A A A A A

Perwatakan Baik: [Akauntabiliti]


Rom 14:12
Nyatalah bahawa setiap seorang daripada kita akan dipertanggungjawabkan memberi pernyataan tentang dirinya kepada Allah.

Rom 1:20
Sejak wujudnya alam semesta, sifat-sifat Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan ketuhanan-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu tiada alasan bagi memaafkan mereka.

James 5:16
Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat.

Rom 2:12
Sekalian yang telah melakukan dosa tanpa mengenal hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat. Sekalian yang melakukan dosa sedangkan mereka mengenal hukum Taurat akan dihakimi menurut hukum Taurat.

Lukas 12:47-48
[47] ‘Seorang hamba yang mengetahui kehendak tuannya tetapi tidak bersedia serta tidak melakukannya, akan disebat dengan teruk.[48] Tetapi hamba yang tidak mengetahui kehendak tuannya, sekalipun melakukan perkara yang patut dihukum sebat, akan dihukum dengan ringan sahaja. Kerana sesiapa yang diberikan banyak, banyak pula akan dituntut daripadanya. Semakin banyak yang diamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pula yang akan dituntut daripadanya.

1 Tesalonika 5:11
Oleh yang demikian, hendaklah kamu saling menggalakkan dan meneguhkan, sebagaimana yang kamu lakukan sekarang.

James 4:17
Apabila seseorang tidak melakukan sesuatu yang baik dan sepatutnya dilakukan, maka orang itu berdosa.

Rom 4:15
Kerana hukum Taurat membawa kemurkaan Allah dan tanpa hukum Taurat, tiadalah kemungkaran.

1 Timothy 1:10
Selain itu juga untuk penzina, untuk peliwat, untuk penculik, untuk pendusta, untuk saksi palsu, dan untuk orang yang melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran benar yang

Matthew 12:36
Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan.

Lukas 12:48
Tetapi hamba yang tidak mengetahui kehendak tuannya, sekalipun melakukan perkara yang patut dihukum sebat, akan dihukum dengan ringan sahaja. Kerana sesiapa yang diberikan banyak, banyak pula akan dituntut daripadanya. Semakin banyak yang diamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pula yang akan dituntut daripadanya.

Efesus 5:21
Tunduklah kepada satu sama lain dengan takut akan Tuhan.

Ibrani 10:25
Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.

Matthew 12:36-37
[36] Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan.[37] Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak.’

Galatia 6:1-2
[1] Saudara-saudara, jika seseorang didapati melakukan sesuatu kesalahan, kamu yang bersifat rohani pimpinlah dia ke jalan baik dengan lemah lembut, sambil menjaga dirimu, jangan sampai kamu turut tergoda.[2] Tanggung-menanggunglah beban satu sama lain, dan dengan demikian laksanakan hukum al-Masih.

Ibrani 10:24
Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik.

1 John 2:2
Dialah korban pendamaian bagi dosa kita, malah bukan dosa kita sahaja tetapi dosa seluruh umat manusia.

2 Korintus 5:10
Kita semua akan dihadapkan ke pengadilan al-Masih, dan setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya, baik ataupun jahat.

2 Korintus 4:17-18
[17] Kesusahan yang ringan dan hanya sedetik ini membawa bagi kami kemuliaan yang kekal tanpa bandingan.[18] Kami tidak mementingkan hal-hal yang kelihatan, tetapi hal-hal yang tidak kelihatan; kerana yang kelihatan itu cuma sedetik, manakala yang tidak kelihatan itu kekal.

Efesus 4:25
Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota.

Galatia 6:2
Tanggung-menanggunglah beban satu sama lain, dan dengan demikian laksanakan hukum al-Masih.

Acts 14:17
Namun, Allah sentiasa memberikan kesaksian tentang diri-Nya dengan kebaikan yang dilakukan-Nya. Dia mengurniaimu hujan dari langit dan hasil dari bumi menurut musimnya. Dia mengurniaimu makanan dan kegembiraan.’

2 Korintus 2:6
Bagi orang itu, hukuman yang dijatuhkan oleh sebilangan besar sudah cukup.

1 Korintus 1:10
Saudara-saudaraku! Demi nama Junjungan kita Isa al-Masih aku berseru kepada kamu semua supaya seia sekata dan tidak wujud perpecahan. Dengan demikian, kamu bersatu hati dan fikiran sepenuhnya.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia