A A A A A

Kehidupan: [Kecantikan]


1 Peter 3:3-4
[3] Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja – mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah.[4] Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di sisi Allah.

2 Korintus 4:16
Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharui setiap hari.

Efesus 2:10
Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Isa al-Masih untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan.

Filipi 4:8
Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran kepadanya.

Rom 8:6
Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan.

Matthew 6:28-29
[28] ‘Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun.[29] Tetapi Raja Sulaiman dengan segala kehebatannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu.

1 Timothy 2:9-10
[9] Aku juga menyeru kaum perempuan supaya berpakaian serta menghias diri dengan sopan santun dan sederhana. Jangan berhias dengan jalinan rambut yang berlebihan atau dengan emas ataupun mutiara mahupun pakaian yang mahal-mahal.[10] Hiasi diri dengan perbuatan baik, yang sepatutnya bagi perempuan yang mengaku taat akan Allah.

Galatia 3:26-27
[26] Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman terhadap Isa al-Masih.[27] Dan semua di antara kamu yang telah diimadkan dalam al-Masih telah meliputi dirimu dengan al-Masih.

James 1:23
Seseorang yang mendengar firman tetapi tidak melakukannya adalah ibarat orang yang berdiri di hadapan cermin,

Matthew 23:28
Begitulah kamu! Pada lahirnya kamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjana dan munafik.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia