A A A A A

Kehidupan: [Penuaan]


1 Timothy 5:8
Sekiranya seseorang tidak menjaga sanak saudaranya, apatah lagi seisi rumahnya sendiri, maka dia menyangkal iman dan lebih buruk daripada orang yang tidak beriman.

2 Korintus 4:16
Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharui setiap hari.

Philemon 1:9
Namun demikian, kerana aku mengasihimu, aku hanya meminta kamu membuatnya. Aku Paulus, seorang yang sudah tua dan kini dipenjarakan kerana Isa al-Masih.

Titus 2:3
Seterusnya, nasihatilah perempuan yang lebih tua supaya berkelakuan santun: jangan menjadi pengumpat, peminum, sebaliknya ajarkanlah kebaikan.

1 Timothy 5:1-2
[1] Jangan marahi orang yang lebih tua daripadamu, tetapi nasihati dia seolah-olah dia bapamu. Nasihati lelaki yang lebih muda daripadamu seperti saudara lelakimu,[2] perempuan yang lebih tua seperti ibumu, perempuan yang lebih muda seperti adik perempuanmu, dengan hati yang suci.

Filipi 3:20-21
[20] Tetapi kewargaan kita adalah di syurga, dari situ kita menanti-nantikan Penyelamat, Junjungan Isa al-Masih.[21] Dia akan mengubah tubuh kita yang hina ini supaya serupa dengan tubuh-Nya yang mulia, melalui kuasa-Nya yang dapat menaklukkan segalanya kepada diri-Nya.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia