A A A A A

Tanda Matematik: [Nombor 3]


1 Timothy 2:5
Hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara di antara Allah dan manusia iaitu Isa al-Masih.

2 Timothy 3:16
Seluruh Kitab Suci diwahyukan oleh Allah, dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.

Acts 17:28
“Kerana-Nya kita bergerak serta ada di dunia ini.” Sebagaimana kata penyair bangsamu, “Kita adalah anak-Nya.”

Kolose 2:9
Dalam-Nya terhimpun seluruh ketuhanan berbentuk jasmani,

Ibrani 4:12
Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat di hati.

John 4:24
Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.’

Matthew 12:40
Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Putera Insan akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi.

Wahyu 1:4
Daripada Yahya kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,

Titus 1:12
Seorang nabi mereka dari Kreta pernah berkata, ‘Orang Kreta pembohong. Mereka rakus dan malas laksana binatang buas.’

1 Korintus 15:33
Jangan kamu biarkan dirimu disesatkan orang. ‘Kebiasaan yang baik musnah kerana pergaulan yang buruk.’

1 John 5:7-9
[7] Ada tiga yang memberi kesaksian:[8] Roh Suci, air dan darah, ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama.[9] Jika kita percaya akan kesaksian manusia, maka kesaksian Allah lebih kuat lagi kerana inilah kesaksian yang diberikan Allah tentang Putera-Nya.

John 3:16-18
[16] ‘Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal supaya orang yang percaya kepada Putera itu tidak binasa tetapi mendapat hidup kekal.[17] Allah mengutus Putera-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan.[18] Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukuman. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya sudahpun dijatuhi hukuman, kerana dia tidak percaya dalam nama Putera Allah yang tunggal.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia