A A A A A

Perwatakan Baik: [Keberanian]


Acts 4:29-31
[29] Ya Tuhan, lihatlah ugutan mereka dan kurniakanlah kepada hamba-hamba-Mu ini, sepenuh keberanian untuk menyampaikan firman-Mu.[30] Hulurkan tangan-Mu untuk menyembuhkan, dan melakukan tanda-tanda ajaib serta mukjizat dengan nama Hamba Suci-Mu Isa.’[31] Setelah mereka berdoa, tempat mereka berhimpun itu bergoncang. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Suci dan mengucap firman Allah dengan berani.

2 Korintus 3:12
Oleh sebab kami menaruh harapan demikian, maka kami lebih berani,

Acts 14:3
Rasul-rasul itu tinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani tentang Tuhan. Tuhan pun menunjukkan kebenaran kata-kata mereka tentang kasih kurnia-Nya dengan memberi mereka kuasa melakukan pelbagai alamat dan mukjizat.

Acts 13:46
Namun demikian, Paulus dan Barnabas bercakap dengan berani. Mereka berkata, ‘Memang seharusnya firman Allah disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Akan tetapi disebabkan kamu menolak firman-Nya dan menganggap dirimu tidak layak menerima hidup kekal, kami berpaling daripadamu dan pergi kepada bangsa asing.

Acts 19:8
Paulus masuk ke saumaah dan bercakap di situ dengan beraninya selama tiga bulan. Dia berbincang dengan orang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentang kerajaan Allah.

Philemon 1:8
Oleh itu, aku boleh memerintahkan kamu dengan nama al-Masih membuat sesuatu yang harus dilakukan.

Acts 18:26
Dia mula bercakap dengan berani di saumaah. Priskila dan Akwila mendengar dia bercakap lalu membawanya ke tempat tinggal mereka dan menerangkan jalan Allah kepadanya dengan lebih betul lagi.

Mark 15:43
Yusuf dari Arimatea, seorang ahli terkemuka Majlis Agama yang sedang menunggu kerajaan Allah, datang lalu memberanikan hatinya menghadap Pilatus dan memohon untuk mengambil jenazah Isa.

Acts 28:31
dan menyampaikan ajaran tentang kerajaan Allah serta Junjungan Isa al-Masih dengan berani dan bebas, tiada siapa yang menghalangnya.

Acts 4:29-30
[29] Ya Tuhan, lihatlah ugutan mereka dan kurniakanlah kepada hamba-hamba-Mu ini, sepenuh keberanian untuk menyampaikan firman-Mu.[30] Hulurkan tangan-Mu untuk menyembuhkan, dan melakukan tanda-tanda ajaib serta mukjizat dengan nama Hamba Suci-Mu Isa.’

Efesus 3:12
yang dalam-Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman.

John 4:17
Perempuan itu berkata, ‘Aku tidak ada suami.’ Isa pun berkata, ‘Memang benar engkau tidak ada suami sekarang.

Ibrani 10:19
Oleh itu, saudara-saudara, kita telah mempunyai keberanian untuk masuk ke Tempat Paling Suci melalui darah Isa,

Ibrani 4:16
Oleh itu marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.

Ibrani 13:6
Oleh itu kita boleh berkata dengan bersemangat:‘Tuhan Penolongku; Aku tidak akan takut. Apa yang dapat dilakukan manusia kepadaku?’

Efesus 6:19-20
[19] Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil,[20] sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur.

Acts 4:13
Apabila mereka melihat keberanian Petrus dan Yahya sedangkan kedua-duanya ternyata orang yang tidak berpelajaran serta tidak terlatih, mereka pun hairan. Mereka sedar bahawa kedua-duanya telah bersama dengan Isa.

1 Timothy 3:13
Penolong jemaah yang telah menjalankan tugas dengan baik akan dihormati dan menjadi amat yakin dalam iman dalam Isa al-Masih.

1 Tesalonika 2:2
Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah Tuhan kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu.

Filipi 1:20
Adalah jangkaan dan harapanku yang bersungguh-sungguh bahawa dalam apa hal pun aku tidak dipermalukan, melainkan dengan segala keberanianku seperti biasa, maka sekarang juga al-Masih akan ditinggikan dalam diriku, baik melalui hidup mahupun mati.

2 Timothy 1:7
Allah tidak memberi kita semangat ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib.

1 Korintus 16:13
Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasa berani dan gigih.

Rom 1:16
Aku tidak teragak-agak menyebarkan Injil, kerana ia adalah kuasa daripada Allah untuk menyelamatkan setiap orang yang beriman, mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada bangsa asing.

1 Korintus 15:58
Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkan pendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamu tahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akan sia-sia.

Efesus 6:10
Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya.

John 14:27
Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Usah risau dan janganlah takut.

Mark 5:36
Isa tidak menghiraukan kata-kata itu. Dia berkata kepada Yairus, ‘Jangan takut, percaya saja.’

Filipi 1:28
dan sama sekali tidak takut akan musuh-musuhmu. Bagi mereka, ini adalah tanda kebinasaan tetapi bagimu adalah tanda penyelamatan daripada Allah.

John 7:26
Lihatlah, Dia bercakap di hadapan orang ramai, tetapi mereka diam sahaja. Adakah para pemerintah itu benar-benar tahu bahawa Dia al-Masih?

Acts 5:29
Petrus dan rasul yang lain menjawab, ‘Kami harus taat akan Allah, bukan manusia!

Acts 9:29
serta menyebarkan nama Junjungan dengan berani. Dia bercakap dan berhujah dengan orang Yahudi peranakan Yunani; mereka pun hendak membunuhnya.

Filipi 1:1
Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Isa al-Masih, Kepada semua orang salih dalam Isa al-Masih di Filipi, serta para pengurus dan penolong jemaah:

1 Timothy 3:1
Kata-kata ini benar: Jika seseorang ingin menjadi penyelia jemaah, maka dia ingin akan pekerjaan yang baik.

1 Korintus 3:12
Ada orang yang menggunakan emas, perak atau permata untuk membina bangunan di atas asas itu. Ada pula yang menggunakan kayu, rumput kering atau jerami.

Ibrani 10:1
Hukum hanya bayang-bayang perkara baik yang akan datang, bukan hakikat perkara itu sendiri. Dengan demikian hukum itu sekali-kali tidak akan dapat menyempurnakan orang yang mempersembahkan korban-korban yang demikian itu tahun demi tahun.

1 Peter 5:10
Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia