A A A A A

Perwatakan Baik: [Pantang]


2 Korintus 12:21
Aku harap, ketika aku datang kelak, janganlah aku dipermalukan oleh Allah Tuhanku di hadapanmu dan bersedih kerana ramai yang dahulu berbuat dosa tetap tidak bertaubat daripada kekejian, pencabulan dan keliaran hawa nafsu dalam kehidupan mereka.

2 Timothy 2:22
Singkirkan hawa nafsu muda. Berusaha mengamalkan kebenaran, iman, kasih dan kesejahteraan bersama mereka yang menyeru Tuhan dengan hati yang suci.

Acts 15:20
tetapi hendaklah kita berkirim surat kepada mereka dan menasihati mereka supaya menjauhkan diri daripada memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, binatang yang mati dicekik, dan darah; dan daripada melakukan zina.

Kolose 3:5
Oleh itu matikanlah dalam dirimu segala yang bersifat dunia: perzinaan, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat dan tamak haloba, yang sama dengan menyembah berhala.

Efesus 5:3
Tetapi perzinaan dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun di kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.

Galatia 5:19
Kelakuan hawa nafsu dunia adalah nyata: zina, kecemaran dan kelucahan;

1 Korintus 6:18-19
[18] Jauhilah perbuatan cabul. Dosa lain tidak dilakukan terhadap tubuh sendiri; tetapi seseorang yang melakukan perbuatan cabul berdosa terhadap tubuhnya sendiri.[19] Kamu tentu tahu bahawa tubuhmu itu tempat kediaman Roh Suci yang telah dikurniakan Allah kepadamu. Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milik Allah.

1 Korintus 7:2
Namun demikian, supaya tidak tergoda melakukan perbuatan yang cabul, lebih baiklah setiap lelaki itu beristeri dan setiap perempuan bersuami.

1 Korintus 10:13
Setiap cubaan yang kamu alami memang biasa dihadapi orang. Tetapi Allah setia menepati janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai melebihi kekuatanmu. Sewaktu kamu dicubai, Allah akan memberimu jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan menanggungnya.

1 Peter 2:11
Saudara-saudara yang kukasihi, aku merayu padamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, jauhilah hawa nafsu yang sentiasa menyerang jiwa.

Ibrani 13:4
Hendaklah perkahwinan dianggap mulia oleh semua, dan tempat tidur dijaga supaya tidak tercemar kerana Allah akan menghukum penzina baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin dan mengkhianati pasangannya.

Jude 1:7
Begitu juga halnya dengan para penghuni kota Sodom, Gomora dan bandar-bandar di sekitarnya yang telah melakukan percabulan dan perbuatan sumbang. Mereka menjadi contoh orang yang mengalami seksaan hukuman api yang kekal.

Matthew 5:8
Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.

Rom 12:1
Oleh itu, saudara-saudaraku, aku menyeru kepadamu, demi belas kasihan Allah, supaya mempersembahkan tubuh badanmu sebagai korban yang hidup, dalam keadaan suci dan dapat diterima oleh Allah; itulah ibadat yang wajar.

Rom 13:13
Ikutlah tingkah laku yang wajar, sebagaimana orang berjalan pada siang hari. Jangan berpesta liar dan mabuk, jauhi noda dan kelucahan, singkirkan pergaduhan dan iri hati.

1 Tesalonika 4:3-4
[3] Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul.[4] Hendaklah kamu masing-masing tahu bagaimana mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan,

Galatia 5:19-21
[19] Kelakuan hawa nafsu dunia adalah nyata: zina, kecemaran dan kelucahan;[20] menyembah berhala dan sihir; kebencian, perbalahan, hasad dengki, letusan kemarahan, cita-cita untuk kebesaran diri, perselisihan, berpuak-puak[21] dan iri hati; kemabukan, berpesta keterlaluan, dan sebagainya. Tentang ini aku berkata kepadamu, sebagaimana sudah kukatakan kepadamu dulu, bahawa orang yang mengamalkan perkara-perkara demikian tidak akan mewarisi kerajaan Allah.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia