A A A A A

Dosa: [Murtad]


2 Tesalonika 2:3
Jangan sekali-kali biarkan sesiapa memperdayamu kerana hari itu tidak akan datang sebelum berlakunya kemurtadan dan manusia keleluasaan, iaitu anak kebinasaan menampilkan diri.

1 Timothy 4:1
Roh Suci menyatakan dengan jelas bahawa pada akhir zaman sesetengah orang akan berpaling daripada iman, mengikut roh-roh yang memperdayakan dan ajaran roh-roh iblis.

Ibrani 3:12
Awaslah, saudara-saudara, jangan ada dalam diri seorang pun daripadamu hati durjana yang tidak beriman lalu berpaling daripada Allah yang hidup.

Lukas 8:13
Benih yang jatuh di tempat berbatu itu menggambarkan mereka yang mendengar dan menyambut firman itu dengan gembira tetapi firman itu tidak berakar dalam hati mereka. Mereka itu hanya percaya untuk sementara waktu dan apabila waktu dicubai mereka akan meninggalkan kepercayaan mereka.

Ibrani 6:4-6
[4] Bagi orang yang pernah mengenal kebenaran, telah mengecap pemberian dari syurga, telah menerima Roh Suci,[5] telah merasakan kebaikan firman Allah dan kuasa zaman akan datang,[6] jika mereka berpaling, mustahil untuk membawa mereka bertaubat semula, kerana mereka telah menyalib Putera Allah sekali lagi bagi diri mereka serta memalukan-Nya di mata orang ramai.

2 Peter 2:20-22
[20] Sekiranya, seseorang telah terlepas daripada noda dunia dengan mengenal Junjungan dan Penyelamat kita Isa al-Masih, kemudian terjebak semula lalu tewas, maka keadaannya lebih buruk daripada sebelum dia mengenal al-Masih.[21] Lebih baiklah jika dia tidak mengenal jalan yang benar, daripada mengenalnya, dan kemudian membelakangi perintah suci yang telah disampaikan kepadanya.[22] Yang terjadi kepadanya itu seperti kata pepatah yang terbukti tepat: ‘Anjing akan menjilat muntahnya kembali,’ dan ‘Babi yang dimandikan akan berkubang semula di lumpur.’

Ibrani 10:26-29
[26] Jika kita sengaja melakukan dosa setelah kita mengenal kebenaran, tiada lagi korban untuk menebus dosa.[27] Yang ada hanyalah ketakutan menanti hukuman, dan api kemurkaan yang akan memusnahkan semua yang ingkar.[28] Sesiapa yang menolak hukum Musa mati tanpa belas kasihan atas kesaksian dua atau tiga orang saksi.[29] Pada hematmu, betapakah lebih dahsyatnya hukuman yang dianggap setimpal bagi orang yang telah melanyak Putera Allah di bawah kakinya, memandang ringan kepada darah perjanjian yang telah menyucikannya, dan menghina Roh kasih kurnia?

2 Timothy 4:3-4
[3] kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.[4] Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.

John 15:6
Sesiapa yang tidak tetap dalam-Ku adalah seperti ranting yang dikerat lalu dibiarkan kering, kemudian dikumpulkan, dan dibuang ke dalam api lalu dibakar.

1 Timothy 4:1-2
[1] Roh Suci menyatakan dengan jelas bahawa pada akhir zaman sesetengah orang akan berpaling daripada iman, mengikut roh-roh yang memperdayakan dan ajaran roh-roh iblis.[2] Ajaran ini disampaikan oleh pendusta yang munafik yang hati nuraninya bagaikan diselar besi panas.

2 Peter 2:1
Namun demikian, ada nabi-nabi palsu di kalangan umat Allah pada zaman dahulu. Di antaramu juga akan muncul guru-guru palsu yang secara rahsia membawa masuk ajaran sesat yang memusnahkan. Mereka tergamak menyangkal Tuhan yang telah menyelamatkan mereka, lalu mereka ditimpa kemusnahan dalam sekelip mata.

Matthew 24:10-12
[10] Pada masa itu ramai pengikut-Ku yang tidak lagi beriman kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan membenci.[11] Ramai nabi palsu akan tampil memperdaya orang ramai.[12] Kejahatan semakin merebak sehingga kasih sayang hampir luput dari hati manusia.

2 Peter 3:17
Saudara-saudara yang kukasihi, oleh sebab kamu telah mengetahui hal ini, berjaga-jagalah, jangan tergelincir daripada pendirianmu yang teguh akibat disesatkan oleh kesilapan orang durjana.

John 6:66
Selepas itu, ramai pengikut Isa menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya.

2 Peter 2:17
Mereka ini ibarat mata air yang kering dan kabus yang ditiup ribut. Kegelapan yang hitam pekat tersedia untuk mereka.

1 Timothy 4:1-3
[1] Roh Suci menyatakan dengan jelas bahawa pada akhir zaman sesetengah orang akan berpaling daripada iman, mengikut roh-roh yang memperdayakan dan ajaran roh-roh iblis.[2] Ajaran ini disampaikan oleh pendusta yang munafik yang hati nuraninya bagaikan diselar besi panas.[3] Mereka melarang orang berkahwin dan menegah orang memakan makanan yang telah dijadikan Allah untuk diterima dengan syukur oleh orang yang beriman dan mengetahui ajaran yang benar.

1 Korintus 10:12
Sesiapa yang menyangka dirinya berdiri tegap, berhati-hatilah supaya tidak jatuh.

Matthew 24:9-10
[9] ‘Setelah itu kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan membencimu kerana kamu pengikut-Ku.[10] Pada masa itu ramai pengikut-Ku yang tidak lagi beriman kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan membenci.

Matthew 26:14-16
[14] Selepas itu, seorang daripada dua belas orang pengikut Isa, bernama Yudas Iskariot, pergi berjumpa dengan ketua-ketua imam.[15] Dia berkata kepada mereka, ‘Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku kalau kuserahkan Dia kepadamu?’ Mereka memberinya tiga puluh keping wang perak.[16] Sejak itu dia pun mencari peluang untuk mengkhianati Isa.

1 Timothy 1:19-20
[19] sambil berpegang kepada iman dan hati nurani yang bersih. Ada yang membelakanginya lalu memusnahkan iman mereka.[20] Antaranya ialah Himeneus dan Iskandar, yang kuserahkan kepada Iblis supaya mereka insaf daripada mengkufuri Allah.

1 John 2:19
Mereka telah memisahkan diri daripada kita. Tetapi mereka sebenarnya bukanlah sebahagian daripada kita. Jika mereka benar-benar sebahagian daripada kita, tentulah mereka tetap bersama kita. Oleh itu, tindakan mereka memisahkan diri daripada kita menunjukkan kesemua mereka itu bukanlah benar-benar sebahagian daripada kita.

Ibrani 10:25-31
[25] Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.[26] Jika kita sengaja melakukan dosa setelah kita mengenal kebenaran, tiada lagi korban untuk menebus dosa.[27] Yang ada hanyalah ketakutan menanti hukuman, dan api kemurkaan yang akan memusnahkan semua yang ingkar.[28] Sesiapa yang menolak hukum Musa mati tanpa belas kasihan atas kesaksian dua atau tiga orang saksi.[29] Pada hematmu, betapakah lebih dahsyatnya hukuman yang dianggap setimpal bagi orang yang telah melanyak Putera Allah di bawah kakinya, memandang ringan kepada darah perjanjian yang telah menyucikannya, dan menghina Roh kasih kurnia?[30] Kita mengenal Dia yang berfirman, ‘Pembalasan adalah hak-Ku, Aku akan membalas, demikian firman Tuhan.’ Dan juga, ‘Tuhan akan menghakimi umat-Nya.’[31] Sungguh dahsyatnya jatuh ke tangan Allah yang hidup.

Matthew 13:20-21
[20] Orang yang menerima benih di tempat-tempat berbatu pula bermaksud orang yang mendengar perkhabaran itu dan terus menerimanya dengan sukacita.[21] Tetapi perkhabaran itu tidak berakar dalam dirinya, maka hanya tahan seketika. Sebaik-baik dia menghadapi kesusahan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, imannya pun luntur.

1 Korintus 9:27
Aku bersungguh-sungguh melatih diri, untuk menguasai diri, supaya aku tidak ditolak setelah mengkhabarkan Injil kepada orang lain.

Ibrani 6:4-8
[4] Bagi orang yang pernah mengenal kebenaran, telah mengecap pemberian dari syurga, telah menerima Roh Suci,[5] telah merasakan kebaikan firman Allah dan kuasa zaman akan datang,[6] jika mereka berpaling, mustahil untuk membawa mereka bertaubat semula, kerana mereka telah menyalib Putera Allah sekali lagi bagi diri mereka serta memalukan-Nya di mata orang ramai.[7] Tanah yang menghirup air hujan yang sering menimpanya, lalu mengeluarkan tanam-tanaman yang berguna bagi orang, adalah diberkati Allah.[8] Sebaliknya, jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka ia disingkirkan serta hampir dilaknat, dan akhirnya dibakar.

Acts 21:21
Ada orang memberitahu mereka bahawa kamu mengajar orang Yahudi yang tinggal di kalangan orang bangsa asing supaya berpaling daripada Musa, jangan menyunatkan anak-anak dan jangan menurut adat orang Yahudi.

Galatia 5:4
Kamu yang berusaha untuk diperbenar melalui hukum Taurat telah terpisah daripada al-Masih. Kamu telah terkeluar daripada kasih kurnia Allah.

1 Korintus 6:9
Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak taat akan perintah Allah tidak akan menikmati kerajaan Allah. Janganlah menipu diri. Orang yang berkelakuan cabul, menyembah berhala, berzina, melakukan liwat,

Ibrani 10:26
Jika kita sengaja melakukan dosa setelah kita mengenal kebenaran, tiada lagi korban untuk menebus dosa.

Matthew 13:41
Putera Insan akan memerintahkan malaikat-Nya mengumpulkan semua di kalangan umat-Nya yang melakukan kejahatan dan yang menyebabkan orang berdosa.

2 Timothy 4:3
kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.

2 Tesalonika 2:3-4
[3] Jangan sekali-kali biarkan sesiapa memperdayamu kerana hari itu tidak akan datang sebelum berlakunya kemurtadan dan manusia keleluasaan, iaitu anak kebinasaan menampilkan diri.[4] Dia akan menentang dan meninggikan dirinya daripada semua yang disembah manusia. Dia akan duduk di dalam rumah ibadat Allah dan mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.

John 1:14
Firman itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.

1 Timothy 4:10
Kita bekerja keras dan berjuang, kerana kita yakin kepada Allah Yang Hidup, Penyelamat semua manusia, terutamanya mereka yang beriman.

1 Peter 3:17
Jika dikehendaki Allah kamu menderita kerana melakukan kebaikan, itu lebih baik daripada menderita kerana melakukan kejahatan.

1 Tesalonika 2:3
Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang jahat mahupun percubaan memperdayamu.

1 Timothy 4:2
Ajaran ini disampaikan oleh pendusta yang munafik yang hati nuraninya bagaikan diselar besi panas.

Mark 10:11
Dia menjawab, ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwin dengan perempuan lain, melakukan zina.

Lukas 22:3-6
[3] Kemudian, Iblis memasuki Yudas Iskariot, salah seorang daripada dua belas pengikut Isa.[4] Lalu Yudas pergi kepada ketua-ketua imam dan pengawal rumah ibadat untuk membincangkan bagaimana dia dapat menyerahkan Isa kepada mereka.[5] Mereka gembira lalu berjanji memberikan wang kepadanya.[6] Yudas pun bersetuju lalu dia mencari peluang yang baik untuk menyerahkan Isa kepada mereka tanpa diketahui orang ramai.

Matthew 12:31-32
[31] Ketahuilah: Orang yang berbuat dosa atau mengucapkan kata-kata kufur akan diampuni, tetapi mereka yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampuni.[32] Orang yang menentang Putera Insan dengan kata-katanya dapat diampuni, tetapi mereka yang menghina Roh Suci tidak dapat diampuni, baik di dunia mahupun di akhirat.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia