Dengan demikian abdi itu akan menjadi abdi tuannya seumur hidup.[7] Jika seorang bapa menjual anak perempuannya sebagai abdi, abdi perempuan itu tidak boleh dibebaskan seperti abdi lelaki.[8] Jika perempuan itu dijual kepada seorang lelaki dengan maksud dia menjadi isteri lelaki itu, tetapi jika lelaki itu tidak suka akan dia, maka perempuan itu mesti dijual balik kepada bapanya. Tuannya tidak boleh menjual perempuan itu kepada orang asing kerana tuannya tidak memperlakukan dia dengan adil.[9] Jika seorang bapa membeli seorang abdi perempuan untuk dikahwinkan kepada anak lelakinya, bapa itu mesti memperlakukan abdi itu sebagai anak perempuannya sendiri.[10] Jika anak lelaki itu berkahwin lagi, dia tetap mempunyai kewajipan untuk memberikan makanan dan pakaian serta hak seperti biasa kepada isterinya yang pertama.[11] Jika dia tidak memenuhi tanggungjawabnya terhadap isterinya itu, dia mesti membebaskannya tanpa menerima bayaran apa-apa pun.”

Efesus 6:5-9
[5] Hai abdi, hormatilah tuan kamu dan taatilah mereka dengan sepenuhnya. Lakukanlah semuanya dengan hati yang ikhlas, seperti kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Kristus.[6] Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, untuk mendapat pujian mereka. Tetapi sebagai abdi Kristus, kamu harus melakukan kehendak Allah dengan sepenuh hati.[7] Lakukanlah kerja kamu sebagai abdi dengan hati yang gembira, seolah-olah kamu bekerja untuk Tuhan, dan bukan hanya untuk manusia.[8] Ketahuilah bahawa setiap orang, baik abdi ataupun orang bebas, akan menerima pahala daripada Tuhan bagi semua perbuatan baik yang dilakukannya.[9] Hai pemilik abdi, perlakukanlah abdi kamu dengan sepatutnya. Jangan lagi gunakan ancaman. Ketahuilah bahawa kamu dan abdi kamu dimiliki oleh satu tuan, iaitu Tuhan yang di syurga, yang menghakimi semua orang dengan adil.

Ulangan 15:12-18
[12] “Jika seorang Israel, lelaki atau perempuan, menjual dirinya sebagai abdi kepada kamu, bebaskanlah dia setelah dia bekerja bagi kamu selama enam tahun. Pada tahun yang ketujuh, kamu mesti membebaskan dia.[13] Apabila kamu membebaskan dia, jangan biarkan dia pergi dengan tangan kosong.[14] Dengan murah hati berilah dia apa sahaja yang dikurniakan oleh TUHAN kepada kamu, seperti domba, biji-bijian, dan wain.[15] Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.[16] Tetapi mungkin abdi kamu itu tidak mahu dibebaskan, kerana dia mengasihi kamu dan keluarga kamu, dan dia suka tinggal dengan kamu.[17] Jika demikian, bawalah dia ke pintu rumah kamu, lalu di situ tindiklah telinganya. Lalu dia akan menjadi abdi kamu seumur hidupnya. Begitu juga yang harus kamu lakukan terhadap abdi perempuan kamu.[18] Jangan berasa kesal apabila kamu membebaskan seorang abdi, kerana dia telah bekerja bagi kamu selama enam tahun, dengan separuh gaji seorang pekerja. Lakukanlah perintah itu, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”

Exodus 21:1-36
[1] Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Berikanlah hukum-hukum ini kepada umat Israel:[2] Jika kamu membeli seorang abdi bangsa Ibrani, dia harus bekerja untuk kamu selama enam tahun. Pada tahun ketujuh dia mesti dibebaskan tanpa membayar apa-apa pun kepada kamu.[3] Jika dia masih bujang ketika dia menjadi abdi kamu, maka isterinya tidak boleh ikut apabila dia dibebaskan. Tetapi jika dia sudah berkahwin ketika dia menjadi abdi kamu, dia boleh pergi bersama dengan isterinya.[4] Jika tuannya mengahwinkan dia dengan seorang perempuan, lalu isterinya melahirkan beberapa orang anak lelaki atau perempuan, isteri dan anak-anaknya itu milik tuannya, dan tidak boleh ikut apabila abdi itu dibebaskan.[5] Tetapi jika abdi itu mengaku mengasihi tuannya, isterinya serta anak-anaknya, dan tidak mahu dibebaskan,[6] tuannya harus membawa dia ke tempat ibadat. Di situ abdi itu disuruh berdiri dan bersandar pada pintu atau tiang pintu, lalu tuannya harus menindik telinga abdi itu. Dengan demikian abdi itu akan menjadi abdi tuannya seumur hidup.[7] Jika seorang bapa menjual anak perempuannya sebagai abdi, abdi perempuan itu tidak boleh dibebaskan seperti abdi lelaki.[8] Jika perempuan itu dijual kepada seorang lelaki dengan maksud dia menjadi isteri lelaki itu, tetapi jika lelaki itu tidak suka akan dia, maka perempuan itu mesti dijual balik kepada bapanya. Tuannya tidak boleh menjual perempuan itu kepada orang asing kerana tuannya tidak memperlakukan dia dengan adil.[9] Jika seorang bapa membeli seorang abdi perempuan untuk dikahwinkan kepada anak lelakinya, bapa itu mesti memperlakukan abdi itu sebagai anak perempuannya sendiri.[10] Jika anak lelaki itu berkahwin lagi, dia tetap mempunyai kewajipan untuk memberikan makanan dan pakaian serta hak seperti biasa kepada isterinya yang pertama.[11] Jika dia tidak memenuhi tanggungjawabnya terhadap isterinya itu, dia mesti membebaskannya tanpa menerima bayaran apa-apa pun.”[12] “Sesiapa yang memukul dan membunuh orang lain mesti dihukum mati.[13] Tetapi jika dia tidak sengaja dan tidak berniat untuk membunuhnya, orang itu boleh melarikan diri ke suatu tempat yang akan Aku tunjukkan kepada kamu. Di situ orang itu akan mendapat perlindungan.[14] Tetapi jika seseorang naik marah lalu dengan sengaja membunuh orang lain, dia mesti dihukum mati walaupun dia lari ke mazbah-Ku untuk mendapat perlindungan.[15] Sesiapa yang memukul bapanya atau ibunya mesti dihukum mati.[16] Sesiapa yang menculik orang, sama ada sudah dijual ataupun masih di rumahnya, penculik itu mesti dihukum mati.[17] Sesiapa yang mengutuk bapanya ataupun ibunya mesti dihukum mati.[18] Jika dalam suatu pergaduhan, seseorang memukul orang lain dengan batu atau memukul dia dengan tinju, tetapi tidak membunuhnya, orang itu tidak akan dihukum. Jika orang yang dipukul itu harus berbaring akibat pukulan itu,[19] tetapi kemudian dapat bangun dan berjalan dengan menggunakan tongkat, orang yang memukulnya itu mesti membayar ganti rugi selama orang itu sakit, dan merawatnya sehingga sembuh.[20] Jika seseorang memukul abdinya dengan kayu, sama ada abdi itu lelaki ataupun perempuan, lalu abdi itu mati dengan serta-merta, orang yang memukul abdi itu mesti dihukum.[21] Tetapi jika abdi itu tidak mati selepas satu atau dua hari, tuannya tidak akan dihukum. Kehilangan abdi itu sudah merupakan hukuman baginya.[22] Jika ada beberapa orang lelaki bergaduh lalu mencederakan seorang perempuan hamil sehingga dia keguguran, tetapi perempuan itu sendiri tidak cedera pada bahagian lain, orang yang mencederakan perempuan itu mesti didenda menurut permintaan suami perempuan itu, dengan persetujuan para hakim.[23] Tetapi jika perempuan itu sendiri cedera, hukumannya adalah nyawa ganti nyawa,[24] mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki,[25] luka bakar ganti luka bakar, luka ganti luka, dan lebam ganti lebam.[26] Jika seseorang memukul mata abdinya, lelaki ataupun perempuan, lalu menyebabkan mata itu buta, dia mesti membebaskan abdinya itu sebagai pembayaran ganti rugi untuk mata itu.[27] Jika seseorang memukul abdinya sampai patah gigi abdinya, dia mesti membebaskan abdinya itu sebagai pembayaran ganti rugi untuk gigi itu.”[28] “Jika seekor lembu jantan menanduk seseorang sehingga orang itu mati, lembu jantan itu mesti direjam dan dagingnya tidak boleh dimakan, tetapi pemiliknya tidak akan dihukum.[29] Tetapi jika lembu jantan itu selalu menyerang orang, dan pemiliknya sudah diberikan peringatan tetapi dia tidak mengurung lembu jantan itu, lalu jika lembu jantan itu menanduk seseorang sehingga orang itu mati, lembu jantan itu mesti direjam dan pemiliknya juga mesti dihukum mati.[30] Tetapi jika pemilik itu dibenarkan membayar denda, dia mesti membayar seberapa banyak yang diminta untuk menebus nyawanya.[31] Jika lembu jantan itu membunuh seorang anak lelaki atau seorang anak perempuan, peraturan yang sama harus diikuti.[32] Jika lembu jantan itu membunuh seorang abdi lelaki atau seorang abdi perempuan, pemilik lembu jantan itu mesti membayar pemilik abdi itu sebanyak tiga puluh keping wang perak, dan lembu jantan itu mesti direjam sampai mati.[33] Jika seseorang membuka penutup perigi ataupun menggali perigi tanpa menutupnya, lalu seekor lembu jantan atau keldai jatuh ke dalam perigi itu,[34] pemilik perigi itu mesti membayar ganti rugi kepada pemilik ternakan itu, tetapi dia boleh mengambil ternakan yang mati itu bagi dirinya.[35] Jika lembu jantan milik seseorang membunuh lembu jantan orang lain, kedua-dua orang itu mesti menjual lembu yang hidup itu lalu membahagikan wang harganya. Mereka juga mesti membahagikan daging lembu jantan yang sudah mati itu.[36] Tetapi jika sudah diketahui bahawa lembu jantan itu sering menanduk lembu lain dan pemiliknya tidak mengurung lembu jantan itu, dia mesti membayar ganti rugi dengan lembu jantan yang hidup, dan mengambil lembu jantan yang sudah mati itu bagi dirinya.”

Imamat 25:1-55
[1] TUHAN berfirman kepada Musa di atas Gunung Sinai, dan memerintah dia[2] supaya memberikan peraturan berikut kepada umat Israel. Apabila kamu masuk ke negeri yang akan diberikan oleh TUHAN kepada kamu, kamu harus menghormati TUHAN dengan cara ini: Pada setiap tahun ketujuh kamu tidak boleh mengusahakan tanah.[3] Selama enam tahun kamu harus menanami ladang, memangkas pokok anggur, dan mengumpulkan hasil tanaman,[4] tetapi setiap tahun ketujuh harus dikhaskan untuk TUHAN. Oleh itu sepanjang tahun itu, tanah tidak boleh diusahakan sama sekali. Jangan tanami ladang dan jangan pangkas pokok anggur kamu.[5] Jangan tuai gandum yang tumbuh dengan sendirinya, dan jangan petik buah anggur dari pokok yang tidak dipangkas, kerana pada tahun itu tanah tidak boleh diusahakan sama sekali.[6] Walaupun begitu, tanah yang tidak kamu usahakan pada tahun itu akan mengeluarkan hasil untuk dijadikan makanan kamu, abdi kamu, orang gaji kamu, orang asing yang tinggal dengan kamu,[7] ternakan kamu dan binatang liar di negeri kamu. Apa sahaja yang dihasilkan tanah itu boleh dimakan.[8] Hitunglah tujuh kali tujuh tahun, iaitu empat puluh sembilan tahun.[9] Kemudian pada hari kesepuluh bulan ketujuh, iaitu Hari Pengampunan Dosa, suruhlah orang meniup trompet di seluruh negeri.[10] Dengan demikian kamu mengekhaskan tahun yang kelima puluh, dan mengisytiharkan kebebasan kepada segenap penduduk negeri. Pada tahun itu, segala harta milik yang sudah dijual mesti dikembalikan kepada pemilik asal atau kepada keturunan pemilik itu. Sesiapa yang sudah dijual sebagai abdi mesti dikembalikan kepada keluarganya.[11] Jangan tanami ladang kamu; jangan tuai gandum yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu; jangan petik buah anggur dari pokok-pokok anggur yang tidak dipangkas di kebun kamu.[12] Tahun itu tahun yang suci untuk kamu. Apa yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu, dan yang kamu sendiri ambil, itu sahaja yang boleh kamu makan.[13] Pada tahun itu, semua tanah yang sudah dijual mesti dikembalikan kepada pemilik asalnya.[14] Oleh sebab itu apabila kamu menjual tanah kepada sesama orang Israel, atau membeli tanah daripada mereka, jangan lakukan jual beli itu dengan tidak jujur.[15] Harga tanah itu mesti ditentukan menurut jumlah tahun tanah itu dapat mengeluarkan hasil sebelum Tahun Pengembalian yang akan datang.[16] Jika masih lama lagi, harga tanah itu lebih mahal, tetapi jika masih tinggal beberapa tahun sahaja, harganya mesti lebih murah kerana yang dijual itu adalah jumlah hasil tanah itu.[17] Jangan tipu sesama orang Israel, tetapi takutlah akan TUHAN, Allah kamu.[18] Patuhilah semua hukum dan perintah TUHAN supaya kamu hidup dengan tenteram di negeri itu.[19] Tanah negeri itu akan mengeluarkan hasil sehingga kamu mempunyai makanan yang cukup dan tinggal di sana dengan tenteram.[20] Tetapi mungkin ada orang yang akan bertanya, “Makanan apakah yang akan ada pada tahun ketujuh itu, kerana tanah tidak akan ditanami dan hasilnya tidak dipungut?”[21] TUHAN akan memberkati tanah itu pada tahun keenam, sehingga tanah itu menghasilkan makanan yang cukup untuk tiga tahun.[22] Pada masa kamu menanami ladang pada tahun kelapan, kamu masih makan hasil tanaman pada tahun keenam. Kamu akan mempunyai cukup makanan sehingga sampai masanya kamu mengumpulkan hasil tanaman pada tahun itu.[23] Tanah kamu tidak boleh dijual untuk selamanya kerana tanah itu bukan milik kamu. Tanah itu milik Allah, dan kamu seperti orang asing yang mendapat kebenaran untuk mengusahakan tanah itu.[24] Apabila sebidang tanah dijual, hak pemilik asal tanah itu untuk menebusnya harus diakui.[25] Jika seorang Israel jatuh miskin lalu terpaksa menjual tanahnya, sanak saudaranya yang terdekat wajib menebus tanah itu.[26] Seseorang yang tidak mempunyai sanak untuk menebus tanahnya, mungkin pada kemudian hari menjadi kaya dan sanggup menebusnya sendiri.[27] Jika demikian halnya, dia harus membayar pembeli tanah itu, jumlah harga yang sesuai dengan hasil yang akan diperoleh sebelum Tahun Pengembalian yang akan datang. Dengan demikian dia akan mendapat kembali tanahnya.[28] Tetapi jika dia tidak sanggup menebusnya, tanah itu tetap menjadi hak pembeli sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang. Pada tahun itu, tanah itu harus dikembalikan kepada pemilik asalnya.[29] Apabila seseorang menjual sebuah rumah di dalam kota yang bertembok, dia berhak menebus rumahnya dalam jangka masa satu tahun, bermula dari tarikh penjualan rumah itu.[30] Tetapi jika dia tidak menebusnya dalam jangka masa satu tahun, dia kehilangan haknya untuk menebus rumah itu. Rumah itu akan menjadi milik tetap orang yang membelinya, dan keturunan orang itu. Pada Tahun Pengembalian, rumah itu tidak akan dikembalikan kepada pemilik asal.[31] Tetapi peraturan untuk rumah di pekan yang tidak bertembok, sama dengan peraturan untuk tanah. Pemilik asal berhak menebusnya, dan rumah itu harus dikembalikan kepadanya pada Tahun Pengembalian.[32] Namun peraturan bagi orang Lewi berbeza. Pada bila-bila sahaja, mereka berhak menebus harta mereka di kota yang ditetapkan bagi mereka.[33] Rumah di dalam salah satu kota itu, yang sudah dijual oleh seorang Lewi dan yang tidak ditebusnya, harus dikembalikan kepadanya pada Tahun Pengembalian. Hal itu demikian kerana rumah yang dimiliki orang Lewi di kota-kota itu milik tetap mereka di kalangan orang Israel.[34] Tetapi padang rumput di sekitar kota-kota orang Lewi tidak boleh dijual. Padang rumput itu kepunyaan mereka selama-lamanya.[35] Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin dan tidak mampu menyara hidupnya, kamu harus membantu dia sebagaimana kamu membantu orang asing atau pendatang, supaya dia dapat terus tinggal di kalangan kamu.[36] Jangan tuntut faedah atas pinjamannya, tetapi taatlah kepada Allah dan biarlah sesama orang Israel tinggal di kalangan kamu.[37] Jangan tuntut faedah atas wang yang kamu pinjamkan kepadanya, dan jangan ambil keuntungan daripada makanan yang kamu jual kepadanya.[38] Inilah perintah TUHAN, Allah kamu, yang membawa kamu keluar dari Mesir untuk memberikan negeri Kanaan kepada kamu, supaya Dia menjadi Allah kamu.[39] Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin lalu menjual dirinya kepada kamu sebagai abdi, jangan suruh dia melakukan pekerjaan abdi.[40] Biarlah dia tinggal bersama-sama kamu sebagai orang gaji dan bekerja untuk kamu sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang.[41] Pada tahun itu, dia dan anak-anaknya boleh meninggalkan kamu lalu pulang kepada keluarganya sendiri dan ke tanah milik nenek moyangnya.[42] Umat Israel ialah hamba TUHAN dan Dia sudah membawa mereka keluar dari Mesir; itulah sebabnya mereka tidak boleh dijual sebagai abdi.[43] Jangan perlakukan dengan kasar orang Israel yang menjual diri mereka kepada kamu sebagai abdi, tetapi takutlah akan Allah kamu.[44] Jika kamu memerlukan abdi, kamu boleh membeli abdi daripada orang asing yang tinggal di sekitar kamu.[45] Kamu boleh juga membeli anak-anak orang asing yang tinggal di kalangan kamu. Anak-anak mereka yang lahir di negeri kamu boleh menjadi milik kamu.[46] Kamu boleh menyerahkan mereka sebagai warisan kepada anak-anak lelaki kamu, untuk menjadi abdi mereka seumur hidup, tetapi kamu tidak boleh memperlakukan sesama orang Israel dengan kasar.[47] Andaikata seorang asing yang tinggal dengan kamu menjadi kaya, sedangkan seorang Israel sesama bangsa kamu jatuh miskin, lalu menjual dirinya sebagai abdi kepada orang asing itu atau kepada salah seorang anggota keluarganya,[48] orang Israel itu tetap mempunyai hak untuk ditebus. Salah seorang saudara lelakinya,[49] atau pak ciknya, atau saudara sepupunya, ataupun salah seorang sanaknya yang dekat boleh menebus dia; atau jika dia mempunyai wang, dia juga boleh menebus dirinya sendiri.[50] Dia mesti berunding dengan orang yang membelinya, dan mereka mesti menghitung jumlah tahun sejak dia menjual dirinya sebagai abdi sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang. Harga tebusan itu harus ditentukan menurut gaji yang diberikan kepada orang gaji.[51] [51-52] Orang itu harus mengembalikan harga pembelian dirinya sebesar jumlah gaji orang gaji selama tahun-tahun yang belum dijalaninya,[52] ***[53] seolah-olah dia bekerja sebagai orang gaji. Tuannya tidak boleh memperlakukan dia dengan kasar.[54] Jika dia tidak dapat ditebus dengan salah satu cara itu, dia dan anak-anaknya mesti dibebaskan pada Tahun Pengembalian yang akan datang.[55] Seorang Israel tidak boleh menjadi abdi selama-lamanya, oleh sebab umat Israel ialah hamba TUHAN. Dia sudah membawa mereka keluar dari Mesir; Dialah TUHAN, Allah mereka.

Malaysian Bible 1996
Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia