A A A A A

Misteri: [Takdir]


John 16:33
‘Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi pancaroba; tetapi tabahkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.’

Wahyu 20:12
Aku melihat orang mati, kecil dan besar, berdiri di hadapan Allah, dan kitab-kitab dibuka. Sebuah kitab lagi dibuka, iaitu Kitab Hidup. Orang mati itu dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan segala yang tersurat di dalam kitab-kitab itu.

Rom 12:2
Janganlah ikut cara hidup duniawi, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu. Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Allah itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna.

Rom 8:28-29
[28] Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut kehendak-Nya.[29] Kerana dari mulanya dahulu Allah telah menentukan mereka yang dipilih-Nya supaya menjadi selaras dengan rupa Putera-Nya, Isa al-Masih, maka Putera itu merupakan yang sulung di antara saudara-saudara yang ramai.

Efesus 2:8-9
[8] Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah –[9] bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorangpun yang dapat bermegah.

1 Peter 2:8-9
[8] dan,‘Batu tempat orang tersandung dan sebuah batu pejal yang membuat mereka terjatuh.’ Mereka tersandung kerana mereka ingkar akan firman Allah, yang telah ditetapkan bagi mereka.[9] Tetapi kamu umat terpilih, para imam Raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.

1 Korintus 2:7-9
[7] Kebijaksanaan yang kusampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah, di luar pengetahuan manusia, yang telah diwujudkan-Nya untuk kemuliaan kita sebelum Dia mencipta dunia ini.[8] Para penguasa dunia ini tidak mengetahui kebijaksanaan itu. Kalaulah mereka tahu, mereka tidak akan menyalib Junjungan Yang Mulia.[9] Sebagaimana telah tersurat:‘Apa yang belum pernah dilihat oleh mata atau didengar oleh telinga, atau timbul dalam hati manusia, itulah yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi-Nya.’

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia