A A A A A

Dosa: [Pengguguran]


1 Korintus 1:27
Sememangnya Allah memilih orang yang bodoh di dunia untuk memalukan orang yang bijak. Allah memilih orang yang lemah di dunia, untuk memalukan orang yang kuat.

Galatia 1:15
Tetapi apabila Allah, yang telah mengasingkanku daripada rahim ibuku dan memanggilku, melalui kasih kurnia-Nya

Efesus 1:7
Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya

Lukas 2:6-7
[6] Sewaktu mereka di sana, tibalah masanya untuk dia bersalin.[7] Dia melahirkan seorang anak lelaki, iaitu anak sulungnya. Dia membedung anak itu lalu membaringkan-Nya di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi mereka di rumah tumpangan.

Efesus 1:3-4
[3] Segala puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam al-Masih.[4] Ini kerana Dia telah memilih kita dalam al-Masih sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih,

1 Korintus 6:19-20
[19] Kamu tentu tahu bahawa tubuhmu itu tempat kediaman Roh Suci yang telah dikurniakan Allah kepadamu. Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milik Allah.[20] Allah telah membelimu dengan harga yang sudah dibayar sepenuhnya. Oleh itu, gunakanlah tubuhmu untuk memuliakan Allah.

Lukas 1:41-44
[41] Apabila Ashba mendengar salam Maryam, anak dalam kandungannya bergerak-gerak dan Ashba dipenuhi Roh Suci.[42] Dia berseru, ‘Diberkati engkau antara kaum perempuan, dan diberkatilah juga kandunganmu itu.[43] Siapakah aku ini sehingga ibu Junjunganku datang kepadaku?[44] Apabila kudengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak-gerak dengan kesukaan.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia