A A A A A

Gereja: [Guru Palsu]


Lukas 6:26
Malangnya kamu apabila kamu dipuji semua orang, kerana demikian juga perbuatan nenek moyang mereka kepada nabi-nabi palsu.

Matthew 24:24
Kerana beberapa al-masih palsu dan nabi palsu akan datang dengan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk menipu orang. Sebilangan umat pilihan Allah pun mungkin turut terpedaya.

Matthew 16:11-12
[11] Mengapa kamu tidak mengerti bahawa Aku tidak bercakap tentang roti. Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’[12] Barulah mereka faham bahawa maksud Isa bukannya ragi penaik roti tetapi ajaran orang Farisi dan Saduki.

2 Timothy 4:3-4
[3] kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.[4] Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.

2 Timothy 4:3-4
[3] kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.[4] Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.

Acts 20:28-30
[28] Jagalah dirimu dan semua orang yang telah diamanahkan oleh Roh Suci kepada kamu untuk memeliharanya seperti gembala memelihara domba, iaitu jemaah Tuhan yang telah ditebus-Nya dengan darah-Nya sendiri.[29] Aku tahu bahawa sepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini;[30] malah dari antara kamu sendiri akan bangkit beberapa orang yang memesongkan ajaran yang benar dan berusaha menarik ahli-ahli jemaah mengikut mereka.

2 Peter 3:14-18
[14] Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, sementara menantikan semua itu, berusahalah untuk hidup suci dan tidak bercela di sisi Allah.[15] Anggaplah kesabaran Tuhan kita sebagai penyelamatan, sebagaimana saudara kita yang dikasihi, Paulus, telah mengatakan dalam suratnya untukmu, dengan kebijaksanaan yang telah dikurniakan kepadanya.[16] Paulus menulis tentang hal-hal demikian dalam semua suratnya. Sesetengahnya sukar difahami, lalu orang yang jahil dan tipis iman memesongkan ertinya ke arah kebinasaan diri mereka sendiri. Demikian juga dilakukan oleh mereka terhadap tulisan-tulisan lain dalam Kitab Suci.[17] Saudara-saudara yang kukasihi, oleh sebab kamu telah mengetahui hal ini, berjaga-jagalah, jangan tergelincir daripada pendirianmu yang teguh akibat disesatkan oleh kesilapan orang durjana.[18] Hendaklah kamu semakin kukuh dalam kasih kurnia Junjungan dan Penyelamat kita Isa al-Masih dan semakin mengenal-Nya. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan selama-lamanya! Amin.

1 John 4:1-6
[1] Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu di merata-rata.[2] Untuk memastikan sama ada roh itu Roh Allah, inilah caranya: Jika roh itu mengakui bahawa Isa al-Masih telah datang ke dunia sebagai manusia, maka roh itu datang daripada Allah.[3] Tetapi jika roh itu menolak hakikat tentang al-Masih ini, nyatalah roh itu bukan daripada Allah tetapi daripada dajal, penentang al-Masih. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan muncul. Sekarang roh itu sudahpun ada di dunia ini.[4] Namun demikian, anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan nabi-nabi palsu itu, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.[5] Nabi-nabi palsu itu berkata tentang hal ehwal daripada pandangan dunia dan orang dunia ini mendengar kata-kata mereka kerana mereka milik dunia ini.[6] Tetapi kita milik Allah. Sesiapa yang mengenal Allah mendengar kata-kata kita dan sesiapa yang bukan milik Allah tidaklah mahu mendengar kata-kata kita. Demikianlah caranya kita mengenal pasti Roh yang membawa kebenaran dan roh yang menyesatkan.

Matthew 7:15-20
[15] ‘Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas.[16] Kamu akan mengenal mereka daripada hasil perbuatan mereka. Pernahkah orang memetik buah anggur dari rimbunan berduri? Atau pernahkah buah ara dipetik dari semak berduri?[17] Pokok yang subur menghasilkan buah yang baik manakala pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang tidak baik.[18] Pokok yang subur tidak mungkin menghasilkan buah yang tidak baik dan pokok yang tidak subur tidak mungkin menghasilkan buah yang baik.[19] Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dibakar.[20] Demikianlah kamu akan mengenal orang daripada hasil perbuatan mereka.

2 Peter 1:12-21
[12] Oleh itu, aku tidak akan lalai daripada mengingatkan kamu tentang segala ini, walaupun kamu sudah mengetahuinya dan berpegang teguh pada ajaran benar yang kamu terima.[13] Selagi ada hayatku, wajarlah aku mengingatkan kamu tentang hal-hal itu.[14] Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, sebagaimana telah dinyatakan jelas kepadaku oleh Junjungan kita Isa al-Masih.[15] Aku akan mengusahakan supaya kamu tetap diingatkan tentang hal-hal itu setelah aku tiada lagi.[16] Kami tidaklah bercerita dongeng kepadamu apabila kami memberitahumu tentang kekuasaan Junjungan kita Isa al-Masih dan kedatangan-Nya. Kami telah menyaksikan kemuliaan-Nya dengan mata kami sendiri.[17] Dia telah menerima penghormatan dan kemuliaan daripada Allah Bapa. Suatu suara daripada Yang Maha Tinggi berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’[18] Kami telah mendengar suara yang datang dari syurga ketika kami bersama-Nya di puncak gunung suci.[19] Dengan demikian, kata-kata nubuat yang ada pada kami menjadi lebih jelas. Terimalah kata-kata nubuat ini seperti lampu yang bersinar di tempat gelap, hingga fajar menyingsing dan bintang pagi terbit di dalam hatimu.[20] Hal terutama yang harus kamu ketahui ialah bahwa tidak ada satu nubuat pun dalam Kitab Suci yang berasal dari pentafsiran sendiri,[21] kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi diungkapkan oleh orang ketika didorong oleh Roh Suci untuk menyampaikan firman daripada Allah.

Titus 1:6-16
[6] Seorang tua-tua hendaklah tidak bercela, dan beristeri seorang sahaja, manakala anak-anaknya haruslah hidup beriman dan tidak dapat dituduh berkelakuan liar serta ingkar.[7] Ini perlu kerana seorang penyelia jemaah memegang tugas mengendalikan pekerjaan Allah. Oleh yang demikian, dia mestilah tidak bercela – tidak menindas orang lain, tidak pemarah, tidak pemabuk, tidak ganas, dan tidak rakus.[8] Dia haruslah bersifat mesra, mencintai kebaikan, pandai menguasai diri, tulus, suci dan berdisiplin.[9] Dia mesti berpegang teguh kepada perkhabaran yang layak dipercayai serta selaras dengan asas iman. Dengan demikian dapatlah dia menggalakkan orang menerima ajaran yang benar dan menunjukkan kesilapan mereka yang menentang ajaran itu.[10] Ini kerana adanya ramai pemberontak, orang yang bercakap kosong dan penipu, terutamanya orang yang dahulunya daripada mazhab persunatan.[11] Mulut mereka mesti ditutupkan kerana mereka telah memesongkan seisi keluarga orang dengan mengajar ajaran yang tidak patut – untuk mendapat keuntungan yang haram.[12] Seorang nabi mereka dari Kreta pernah berkata, ‘Orang Kreta pembohong. Mereka rakus dan malas laksana binatang buas.’[13] Kata-kata itu memang benar. Oleh itu tegurlah dengan tegas sesiapa yang menyebarkan ajaran palsu, supaya mereka tetap berpegang teguh kepada ajaran yang benar,[14] dan tidak terpengaruh dengan cerita karut orang Yahudi atau perintah-perintah yang dikenakan oleh orang yang menolak ajaran yang benar.[15] Bagi orang yang suci, segala-galanya suci. Sebaliknya bagi orang yang fikirannya dinodai dosa dan tidak percaya akan kebenaran, tiada suatu pun yang suci, kerana jiwa dan hati nuraninya sudah tercemar.[16] Mereka mendakwa mereka mengenal Allah, tetapi perbuatan mereka tidak membuktikan dakwaan ini. Mereka terkutuk, ingkar kepada Allah, dan tidak dapat melakukan sesuatu yang baik.

2 Peter 2:1-22
[1] Namun demikian, ada nabi-nabi palsu di kalangan umat Allah pada zaman dahulu. Di antaramu juga akan muncul guru-guru palsu yang secara rahsia membawa masuk ajaran sesat yang memusnahkan. Mereka tergamak menyangkal Tuhan yang telah menyelamatkan mereka, lalu mereka ditimpa kemusnahan dalam sekelip mata.[2] Ramai orang akan mengikut cara mereka yang memalukan itu. Oleh itu, jalan yang benar akan dikufuri.[3] Dengan tamak haloba, mereka akan memperalatkan kamu melalui kata-kata dusta. Hukuman untuk mereka sudah ditetapkan dan akan menimpa mereka.[4] Allah tidak melepaskan malaikat yang berdosa daripada hukuman, tetapi menghumbankan mereka ke neraka dan membelenggu mereka dalam kegelapan untuk dihakimi kelak.[5] Dan Allah juga tidak melepaskan dunia purba daripada hukuman. Allah hanya menyelamatkan Nuh, penyampai kebenaran dengan tujuh orang yang lain, ketika Dia mendatangkan air bah kepada semua manusia yang ingkar.[6] Allah telah memusnahkan kota Sodom dan Gomora sehingga menjadi abu, membinasakan penduduknya sebagai contoh hukuman terhadap orang yang ingkar.[7] Tetapi Allah menyelamatkan Lut, seorang yang benar, yang berdukacita kerana kelakuan cabul orang durjana[8] (jiwa Lut yang benar terseksa dari hari ke hari melihat dan mendengar perlakuan liar orang di kelilingnya).[9] Nyatalah bahawa Tuhan mengetahui cara membebaskan orang yang warak daripada godaan dan mengasingkan orang durjana untuk dihukum pada hari penghakiman,[10] terutamanya mereka yang menurut hawa nafsu cabul dan menghina kekuasaan Allah. Mereka menganggap diri mereka besar dan mengikut kehendak sendiri semata-mata. Mereka tidak takut mencela makhluk yang adikudrati.[11] Sedangkan para malaikat yang lebih kuat dan berkuasa tidak pernah mencela dan menuduh makhluk yang adikudrati itu di hadapan Tuhan.[12] Tetapi mereka ini, seperti binatang buas yang dijadikan untuk ditangkap dan dibunuh, mencela hal-hal yang tidak difahaminya, maka mereka akan dibinasakan.[13] Mereka akan menerima balasan perbuatan maksiat mereka seperti bersuka ria pada siang hari untuk memuaskan hawa nafsu. Mereka dipenuhi cacat cela dan bergembira memperdayamu sambil berjamu bersamamu.[14] Mata mereka dipenuhi nafsu cabul dan sentiasa berdosa, menggoda orang yang goyah imannya, hati mereka dikuasai tamak haloba dan mereka anak-anak yang terlaknat.[15] Mereka telah meninggalkan jalan yang benar lalu sesat mengikut jalan Bileam anak Bior, yang suka mendapat upah daripada kejahatan.[16] Tetapi dia telah ditegur kerana perbuatan jahatnya oleh seekor keldai yang bercakap dengan suara manusia lalu menjadikan Bileam waras semula.[17] Mereka ini ibarat mata air yang kering dan kabus yang ditiup ribut. Kegelapan yang hitam pekat tersedia untuk mereka.[18] Apabila mereka mengeluarkan kata-kata yang hebat tetapi kosong, mereka menggunakan hawa nafsu dan keinginan cabul untuk menggoda orang yang baru terlepas daripada golongan yang hidup sesat.[19] Mereka menjanjikan kebebasan, sedangkan mereka sendiri hamba kebinasaan – kerana seseorang yang dikalahkan itu menjadi hamba kepada yang mengalahkannya.[20] Sekiranya, seseorang telah terlepas daripada noda dunia dengan mengenal Junjungan dan Penyelamat kita Isa al-Masih, kemudian terjebak semula lalu tewas, maka keadaannya lebih buruk daripada sebelum dia mengenal al-Masih.[21] Lebih baiklah jika dia tidak mengenal jalan yang benar, daripada mengenalnya, dan kemudian membelakangi perintah suci yang telah disampaikan kepadanya.[22] Yang terjadi kepadanya itu seperti kata pepatah yang terbukti tepat: ‘Anjing akan menjilat muntahnya kembali,’ dan ‘Babi yang dimandikan akan berkubang semula di lumpur.’

Matthew 23:1-29
[1] Isa berkata kepada orang ramai dan para pengikut-Nya:[2] ‘Guru Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa.[3] Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yang diajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbuatan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka.[4] Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu.[5] ‘Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suci yang diikatkan pada dahi dan lengan mereka, serta betapa panjangnya rumbai jubah mereka.[6] Mereka suka duduk di tempat terbaik di majlis jamuan dan kerusi khas di saumaah.[7] Mereka suka dihormati orang di pasar, dan suka dipanggil “Tuan Guru.”[8] ‘Janganlah suruh orang memanggilmu “Tuan Guru,” kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu.[9] Janganlah panggil sesiapapun di dunia ini “Bapa,” kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.[10] Janganlah suruh orang memanggilmu “Pemimpin,” kerana pemimpinmu hanya satu, iaitu al-Masih.[11] Orang yang terbesar antaramu haruslah menjadi pelayanmu.[12] Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, dan orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.[13] ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang memasuki kerajaan syurga. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk memasukinya.[14] Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu balu dan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoa panjang. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang lebih berat.[15] ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu.[16] ‘Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian, “Jika seorang bersumpah demi rumah ibadat, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam rumah ibadat, dia terikat pada sumpahnya.”[17] Hai orang bodoh dan buta! Yang mana lebih penting, emas atau rumah ibadat Allah yang menjadikan emas itu suci?[18] Kamu juga mengajar orang begini, “Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.”[19] Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci?[20] Ketahuilah apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah dan demi segala persembahan di atasnya.[21] Apabila seseorang bersumpah demi rumah ibadat, dia bersumpah demi rumah ibadat itu dan demi Dia yang tinggal di situ.[22] Apabila seseorang bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Allah dan demi Dia yang duduk di atas takhta itu.[23] ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakan semua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain.[24] Hai pemimpin yang buta! Agas kamu tapis, tetapi unta kamu telan.[25] ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu.[26] Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.[27] ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.[28] Begitulah kamu! Pada lahirnya kamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjana dan munafik.[29] ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina makam yang indah untuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia