A A A A A

Tambahan: [Patah hati]


1 Korintus 13:7
Kasih tahan menderita segala-galanya, percaya akan segala-galanya, berharap akan segala-galanya, terus-menerus menanggung segala-galanya.

1 Peter 5:7
Serahkan segala kerunsinganmu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentangmu.

2 Korintus 5:7
Kerana kami hidup dengan iman, bukan dengan penglihatan.

2 Korintus 12:9
Tetapi firman-Nya, ‘Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan.’ Oleh itu aku paling rela berbangga tentang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa al-Masih menaungiku.

Ibrani 13:5
Jaga kelakuanmu supaya jangan mengejar kebendaan; kamu harus merasa cukup dengan apa yang ada padamu. Dia Sendiri telah berjanji:‘Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.’

John 3:16
‘Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal supaya orang yang percaya kepada Putera itu tidak binasa tetapi mendapat hidup kekal.

John 12:40
‘Dia telah membutakan mata mereka dan menjadikan mereka keras hati, supaya mata mereka tidak dapat melihat, dan hati mereka tidak dapat mengerti, lalu mereka tidak berpaling kepada-Ku untuk Kusembuhkan.’

John 14:1
‘Janganlah kamu bimbang. Percayalah kepada Allah dan percayalah juga kepada-Ku.

John 14:27
Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Usah risau dan janganlah takut.

John 16:33
‘Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi pancaroba; tetapi tabahkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.’

Lukas 24:38
Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu?

Mark 11:23
Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika sesiapa berkata kepada gunung, “Beralihlah dan terhumbanlah ke laut,” tanpa ragu dalam hatinya dan dengan sepenuh kepercayaan bahawa apa yang dikatakannya akan berlaku, maka akan terjadilah seperti kata-katanya itu.

Matthew 5:8
Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.

Matthew 11:28
‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu.

Wahyu 21:4
Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.

Rom 8:28
Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut kehendak-Nya.

Rom 12:2
Janganlah ikut cara hidup duniawi, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu. Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Allah itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna.

1 Korintus 6:19-20
[19] Kamu tentu tahu bahawa tubuhmu itu tempat kediaman Roh Suci yang telah dikurniakan Allah kepadamu. Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milik Allah.[20] Allah telah membelimu dengan harga yang sudah dibayar sepenuhnya. Oleh itu, gunakanlah tubuhmu untuk memuliakan Allah.

Filipi 4:6-7
[6] Jangan bimbangkan apapun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah.[7] Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Isa al-Masih.

Matthew 11:28-30
[28] ‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu.[29] Ikutlah perintah-Ku dan terima ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan sejahtera.[30] Perintah yang Kuberi kepadamu mudah diturut, dan beban yang Kuberi mudah dipikul.’

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia