A A A A A

Perwatakan Buruk: [Buli]


1 John 2:9
Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang.

1 John 3:15
Sesiapa yang benci akan saudaranya adalah pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal di dalam dirinya.

2 Timothy 1:7
Allah tidak memberi kita semangat ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib.

Efesus 4:29
Janganlah biarkan kata-kata yang kesat keluar dari mulutmu, tetapi lafazkanlah teguran yang membina, mengikut keperluannya, supaya membawa berkat kepada yang mendengar.

Efesus 6:12
Ini kerana kita berlawan bukan dengan manusia tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di langit.

Matthew 5:11
‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.

Rom 2:1
Oleh itu kamu tidak boleh berdalih hai manusia, walau siapapun kamu, apabila kamu menghakimi orang. Pada waktu kamu hakimi orang lain, kamu juga menjatuhkan hukuman kepada dirimu sendiri; kerana kamu yang menghakimi juga melakukan perkara yang sama.

Rom 12:18-19
[18] Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia.[19] Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: ‘Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,’ demikian firman Tuhan.

Rom 12:20-21
[20] Oleh itu:‘Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya.’[21] Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan.

Lukas 6:27-28
[27] ‘Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata demikian: Kasihilah seterumu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu;[28] berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu.

Matthew 5:44-45
[44] Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu.[45] Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari yang dicipta-Nya untuk orang yang benar dan orang yang mungkar. Dia menurunkan hujan untuk orang yang taat mahupun yang ingkar akan kehendak-Nya.

Matthew 5:38-41
[38] ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.”[39] Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya.[40] Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga.[41] Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia