A A A A A

Malaikat dan Syaitan: [Malaikat Malaikat]


Jude 1:9
Namun ketua malaikat, Mikail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikail hanya berkata, ‘Tuhan murkai kamu!’

1 Tesalonika 4:16
Pada waktu itu, Junjungan akan turun dari syurga dengan satu seruan yang kuat, dengan suara malaikat agung, dan dengan sangkakala Allah. Mereka yang beriman kepada al-Masih dan telah mati akan dibangkitkan terlebih dahulu.

Wahyu 12:7-9
[7] Kemudian perang tercetus di syurga. Mikail dengan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga dan malaikat-malaikatnya.[8] Naga itu tewas dalam peperangan. Ia dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi.[9] Dengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.

Lukas 1:26
Dalam bulan yang keenam, malaikat Jibrail diutus Allah ke Nasaret, sebuah kota di jajahan Galilea,

Ibrani 1:14
Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?

Matthew 18:10
‘Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada pengikut-Ku yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di hadirat Bapa-Ku di syurga.

Wahyu 1:4
Daripada Yahya kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,

Matthew 22:30
Apabila orang mati dibangkitkan semula, mereka akan menjadi seperti malaikat di syurga. Mereka tidak berkahwin.

Lukas 20:36
Mereka itu seperti malaikat dan tidak boleh mati lagi. Mereka menjadi anak Allah kerana mereka telah dibangkitkan daripada kematian.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia