A A A A A

Mysteries: [Dragons]


Եսայիա 27:1
V ten den navštíví Hospodin mečem svým přísným, velikým a mocným Leviatana, hada dlouhého, a Leviatana, hada stočilého, a zabije draka, kterýž jest v moři.

Եսայիա 51:9
Probuď se, probuď se, oblec se v sílu, ó rámě Hospodinovo, probuď se, jako za dnů starodávních a národů předešlých. Zdaliž ty nejsi to, kteréžs poplénilo Egypt, a ranilo draka?

Աշխատանք 7:12
Zdali jsem já mořem čili velrybem, že jsi mne stráží osadil?

Աշխատանք 41:18-21
[18] Pokládá železo za plevy, ocel za dřevo shnilé.[19] Nezahání ho střela, v stéblo obrací se jemu kamení prakové.[20] Za stéblo počítá střelbu, a posmívá se šermování kopím.[21] Pod ním ostré střepiny, stele sobě na věci špičaté jako na blátě.

Սաղմոսներ 18:8
Tehdy pohnula se a zatřásla země, základové hor pohnuli se, a třásli se pro rozhněvání jeho.

Հայտնություն 1:7
Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umat manusia akan melihat-Nya, termasuk mereka yang telah menikam Dia. Semua bangsa di bumi akan berkabung kerana Dia. Ya, tentu sekali. Amin.

Հայտնություն 11:7
Setelah mereka selesai membuat kesaksian, binatang buas dari dalam jurang itu akan memerangi, menewaskan dan membunuh mereka.

Հայտնություն 13:8
Binatang itu akan disembah oleh semua di bumi yang sejak dunia dicipta namanya tidak tersenarai di dalam Kitab Hidup milik Anak Domba yang telah disembelih.

Հայտնություն 16:13
Aku melihat tiga roh durjana seperti rupa katak keluar dari mulut naga itu, dari mulut binatang itu, dan dari mulut nabi palsu.

Հայտնություն 12:1-17
[1] Suatu alamat besar kelihatan di langit: Seorang perempuan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinya dan dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya.[2] Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan.[3] Lantas suatu alamat muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh bertanduk sepuluh, setiap kepalanya bermahkota.[4] Naga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir.[5] Kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah segala bangsa dengan perkasa. Dan anak itu dibawa ke hadirat Allah dan takhta-Nya.[6] Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.[7] Kemudian perang tercetus di syurga. Mikail dengan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga dan malaikat-malaikatnya.[8] Naga itu tewas dalam peperangan. Ia dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi.[9] Dengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.[10] Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga,‘Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah Tuhan kita, dan kuasa al-Masih-Nya telah tiba; kerana penuduh saudara-saudara kita, yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah Tuhan kita telah disingkirkan.[11] Mereka telah menumpaskannya dengan darah Anak Domba dan dengan kata-kata kesaksian mereka, dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati.[12] Oleh itu bergembiralah wahai syurga dan kamu semua yang tinggal di dalamnya! Tetapi malanglah penduduk bumi dan laut! Iblis telah turun kepadamu, dalam keadaan sangat berang, kerana ia tahu masanya sudah singkat.’[13] Apabila naga itu sedar ia telah dibuang ke bumi, ia pun menganiayai perempuan yang melahirkan anak lelaki itu.[14] Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.[15] Naga itu menyemburkan air dari mulutnya seperti air bah untuk menghanyutkan perempuan itu.[16] Tetapi bumi membantu perempuan itu dengan membuka mulutnya dan menelan air bah yang disemburkan oleh naga itu.[17] Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Isa al-Masih.

Հայտնություն 13:1-18
[1] Kemudian aku berdiri di atas pasir di tepi laut. Aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh berkepala tujuh. Di setiap tanduk terletak mahkota dan di setiap kepala tertulis nama kufur.[2] Binatang itu kelihatan seperti harimau bintang tetapi kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kuasa dan takhtanya serta kekuasaan yang besar.[3] Di salah satu kepala binatang itu terdapat seolah-olah pernah luka parah yang membawa maut tetapi telah sembuh. Seluruh penghuni dunia mengagumi dan mengikut binatang itu.[4] Mereka menyembah naga yang telah memberikan kekuasaannya kepada binatang itu, dan mereka menyembah binatang itu sambil berkata, ‘Siapakah yang setanding dengan binatang ini? Siapakah yang dapat memeranginya?’[5] Binatang itu diberi mulut untuk melafazkan hal-hal besar dan kufur, serta diberi kekuasaan melakukannya selama empat puluh dua bulan.[6] Ia pun membuka mulutnya lalu mengkufuri Allah, nama Allah, tempat Allah bersemayam dan semua penghuni syurga.[7] Binatang itu dibenarkan memerangi dan menewaskan orang salih, serta diberi kekuasaan ke atas semua suku, kaum, bahasa dan bangsa.[8] Binatang itu akan disembah oleh semua di bumi yang sejak dunia dicipta namanya tidak tersenarai di dalam Kitab Hidup milik Anak Domba yang telah disembelih.[9] Sesiapa yang bertelinga, dengarlah.[10] Orang yang harus ditawan pasti akan ditawan kelak. Orang yang harus dibunuh dengan pedang pasti akan dibunuh dengan pedang juga. Oleh itu orang salih harus tabah dan beriman.[11] Kemudian aku melihat seekor lagi binatang buas muncul dari bumi, bertanduk dua seperti anak domba dan bertutur seperti naga.[12] Binatang kedua itu menjalankan segala kekuasaan binatang pertama di hadapannya, dan menyuruh bumi serta semua penghuninya menyembah binatang yang telah sembuh daripada luka parah yang membawa maut itu.[13] Binatang kedua itu mengadakan beberapa alamat yang hebat, termasuk menurunkan api dari langit ke atas bumi di hadapan umat manusia.[14] Dengan alamat-alamat yang dapat diadakannya di hadapan binatang pertama itu, binatang kedua memperdaya sekalian penghuni bumi, dan menyuruh mereka membuat patung binatang yang dilukai pedang tetapi lukanya itu pulih.[15] Binatang kedua itu diberi kuasa untuk meniupkan nyawa ke dalam patung binatang pertama itu, supaya patung itu dapat berkata-kata dan menyebabkan semua yang enggan menyembahnya dibunuh.[16] Ia memaksa semua manusia, kecil besar, kaya miskin, orang merdeka dan hamba abdi, menerima suatu tanda pada tangan kanannya atau dahinya,[17] dan seorang pun tidak dibenarkan berjual beli kecuali ada padanya tanda atau nama binatang buas itu, atau angka namanya.[18] Di sini terletak kebijaksanaan. Sesiapa yang mengerti, kirakanlah angka binatang itu, kerana angka itu angka seorang manusia, dan angka itu 666.

Հայտնություն 20:1-15
[1] Kemudian aku melihat malaikat turun dari syurga, tangannya memegang kunci jurang serta rantai yang besar.[2] Dia menangkap naga, ular purba itu, iaitu Iblis atau Syaitan, lalu mengikatnya selama seribu tahun.[3] Dia menghumbankannya ke dalam jurang itu, dan menutupnya serta memateraikannya, supaya ia tidak dapat lagi memperdaya umat manusia hingga tamat tempoh seribu tahun. Selepas itu ia akan dilepaskan seketika.[4] Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk di atasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihat roh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana memberikan kesaksian tentang Isa al-Masih dan firman Allah, yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya, dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan. Mereka itu hidup dan memerintah bersama al-Masih selama seribu tahun.[5] Tetapi orang mati yang lain tidak hidup semula hingga genap masa seribu tahun itu. Inilah kebangkitan yang pertama.[6] Diberkatilah dan sucilah mereka yang dapat menyertai kebangkitan pertama. Kematian kedua tiada kuasa atas mereka. Mereka akan menjadi imam Allah dan al-Masih, dan akan memerintah di sisi-Nya selama seribu tahun.[7] Setelah tamat tempoh seribu tahun itu, Iblis akan dibebaskan dari kurungan.[8] Dia akan keluar untuk menipu bangsa-bangsa di empat penjuru bumi, Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang. Bilangan mereka seperti pasir di tepi laut.[9] Mereka naik ke seluruh bumi dan mengepung khemah orang salih serta kota yang dikasihi itu. Lalu Allah menurunkan api dari syurga serta menghanguskan mereka.[10] Iblis yang telah memperdaya mereka itu terus dihumbankan ke dalam lautan api dan belerang, tempat binatang dan nabi palsu telah dicampakkan. Mereka akan diseksa siang malam selama-lamanya.[11] Kemudian aku melihat sebuah takhta yang besar berwarna putih dan Dia yang bersemayam di atasnya. Bumi dan langit lenyap menghilang dari hadirat-Nya dan tiada lagi tempat bagi kedua-duanya.[12] Aku melihat orang mati, kecil dan besar, berdiri di hadapan Allah, dan kitab-kitab dibuka. Sebuah kitab lagi dibuka, iaitu Kitab Hidup. Orang mati itu dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan segala yang tersurat di dalam kitab-kitab itu.[13] Laut menyerahkan orang mati yang di dalamnya; Maut dan Alam Maut menyerahkan orang mati yang di dalamnya. Semuanya dihakimi, menurut perbuatan masing-masing.[14] Kemudian Maut dan Alam Maut dihumbankan ke dalam lautan api. Inilah kematian kedua iaitu kematian di lautan api.[15] Semua manusia yang tidak tertulis namanya di dalam Kitab Hidup dicampakkan ke dalam lautan api.

Malaysian Bible 2008
Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia