A A A A A

Gereja: [Menghadiri Gereja]


Ibrani 10:24-25
[24] Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik.[25] Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.

Matthew 18:20
kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun kerana-Ku, Aku ada di situ bersama mereka.’

Kolose 3:16
Biarlah sabda al-Masih menetap dalam dirimu dengan segala kekayaan dan kebijaksanaannya. Ajar dan nasihati satu sama lain dengan mazmur, lagu puji-pujian dan nyanyian rohani, serta nyanyikanlah lagu rohani dengan rasa syukur kepada Allah dalam hatimu.

Efesus 4:11-13
[11] Dan Dialah yang memberi sesetengah orang menjadi rasul, nabi, penyebar Injil, pembimbing jemaah dan pengajar,[12] untuk menyediakan orang yang salih bagi kerja melayani, untuk meneguhkan tubuh al-Masih.[13] Dengan itu kita semua mencapai kesatuan dalam iman dan pengetahuan akan Putera Allah, agar menjadi dewasa, dan memiliki pertumbuhan yang sesuai dengan kadar kesempurnaan al-Masih.

Acts 2:42
Mereka berpegang teguh kepada pengajaran para rasul, dan kepada perpaduan, pembahagian roti dan doa.

Rom 10:17
Oleh itu iman datang daripada mendengar perkhabaran itu, dan perkhabaran itu didengar melalui sabda al-Masih.

Matthew 16:18
Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya.

Acts 9:31-32
[31] Dengan demikian sejahteralah jemaah di seluruh tanah Yudea, Galilea dan Samaria. Jemaah itu diberi kekuatan dan hidup bertakwa kepada Allah. Dengan pertolongan Roh Suci bilangan mereka semakin besar.[32] Ketika Petrus melawat daerah-daerah, dia mengunjungi orang salih yang tinggal di Lida.

Matthew 6:33
Utamakanlah kerajaan Allah dan laksanakan kebenaran-Nya; Allah akan memberikan semua itu kepadamu.

James 1:22
Namun, jangan tipu dirimu dengan hanya mendengar firman; lakukanlah firman itu.

2 Timothy 4:2
Beritakanlah firman Allah, bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran,

Matthew 28:19-20
[19] Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa pengikut-Ku. Imadkan mereka dengan nama Bapa, Putera dan Roh Suci.[20] Ajar mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.’

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia