A A A A A

Tanda Matematik: [Nombor 8]


Wahyu 13:18
Di sini terletak kebijaksanaan. Sesiapa yang mengerti, kirakanlah angka binatang itu, kerana angka itu angka seorang manusia, dan angka itu 666.

1 Korintus 6:9-11
[9] Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak taat akan perintah Allah tidak akan menikmati kerajaan Allah. Janganlah menipu diri. Orang yang berkelakuan cabul, menyembah berhala, berzina, melakukan liwat,[10] mencuri, bersikap tamak, sering mabuk, mengumpat atau merompak – semuanya tidak akan menikmati kerajaan Allah.[11] Begitulah kelakuan sebilangan daripadamu dahulu. Tetapi kamu telah dibersihkan, dikuduskan dan diperbenarkan dalam nama Junjungan Isa al-Masih dan dengan Roh Allah Tuhan kita.

Wahyu 11:2-3
[2] Tetapi jangan ukur halaman di luar, kerana bahagian itu telah diberikan kepada orang bangsa asing. Mereka akan melanyak kota suci selama empat puluh dua bulan.[3] Aku akan memberikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan mereka akan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh hari dengan memakai kain kabung.’

Acts 8:11-24
[11] Mereka mendengar katanya kerana dia telah lama mengagumkan mereka dengan sihirnya.[12] Namun apabila mereka mempercayai Filipus ketika dia bercakap tentang hal-hal berkaitan dengan kerajaan Allah dan nama Isa al-Masih, mereka pun diimadkan, baik lelaki mahupun perempuan.[13] Kemudian Simon sendiri percaya; dan setelah diimadkan dia terus menyertai Filipus dan amat kagum melihat keajaiban serta alamat yang dilakukan.[14] Apabila para rasul di Baitulmaqdis mendengar bahawa orang Samaria telah menerima firman Allah, mereka mengutus Petrus dan Yahya ke sana.[15] Setelah sampai di situ, kedua-duanya berdoa semoga mereka menerima Roh Suci,[16] kerana mereka belum lagi dipenuhi oleh-Nya. Mereka baru diimadkan sahaja dengan nama Junjungan Isa.[17] Kemudian Petrus dan Yahya meletakkan tangan atas mereka lalu mereka menerima Roh Suci.[18] Setelah Simon melihat betapa Roh Suci diberi ketika para rasul meletakkan tangan, dia menawarkan wang kepada mereka[19] sambil berkata, ‘Berilah aku kuasa itu juga, supaya sesiapa yang kuletakkan tangan atasnya akan menerima Roh Suci.’[20] Tetapi Petrus berkata kepadanya, ‘Punahlah wangmu bersamamu, kerana kamu menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang![21] Kamu tidak ada bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di sisi Allah.[22] Oleh itu bertaubatlah daripada kejahatanmu itu, dan berdoalah kepada Tuhan semoga kamu dapat diampuni kerana niat di hatimu itu;[23] kerana kulihat kamu diracuni perasaan kepahitan dan dibelenggu dosa.’[24] Simon menjawab, ‘Berdoalah kepada Tuhan untukku, supaya apa yang kamu sebutkan tadi tidak menimpaku.’

1 Korintus 6:9
Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak taat akan perintah Allah tidak akan menikmati kerajaan Allah. Janganlah menipu diri. Orang yang berkelakuan cabul, menyembah berhala, berzina, melakukan liwat,

John 1:8
Dia sendiri bukanlah Cahaya itu, dia datang untuk memberi kesaksian tentang-Nya.

Wahyu 4:6-8
[6] Di hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatu yang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu di setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itu penuh dengan mata.[7] Makhluk yang pertama rupanya seperti singa; yang kedua seperti anak lembu; yang ketiga mukanya seperti muka manusia; dan yang keempat rupanya seperti burung helang sedang terbang.[8] Setiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi:‘Suci, suci, sucilah Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa, yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang.’

Wahyu 13:5
Binatang itu diberi mulut untuk melafazkan hal-hal besar dan kufur, serta diberi kekuasaan melakukannya selama empat puluh dua bulan.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia