A A A A A

Perwatakan Baik: [Penerimaan]


1 Korintus 5:11-13
[11] Maksudku ialah kamu tidak harus bergaul dengan orang yang mengaku dirinya sebagai saudara tetapi pada hakikatnya orang yang cabul, tamak, penyembah berhala, pengumpat, pemabuk atau penipu. Janganlah makan bersama mereka.[12] Apakah urusanku sehingga aku harus mengadili orang di luar jemaah? Bukankah kamu hanya mengadili orang di dalam jemaah saja?[13] Tetapi bagi yang di luar jemaah, Allah sendiri akan mengadili mereka. Oleh itu, kamu harus singkirkan orang yang durjana dari kalanganmu.

1 John 1:9
Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan.

1 Peter 3:8-9
[8] Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik.[9] Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak.

John 3:16
‘Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal supaya orang yang percaya kepada Putera itu tidak binasa tetapi mendapat hidup kekal.

Rom 2:11
Allah tidak menghakimi berat sebelah.

Rom 5:8
Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, al-Masih telah mati untuk kita.

Rom 8:31
Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita?

Rom 14:1-2
[1] Terimalah orang yang lemah imannya, tanpa menghakimi hal-hal yang boleh dipertikaikan.[2] Ada orang yang yakin dia boleh makan semua jenis makanan, tetapi ada juga orang yang lemah imannya dan hanya makan sayur-sayuran.

Ibrani 10:24-25
[24] Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik.[25] Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.

John 6:35-37
[35] Isa berkata kepada mereka, ‘Akulah Roti Hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi.[36] Telah Kukatakan kepadamu, bahawa kamu telah melihat-Ku, namun tidak percaya kepada-Ku.[37] Semua yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak seorang pun yang datang kepada-Ku.

Kolose 3:12-14
[12] Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar.[13] Bersabarlah terhadap satu sama lain, maaf-memaafi, jika seseorang ada sesuatu aduan terhadap yang lain. Sebagaimana Tuhan telah mengampuni kamu, demikianlah kamu harus mengampuni sesama sendiri.[14] Paling utama amalkanlah kasih, ikatan yang sempurna.

Matthew 5:38-42
[38] ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.”[39] Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya.[40] Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga.[41] Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya.[42] Jika seseorang meminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlah berpaling daripadanya.

Matthew 25:34-40
[34] ‘Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta.[35] Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu;[36] Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.”[37] ‘Orang yang benar itu pun bertanya, “Junjungan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat-Mu dahaga dan memberi-Mu minuman?[38] Bilakah kami melihat-Mu orang asing dan menerima-Mu masuk ke rumah, melihat-Mu tidak berpakaian dan memberi-Mu pakaian?[39] Bila pula kami melihat-Mu sakit, atau di dalam penjara, dan datang kepada-Mu?”[40] ‘Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.”

Rom 15:1-7
[1] Yang kuat di kalangan kita hendaklah menampung kelemahan orang yang tidak kuat, dan jangan hanya menyukakan hati sendiri.[2] Setiap orang haruslah menyukakan hati saudaranya sesama manusia untuk kebaikannya supaya dia menjadi teguh.[3] Al-Masih tidak menyukakan hati-Nya sendiri; sebaliknya telah tersurat: ‘Segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpa-Ku.’[4] Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penglipuran daripada tulisan-tulisan suci itu kita mendapat harapan.[5] Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Isa al-Masih.[6] Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih.[7] Terimalah satu sama lain, sebagaimana al-Masih telah menerima kita, demi kemuliaan Allah.

Rom 14:10-19
[10] Mengapakah kamu menghakimi saudaramu? Dan mengapa kamu menghina saudaramu? Kita semua akan berdiri di hadapan takhta penghakiman al-Masih.[11] Kerana telah tersurat:‘ “Demi hidup-Ku,” Tuhan berfirman, “Setiap orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku; dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.” ’[12] Nyatalah bahawa setiap seorang daripada kita akan dipertanggungjawabkan memberi pernyataan tentang dirinya kepada Allah.[13] Oleh itu janganlah lagi kita menghakimi sesama sendiri. Sebaliknya bertekadlah tidak akan membuat saudaramu tersandung atau terjatuh.[14] Dalam Junjungan Isa, aku tahu dan percaya bahawa tiada sesuatu pun yang najis. Namun, sesuatu menjadi najis bagi seseorang yang menganggapnya najis.[15] Sekiranya saudaramu bersedih kerana sesuatu yang kamu makan, maka kamu tidaklah lagi hidup berasaskan kasih. Jangan mudaratkan sesiapa disebabkan makananmu, kerana al-Masih telah berkorban nyawa untuk dia juga.[16] Jangan sampai sesuatu yang kamu anggap baik disebut sebagai kejahatan.[17] Kerajaan Allah bukanlah soal makan minum, tetapi menjalankan segala yang benar dan membawa kesejahteraan serta kegembiraan dalam Roh Suci.[18] Orang yang mengabdikan diri kepada al-Masih dengan cara ini akan diredai Allah dan disukai manusia.[19] Oleh itu marilah kita mengejar hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia