A A A A A

Tambahan: [Alkohol]


1 Peter 4:3
Sudah cukuplah waktu hidup silam yang kita habiskan dengan melakukan kehendak orang yang tidak mengenal Allah – hidup cabul, memuaskan nafsu, mabuk-mabuk bersuka ria, minum arak di majlis, dan melakukan kerja terkutuk menyembah berhala.

1 Timothy 5:23
Jangan minum air sahaja, minumlah sedikit air anggur demi perutmu dan badanmu yang kerap sakit.

Efesus 5:18
Dan janganlah mabuk anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh.

Rom 13:13
Ikutlah tingkah laku yang wajar, sebagaimana orang berjalan pada siang hari. Jangan berpesta liar dan mabuk, jauhi noda dan kelucahan, singkirkan pergaduhan dan iri hati.

1 Korintus 10:23-24
[23] Kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi tidak semuanya berfaedah; kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi tidak semuanya membina hidup.[24] Janganlah lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri saja. Lakukanlah untuk kepentingan orang lain juga.

Galatia 5:19-21
[19] Kelakuan hawa nafsu dunia adalah nyata: zina, kecemaran dan kelucahan;[20] menyembah berhala dan sihir; kebencian, perbalahan, hasad dengki, letusan kemarahan, cita-cita untuk kebesaran diri, perselisihan, berpuak-puak[21] dan iri hati; kemabukan, berpesta keterlaluan, dan sebagainya. Tentang ini aku berkata kepadamu, sebagaimana sudah kukatakan kepadamu dulu, bahawa orang yang mengamalkan perkara-perkara demikian tidak akan mewarisi kerajaan Allah.

1 Korintus 9:19-23
[19] Aku orang merdeka, bukan hamba sesiapa. Tetapi aku memperhambakan diri kepada semua orang supaya aku dapat menawan hati ramai orang.[20] Bagi orang Yahudi, aku berlaku seperti orang Yahudi supaya aku dapat menawan hati orang Yahudi. Bagi orang yang terikat kepada Taurat, aku berlaku seperti orang yang terikat kepada Taurat, padahal aku tidak terikat kepada Taurat. Aku berbuat demikian supaya aku dapat menawan hati mereka.[21] Bagi orang yang tidak terikat kepada Taurat, aku berlaku seperti orang yang tidak terikat kepada Taurat. Aku berbuat demikian supaya aku dapat menawan hati mereka. Ini tidaklah bermakna aku tidak taat akan hukum Allah. Sebenarnya aku dikuasai oleh hukum al-Masih.[22] Bagi mereka yang lemah, aku berlaku lemah untuk menawan hati mereka. Aku menjadi segala-galanya kepada semua orang supaya dengan sedaya upaya aku dapat menyelamatkan seramai mungkin.[23] Aku melakukan semua ini untuk Injil, semoga aku juga mendapat berkatnya.

Rom 14:15-21
[15] Sekiranya saudaramu bersedih kerana sesuatu yang kamu makan, maka kamu tidaklah lagi hidup berasaskan kasih. Jangan mudaratkan sesiapa disebabkan makananmu, kerana al-Masih telah berkorban nyawa untuk dia juga.[16] Jangan sampai sesuatu yang kamu anggap baik disebut sebagai kejahatan.[17] Kerajaan Allah bukanlah soal makan minum, tetapi menjalankan segala yang benar dan membawa kesejahteraan serta kegembiraan dalam Roh Suci.[18] Orang yang mengabdikan diri kepada al-Masih dengan cara ini akan diredai Allah dan disukai manusia.[19] Oleh itu marilah kita mengejar hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri.[20] Jangan rosakkan rancangan Allah semata-mata kerana makanan! Semua makanan adalah suci, tetapi seseorang dianggap bersalah sekiranya sesuatu yang dimakannya menyebabkan orang lain tersandung.[21] Sebaik-baiknya jauhilah makan daging atau minum anggur atau apa sahaja yang dapat melemahkan saudaramu.

John 2:3-11
[3] Apabila air anggur yang ada habis diminum, ibu Isa berkata kepada-Nya, ‘Mereka kehabisan air anggur.’[4] Isa menjawab, ‘Puan, usahlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.’[5] Namun, ibu Isa berkata kepada pelayan-pelayan di majlis itu, ‘Buatlah apa saja yang disuruh-Nya.’[6] Di situ ada enam buah tempayan yang digunakan untuk istiadat penyucian orang Yahudi. Tiap-tiap tempayan dapat memuat kira-kira seratus liter air.[7] Isa berkata kepada pelayan-pelayan, ‘Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.’ Mereka pun mengisi penuh keenam-enam tempayan itu.[8] Setelah itu Isa berkata pula, ‘Sekarang ambillah sedikit air itu, bawakan kepada ketua majlis.’ Mereka pun menghidangkan air itu kepada ketua majlis.[9] Setelah ketua majlis merasa air yang telah menjadi air anggur itu, dia pun memanggil pengantin lelaki. Dia tidak tahu dari mana datangnya air anggur itu, tetapi para pelayan yang mengambil dan membawa air itu mengetahuinya.[10] Dia berkata kepada pengantin lelaki, ‘Selalunya orang menghidangkan air anggur yang terbaik di awal majlis. Setelah tetamu banyak minum, dihidangkan pula air anggur yang biasa saja. Tetapi kamu menyimpan dulu air anggur yang terbaik, sekarang baru dihidangkan!’[11] Itulah mukjizat Isa yang pertama, dilakukan di Kana, Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya, maka para pengikut-Nya percaya kepada-Nya.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia