A A A A A

Perwatakan Buruk: [Pengkhianatan]


Matthew 27:3-4
[3] Apabila Yudas yang mengkhianati-Nya melihat bahawa Isa telah dijatuhi hukum mati, dia menyesali perbuatannya lalu mengembalikan tiga puluh keping wang perak ke hadapan ketua-ketua imam dan tua-tua.[4] Yudas berkata, ‘Aku berdosa menyebabkan tumpahnya darah orang yang tidak bersalah.’ Kata mereka, ‘Apa kami peduli? Tanganilah sendiri!’

Matthew 6:14-15
[14] ‘Jika kamu mengampuni orang yang bersalah kepadamu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga.[15] Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.

Mark 11:25
Setiap kali kamu berdoa, jika ada sesiapa yang bersalah terhadapmu, ampunilah dia, supaya Bapamu di syurga juga akan mengampunkan kesalahanmu.

Matthew 7:12
Apa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukan kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi.

Ibrani 4:15
Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa.

Rom 3:23
Kerana semua manusia berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia