A A A A A

Kehidupan: [Adopsi]


2 Korintus 6:18
‘Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, ‘demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.

James 1:27
Allah Bapa berfirman bahawa ibadat yang murni dan tulen ialah: menolong anak yatim piatu dan balu yang menanggung kesusahan, serta menjaga diri daripada dicemari kejahatan dunia.

Matthew 25:40
‘Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.”

John 1:12-13
[12] Namun demikian, Dia memberi hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.[13] Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak tabii manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.

Galatia 4:4-5
[4] Tetapi apabila sampai waktunya, Allah telah menghantar Putera-Nya, yang dilahirkan melalui seorang perempuan, di bawah hukum Taurat,[5] untuk menebus mereka yang di bawah hukum itu, supaya kita mendapat hak sepenuh sebagai anak.

Rom 8:14-17
[14] kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah adalah anak-anak Allah.[15] Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, ‘Abba, Bapa.’[16] Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah.[17] Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan al-Masih, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia