A A A A A


Carian

Matthew 1:1
Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham.


Matthew 1:2
[2-6a] Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab), Obed (ibunya Rut), Isai, dan Raja Daud.


Matthew 1:12
[12-16] Dari masa pembuangan di Babel sehingga kelahiran Yesus, nama nenek moyang yang tercatat adalah seperti berikut: Yoyakhin, Sealtiel, Zerubabel, Abihud, Elyakim, Azur, Zadok, Akhim, Eliud, Eleazar, Matan, Yakub, Yusuf, suami Maria. Marialah yang melahirkan Yesus, yang disebut Kristus.


Matthew 1:18
Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus. Ibu-Nya, Maria, bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maria sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah.


Matthew 1:21
Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”


Matthew 1:25
Tetapi Yusuf tidak berseketiduran dengan Maria sehingga Maria melahirkan anak lelakinya. Yusuf menamakan anak itu Yesus.


Matthew 2:1
Yesus lahir di kota Betlehem di negeri Yudea, pada masa pemerintahan Raja Herodes. Kemudian beberapa orang ahli kaji bintang dari timur datang ke Yerusalem.


Matthew 3:13
Pada masa itu Yesus meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia menemui Yohanes dan minta supaya dibaptis olehnya.


Matthew 3:15
Tetapi Yesus menjawab, “Untuk sekarang ini biarlah demikian, kerana dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Allah.” Yohanes pun bersetuju.


Matthew 3:16
Setelah Yesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Yesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya.


Matthew 4:1
Kemudian Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun supaya dicubai oleh Iblis.


Matthew 4:2
Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, Yesus lapar.


Matthew 4:4
Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ ”


Matthew 4:5
Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan.


Matthew 4:6
Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau; malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’ ”


Matthew 4:7
Yesus menjawab, “Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’ ”


Matthew 4:8
Kemudian Iblis membawa Yesus ke gunung yang sangat tinggi, dan menunjukkan semua kerajaan di dunia ini serta segala kekayaannya kepada-Nya.


Matthew 4:9
Lalu Iblis berkata kepada Yesus, “Semua ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”


Matthew 4:10
Yesus menjawab, “Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ ”


Matthew 4:11
Kemudian Iblis meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong Dia.


Matthew 4:12
Ketika Yesus mendengar bahawa Yohanes dipenjarakan, Dia pun pergi ke Galilea.


Matthew 4:17
Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!”


Matthew 4:18
Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan: Simon (yang juga disebut Petrus) dengan adiknya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik.


Matthew 4:19
Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku. Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”


Matthew 4:20
Dengan segera adik-beradik itu meninggalkan jala mereka lalu mengikut Yesus.


Matthew 4:21
Yesus meneruskan perjalanan, lalu nampak dua orang adik-beradik yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Mereka di dalam perahu bersama-sama bapa mereka, dan sedang mengemaskan jala. Yesus memanggil mereka.


Matthew 4:22
Dengan segera mereka meninggalkan perahu dan bapa mereka, lalu mengikut Yesus.


Matthew 4:23
Yesus menjelajah seluruh negeri Galilea. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa tidak lama lagi Allah akan memerintah. Dia menyembuhkan banyak orang sakit yang menderita berbagai-bagai penyakit.


Matthew 4:24
Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri Siria, sehingga mereka yang menderita berbagai-bagai penyakit dan kesusahan dibawa kepada-Nya. Lalu Yesus menyembuhkan semua orang yang dirasuk roh jahat, yang sakit gila babi, dan yang lumpuh. Mereka semua disembuhkan oleh Yesus.


Matthew 4:25
Orang yang mengikut Yesus banyak sekali. Mereka dari Galilea, dari Sepuluh Kota, dari Yerusalem, dari Yudea, dan dari negeri di seberang Yordan.


Matthew 5:1
Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya,


Matthew 7:28
Setelah Yesus mengatakan perkara-perkara tersebut, orang ramai sangat hairan dengan cara Dia mengajar.


Matthew 8:1
Yesus turun dari bukit, dan banyak orang mengikuti Dia.


Matthew 8:3
Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia dan berkata, “Aku mahu. Sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.


Matthew 8:4
Lalu Yesus berkata kepadanya, “Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini, tetapi pergilah kepada imam dan mintalah dia mengesahkan kesembuhanmu. Kemudian persembahkanlah korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu betul-betul sudah sembuh.”


Matthew 8:5
Apabila Yesus masuk ke Kapernaum, seorang ketua askar Roma menjumpai Dia lalu memohon kepada-Nya,


Matthew 8:7
Yesus berkata kepadanya, “Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkan dia.”


Matthew 8:10
Yesus hairan mendengar hal itu, lalu Dia berkata kepada orang ramai yang mengikut Dia, “Ketahuilah, belum pernah Aku menjumpai sesiapa pun antara umat Israel yang mempunyai iman sebesar ini.


Matthew 8:13
Lalu Yesus berkata kepada ketua askar itu, “Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan berlaku.” Hamba ketua askar itu pun sembuh pada saat itu juga.


Matthew 8:14
Yesus pergi ke rumah Petrus. Di situ Dia melihat ibu mentua Petrus sedang berbaring di tempat tidur kerana demam.


Matthew 8:15
Yesus menjamah tangannya, lalu demamnya hilang dengan serta-merta. Dia pun bangun lalu mula melayani Yesus.


Matthew 8:16
Apabila hari sudah petang, orang ramai membawa banyak orang yang kerasukan roh jahat kepada Yesus. Yesus mengusir roh-roh jahat itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua orang sakit.


Matthew 8:17
Yesus melakukan semua itu supaya berlakulah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, “Dia menanggung penderitaan kita dan menyembuhkan penyakit kita.”


Matthew 8:18
Yesus nampak orang ramai di sekeliling-Nya, lalu Dia menyuruh pengikut-pengikut-Nya pergi ke seberang tasik.


Matthew 8:19
Seorang guru Taurat datang kepada Yesus dan berkata, “Guru, saya bersedia mengikut guru ke mana sahaja guru pergi!”


Matthew 8:20
Yesus menjawab, “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat.”


Matthew 8:22
Tetapi Yesus menjawab, “Ikutlah Aku. Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka sendiri.”


Matthew 8:23
Yesus menaiki sebuah perahu dan pengikut-pengikut-Nya pergi bersama-sama Dia.


Matthew 8:24
Tiba-tiba ribut membadai dan melanda tasik itu sehingga ombak memenuhi perahu. Tetapi Yesus sedang tidur.


Matthew 8:26
Yesus menjawab, “Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu kurang percaya kepada-Ku?” Lalu Yesus bangun dan menengking angin dan ombak itu. Dengan segera tasik itu menjadi tenang sekali.


Matthew 8:27
Para pengikut Yesus hairan. Mereka berkata, “Angin dan ombak pun taat kepada perintah-Nya. Orang apakah Dia ini?”


Matthew 8:28
Apabila Yesus tiba di seberang tasik di daerah Gadara, Dia didatangi oleh dua orang yang dirasuk roh jahat. Mereka keluar dari gua kubur dan mereka sangat ganas, sehingga tiada sesiapa pun berani lalu di situ.


Matthew 8:29
Apabila mereka melihat Yesus, mereka berseru, “Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap kami, hai Anak Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum waktunya?”


Matthew 8:31
Roh-roh jahat itu memohon kepada Yesus, “Jika Engkau hendak memerintah kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam kawanan babi itu.”


Matthew 8:32
“Pergilah,” kata Yesus. Dengan segera roh-roh jahat itu meninggalkan kedua-dua orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi itu. Semua babi itu lari ke pinggir jurang, terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.


Matthew 8:34
Semua orang di bandar itu pergi menjumpai Yesus. Apabila mereka melihat Yesus, mereka memohon supaya Dia meninggalkan kawasan mereka.


Matthew 9:1
Yesus menaiki sebuah perahu dan menyeberangi tasik, lalu kembali ke bandar tempat Dia tinggal.


Matthew 9:2
Di sana beberapa orang membawa seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar kepada Yesus. Ketika Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Teguhkanlah hatimu, anak-Ku! Dosamu sudah diampunkan.”


Matthew 9:4
Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, “Mengapa kamu memikirkan perkara sejahat itu?


Matthew 9:6
Aku akan membuktikan kepada kamu bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa.” Lalu Yesus berkata kepada orang yang lumpuh itu, “Bangunlah, angkat tikarmu dan pulanglah!”


Matthew 9:9
Yesus meninggalkan tempat itu. Ketika Dia sedang berjalan, Dia nampak seorang pemungut cukai bernama Matius duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, “Ikutlah Aku.” Matius berdiri lalu mengikut Yesus.


Matthew 9:10
Sementara Yesus makan di rumah Matius, banyak pemungut cukai dan orang yang dihina oleh masyarakat makan bersama-sama Yesus dan pengikut-Nya.


Matthew 9:11
Beberapa orang Farisi nampak hal ini, lalu bertanya kepada pengikut-pengikut Yesus, “Mengapa guru kamu makan bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?”


Matthew 9:12
Yesus mendengar pertanyaan mereka lalu menjawab, “Orang sihat tidak memerlukan doktor; hanya orang yang sakit.


Matthew 9:14
Setelah itu pengikut-pengikut Yohanes Pembaptis datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapa kami dan orang Farisi kerap kali berpuasa sedangkan pengikut-pengikut guru tidak berpuasa sama sekali?”


Matthew 9:15
Yesus menjawab, “Adakah kamu berharap tetamu di jamuan perkahwinan berdukacita selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa.


Matthew 9:18
Sementara Yesus berkata-kata dengan para pengikut Yohanes Pembaptis, seorang ketua rumah ibadat datang berlutut di hadapan-Nya dan berkata, “Anak perempuan saya baru sahaja meninggal. Tetapi datanglah dan letakkan tangan padanya supaya dia hidup semula.”


Matthew 9:19
Yesus bangkit lalu pergi bersama dengan dia. Pengikut-pengikut Yesus pun ikut serta.


Matthew 9:20
Kemudian seorang wanita yang selama dua belas tahun menghidap penyakit pendarahan teruk yang berkaitan dengan haidnya, menghampiri Yesus dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya.


Matthew 9:22
Yesus berpaling dan nampak dia. Yesus berkata kepadanya, “Teguhkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh!” Pada ketika itu juga wanita itu sembuh.


Matthew 9:23
Apabila Yesus tiba di rumah ketua itu, Dia melihat para pemain muzik perkabungan dan semua orang di situ kecoh.


Matthew 9:24
Dia berkata, “Keluarlah kamu semua! Anak ini tidak mati; dia hanya tidur.” Mereka mula mentertawakan Yesus.


Matthew 9:25
Tetapi sebaik sahaja mereka keluar, Yesus masuk ke dalam bilik anak perempuan itu lalu memegang tangannya. Anak itu pun bangkit.


Matthew 9:27
Yesus meninggalkan tempat itu. Ketika Dia sedang berjalan, dua orang buta mula mengikut Dia. Mereka berseru, “Hai Anak Daud, kasihanilah kami.”


Matthew 9:28
Apabila Yesus masuk ke dalam rumah, kedua-dua orang buta itu menghampiri Dia. Yesus bertanya kepada mereka, “Percayakah kamu bahawa Aku boleh menyembuhkan kamu?” “Ya, Tuan!” jawab mereka.


Matthew 9:29
Lalu Yesus menjamah mata mereka sambil berkata, “Kerana kamu percaya, berlakulah apa yang kamu harapkan!”


Matthew 9:30
Lalu mereka dapat melihat. Yesus berpesan kepada mereka dengan tegas, “Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun.”


Matthew 9:31
Tetapi mereka pergi dan menyebarkan berita tentang Yesus ke seluruh daerah itu.


Matthew 9:32
Apabila kedua-dua orang itu pergi, beberapa orang membawa seorang bisu kepada Yesus. Orang itu bisu kerana dirasuk roh jahat.


Matthew 9:33
Sebaik sahaja roh jahat itu diusir oleh Yesus, orang itu mula bercakap. Semua orang hairan melihat hal itu. Mereka berkata, “Belum pernah kami saksikan peristiwa serupa ini di Israel!”


Matthew 9:34
Tetapi orang Farisi berkata, “Ketua roh jahatlah yang memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat.”


Matthew 9:35
Demikianlah Yesus pergi dari satu bandar ke bandar lain dan dari satu pekan ke pekan lain. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah akan memerintah. Dia menyembuhkan orang daripada berbagai-bagai penyakit.


Matthew 9:37
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit.


Matthew 10:1
Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu memberikan kuasa kepada mereka untuk mengusir roh jahat dan menyembuhkan segala macam penyakit.


Matthew 10:4
Simon, Si Patriot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.


Matthew 10:5
Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, “Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria.


Matthew 11:1
Setelah Yesus memberikan petunjuk kepada dua belas orang pengikut-Nya, Dia meninggalkan tempat itu lalu pergi mengajar serta memberitakan perkhabaran daripada Allah di bandar-bandar yang berdekatan.


Matthew 11:2
Apabila Yohanes Pembaptis yang berada di penjara mendengar tentang apa yang dilakukan oleh Kristus, dia menghantar beberapa orang pengikutnya kepada Yesus.


Matthew 11:4
Yesus menjawab, “Baliklah dan beritahu Yohanes apa yang kamu dengar dan nampak:


Matthew 11:7
Sementara pengikut-pengikut Yohanes meninggalkan tempat itu, Yesus berkata kepada orang ramai tentang Yohanes, “Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah?


Matthew 11:20
Lalu Yesus mula mencela bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduk di sana tidak mahu bertaubat daripada dosa mereka.


Matthew 11:25
Pada masa itu Yesus berkata, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak pandai, Engkau tunjukkan kepada orang yang tidak terpelajar.


Matthew 11:27
Yesus berkata lagi, “Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang Bapa.


Matthew 12:1
Pada suatu hari Sabat, Yesus melewati ladang gandum. Pengikut-pengikut-Nya lapar, dan mereka mula memetik gandum lalu memakannya.


Matthew 12:2
Apabila orang Farisi nampak hal ini, mereka berkata kepada Yesus, “Lihatlah, pengikutmu melanggar Taurat kita. Mereka melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat!”


Matthew 12:3
Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar?


Matthew 12:9
Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke sebuah rumah ibadat.


Matthew 12:10
Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Tetapi ada juga beberapa orang yang hendak mencari-cari kesalahan Yesus supaya dapat menuduh Dia. Mereka bertanya kepada Yesus, “Adakah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar Taurat kita?”


Matthew 12:11
Yesus menjawab, “Apakah yang akan kamu lakukan seandainya seorang antara kamu mempunyai seekor domba, lalu pada hari Sabat domba itu jatuh ke dalam lubang yang dalam? Tentunya kamu akan berusaha untuk mengeluarkannya dari lubang itu.


Matthew 12:13
Kemudian Yesus berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah, “Hulurkanlah tanganmu.” Orang itu pun menghulurkan tangannya, dan sembuhlah tangan itu sehingga seperti tangannya yang sebelah.


Matthew 12:14
Tetapi orang Farisi di situ meninggalkan tempat itu lalu berkomplot hendak membunuh Yesus.


Matthew 12:15
Apabila Yesus mengetahui pakatan jahat itu, Dia pergi dari situ dan banyak orang mengikut Dia. Dia menyembuhkan semua orang sakit,


Matthew 12:22
Kemudian seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh jahat dibawa kepada Yesus. Yesus menyembuhkannya sehingga orang itu dapat bercakap dan melihat.


Matthew 12:25
Yesus mengetahui fikiran orang Farisi, lalu berkata kepada mereka, “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur.


Matthew 12:39
Tetapi Yesus menjawab, “Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu adalah mukjizat Nabi Yunus.


Matthew 12:46
Sementara Yesus berkata-kata dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya tiba. Mereka berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Yesus.


Matthew 12:47
Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus bahawa ibu dan saudara-saudara-Nya hendak bercakap dengan Dia.


Matthew 12:48
Tetapi Yesus berkata, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?”


Matthew 13:1
Pada hari itu juga Yesus meninggalkan rumah itu lalu pergi ke tepi tasik. Dia duduk di situ dan mengajar.


Matthew 13:2
Orang yang berkumpul di sekeliling-Nya begitu banyak sehingga Yesus menaiki sebuah perahu lalu duduk di situ, sedangkan orang ramai berdiri di pantai.


Matthew 13:3
Yesus mengajar mereka banyak perkara dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, “Seorang peladang pergi menabur benih.


Matthew 13:9
Lalu Yesus berkata, “Jika kamu bertelinga, dengarlah!”


Matthew 13:10
Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan bertanya kepada-Nya, “Mengapa Guru menggunakan perumpamaan ketika berkata-kata kepada orang ramai?”


Matthew 13:11
Yesus menjawab, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah, sedangkan mereka tidak.


Matthew 13:24
Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain kepada mereka. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti seorang yang menabur benih yang baik di ladangnya.


Matthew 13:31
Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain kepada mereka, “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti sebutir biji sawi yang diambil oleh seseorang, lalu ditanam di ladang.


Matthew 13:33
Yesus menceritakan sebuah perumpamaan lain. “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seorang wanita mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itu naik.”


Matthew 13:34
Demikianlah Yesus mengajar orang ramai perkara-perkara ini dengan menggunakan perumpamaan. Dia tidak berkata apa-apa tanpa menggunakan perumpamaan.


Matthew 13:35
Yesus berbuat demikian supaya berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi, “Aku akan menggunakan perumpamaan apabila bertutur dengan mereka; Aku akan memberitahu mereka perkara-perkara yang tersembunyi sejak dunia diciptakan.”


Matthew 13:36
Setelah itu Yesus meninggalkan orang ramai lalu masuk ke dalam rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya dan berkata, “Beritahulah kami makna perumpamaan tentang lalang di antara gandum itu.”


Matthew 13:37
Yesus berkata, “Orang yang menabur benih yang baik itu Anak Manusia.


Matthew 13:51
“Fahamkah kamu akan perkara-perkara ini?” tanya Yesus kepada pengikut-pengikut-Nya. “Kami faham,” jawab mereka.


Matthew 13:52
Yesus berkata pula, “Oleh itu setiap guru Taurat yang telah menerima ajaran tentang Pemerintahan Allah, bagaikan pemilik rumah yang mengeluarkan benda baru dan benda lama dari stornya.”


Matthew 13:53
Setelah Yesus menceritakan perumpamaan-perumpamaan itu, Dia meninggalkan tempat itu,


Matthew 13:57
Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia. Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana sahaja, kecuali di kampung halamannya dan antara keluarganya sendiri.”


Matthew 13:58
Yesus tidak melakukan banyak mukjizat di situ kerana mereka tidak percaya kepada-Nya.


Matthew 14:1
Pada masa itulah Herodes, penguasa negeri Galilea, mendengar berita tentang Yesus.


Matthew 14:12
Setelah itu pengikut Yohanes datang untuk mengambil jenazah Yohanes dan mengebumikannya. Kemudian mereka pergi dan memberitahu Yesus hal itu.


Matthew 14:13
Apabila Yesus mendengar berita tentang Yohanes, Dia meninggalkan tempat itu dengan perahu, lalu pergi sendirian ke suatu tempat yang sunyi. Tetapi orang ramai mendengar hal itu, lalu mereka meninggalkan bandar mereka dan mengikut Yesus melalui jalan darat.


Matthew 14:14
Apabila Yesus turun dari perahu dan melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka dan menyembuhkan orang sakit di situ.


Matthew 14:15
Pada petang harinya, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi, supaya dapat membeli makanan di pekan.”


Matthew 14:16
Tetapi Yesus menjawab, “Mereka tidak usah pergi; kamu sendiri beri mereka makanan.”


Matthew 14:18
Yesus berkata, “Bawalah makanan itu kepada-Ku.”


Matthew 14:19
Kemudian Dia menyuruh orang ramai duduk di atas rumput. Lalu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Kemudian Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia membahagikan roti itu dan menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu.


Matthew 14:22
Kemudian Yesus menyuruh pengikut-pengikut-Nya naik perahu dan menyeberangi tasik terlebih dahulu, sementara Dia menyuruh orang ramai pulang.


Matthew 14:23
Setelah orang ramai pergi, Yesus naik ke bukit seorang diri lalu berdoa. Pada petang harinya Yesus masih sendirian di situ.


Matthew 14:24
Tetapi pada masa itu perahu yang dinaiki oleh pengikut Yesus sudah jauh di tengah-tengah tasik, dan diumbang-ambingkan ombak kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan.


Matthew 14:25
Antara pukul tiga dan enam pagi, Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka.


Matthew 14:27
Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!”


Matthew 14:28
Lalu Petrus berkata, “Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar Yesus, suruhlah aku datang berjalan di atas air.”


Matthew 14:29
“Marilah,” jawab Yesus. Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju kepada Yesus.


Matthew 14:31
Dengan segera Yesus menghulurkan tangan lalu memegang dia. Yesus berkata, “Mengapa engkau kurang percaya kepada-Ku? Mengapa engkau meragui Aku?”


Matthew 14:33
Kemudian pengikut Yesus yang di perahu sujud menyembah Yesus sambil berkata, “Sesungguhnya Engkau Anak Allah!”


Matthew 14:35
Orang di situ mengenal Yesus. Kemudian mereka memberitahu semua orang di sekitar daerah itu bahawa Yesus datang, lalu mereka membawa orang sakit kepada Yesus.


Matthew 14:36
Mereka memohon supaya setidak-tidaknya Yesus membenarkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua orang sakit yang menyentuh hujung jubah-Nya sembuh.


Matthew 15:1
Kemudian beberapa orang Farisi dan guru Taurat dari Yerusalem datang kepada Yesus dan bertanya,


Matthew 15:3
Yesus menjawab, “Mengapa kamu tidak menurut perintah Allah, tetapi menurut ajaran kamu sendiri?


Matthew 15:10
Kemudian Yesus memanggil orang ramai dan berkata kepada mereka, “Dengarlah dan fahamilah!


Matthew 15:12
Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Guru, tahukah Guru bahawa orang Farisi tersinggung oleh kata-kata Guru?”


Matthew 15:13
Yesus menjawab, “Tiap-tiap tanaman yang tidak ditanam oleh Bapa-Ku di syurga akan dicabut.


Matthew 15:16
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Kamu ini pengikut-Ku, tetapi kamu pun tidak faham seperti mereka.


Matthew 15:21
Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat bandar Tirus dan Sidon.


Matthew 15:22
Seorang wanita Kanaan yang tinggal di kawasan itu datang kepada Yesus dan berseru, “Anak Daud, kasihanilah saya! Anak perempuan saya dirasuk roh jahat dan keadaannya amat teruk.”


Matthew 15:23
Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Pengikut-pengikut-Nya datang dan memohon kepada-Nya, “Suruhlah wanita ini pergi. Dia mengikut kita dan membuat bising sahaja!”


Matthew 15:24
Yesus berkata kepada wanita itu, “Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat.”


Matthew 15:25
Mendengar kata-kata itu, wanita itu menghampiri Yesus dan sujud di hadapan-Nya. Dia berkata, “Tuan, tolonglah saya.”


Matthew 15:26
Tetapi Yesus menjawab, “Tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anjing.”


Matthew 15:28
Oleh itu Yesus berkata kepadanya, “Kamu seorang wanita yang sungguh percaya kepada-Ku! Apa yang kamu kehendaki akan berlaku!” Pada saat itu juga anak wanita itu sembuh.


Matthew 15:29
Yesus meninggalkan tempat itu lalu berjalan menyusur tepi Tasik Galilea. Kemudian Dia naik ke sebuah bukit lalu duduk.


Matthew 15:30
Banyak orang datang kepada-Nya dan membawa orang yang tempang, yang buta, yang lumpuh, yang bisu, dan banyak lagi orang sakit. Mereka meletakkan semua orang ini di hadapan Yesus dan Yesus menyembuhkan mereka semua.


Matthew 15:32
Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata, “Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-sama Aku dan sekarang mereka kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kerana mungkin mereka akan pengsan di tengah jalan.”


Matthew 15:33
Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, “Di manakah kami dapat memperoleh makanan yang cukup di tempat terpencil ini untuk orang ramai ini?”


Matthew 15:34
Yesus bertanya kepada mereka, “Berapa banyak roti yang ada pada kamu?” “Tujuh ketul,” jawab mereka, “dan beberapa ekor ikan kecil.”


Matthew 15:35
Yesus menyuruh orang ramai duduk di atas tanah.


Matthew 15:37
Semua orang makan sehingga kenyang. Kemudian pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan roti dan ikan sebanyak tujuh buah bakul.


Matthew 15:39
Sesudah itu Yesus menyuruh orang ramai pulang, lalu Dia menaiki sebuah perahu dan pergi ke daerah Magadan.


Matthew 16:1
Beberapa orang Farisi dan orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah.


Matthew 16:2
Yesus menjawab, [“Apabila matahari terbenam, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’


Matthew 16:4
Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat, tetapi satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu hanyalah mukjizat Nabi Yunus.” Setelah berkata demikian, Yesus meninggalkan mereka lalu pergi dari situ.


Matthew 16:5
Apabila pengikut-pengikut Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti.


Matthew 16:6
Yesus berkata kepada mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.”


Matthew 16:8
Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Dia berkata, “Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Kamu kurang percaya kepada-Ku!


Matthew 16:12
Barulah pengikut-pengikut Yesus faham bahawa Yesus tidak menyuruh mereka berhati-hati dengan ragi yang digunakan untuk membuat roti, tetapi dengan ajaran orang Farisi dan Saduki.


Matthew 16:13
Yesus pergi ke daerah dekat kota Kaisarea Filipi. Di situ Dia bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Menurut kata orang siapakah Anak Manusia itu?”


Matthew 16:15
“Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?” tanya Yesus.


Matthew 16:17
“Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau!” kata Yesus, “Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi Bapa-Ku di syurga yang memberitahumu.


Matthew 16:20
Kemudian Yesus melarang pengikut-pengikut-Nya memberitahu sesiapa pun bahawa Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah.


Matthew 16:21
Sejak itu, Yesus mula berkata dengan terus-terang kepada pengikut-pengikut-Nya, “Aku harus pergi ke Yerusalem dan mengalami banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Aku akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Aku akan dibangkitkan semula!”


Matthew 16:22
Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, “Ya Tuhan, semoga Allah menjauhkan perkara itu daripada Tuhan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuhan!”


Matthew 16:23
Yesus berpaling lalu berkata kepada Petrus, “Pergilah dari sini, hai Iblis! Engkau penghalang jalan-Ku. Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!”


Matthew 16:24
Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.


Matthew 17:1
Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudaranya pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi.


Matthew 17:2
Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.


Matthew 17:3
Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus.


Matthew 17:4
Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, sungguh baik kami di sini. Jika Tuhan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Tuhan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.”


Matthew 17:6
Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar suara itu, mereka sangat ketakutan dan meniarap di tanah.


Matthew 17:7
Tetapi Yesus datang dan menyentuh mereka. “Bangunlah,” kata-Nya, “janganlah takut!”


Matthew 17:8
Apabila mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun, kecuali Yesus.


Matthew 17:9
Semasa mereka turun dari gunung itu, Yesus memerintah mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian.”


Matthew 17:10
Pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus, “Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?”


Matthew 17:11
Yesus menjawab, “Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya.


Matthew 17:13
Barulah pengikut Yesus mengerti bahawa Yesus berkata-kata tentang Yohanes Pembaptis.


Matthew 17:14
Apabila Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang dan berlutut di hadapan Yesus.


Matthew 17:17
Yesus menjawab, “Hai kamu orang yang tidak percaya dan yang sesat! Berapa lamakah Aku harus tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah Aku harus bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!”


Matthew 17:18
Yesus menengking roh jahat itu, dan roh jahat itu pun keluar daripada anak itu. Pada saat itu juga anak itu sembuh.


Matthew 17:19
Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus, dan apabila tidak ada orang lain di situ mereka bertanya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?”


Matthew 17:20
Yesus menjawab, “Kamu tidak dapat melakukannya, kerana kamu kurang percaya kepada Allah. Ketahuilah! Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Beralihlah ke sana!’ dan bukit ini akan beralih. Kamu dapat melakukan apa sahaja! [


Matthew 17:22
Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia.


Matthew 17:24
Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?”


Matthew 17:25
Petrus menjawab, “Tentu sahaja!” Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, “Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?”


Matthew 17:26
“Orang asing,” jawab Petrus. “Jika demikian,” kata Yesus, “rakyat tidak perlu membayar.


Matthew 18:1
Pada waktu itu pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, “Siapakah yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah?”


Matthew 18:2
Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua.


Matthew 18:3
Lalu Yesus berkata, “Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Allah.


Matthew 18:21
Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, “Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?”


Matthew 18:22
Yesus menjawab, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali!


Matthew 18:35
Yesus mengakhiri ceritanya dan berkata, “Demikianlah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripada kamu, jika kamu tidak mengampuni saudaramu dengan ikhlas.”


Matthew 19:1
Setelah Yesus mengatakan semua perkara itu, Dia meninggalkan Galilea lalu pergi ke daerah Yudea di seberang Sungai Yordan.


Matthew 19:3
Beberapa orang Farisi datang untuk memerangkap Yesus. Mereka bertanya, “Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan sebarang alasan?”


Matthew 19:4
Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan?


Matthew 19:7
Orang Farisi di situ bertanya kepada Yesus, “Jika demikian, mengapa Musa memberikan hukum yang membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai?”


Matthew 19:8
Yesus menjawab, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian pada mulanya.


Matthew 19:10
Pengikut-pengikut Yesus berkata kepada-Nya, “Jika demikian halnya dengan kehidupan suami isteri, lebih baik tidak berkahwin.”


Matthew 19:11
Yesus menjawab, “Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang sudah dikurniai oleh Allah kemampuan untuk menerimanya.


Matthew 19:13
Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala kanak-kanak itu dan mendoakan mereka. Tetapi pengikut-pengikut Yesus memarahi orang yang membawa semua kanak-kanak itu.


Matthew 19:14
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.”


Matthew 19:15
Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala semua kanak-kanak itu. Kemudian Dia pergi.


Matthew 19:16
Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Yesus. Dia bertanya, “Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?”


Matthew 19:17
Yesus menjawab, “Mengapakah kamu bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Allah yang baik. Taatilah hukum Allah jika kamu hendak beroleh hidup sejati dan kekal.”


Matthew 19:18
“Hukum yang mana?” tanya orang itu. Yesus menjawab, “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu;


Matthew 19:21
Yesus berkata kepadanya, “Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku.”


Matthew 19:23
Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Ketahuilah, susah sekali bagi seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah.


Matthew 19:25
Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar kata-kata-Nya, mereka sangat hairan. Mereka berkata, “Jika demikian siapakah yang boleh diselamatkan?”


Matthew 19:26
Yesus memandang mereka lalu berkata, “Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi Allah dapat melakukan segala perkara!”


Matthew 19:28
Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah bahawa pada masa Anak Manusia duduk di atas takhta-Nya yang mulia di Dunia Baru Allah, kamu dua belas orang pengikut-Ku juga akan duduk di atas takhta dan memerintah dua belas suku Israel!


Matthew 20:16
Lalu Yesus berkata lagi, “Demikianlah orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir.”


Matthew 20:17
Yesus dan dua belas orang pengikut-Nya pergi ke Yerusalem. Di tengah perjalanan, Yesus mengajak mereka ke tepi lalu berkata kepada mereka sahaja,


Matthew 20:20
Kemudian isteri Zebedeus datang kepada Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia berlutut di hadapan Yesus dan meminta sesuatu daripada-Nya.


Matthew 20:21
“Apakah kehendakmu?” tanya Yesus. Ibu itu menjawab, “Berjanjilah bahawa apabila Tuan menjadi Raja, kedua-dua orang anak saya akan duduk di sebelah kanan dan kiri Tuan.”


Matthew 20:22
Yesus berkata kepada kedua-dua orang anak lelaki ibu itu, “Kamu tidak tahu apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum?” “Sanggup,” jawab mereka.


Matthew 20:23
Yesus berkata kepada mereka, “Memang kamu akan minum dari cawan penderitaan-Ku. Tetapi Aku tidak berhak menentukan orang yang akan duduk di sebelah kanan atau kiri-Ku. Bapa-Ku yang menentukan siapa orang yang akan duduk di tempat itu.”


Matthew 20:25
Oleh itu Yesus memanggil mereka semua lalu berkata, “Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat.


Matthew 20:29
Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan Yerikho, banyak orang mengikut mereka.


Matthew 20:30
Dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar bahawa Yesus sedang lalu di situ. Mereka mula berseru, “Ya Anak Daud, kasihanilah kami!”


Matthew 20:32
Yesus berhenti dan memanggil mereka. Dia bertanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untuk kamu?”


Matthew 20:34
Yesus mengasihani mereka. Dia menyentuh mata mereka, dan dengan segera mereka dapat melihat. Lalu mereka mengikut Yesus.


Matthew 21:1
Semasa mendekati Yerusalem, Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Betfage, sebuah pekan di Bukit Zaitun. Di situ Yesus menyuruh dua orang pengikut-Nya pergi terlebih dahulu.


Matthew 21:2
Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang di hadapan itu. Sebaik sahaja kamu memasuki pekan itu, kamu akan nampak seekor keldai yang terikat, dan anaknya pun di situ. Lepaskan keldai itu dan bawa kedua-duanya kepada-Ku.


Matthew 21:6
Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan melakukan seperti yang diarahkan oleh Yesus.


Matthew 21:7
Mereka membawa kedua-dua ekor keldai itu, lalu mengalasi punggung keldai dengan jubah mereka. Kemudian Yesus menungganginya.


Matthew 21:9
Orang ramai yang berjalan di hadapan dan yang mengikut di belakang Yesus mula berseru-seru, “Pujilah Anak Daud! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Pujilah Allah!”


Matthew 21:10
Apabila Yesus masuk ke Yerusalem, seluruh kota menjadi gempar. Orang bertanya, “Siapakah dia?”


Matthew 21:11
“Dia Yesus, nabi dari Nasaret di Galilea,” jawab orang ramai yang mengiringi Yesus.


Matthew 21:12
Yesus masuk ke Rumah Tuhan, lalu mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati.


Matthew 21:13
Yesus berkata kepada mereka, “Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa.’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!”


Matthew 21:14
Orang buta dan orang tempang datang kepada Yesus di Rumah Tuhan dan Yesus menyembuhkan mereka.


Matthew 21:15
Ketua imam dan guru Taurat marah apabila mereka melihat mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus. Mereka marah juga apabila mendengar anak-anak berseru-seru di Rumah Tuhan, “Pujilah Anak Daud!”


Matthew 21:16
Mereka berkata kepada Yesus, “Adakah kamu mendengar apa yang dikatakan oleh mereka?” “Tentu sahaja,” jawab Yesus. “Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab berikut, ‘Ya Allah, Engkau telah mengajar anak-anak dan bayi mengucapkan pujian yang sempurna.’ ”


Matthew 21:17
Yesus meninggalkan mereka, lalu keluar dari kota itu dan pergi ke Betania. Dia bermalam di situ.


Matthew 21:18
Keesokan paginya, dalam perjalanan kembali ke kota, Yesus lapar.


Matthew 21:19
Dia melihat sebatang pokok ara di pinggir jalan. Dia menghampiri pokok itu, tetapi tidak mendapati satu buah ara pun. Dia mendapati daun sahaja. Yesus berkata kepada pokok itu, “Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi!” Dengan segera pokok ara itu layu.


Matthew 21:20
Apabila pengikut-pengikut Yesus nampak kejadian itu, mereka hairan. Mereka bertanya, “Bagaimanakah pokok ara itu layu dengan serta-merta?”


Matthew 21:21
“Ketahuilah,” jawab Yesus, “jika kamu percaya kepada Allah dan tidak ragu-ragu, kamu akan dapat melakukan apa yang telah Aku lakukan terhadap pokok ara ini. Bukan itu sahaja, bahkan kamu akan dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Hal itu pun akan berlaku.


Matthew 21:23
Yesus kembali ke Rumah Tuhan. Semasa Dia mengajar, ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi datang kepada-Nya dan bertanya, “Dengan hak siapakah kamu melakukan perkara-perkara ini? Siapakah yang memberikan hak ini kepadamu?”


Matthew 21:24
Yesus menjawab, “Aku akan bertanya satu soalan sahaja. Jika kamu menjawabnya, Aku akan memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.


Matthew 21:27
Oleh itu, mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.”


Matthew 21:28
“Sekarang bagaimana pendapat kamu?” kata Yesus selanjutnya. “Ada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak lelaki. Dia pergi kepada anaknya yang sulung dan berkata, ‘Pergilah bekerja di ladang anggur hari ini.’


Matthew 21:31
Yang manakah antara kedua-dua orang anak itu melakukan kehendak bapanya?” “Anak yang sulung,” jawab mereka. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Ketahuilah! Pemungut cukai dan pelacur akan menikmati Pemerintahan Allah lebih dahulu daripada kamu.


Matthew 21:33
“Dengarlah sebuah perumpamaan lain,” kata Yesus. “Seorang pemilik tanah mempunyai ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain.


Matthew 21:40
Kemudian Yesus bertanya, “Apabila pemilik ladang anggur itu kembali, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa ladang itu?”


Matthew 21:42
Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu baca apa yang tertulis di dalam Alkitab? ‘Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama. Inilah perbuatan Tuhan; alangkah indahnya!’ ”


Matthew 21:43
Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Hak untuk menikmati Pemerintahan Allah akan diambil daripada kamu, lalu diserahkan kepada orang yang memberikan hasil yang dikehendaki oleh Allah.” [


Matthew 21:45
Ketua imam dan orang Farisi mendengar perumpamaan-perumpamaan Yesus, dan mereka tahu bahawa Yesus berkata-kata tentang mereka.


Matthew 21:46
Oleh itu mereka cuba menangkap Yesus. Tetapi mereka takut akan orang ramai, yang menganggap Yesus sebagai nabi.


Matthew 22:1
Yesus berkata-kata lagi kepada orang ramai dengan menggunakan perumpamaan.


Matthew 22:14
Lalu Yesus mengakhiri perumpamaan itu sambil berkata, “Banyak yang dijemput, tetapi hanya sedikit yang terpilih.”


Matthew 22:15
Beberapa orang Farisi pergi dan berkomplot untuk memerangkap Yesus dengan pertanyaan.


Matthew 22:16
Mereka mengutus pengikut-pengikut mereka dan beberapa orang anggota golongan Herodes kepada Yesus. Mereka yang diutus berkata, “Guru, kami tahu bahawa guru jujur. Dengan terus terang guru mengajarkan kehendak Allah bagi manusia. Guru tidak menghiraukan pendapat orang lain, kerana guru tidak memandang kedudukan orang.


Matthew 22:18
Yesus mengetahui maksud mereka yang jahat itu, lalu berkata, “Kamu munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap Aku?


Matthew 22:19
Tunjukkan mata wang yang kamu gunakan untuk membayar cukai!” Lalu mereka memberikan mata wang itu kepada Yesus.


Matthew 22:20
Yesus bertanya kepada mereka, “Gambar dan nama siapakah ini?”


Matthew 22:21
“Kaisar,” jawab mereka. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian, berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”


Matthew 22:22
Apabila mereka mendengar penjelasan itu, mereka hairan. Mereka meninggalkan Yesus lalu pergi.


Matthew 22:23
Pada hari itu juga, beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula.


Matthew 22:29
Yesus menjawab, “Pendapat kamu salah sekali! Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah.


Matthew 22:33
Apabila orang ramai mendengar penjelasan Yesus, mereka hairan mendengar ajaran-Nya.


Matthew 22:34
Apabila orang Farisi mendengar bahawa Yesus telah menyebabkan orang Saduki tidak dapat berkata sepatah pun, mereka datang berkumpul.


Matthew 22:35
Lalu seorang guru Taurat antara mereka, cuba memerangkap Yesus dengan sebuah pertanyaan.


Matthew 22:37
Yesus menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.’


Matthew 22:41
Apabila orang Farisi berkumpul bersama-sama, Yesus bertanya kepada mereka,


Matthew 22:43
“Jika demikian,” tanya Yesus, “mengapa Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah menyebut Penyelamat itu ‘Tuhan’? Daud berkata,


Matthew 22:46
Tidak seorang pun dapat menjawab pertanyaan Yesus. Sejak hari itu, tidak seorang pun berani menanya Yesus soalan apa pun.


Matthew 23:1
Lalu Yesus berkata kepada orang ramai dan kepada pengikut-pengikut-Nya,


Matthew 24:1
Ketika Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya dan menunjukkan bangunan-bangunan Rumah Tuhan itu.


Matthew 24:2
Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.”


Matthew 24:3
Di bukit Zaitun, semasa Yesus duduk, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Tiada orang lain di situ, maka mereka bertanya, “Guru, beritahulah kami bila segala perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang akan menunjukkan masa kedatangan Guru dan akhir zaman?”


Matthew 24:4
Yesus menjawab, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu.


Matthew 25:13
Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan mengatakan, “Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu hari ataupun waktunya.”


Matthew 26:1
Setelah Yesus mengajarkan semua perkara itu, Dia berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,


Matthew 26:4
Mereka berkomplot untuk menangkap Yesus dengan diam-diam dan membunuh Dia.


Matthew 26:6
Yesus di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan.


Matthew 26:7
Yesus sedang makan apabila seorang wanita datang kepada-Nya. Dia membawa sebuah botol marmar berisi minyak wangi yang mahal. Dia menuang minyak wangi itu ke atas kepala Yesus.


Matthew 26:8
Pengikut-pengikut Yesus nampak apa yang berlaku, lalu naik marah. Mereka bertanya, “Mengapa minyak wangi itu dibazirkan?


Matthew 26:10
Yesus mengetahui apa yang dikatakan mereka, lalu Dia berkata kepada mereka, “Mengapa kamu menyusahkan wanita ini? Apa yang telah dilakukannya untuk-Ku itu baik dan terpuji.


Matthew 26:14
Kemudian seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, yang bernama Yudas Iskariot, pergi kepada para ketua imam.


Matthew 26:15
Dia berkata, “Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku menyerahkan Yesus kepada kamu?” Mereka mengira tiga puluh keping wang perak lalu menyerahkan wang itu kepadanya.


Matthew 26:16
Sejak itu Yudas mencari peluang baik untuk mengkhianati Yesus.


Matthew 26:17
Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, pengikut-pengikut Yesus datang kepada-Nya dan bertanya, “Di manakah Guru ingin kami sediakan jamuan Paska untuk Guru?”


Matthew 26:18
Yesus menjawab, “Pergilah berjumpa dengan seorang di bandar. Katakan kepadanya, ‘Guru berkata, saat-Nya sudah hampir tiba; Dia hendak merayakan Paska di rumahmu bersama dengan pengikut-pengikut-Nya.’ ”


Matthew 26:19
Pengikut-pengikut-Nya melakukan suruhan Yesus dan menyiapkan jamuan Paska itu.


Matthew 26:20
Apabila malam tiba, Yesus dan dua belas orang pengikut-Nya mula makan.


Matthew 26:21
Sementara mereka makan, Yesus berkata, “Ketahuilah, seorang daripada kamu akan mengkhianati Aku.”


Matthew 26:22
Pengikut-pengikut-Nya sangat sedih. Seorang demi seorang mula bertanya kepada Yesus, “Tentu bukan aku yang Tuhan maksudkan?”


Matthew 26:23
Yesus menjawab, “Orang yang ikut mencelup roti ke dalam mangkuk dengan Aku, dialah yang akan mengkhianati Aku.


Matthew 26:25
Lalu Yudas, pengkhianat itu berkata, “Tentu bukan saya yang guru maksudkan?” Yesus menjawab, “Demikianlah katamu!”


Matthew 26:26
Sementara mereka makan, Yesus mengambil roti dan mengucap syukur, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, “Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuh-Ku.”


Matthew 26:31
Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Pada malam ini juga kamu semua akan lari meninggalkan Aku, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan membunuh gembala itu, lalu kawanan dombanya akan tercerai-berai.’


Matthew 26:33
Petrus berkata kepada Yesus, “Meskipun semua yang lain meninggalkan Guru, saya tidak akan berbuat demikian!”


Matthew 26:34
Yesus berkata kepadanya, “Ingatlah, sebelum ayam jantan berkokok malam ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.”


Matthew 26:36
Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke suatu tempat bernama Getsemani. Dia berkata kepada mereka, “Duduklah di sini sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa.”


Matthew 26:37
Yesus mengajak Petrus dan kedua-dua orang anak Zebedeus pergi bersama dengan-Nya. Dia sangat sedih dan gelisah.


Matthew 26:38
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.”


Matthew 26:39
Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”


Matthew 26:40
Kemudian Yesus kembali kepada ketiga-tiga orang pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur. Dia berkata kepada Petrus, “Tidak dapatkah kamu bertiga berjaga dengan Aku selama satu jam?


Matthew 26:42
Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, “Ya Bapa, jika cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Bapa berlaku.”


Matthew 26:43
Kemudian Yesus kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan Dia mendapati mereka masih tidur kerana mengantuk.


Matthew 26:44
Sekali lagi Yesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang sama untuk kali ketiga.


Matthew 26:45
Lalu Yesus kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata, “Masihkah kamu tidur dan berehat? Lihatlah, saatnya sudah tiba bagi Anak Manusia diserahkan ke dalam kekuasaan orang berdosa.


Matthew 26:47
Yesus masih berkata-kata apabila Yudas, seorang daripada dua belas orang pengikut-Nya tiba. Bersama dengan dia datang juga sekumpulan orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka disuruh oleh para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi.


Matthew 26:49
Apabila Yudas tiba, dia segera menghampiri Yesus dan berkata, “Salam sejahtera, Guru,” lalu mencium Yesus.


Matthew 26:50
Yesus menjawab, “Cepatlah, kawan!” Kemudian orang yang datang bersama-sama Yudas mendekati Yesus dan menangkap-Nya serta memegang Dia dengan kuat.


Matthew 26:51
Salah seorang pengikut di situ yang bersama-sama Yesus, menghunus pedangnya lalu memukul hamba Imam Agung dan mengerat telinganya.


Matthew 26:52
Yesus berkata kepada pengikut itu, “Sarungkan pedangmu kembali, kerana semua orang yang menggunakan pedang akan terbunuh dengan pedang.


Matthew 26:55
Lalu Yesus berkata kepada semua orang itu, “Perlukah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku, seolah-olah Aku ini penjahat? Setiap hari Aku mengajar di Rumah Tuhan, tetapi kamu tidak menangkap Aku!


Matthew 26:56
Tetapi segala perkara ini berlaku supaya apa yang ditulis oleh para nabi di dalam Alkitab terjadi.” Kemudian semua pengikut Yesus lari meninggalkan Dia.


Matthew 26:57
Kumpulan orang yang menangkap Yesus membawa Dia ke rumah Imam Agung Kayafas. Di situ guru Taurat dan pemimpin masyarakat Yahudi telah berkumpul.


Matthew 26:58
Petrus mengikuti Yesus dari jauh sampai ke halaman rumah Imam Agung itu. Petrus masuk ke halaman itu dan duduk bersama dengan pengawal-pengawal untuk mengetahui apa yang akan berlaku.


Matthew 26:59
Ketua-ketua imam dan anggota lain daripada Majlis Agama berusaha untuk mencari bukti-bukti palsu bagi mendakwa Yesus, supaya mereka boleh menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya.


Matthew 26:60
Tetapi mereka tidak mendapat satu bukti pun, walaupun banyak yang memberikan kesaksian palsu terhadap Yesus. Akhirnya dua orang tampil ke hadapan


Matthew 26:62
Lalu Imam Agung berdiri dan bertanya kepada Yesus, “Tidakkah kamu mahu menjawab tuduhan yang ditujukan kepadamu?”


Matthew 26:63
Tetapi Yesus diam sahaja. Sekali lagi Imam Agung berkata kepada-Nya, “Demi nama Allah yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah, iaitu Anak Allah?”


Matthew 26:64
Yesus menjawab, “Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua: Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang di atas awan!”


Matthew 26:67
Mereka menjawab, “Dia bersalah dan mesti dihukum mati.” Mereka meludahi muka Yesus dan memukul Dia. Beberapa orang yang menampar Yesus


Matthew 26:69
Petrus sedang duduk di luar, di halaman, apabila salah seorang hamba perempuan Imam Agung datang dan berkata kepadanya, “Kamu juga bersama-sama Yesus orang Galilea itu.”


Matthew 26:71
Lalu dia pergi ke pintu halaman. Seorang hamba perempuan lain nampak Petrus dan berkata kepada semua orang di situ, “Orang ini juga bersama-sama Yesus dari Nasaret.”


Matthew 26:73
Tidak lama kemudian, orang yang berdiri di situ datang kepada Petrus dan mereka berkata, “Tentu kamu salah seorang pengikut Yesus. Loghatmu membuktikannya.”


Matthew 26:75
Maka Petrus teringat bahawa Yesus sudah berkata kepadanya, “Sebelum ayam berkokok, engkau akan menyangkal Aku tiga kali.” Petrus keluar dan menangis tersedu-sedu.


Matthew 27:1
Pada pagi-pagi sekali, semua ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi membuat keputusan untuk membunuh Yesus.


Matthew 27:2
Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus, gabenor kerajaan Roma.


Matthew 27:3
Apabila Yudas, pengkhianat itu tahu bahawa Yesus telah dijatuhi hukuman mati, dia menyesal. Lalu dia mengembalikan tiga puluh keping wang perak itu kepada para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi.


Matthew 27:11
Yesus berdiri di hadapan Gabenor Pilatus, dan Pilatus bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” “Begitulah yang tuan katakan,” jawab Yesus.


Matthew 27:12
Tetapi apabila para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi melemparkan banyak tuduhan terhadap Yesus, Dia diam sahaja.


Matthew 27:14
Tetapi Yesus tidak menjawab sepatah pun, sehingga gabenor itu sangat hairan.


Matthew 27:16
Pada masa itu ada seorang tahanan yang terkenal, yang bernama Yesus Barabas.


Matthew 27:17
Apabila orang ramai berkumpul, Pilatus bertanya kepada mereka, “Siapakah yang kamu mahu aku bebaskan? Yesus Barabas atau Yesus yang disebut Kristus?”


Matthew 27:18
Pilatus tahu betul bahawa pemimpin orang Yahudi menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati.


Matthew 27:20
Para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi menghasut orang ramai supaya meminta Pilatus membebaskan Barabas dan menghukum mati Yesus.


Matthew 27:22
“Lalu apakah yang harus aku lakukan terhadap Yesus yang disebut Kristus?” Pilatus bertanya kepada mereka. “Salibkan dia!” jawab mereka semua.


Matthew 27:26
Kemudian Pilatus membebaskan Barabas bagi mereka, dan menyuruh orang menyesah Yesus serta menyerahkan Dia kepada askar untuk disalib.


Matthew 27:27
Kemudian askar-askar Pilatus membawa Yesus ke istana gabenor, dan semua askar di situ berkumpul di sekeliling-Nya.


Matthew 27:28
Mereka menanggalkan pakaian Yesus lalu memakaikan jubah merah ungu pada Dia.


Matthew 27:29
Kemudian mereka membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri dan mengenakannya pada kepala Yesus. Askar-askar itu juga menaruh sebatang tongkat pada tangan kanan Yesus. Kemudian mereka berlutut di hadapan Yesus dan mengejek Dia. Mereka berkata, “Daulat Raja Orang Yahudi!”


Matthew 27:31
Setelah mereka mempermainkan Yesus, mereka menanggalkan jubah merah ungu itu lalu memakaikan pakaian-Nya sendiri semula. Kemudian mereka membawa Yesus ke luar untuk disalib.


Matthew 27:32
Dalam perjalanan ke luar kota, mereka berjumpa dengan seorang lelaki dari Kirene yang bernama Simon. Askar-askar memaksa dia memikul salib Yesus.


Matthew 27:34
Di situ mereka memberikan wain yang bercampur bahan pahit kepada Yesus. Tetapi setelah Yesus mengecap minuman itu, Dia tidak mahu meminumnya.


Matthew 27:37
Di sebelah atas kepala Yesus, terpasang tulisan tentang tuduhan terhadap Yesus: “Inilah Yesus, Raja Orang Yahudi.”


Matthew 27:38
Dua orang penjahat juga disalibkan bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya.


Matthew 27:39
Semua orang yang lalu di situ menggelengkan kepala sambil mencemuh Yesus. Mereka berkata,


Matthew 27:41
Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi juga memperolokkan Yesus. Mereka berkata,


Matthew 27:44
Bahkan kedua-dua orang penjahat yang disalibkan bersama-sama Yesus pun menghina Dia seperti itu.


Matthew 27:46
Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, “Eli, Eli, lama sabakhtani?” yang bererti, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”


Matthew 27:47
Beberapa orang di situ mendengar seruan Yesus, lalu berkata, “Dia memanggil Elia!”


Matthew 27:48
Seorang daripada mereka segera lari mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada hujung sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus.


Matthew 27:50
Kemudian Yesus berseru lagi dengan nyaring, lalu menghembuskan nafas yang terakhir.


Matthew 27:53
Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka.


Matthew 27:54
Apabila ketua askar dan askar-askar yang sedang mengawal Yesus nampak gempa bumi dan segala perkara yang berlaku, mereka ketakutan. Mereka berkata, “Dia betul-betul Anak Allah!”


Matthew 27:55
Di situ ada juga banyak wanita yang memandang dari jauh. Mereka datang bersama-sama Yesus dari Galilea dan mereka menolong Dia.


Matthew 27:57
Pada waktu petang, seorang kaya dari Arimatea yang bernama Yusuf datang. Dia juga pengikut Yesus.


Matthew 27:58
Dia pergi kepada Pilatus dan meminta jenazah Yesus. Pilatus memberikan perintah supaya jenazah Yesus diserahkan kepadanya.


Matthew 27:60
Dia meletakkan jenazah Yesus di dalam kubur miliknya sendiri yang baru dipahat di bukit batu. Kemudian Yusuf menggulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu, lalu dia pergi.


Matthew 27:64
Oleh itu suruhlah orang mengawal kubur itu baik-baik sehingga hari ketiga. Dengan demikian pengikut-pengikutnya tidak dapat mencuri jenazah Yesus, dan memberitahu orang bahawa dia telah dibangkitkan daripada kematian. Penipuan yang terakhir ini akan lebih buruk daripada yang pertama.”


Matthew 28:1
Setelah hari Sabat berlalu dan fajar mula menyingsing pada hari Ahad, Maria Magdalena dan Maria yang lain pergi melihat kubur Yesus.


Matthew 28:5
Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus yang telah disalibkan itu.


Matthew 28:6
Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah Yesus diletakkan.


Matthew 28:8
Dengan cepat mereka meninggalkan kubur itu; mereka takut tetapi juga bersukacita. Lalu mereka lari memberitahu pengikut-pengikut Yesus.


Matthew 28:9
Tiba-tiba Yesus datang menemui wanita-wanita itu dan berkata, “Sejahteralah kamu.” Mereka menghampiri Dia, memegang kaki-Nya, dan menyembah Dia.


Matthew 28:10
“Janganlah takut,” kata Yesus kepada mereka, “pergilah beritahu saudara-saudara-Ku supaya pergi ke Galilea; di sana mereka akan melihat Aku.”


Matthew 28:13
Mereka berkata kepada askar-askar itu, “Kamu harus mengatakan bahawa pengikut-pengikut Yesus datang pada malam hari dan mencuri jenazah Yesus ketika kamu tidur.


Matthew 28:16
Sebelas orang pengikut Yesus pergi ke bukit di Galilea seperti yang diperintahkan oleh Yesus kepada mereka.


Matthew 28:17
Apabila mereka melihat Yesus, mereka menyembah Dia meskipun ada di kalangan mereka yang ragu-ragu.


Matthew 28:18
Yesus menghampiri mereka lalu berkata, “Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi.


Mark 1:1
Inilah Berita Baik tentang Yesus Kristus, Anak Allah.


Mark 1:9
Kemudian Yesus datang dari Nasaret di negeri Galilea, lalu Yohanes membaptis Dia di Sungai Yordan.


Mark 1:10
Sebaik sahaja Yesus keluar dari sungai itu, Dia nampak langit terbuka dan Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya.


Mark 1:12
Roh Allah segera memimpin Yesus ke padang gurun.


Mark 1:13
Selama empat puluh hari Yesus di situ, dan dicubai oleh Iblis. Binatang liar juga ada di situ, dan malaikat datang menolong Dia.


Mark 1:14
Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea dan mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.


Mark 1:16
Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan, Simon dan saudaranya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik.


Mark 1:17
Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku dan Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”


Mark 1:18
Mereka segera meninggalkan jala lalu mengikut Yesus.


Mark 1:19
Yesus meneruskan perjalanan-Nya, lalu melihat dua orang adik-beradik yang lain: Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Mereka sedang mengemaskan jala di dalam perahu.


Mark 1:20
Sebaik sahaja Yesus nampak mereka, Dia memanggil mereka. Kedua-dua orang bersaudara itu meninggalkan bapa mereka dengan orang gajinya di dalam perahu, lalu mengikut Yesus.


Mark 1:21
Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di kota Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar.


Mark 1:24
“Engkau mahu buat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan yang suci daripada Allah!”


Mark 1:25
Yesus menengking roh itu, “Diam! Keluarlah daripada orang ini!”


Mark 1:28
Demikianlah berita tentang Yesus tersebar dengan cepat ke seluruh negeri Galilea.


Mark 1:29
Yesus dan pengikut-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, meninggalkan rumah ibadat itu lalu terus pergi ke rumah Simon dan Andreas.


Mark 1:30
Ibu mentua Simon sedang terbaring di tempat tidur kerana demam. Apabila Yesus tiba di situ, Dia diberitahukan hal itu.


Mark 1:31
Yesus menghampiri ibu mentua Simon, memegang tangannya lalu menolong dia bangun. Demamnya hilang dan dia pun mula melayani mereka.


Mark 1:32
Pada petang hari, setelah matahari terbenam, orang membawa semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh jahat kepada Yesus.


Mark 1:34
Yesus menyembuhkan banyak orang yang menderita berbagai-bagai penyakit, dan Dia juga mengusir roh-roh jahat. Yesus tidak membenarkan roh-roh jahat berkata apa-apa, kerana roh-roh jahat tahu siapa Dia.


Mark 1:35
Esok paginya, ketika masih subuh, Yesus bangun lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke luar kota, ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.


Mark 1:36
Simon dan sahabat-sahabatnya pergi mencari Yesus.


Mark 1:37
Apabila mereka menemui Yesus, mereka berkata, “Semua orang sedang mencari Guru.”


Mark 1:38
Tetapi Yesus menjawab, “Kita mesti meneruskan perjalanan ke pekan-pekan lain di sekitar kawasan ini. Aku mesti menyampaikan perkhabaran itu di sana juga, kerana untuk tujuan itulah Aku datang.”


Mark 1:39
Demikianlah Yesus menjelajah seluruh Galilea dan berkhutbah di rumah ibadat serta mengusir roh-roh jahat.


Mark 1:40
Seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang kepada Yesus. Orang itu berlutut dan memohon pertolongan-Nya. “Tuan, jika tuan sudi,” katanya, “tuan dapat menyembuhkan saya.”


Mark 1:41
Yesus mengasihaninya. Dia pun menghulurkan tangan-Nya, lalu menjamah orang itu sambil berkata, “Aku mahu, sembuhlah!”


Mark 1:43
Lalu Yesus menyuruh dia pergi sambil memperingatkan dia,


Mark 1:45
Tetapi orang itu pergi dan mula menyebarkan berita itu di mana-mana. Dia terus-menerus menceritakan hal itu sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar secara terang-terangan. Yesus tinggal di luar bandar di tempat-tempat yang sunyi, tetapi orang dari berbagai-bagai tempat datang kepada-Nya.


Mark 2:1
Beberapa hari kemudian Yesus kembali ke Kapernaum dan tersebarlah khabar bahawa Yesus di rumah.


Mark 2:2
Banyak sekali orang datang berkumpul di situ, sehingga tidak ada tempat. Bahkan di pintu pun penuh sesak dengan orang. Lalu Yesus memberitakan perkhabaran daripada Allah kepada mereka.


Mark 2:3
Sementara Yesus berkata-kata, datanglah empat orang yang mengusung seorang lumpuh.


Mark 2:4
Tetapi kerana terlalu banyak orang, mereka tidak dapat membawa dia kepada Yesus. Oleh itu mereka membuka bumbung rumah yang terletak tepat di atas tempat Yesus. Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar.


Mark 2:5
Yesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan.”


Mark 2:8
Pada ketika itu juga Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata kepada mereka, “Mengapa kamu berfikir demikian?


Mark 2:11
Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, “Bangunlah, angkat tikarmu, dan pulanglah!”


Mark 2:13
Yesus balik semula ke pantai Tasik Galilea. Lalu orang ramai datang kepada-Nya dan Dia mula mengajar mereka.


Mark 2:14
Sementara Yesus berjalan di situ, Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, “Ikutlah Aku.” Lewi berdiri lalu mengikut Yesus.


Mark 2:15
Kemudian Yesus makan di rumah Lewi. Sebilangan besar pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat mengikut Yesus. Banyak antara mereka yang turut makan bersama-sama Yesus dan pengikut-Nya.


Mark 2:16
Beberapa orang guru Taurat daripada golongan Farisi nampak Yesus makan bersama dengan pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat. Oleh itu mereka bertanya kepada pengikut-pengikut Yesus, “Mengapa dia makan bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?”


Mark 2:17
Yesus mendengar pertanyaan mereka, lalu menjawab, “Orang sihat tidak memerlukan doktor; hanya orang sakit memerlukannya. Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi untuk orang yang dihina masyarakat.”


Mark 2:18
Pada suatu ketika, para pengikut Yohanes Pembaptis dan orang Farisi sedang berpuasa. Beberapa orang datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapa pengikut Yohanes Pembaptis dan pengikut orang Farisi berpuasa, tetapi pengikut guru tidak?”


Mark 2:19
Yesus menjawab, “Adakah tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa? Tentu tidak! Selama pengantin lelaki masih bersama-sama mereka, mereka tidak berpuasa.


Mark 2:23
Pada suatu hari Sabat ketika Yesus sedang melewati ladang gandum, para pengikut-Nya yang berjalan bersama dengan Dia mula memetik bulir gandum.


Mark 2:24
Lalu beberapa orang Farisi berkata kepada Yesus, “Lihatlah, para pengikutmu telah melanggar Taurat kita dengan melakukan perbuatan itu pada hari Sabat!”


Mark 2:25
Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar?


Mark 2:27
Yesus berkata lagi, “Hari Sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia; manusia tidak dijadikan untuk hari Sabat.


Mark 3:1
Kemudian Yesus kembali ke rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah.


Mark 3:2
Di situ pun ada beberapa orang yang hendak mencari kesalahan Yesus, supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia dengan rapi sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat.


Mark 3:3
Yesus berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah itu, “Marilah ke depan.”


Mark 3:5
Yesus marah ketika memandang semua orang di situ, dan Dia juga sedih, kerana mereka terlalu keras kepala. Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Orang itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh.


Mark 3:6
Maka orang Farisi meninggalkan rumah ibadat itu, lalu segera berkomplot dengan beberapa orang anggota golongan Herodes untuk membunuh Yesus.


Mark 3:7
Yesus dan pengikut-Nya pergi ke Tasik Galilea. Banyak sekali orang dari Galilea mengikut Dia. Banyak juga yang datang dari Yudea,


Mark 3:8
dari Yerusalem, dari kawasan Idumea, dari kawasan di sebelah timur Sungai Yordan, dan dari sekitar kota Tirus dan Sidon. Orang ramai datang kepada Yesus, kerana mereka mendengar hal-hal yang telah dilakukan-Nya.


Mark 3:9
Orang begitu banyak sehingga Yesus menyuruh pengikut-Nya menyediakan perahu bagi-Nya, supaya Dia tidak terhimpit.


Mark 3:12
Dengan tegas Yesus melarang roh jahat mengatakan siapa Dia.


Mark 3:13
Kemudian Yesus pergi ke kawasan berbukit. Dia memanggil semua orang yang dikehendaki-Nya. Mereka datang,


Mark 3:14
lalu Yesus memilih dua belas orang antara mereka. Dia berkata kepada mereka, “Aku telah memilih kamu supaya menyertai Aku. Aku juga mengutus kamu untuk mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.


Mark 3:19
dan juga Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.


Mark 3:20
Kemudian Yesus pulang. Tetapi orang ramai datang berkumpul lagi, sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan.


Mark 3:21
Keluarga Yesus pergi mendapatkan Dia apabila mereka mendengar orang berkata, “Dia sudah gila!”


Mark 3:23
Oleh itu Yesus memanggil semua orang itu lalu menceritakan beberapa perumpamaan kepada mereka. Dia berkata, “Bagaimana Iblis boleh mengusir Iblis?


Mark 3:30
Yesus berkata demikian kerana ada orang berkata, “Dia dirasuk roh jahat.”)


Mark 3:31
Kemudian ibu dan saudara-saudara Yesus datang dan menunggu di luar. Mereka menyuruh orang memanggil Yesus.


Mark 3:32
Ketika itu orang ramai sedang duduk di sekeliling Yesus dan mereka berkata kepada-Nya, “Guru, lihatlah! Ibu dan saudara-saudara guru ada di luar. Mereka memanggil guru.”


Mark 3:33
Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?”


Mark 4:1
Yesus mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak sehingga Dia terpaksa duduk di sebuah perahu di tasik itu. Orang ramai berdiri di tepi tasik.


Mark 4:2
Yesus mengajar banyak perkara kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata,


Mark 4:9
Lalu Yesus berkata, “Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!”


Mark 4:10
Apabila Yesus sendirian, beberapa orang yang telah mendengar ajaran-Nya datang kepada-Nya bersama dengan dua belas orang pengikut-Nya. Mereka meminta Yesus menerangkan erti perumpamaan itu.


Mark 4:11
Yesus berkata kepada mereka, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. Tetapi orang luar akan mendengar segalanya melalui perumpamaan


Mark 4:13
Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, “Jika kamu tidak memahami perumpamaan ini, bagaimanakah kamu dapat memahami perumpamaan yang lain?


Mark 4:21
Selanjutnya Yesus berkata, “Pernahkah seseorang memasang pelita lalu meletakkannya di bawah pasu ataupun di bawah katil? Tentu pelita itu diletakkannya di atas kaki pelita.


Mark 4:24
Yesus juga berkata kepada mereka, “Perhatikanlah apa yang kamu dengar! Ukuran yang kamu gunakan untuk menghakimi orang akan digunakan oleh Allah juga untuk kamu - malahan lebih berat lagi!


Mark 4:26
Yesus berkata lagi, “Apabila Allah memerintah, keadaannya dapat diumpamakan seperti seorang yang menabur benih di ladangnya.


Mark 4:30
“Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah?” tanya Yesus. “Perumpamaan apa yang dapat kita gunakan untuk menerangkannya?


Mark 4:33
Demikianlah Yesus mengajar dengan menggunakan banyak perumpamaan seperti itu. Dia mengajarkan perkhabaran itu sejauh mana mereka dapat mengerti.


Mark 4:35
Pada petang hari itu juga, Yesus berkata kepada pengikut-Nya, “Marilah kita menyeberang tasik.”


Mark 4:36
Sementara Yesus masih di dalam perahu, para pengikut-Nya meninggalkan orang ramai. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus belayar bersama dengan Dia. Ada juga perahu-perahu lain yang belayar bersama-sama.


Mark 4:38
Tetapi Yesus sedang tidur di bahagian belakang perahu itu, dengan kepala-Nya beralaskan bantal. Pengikut-pengikut-Nya membangunkan Dia dan berkata, “Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!”


Mark 4:39
Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah!” Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali.


Mark 4:40
Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?”


Mark 5:1
Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa.


Mark 5:2
Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur.


Mark 5:6
Dia masih jauh tatkala dia nampak Yesus. Segera dia lari mendekati Yesus lalu sujud di hadapan-Nya.


Mark 5:7
Dengan suara keras dia berseru, “Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Demi Allah, aku memohon, janganlah seksa aku!” (


Mark 5:8
Dia berkata demikian kerana Yesus berkata kepadanya, “Roh jahat, keluarlah daripada orang ini!”)


Mark 5:9
Lalu Yesus bertanya kepadanya, “Siapa namamu?” Orang itu menjawab, “ ‘Legiun’ - kerana kami ini banyak sekali.”


Mark 5:10
Dia memohon dengan sangat supaya Yesus tidak menyuruh roh-roh jahat itu keluar dari kawasan itu.


Mark 5:12
Roh-roh jahat itu memohon kepada Yesus, “Suruhlah kami masuk ke dalam babi-babi itu.”


Mark 5:13
Yesus bersetuju. Kemudian roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam babi-babi itu. Kesemua babi itu - lebih kurang dua ribu ekor - terjun dari pinggir jurang ke dalam tasik lalu tenggelam.


Mark 5:15
Mereka datang kepada Yesus dan nampak orang yang tadinya dirasuk roh jahat, duduk di situ. Dia sudah berpakaian dan fikirannya waras. Mereka semua ketakutan.


Mark 5:17
Oleh itu mereka meminta Yesus meninggalkan daerah itu.


Mark 5:18
Ketika Yesus menaiki perahu, orang yang tadinya dirasuk roh jahat memohon kepada-Nya, “Guru, benarkanlah saya mengikut guru.”


Mark 5:19
Tetapi Yesus tidak membenarkan dia ikut. Sebaliknya Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!”


Mark 5:20
Demikianlah orang itu pergi ke seluruh daerah Sepuluh Kota dan memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya. Semua orang yang mendengarnya kehairanan.


Mark 5:21
Yesus kembali ke seberang tasik. Di pantai tasik itu, banyak sekali orang datang berkumpul di sekeliling Yesus.


Mark 5:22
Yairus, ketua rumah ibadat tempatan, datang juga dan ketika dia melihat Yesus, dia sujud di hadapan Yesus.


Mark 5:24
Yesus pun pergi bersama-sama Yairus. Orang yang mengikut Yesus amat banyak sehingga Dia diasak dari semua sisi.


Mark 5:27
Wanita itu telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Oleh itu dia datang ke tengah-tengah orang ramai dan mendekati Yesus dari belakang.


Mark 5:29
Dia menyentuh jubah Yesus dan seketika itu juga pendarahannya berhenti. Wanita itu berasa dirinya sudah sembuh.


Mark 5:30
Pada saat itu juga Yesus menyedari ada kuasa yang telah keluar daripada-Nya. Yesus berpaling kepada orang ramai dan bertanya, “Siapa yang menyentuh jubah-Ku?”


Mark 5:32
Tetapi Yesus memandang di sekeliling-Nya untuk mencari orang yang telah menyentuh-Nya.


Mark 5:33
Wanita itu tahu akan apa yang telah berlaku pada dirinya. Dia gementar kerana takut, lalu sujud di hadapan Yesus dan memberitahu Dia segala-galanya.


Mark 5:34
Yesus berkata kepada wanita itu, “Hai anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera. Kamu sihat sekarang!”


Mark 5:35
Semasa Yesus berkata demikian, beberapa orang pesuruh datang dari rumah Yairus dan memberitahu Yairus, “Anak perempuan tuan sudah meninggal. Tak usah tuan susahkan guru lagi.”


Mark 5:36
Yesus tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi Dia berkata kepada Yairus, “Jangan takut, percayalah kepada-Ku!”


Mark 5:37
Setelah itu Yesus tidak membenarkan sesiapa pun mengikut Dia kecuali Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudara Yakobus.


Mark 5:38
Apabila mereka tiba di rumah Yairus, Yesus melihat keadaan yang kecoh serta mendengar tangisan dan ratapan yang kuat.


Mark 5:39
Lalu Yesus masuk dan berkata kepada mereka, “Mengapa sangat kecoh dan mengapa menangis? Anak itu tidak mati; dia hanya tidur!”


Mark 5:40
Mereka mula mentertawakan Yesus. Oleh itu Yesus menyuruh mereka semua keluar. Dia mengajak ibu bapa anak itu serta ketiga-tiga orang pengikut-Nya masuk ke dalam bilik tempat anak itu berbaring.


Mark 5:41
Yesus memegang tangan anak itu lalu berkata kepadanya, “Talitha kum,” yang bererti, “Anak perempuan, Aku berkata kepadamu: Bangun!”


Mark 5:43
Tetapi dengan tegas Yesus melarang mereka memberitahukan hal itu kepada sesiapa pun. Lalu Dia berkata, “Berilah anak ini makanan.”


Mark 6:1
Yesus meninggalkan tempat itu, lalu pulang bersama dengan pengikut-pengikut-Nya ke kampung halaman-Nya.


Mark 6:2
Pada hari Sabat Dia mula mengajar di rumah ibadat. Orang di situ sangat banyak. Apabila mereka mendengar ajaran Yesus, mereka semua hairan. Mereka berkata, “Dari manakah dia memperoleh semuanya ini? Kebijaksanaan apakah yang ada padanya? Bagaimanakah dia dapat melakukan mukjizat?


Mark 6:4
Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana tempat, kecuali di kampung halamannya dan antara sanak saudaranya serta keluarganya sendiri.”


Mark 6:6
Yesus sangat hairan kerana mereka tidak percaya kepada-Nya. Kemudian Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar tempat itu dan mengajar orang.


Mark 6:10
Yesus juga berkata, “Di setiap tempat kamu disambut, tinggallah di rumah yang sama sehingga kamu meninggalkan kota itu.


Mark 6:12
Demikianlah dua belas orang pengikut Yesus pergi dan menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat daripada dosa.


Mark 6:14
Raja Herodes mendengar segala kejadian itu, kerana nama Yesus sudah terkenal di semua tempat. Ada orang berkata, “Yohanes Pembaptis sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat.”


Mark 6:30
Rasul-rasul yang diutus oleh Yesus kembali kepada Yesus, dan melaporkan segala yang sudah dilakukan dan diajarkan oleh mereka.


Mark 6:31
Orang yang datang dan pergi di tempat itu sedemikian banyak sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan. Oleh itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Marilah kita pergi ke tempat yang sunyi supaya kita dapat sendirian dan kamu pun boleh berehat sekejap.”


Mark 6:33
Tetapi orang ramai nampak mereka meninggalkan tempat itu dan mengenal mereka. Lalu orang dari semua kota di kawasan itu berlari melalui jalan darat supaya mendahului Yesus dan pengikut-Nya ke tempat yang ditujui mereka.


Mark 6:34
Apabila Yesus turun dari perahu, Dia nampak orang ramai di situ. Hati-Nya penuh belas kasihan kerana mereka seperti domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajarkan banyak perkara kepada mereka.


Mark 6:35
Apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil.


Mark 6:37
Tetapi Yesus menjawab, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.” Pengikut-pengikut-Nya bertanya, “Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?”


Mark 6:38
Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.” Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, “Lima ketul roti dan dua ekor ikan.”


Mark 6:39
Lalu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau.


Mark 6:41
Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua.


Mark 6:45
Yesus segera menyuruh pengikut-pengikut-Nya pergi terlebih dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang tasik, sementara Dia menyuruh orang ramai pulang.


Mark 6:46
Setelah Yesus melihat orang ramai itu pergi, Dia pun pergi ke bukit untuk berdoa.


Mark 6:47
Apabila hari sudah malam, perahu pengikut-pengikut Yesus sudah ada di tengah-tengah tasik, sedangkan Yesus seorang diri di darat.


Mark 6:48
Yesus nampak pengikut-pengikut-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan. Oleh itu, kira-kira antara pukul tiga dan enam pagi, Dia berjalan di atas air dan menghampiri mereka. Yesus hendak mendahului mereka,


Mark 6:50
Mereka sangat ketakutan ketika melihat Yesus. Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, “Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!”


Mark 6:54
Ketika mereka meninggalkan perahu, orang ramai mengenal Yesus dengan serta-merta.


Mark 6:55
Lalu mereka berlari ke seluruh kawasan itu. Di mana-mana mereka tahu Yesus ada, mereka membawa semua orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya.


Mark 6:56
Ke mana sahaja Yesus pergi, baik ke kampung, ke kota, ataupun ke pekan, penduduk di situ membawa semua orang sakit ke padang tempat orang berkumpul. Lalu mereka memohon supaya setidak-tidaknya Yesus membenarkan semua orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Maka semua orang yang menyentuhnya sembuh.


Mark 7:1
Beberapa orang Farisi dan guru Taurat yang datang dari Yerusalem, berkumpul di sekeliling Yesus.


Mark 7:2
Mereka melihat beberapa orang pengikut Yesus makan dengan tangan yang tidak bersih menurut agama, iaitu tanpa terlebih dahulu membasuh tangan menurut peraturan agama Yahudi.


Mark 7:5
Oleh itu semua orang Farisi dan guru Taurat di situ bertanya kepada Yesus, “Mengapakah pengikutmu tidak menurut adat istiadat nenek moyang kita? Mengapakah mereka makan dengan tangan yang tidak dibasuh?”


Mark 7:6
Yesus menjawab, “Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, tatkala dia bernubuat tentang kamu! Kamu munafik, seperti yang dituliskan oleh Yesaya di dalam kitabnya, ‘Demikianlah firman Allah: Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata, tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku.


Mark 7:9
Yesus berkata pula, “Cerdik sekali cara kamu menolak perintah Allah untuk mempertahankan ajaran kamu sendiri.


Mark 7:14
Lalu sekali lagi Yesus memanggil orang ramai itu dan berkata kepada mereka, “Dengarlah supaya kamu mengerti!


Mark 7:17
Apabila Yesus meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah, pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada-Nya tentang perumpamaan itu.


Mark 7:18
Yesus berkata kepada mereka, “Kamu ini sama dengan mereka. Tidakkah kamu mengerti? Tiada sesuatu pun dari luar yang masuk ke dalam seseorang dapat menajiskan dia,


Mark 7:19
kerana apa yang masuk itu tidak ke dalam hati, melainkan ke dalam perut, lalu keluar lagi.” Dengan kata-kata ini Yesus menyatakan bahawa semua makanan boleh dimakan.


Mark 7:20
Yesus berkata lagi, “Apa yang keluar daripada seseorang menajiskan dia,


Mark 7:24
Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat kota Tirus. Dia masuk ke dalam sebuah rumah. Dia tidak mahu orang tahu bahawa Dia di situ, tetapi Dia tidak dapat menyembunyikan diri.


Mark 7:25
Seorang ibu, yang anak perempuannya dirasuk roh jahat mendengar perihal Yesus. Dia segera datang kepada-Nya lalu sujud di hadapan-Nya.


Mark 7:26
Wanita itu bukan orang Yahudi dan dia dilahirkan di daerah Fenisia di Siria. Dia memohon supaya Yesus mengusir roh jahat yang merasuk anaknya.


Mark 7:27
Tetapi Yesus menjawab, “Anak-anak harus diberikan makanan terlebih dahulu, kerana tidak patut kita mengambil makanan mereka lalu melemparkannya kepada anjing.”


Mark 7:29
Yesus berkata kepadanya, “Kerana jawapanmu itu, pulanglah; roh jahat sudah keluar daripada anak perempuanmu!”


Mark 7:31
Kemudian Yesus meninggalkan daerah sekitar Tirus dan meneruskan perjalanan ke Tasik Galilea melalui Sidon. Dia melalui daerah Sepuluh Kota.


Mark 7:32
Di situ beberapa orang membawa seorang tuli yang ada kecacatan pertuturan, kepada-Nya. Mereka memohon supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada orang itu.


Mark 7:33
Yesus membawa dia ke tepi, jauh dari orang ramai, lalu memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang itu. Setelah itu Yesus meludah dan menjamah lidah orang itu.


Mark 7:34
Kemudian Yesus menengadah ke langit dan menarik nafas panjang. Lalu Dia berkata kepada orang itu, “Effata,” yang bererti, “Terbukalah!”


Mark 7:36
Selepas itu Yesus melarang mereka menceritakan hal itu kepada sesiapa pun. Tetapi semakin Yesus melarang, semakin mereka menceritakannya.


Mark 8:1
Tidak lama kemudian, ada lagi orang ramai datang berkumpul. Apabila mereka kehabisan makanan, Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya dan berkata,


Mark 8:4
Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, “Di tempat terpencil ini, di manakah orang boleh mendapat cukup makanan untuk semua orang ini?”


Mark 8:5
Yesus bertanya kepada mereka, “Berapa banyak roti yang ada pada kamu?” “Tujuh ketul,” jawab mereka.


Mark 8:6
Yesus menyuruh orang ramai duduk di atas tanah. Lalu Dia mengambil tujuh ketul roti itu dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Pengikut-Nya pun berbuat demikian.


Mark 8:7
Mereka juga mempunyai beberapa ekor ikan kecil. Yesus mengucap syukur kepada Allah bagi ikan itu, lalu menyuruh pengikut-Nya membahagi-bahagikan ikan itu juga.


Mark 8:8
[8-9] Semua orang makan sehingga kenyang - ada kira-kira empat ribu orang di situ. Selepas itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan roti dan ikan sebanyak tujuh buah bakul. Kemudian Yesus menyuruh orang ramai pulang.


Mark 8:11
Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan mula bersoal jawab dengan Dia. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah.


Mark 8:12
Yesus mengeluh lalu menjawab, “Mengapakah orang zaman ini meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Tanda semacam itu tidak akan diberikan kepada mereka!”


Mark 8:13
Yesus meninggalkan mereka, lalu kembali ke perahu dan mula menyeberangi tasik.


Mark 8:14
Pengikut Yesus lupa membawa roti yang cukup. Mereka hanya mempunyai seketul roti di perahu.


Mark 8:15
Yesus memperingatkan mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan ragi Herodes.”


Mark 8:17
Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Oleh itu Dia bertanya kepada mereka, “Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Tidakkah kamu tahu dan faham juga? Adakah fikiran kamu sedemikian tumpul?


Mark 8:20
Yesus bertanya lagi, “Ketika Aku membahagikan tujuh ketul roti untuk empat ribu orang, berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?” Mereka menjawab, “Tujuh.”


Mark 8:21
Yesus berkata, “Dan kamu masih belum faham juga?”


Mark 8:22
Mereka tiba di Betsaida. Di situ beberapa orang membawa seorang buta kepada Yesus, dan mereka memohon supaya Yesus menyentuh dia agar dia sembuh.


Mark 8:23
Yesus memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya keluar dari pekan itu. Setelah Yesus meludahi mata orang itu, Dia meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu, lalu bertanya kepadanya, “Dapatkah kamu lihat sesuatu?”


Mark 8:25
Sekali lagi Yesus meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu. Kali ini orang itu memandang dengan seboleh-bolehnya. Matanya sembuh, dan dia melihat segala-galanya dengan jelas sekali.


Mark 8:26
Lalu Yesus menyuruh dia pulang, dan berkata kepadanya, “Jangan masuk lagi ke pekan itu.”


Mark 8:27
Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut kata orang, siapakah Aku ini?”


Mark 8:29
“Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah!”


Mark 8:30
Lalu Yesus memerintah mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun perkara tentang diri-Ku.”


Mark 8:31
Kemudian Yesus mula mengajar pengikut-pengikut-Nya, “Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, dan tidak akan diterima oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula.”


Mark 8:32
Yesus mengatakan hal ini kepada mereka dengan jelas sekali. Oleh itu Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia.


Mark 8:33
Tetapi Yesus berpaling dan memandang pengikut-pengikut-Nya, lalu menegur Petrus, “Pergilah dari sini, hai Iblis! Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!”


Mark 8:34
Kemudian Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai di situ. Dia berkata kepada mereka, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.


Mark 9:1
Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah dengan penuh kuasa!”


Mark 9:2
Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. Ketika mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah.


Mark 9:4
Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus.


Mark 9:5
Petrus berkata kepada Yesus, “Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.”


Mark 9:8
Mereka melihat di sekeliling, tetapi tidak nampak sesiapa pun bersama-sama mereka kecuali Yesus.


Mark 9:9
Ketika mereka turun dari gunung itu, Yesus memperingatkan mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu nampak, selagi Anak Manusia belum bangkit daripada kematian.”


Mark 9:11
Mereka bertanya kepada Yesus, “Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?”


Mark 9:12
Yesus menjawab, “Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. Tetapi, mengapa di dalam Alkitab tertulis bahawa Anak Manusia akan mengalami banyak penderitaan serta dihina orang?


Mark 9:14
Apabila mereka kembali kepada pengikut-pengikut yang lain, mereka nampak orang ramai di situ. Beberapa orang guru Taurat sedang bersoal jawab dengan pengikut-pengikut Yesus.


Mark 9:15
Sebaik sahaja orang ramai melihat Yesus, mereka kehairanan, lalu berlari menyambut Dia.


Mark 9:16
Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Apa yang kamu persoalkan dengan mereka?”


Mark 9:19
Yesus berkata kepada mereka, “Hai kamu orang yang tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah harus Aku bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!”


Mark 9:20
Mereka pun membawa dia kepada Yesus. Sebaik sahaja roh jahat itu melihat Yesus, roh jahat itu membuat anak itu kena sawan sehingga anak itu jatuh terguling-guling ke tanah. Mulutnya berbuih.


Mark 9:21
Yesus bertanya kepada bapa anak itu, “Sudah berapa lamakah dia begini?” Bapanya menjawab, “Sejak dia masih kanak-kanak lagi!


Mark 9:23
“Apa katamu? Jika guru dapat?” jawab Yesus. “Orang yang percaya kepada Allah dapat melakukan segala sesuatu!”


Mark 9:25
Yesus melihat bahawa orang ramai mula datang berkerumun. Oleh itu Dia memerintah roh jahat itu dengan berkata, “Roh tuli dan bisu, Aku memerintah kamu keluar daripada anak ini dan jangan sekali-kali masuk lagi!”


Mark 9:27
Tetapi Yesus memegang tangannya dan menolong dia bangun. Anak itu pun berdiri.


Mark 9:28
Kemudian Yesus masuk ke dalam rumah. Apabila tiada orang lain di situ, pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?”


Mark 9:29
Yesus menjawab, “Tiada cara lain yang dapat mengusir roh jahat semacam ini, kecuali dengan doa.”


Mark 9:30
Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan tempat itu lalu meneruskan perjalanan melalui Galilea. Yesus tidak mahu orang tahu di mana Dia,


Mark 9:32
Mereka tidak memahami makna ajaran itu, tetapi mereka takut bertanya kepada Yesus.


Mark 9:33
Mereka tiba di Kapernaum. Setelah mereka masuk ke rumah, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Apakah yang kamu persoalkan di tengah jalan tadi?”


Mark 9:35
Yesus duduk, lalu memanggil dua belas orang pengikut-Nya. Dia berkata kepada mereka, “Sesiapa yang mahu menjadi pertama, mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba semua orang.”


Mark 9:36
Setelah itu Dia memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka,


Mark 9:38
Yohanes berkata kepada Yesus, “Guru, kami nampak seorang mengusir roh jahat dengan nama Guru. Kami melarang dia, kerana dia tidak termasuk golongan kita.”


Mark 9:39
Yesus berkata kepada mereka, “Jangan larang dia, kerana tiada seorang pun yang telah melakukan mukjizat dengan nama-Ku, akan segera memburuk-burukkan Aku.


Mark 10:1
Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu. Dia pergi ke daerah Yudea dan daerah di seberang Sungai Yordan. Orang ramai berkumpul lagi di sekeliling Yesus, dan seperti biasa Yesus mula mengajar mereka.


Mark 10:3
Yesus menjawab dengan bertanya, “Apakah perintah yang diberikan oleh Musa kepada kamu?”


Mark 10:5
Yesus berkata kepada mereka, “Musa menulis perintah itu kerana kamu terlalu sukar diajar.


Mark 10:10
Setelah mereka pulang ke rumah, pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus tentang hal itu.


Mark 10:11
Yesus berkata kepada mereka, “Seorang lelaki yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina terhadap isterinya yang pertama.


Mark 10:13
Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kanak-kanak itu dan memberkati mereka. Tetapi pengikut-pengikut-Nya memarahi mereka.


Mark 10:14
Ketika Yesus nampak hal ini, Dia marah lalu berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.


Mark 10:16
Lalu Yesus memeluk semua kanak-kanak di situ, kemudian Dia meletakkan tangan-Nya pada tiap-tiap anak, dan memberkati mereka.


Mark 10:17
Ketika Yesus meneruskan perjalanan-Nya, seorang lelaki berlari ke arah Yesus. Dia sujud di hadapan Yesus lalu bertanya, “Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?”


Mark 10:18
“Mengapa kamu mengatakan Aku baik?” tanya Yesus. “Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah.


Mark 10:21
Dengan penuh kasih Yesus memandang orang itu lalu berkata, “Tinggal satu perkara sahaja yang perlu kamu lakukan. Pergilah jual segala yang kamu miliki; berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku.”


Mark 10:22
Apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, mukanya muram. Dia terus meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.


Mark 10:23
Yesus memandang pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, “Alangkah susahnya bagi orang kaya menikmati Pemerintahan Allah!”


Mark 10:24
Pengikut-pengikut-Nya terperanjat mendengar kata-kata Yesus itu. Tetapi Yesus berkata pula, “Hai anak-anak-Ku, memang susah untuk menikmati Pemerintahan Allah!


Mark 10:26
Pengikut-pengikut Yesus hairan mendengar kata-kata itu, lalu mereka bertanya sesama sendiri, “Jika demikian, siapakah yang boleh diselamatkan?”


Mark 10:27
Yesus memandang mereka lalu menjawab, “Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi tidak mustahil bagi Allah kerana Allah dapat melakukan segala perkara.”


Mark 10:29
“Betul!” kata Yesus, “Percayalah kepada-Ku: Sesiapa yang meninggalkan rumah tangganya, atau saudara lelakinya atau saudara perempuannya, atau ibunya, atau bapanya, atau anak-anaknya, atau ladangnya kerana Aku dan kerana Berita Baik itu,


Mark 10:32
Yesus dan pengikut-pengikut-Nya sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Yesus berjalan di hadapan, sementara pengikut-pengikut-Nya mengikuti-Nya dengan cemas. Orang ramai yang mengikut mereka pun takut. Sekali lagi Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya ke tepi, lalu berkata kepada mereka tentang apa yang akan berlaku terhadap diri-Nya.


Mark 10:35
Lalu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus datang kepada Yesus. “Guru,” kata mereka, “ada satu perkara yang kami hendak Guru lakukan untuk kami.”


Mark 10:36
“Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untuk kamu?” tanya Yesus.


Mark 10:38
Yesus berkata kepada mereka, “Kamu tidak mengetahui apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum? Sanggupkah kamu mengalami baptisan penderitaan yang akan Aku alami?”


Mark 10:39
“Sanggup,” jawab mereka. Yesus berkata kepada mereka, “Memang kamu akan minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum dan kamu akan mengalami baptisan penderitaan seperti yang akan Aku alami.


Mark 10:42
Yesus memanggil mereka semua lalu berkata, “Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat.


Mark 10:46
Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus.


Mark 10:47
Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!”


Mark 10:49
Yesus berhenti lalu berkata, “Panggillah dia.” Mereka memanggil orang buta itu. “Jangan kecil hati!” kata mereka. “Bangunlah, Yesus memanggil kamu.”


Mark 10:50
Orang buta itu pun melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus.


Mark 10:51
Yesus bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?” Orang buta itu menjawab, “Guru, saya ingin melihat.”


Mark 10:52
“Pergilah,” kata Yesus, “kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku.” Pada saat itu juga orang itu dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus di jalan.


Mark 11:1
Ketika mendekati Yerusalem, mereka sampai ke kota Betfage dan Betania, di Bukit Zaitun. Di situ Yesus menyuruh dua orang pengikut-Nya pergi terlebih dahulu.


Mark 11:2
Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke kampung yang di hadapan itu. Apabila kamu tiba di situ kamu akan nampak seekor anak keldai yang terikat, yang belum pernah ditunggangi orang. Lepaskanlah dan bawalah keldai itu ke sini.


Mark 11:6
Mereka menjawab seperti yang diarahkan oleh Yesus, lalu orang di situ pun membiarkan mereka pergi.


Mark 11:7
Mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus, lalu mengalas punggung keldai itu dengan jubah mereka. Kemudian Yesus menungganginya.


Mark 11:11
Yesus masuk ke Yerusalem, lalu pergi ke Rumah Tuhan sambil memandang di sekeliling-Nya. Tetapi kerana hari sudah petang, Dia pergi bersama-sama dua belas orang pengikut-Nya ke Betania.


Mark 11:12
Esoknya, ketika mereka balik dari Betania, Yesus lapar.


Mark 11:13
Dari jauh Dia nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Yesus mendekati pokok itu untuk melihat sama ada pokok itu berbuah. Tetapi apabila Dia tiba di pokok itu, Dia mendapati daun-daun sahaja, kerana pada masa itu belum musim buah ara.


Mark 11:14
Yesus berkata kepada pokok ara itu, “Tiada sesiapa pun akan makan buah ara daripadamu lagi!” Pengikut-pengikut-Nya mendengar kata-kata Yesus itu.


Mark 11:15
Ketika mereka tiba di Yerusalem, Yesus pergi ke Rumah Tuhan lalu mula mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati.


Mark 11:18
Para ketua imam dan guru Taurat mendengar kata-kata itu. Oleh itu mereka mula mencari jalan untuk membunuh Yesus. Mereka takut akan Dia, kerana semua orang kagum mendengar ajaran-Nya.


Mark 11:19
Menjelang malam, Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan kota itu.


Mark 11:21
Petrus teringat akan apa yang telah berlaku. Dia berkata kepada Yesus, “Guru, lihatlah, pokok ara yang Guru kutuki sudah mati!”


Mark 11:22
Yesus menjawab, “Percayalah kepada Allah.


Mark 11:27
Mereka kembali lagi ke Yerusalem. Ketika Yesus berjalan di dalam Rumah Tuhan, para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi datang kepada-Nya.


Mark 11:29
Yesus menjawab, “Aku akan bertanya satu soalan sahaja kepada kamu. Jawablah dan Aku akan memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.


Mark 11:33
Oleh itu mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Yesus berkata kepada mereka. “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.”


Mark 12:1
Kemudian Yesus berkata-kata kepada para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, “Ada seorang yang menanami ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain.


Mark 12:9
Lalu Yesus bertanya kepada mereka, “Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang itu? Tentu dia akan datang dan membunuh semua penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada penyewa-penyewa lain.


Mark 12:12
Para pemimpin Yahudi itu berusaha untuk menangkap Yesus, kerana mereka tahu bahawa Yesus menujukan perumpamaan itu kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Oleh itu mereka meninggalkan Yesus.


Mark 12:13
Beberapa orang Farisi dan anggota golongan Herodes diutus untuk memerangkap Yesus dengan beberapa pertanyaan.


Mark 12:14
Mereka datang kepada Yesus dan berkata, “Guru, kami tahu bahawa guru jujur dan tidak menghiraukan pendapat orang lain. Guru tidak memandang kedudukan orang, tetapi guru mengajar kehendak Allah bagi manusia dengan terus terang. Katakanlah, menurut Taurat bolehkah kita membayar cukai kepada Kaisar Roma? Haruskah kita membayarnya atau tidak?”


Mark 12:15
Yesus mengetahui kemunafikan mereka. Dia menjawab, “Mengapa kamu cuba memerangkap Aku? Cuba perlihatkan sekeping wang perak kepada-Ku.”


Mark 12:16
Mereka memberikan sekeping wang perak kepada-Nya. Lalu Yesus bertanya, “Gambar dan nama siapakah ini?” “Kaisar,” jawab mereka.


Mark 12:17
“Jika demikian,” kata Yesus, “berikan apa yang dimiliki oleh Kaisar kepada Kaisar, lalu berikan apa yang dimiliki oleh Allah kepada Allah.” Mereka kagum mendengar kata-kata Yesus.


Mark 12:18
Beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. (Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula.)


Mark 12:24
Yesus menjawab, “Pendapat kamu salah sekali! Tahukah kamu apa sebabnya? Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah.


Mark 12:28
Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, “Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?”


Mark 12:29
Yesus menjawab, “Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.


Mark 12:32
Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, “Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan: Tuhanlah Allah Yang Esa dan tidak ada yang lain.


Mark 12:34
Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah.” Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.


Mark 12:35
Sewaktu Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya, “Bagaimanakah guru Taurat boleh mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?


Mark 12:37
Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu ‘Tuhan’. Bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?” Orang ramai di Rumah Tuhan suka mendengar ajaran Yesus.


Mark 12:38
Sewaktu Yesus mengajar mereka, Dia berkata, “Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar.


Mark 12:41
Sewaktu Yesus duduk dekat peti persembahan di Rumah Tuhan, Dia memerhati orang memasukkan wang ke dalam peti itu. Sebilangan besar orang kaya memasukkan banyak wang.


Mark 12:43
Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, “Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.


Mark 13:1
Ketika Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, seorang daripada para pengikut-Nya berkata, “Guru, lihatlah! Betapa indahnya batu-batu dan bangunan-bangunan ini!”


Mark 13:2
Yesus menjawab, “Kamu melihat bangunan-bangunan yang indah ini, bukan? Satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya. Semuanya akan dirobohkan.”


Mark 13:3
Kemudian Yesus pergi ke Bukit Zaitun lalu duduk di tempat yang berhadapan dengan Rumah Tuhan. Petrus, Yakobus, Yohanes, dan Andreas datang kepada-Nya.


Mark 13:4
Mereka berkata kepada Yesus, “Guru, beritahulah kami; bilakah semua perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?”


Mark 13:5
Yesus berkata kepada mereka, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu.


Mark 14:1
Dua hari sebelum Perayaan Paska dan Perayaan Roti Tidak Beragi, ketua imam dan guru Taurat mencari jalan untuk menangkap Yesus dengan diam-diam. Mereka hendak membunuh dia.


Mark 14:3
Yesus ada di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika Yesus sedang makan, seorang wanita datang kepada-Nya. Dia membawa sebuah botol marmar yang berisi minyak wangi mahal daripada akar wangi. Dia memecahkan botol itu lalu menuang minyak wangi itu ke atas kepala Yesus.


Mark 14:6
Tetapi Yesus berkata, “Biarkanlah dia! Mengapa kamu menyusahkan dia? Apa yang telah dilakukannya untuk-Ku itu baik dan terpuji.


Mark 14:10
Kemudian Yudas Iskariot, seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, pergi kepada para ketua imam dengan maksud untuk menyerahkan Yesus kepada mereka.


Mark 14:11
Mereka suka sekali mendengar tawaran Yudas, lalu berjanji memberikan wang kepadanya. Yudas pun mula mencari peluang untuk mengkhianati Yesus.


Mark 14:12
Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, iaitu hari apabila orang menyembelih domba Paska, pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, “Di manakah Guru ingin kami menyediakan jamuan Paska untuk Guru?”


Mark 14:13
Yesus menyuruh dua orang daripada mereka, “Pergilah ke bandar, lalu kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang menjunjung buyung air. Ikutilah dia


Mark 14:16
Kedua-dua orang pengikut itu pergi ke bandar dan mendapati semuanya seperti yang telah dikatakan oleh Yesus, lalu mereka pun menyediakan jamuan Paska itu.


Mark 14:17
Pada malam harinya, Yesus datang dengan dua belas orang pengikut-Nya.


Mark 14:18
Sementara mereka makan, Yesus berkata, “Ketahuilah, seorang daripada kamu, yang sekarang ini makan bersama-sama Aku akan mengkhianati Aku.”


Mark 14:19
Pengikut-pengikut-Nya menjadi sangat sedih. Seorang demi seorang mula bertanya kepada Yesus, “Tentu bukan saya yang Guru maksudkan?”


Mark 14:20
Yesus menjawab, “Dia salah seorang daripada kamu yang dua belas ini, yang ikut mencelup roti ke dalam mangkuk dengan Aku.


Mark 14:22
Ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti dan mengucap syukur kepada Allah, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, “Ambillah dan makanlah, ini tubuh-Ku.”


Mark 14:24
Yesus berkata, “Inilah darah-Ku yang dicurahkan untuk banyak orang, darah yang mengesahkan perjanjian Allah.


Mark 14:27
Yesus berkata kepada mereka, “Kamu semua akan lari meninggalkan Aku, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan membunuh gembala itu, lalu kawanan dombanya akan tercerai-berai.’


Mark 14:30
Yesus berkata kepadanya, “Ingatlah, sebelum ayam berkokok dua kali malam ini, tiga kali engkau akan berkata bahawa engkau tidak mengenal Aku.”


Mark 14:32
Mereka tiba di satu tempat bernama Getsemani. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Duduklah di sini sementara Aku berdoa.”


Mark 14:33
Kemudian Dia mengajak Petrus, Yakobus, dan Yohanes pergi bersama-sama Dia. Yesus sangat sedih dan gelisah.


Mark 14:35
Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia tidak usah mengalami saat penderitaan itu.


Mark 14:37
Selepas itu Yesus kembali dan mendapati tiga orang pengikut-Nya sedang tidur. Dia berkata kepada Petrus, “Simon, tidurkah engkau? Tidak dapatkah engkau berjaga selama satu jam?”


Mark 14:39
Sekali lagi Yesus pergi berdoa dan mengucapkan kata-kata yang sama.


Mark 14:40
Ketika Dia kembali kepada pengikut-pengikut-Nya, Dia mendapati mereka masih tidur kerana terlalu mengantuk. Mereka tidak tahu akan apa yang harus dikatakan kepada Yesus.


Mark 14:41
Ketika Yesus kembali untuk kali ketiga, Dia berkata kepada mereka, “Masihkah kamu tidur dan berehat? Cukuplah! Saatnya sudah tiba. Lihatlah, Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan orang berdosa.


Mark 14:43
Yesus masih berkata-kata apabila Yudas, seorang daripada dua belas orang pengikut-Nya tiba. Bersama dengan dia datang juga sekumpulan orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka diutus oleh para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi.


Mark 14:45
Sebaik sahaja Yudas tiba, dia menghampiri Yesus lalu berkata, “Guru!” seraya mencium Dia.


Mark 14:46
Lalu mereka menangkap Yesus dan memegang Dia dengan kuat.


Mark 14:48
Yesus berkata kepada mereka, “Mestikah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku, seolah-olah Aku ini penjahat?


Mark 14:50
Ketika itu semua pengikut Yesus lari meninggalkan Dia.


Mark 14:51
Seorang lelaki muda yang memakai sehelai kain linen untuk menutupi badan, mengikuti Yesus. Apabila orang cuba menangkap lelaki itu,


Mark 14:53
Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah Imam Agung. Di situ semua ketua imam, pemimpin masyarakat orang Yahudi, dan guru Taurat sedang berkumpul.


Mark 14:55
Para ketua imam dan seluruh Majlis Agama berusaha mencari bukti-bukti untuk menyalahkan Yesus, supaya mereka dapat menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya. Tetapi mereka tidak mendapat satu bukti pun.


Mark 14:56
Banyak saksi memberikan kesaksian palsu terhadap Yesus, tetapi kesaksian mereka saling bertentangan.


Mark 14:57
Kemudian beberapa orang berdiri dan memberikan kesaksian palsu tentang Yesus.


Mark 14:60
Setelah itu Imam Agung berdiri di hadapan mereka semua dan bertanya kepada Yesus, “Tidakkah kamu mahu menjawab tuduhan yang ditujukan kepadamu?”


Mark 14:61
Yesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi Imam Agung bertanya kepada-Nya, “Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?”


Mark 14:62
Yesus menjawab, “Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!”


Mark 14:64
Kamu sudah mendengar dia mengkufuri Allah! Apakah keputusan kamu?” Mereka semua mengambil keputusan bahawa Yesus memang bersalah dan mesti dihukum mati.


Mark 14:65
Beberapa orang mula meludahi Yesus. Mereka menutupi mata-Nya dan memukul Dia. “Tekalah,” kata mereka, “siapa yang memukul kamu?” Pengawal-pengawal di situ pun menampar Dia.


Mark 14:67
Apabila dia nampak Petrus berdiang, dia mengamati Petrus dan berkata, “Kamu juga bersama-sama Yesus orang Nasaret itu.”


Mark 14:72
Ketika itu juga ayam berkokok untuk kali kedua. Maka Petrus teringat bahawa Yesus sudah berkata kepadanya, “Sebelum ayam berkokok dua kali, engkau akan menyangkal Aku tiga kali.” Lalu dia menangis tersedu-sedu.


Mark 15:1
Pada pagi-pagi sekali, para ketua imam, pemimpin masyarakat Yahudi, guru Taurat, dan anggota-anggota lain daripada Majlis Agama bermesyuarat untuk membuat beberapa rancangan. Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus.


Mark 15:2
Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.”


Mark 15:3
Ketua-ketua imam melemparkan banyak tuduhan terhadap Yesus.


Mark 15:4
Lalu Pilatus bertanya lagi kepada Yesus, “Tidak mahukah kamu menjawab? Lihatlah betapa banyaknya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu!”


Mark 15:5
Sekali lagi Yesus tidak mahu menjawab sepatah pun, sehingga Pilatus merasa hairan.


Mark 15:10
Pilatus tahu betul bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati.


Mark 15:15
Pilatus hendak menyenangkan hati orang ramai, maka dia membebaskan Barabas untuk mereka. Kemudian dia menyuruh orang mencambuk Yesus dan menyerahkan Dia kepada askar supaya disalib.


Mark 15:16
Askar-Askar membawa Yesus ke balai istana gabenor dan mengumpulkan semua askar yang lain.


Mark 15:17
Mereka memakaikan jubah ungu pada Yesus, serta membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri lalu meletakkannya pada kepala Yesus.


Mark 15:20
Setelah mereka mempermainkan Yesus, mereka menanggalkan jubah ungu itu lalu mengenakan pakaian-Nya semula. Kemudian mereka membawa Yesus ke luar untuk disalib.


Mark 15:21
Di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon. Dia baru datang dari kampung dan sedang memasuki bandar. Askar-askar memaksa dia memikul salib Yesus. (Simon berasal dari Kirene; dia bapa Aleksander dan Rufus.)


Mark 15:22
Mereka membawa Yesus ke tempat bernama Golgota, yang bermakna “Tempat Tengkorak.”


Mark 15:23
Di situ mereka cuba memberikan wain yang bercampur mur kepada Yesus, tetapi Dia tidak mahu meminumnya.


Mark 15:26
Pada salib itu dipasang tulisan tentang tuduhan terhadap Yesus: “Raja Orang Yahudi.”


Mark 15:27
Mereka juga menyalibkan dua orang penjahat bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. [


Mark 15:29
Semua orang yang lalu di situ menggeleng-gelengkan kepala sambil mengejek Yesus. Mereka berkata, “Cis! Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu membinanya semula dalam tiga hari!


Mark 15:31
Para ketua imam dan guru Taurat juga memperolokkan Yesus. Mereka bercakap sesama sendiri, “Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri!


Mark 15:32
Jika dia raja Israel, Penyelamat yang diutus oleh Allah, biarlah dia turun dari salib, supaya kami melihat dan percaya kepadanya!” Kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus pun menghina Dia.


Mark 15:34
Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, “Eloi, Eloi, lama sabakhtani?” yang bererti, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”


Mark 15:36
Seorang daripada mereka lari mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada hujung sebatang kayu lalu dihulurkannya ke mulut Yesus sambil berkata, “Tunggu! Mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menurunkan dia dari salib.”


Mark 15:37
Lalu Yesus berteriak dan menghembuskan nafas yang terakhir.


Mark 15:39
Ketua askar yang berdiri di hadapan salib itu, melihat bagaimana Yesus meninggal. Oleh itu dia berkata, “Memang benar orang ini Anak Allah!”


Mark 15:41
Merekalah wanita yang mengikut dan menolong Yesus pada waktu Dia di Galilea. Di situ juga ada banyak wanita lain yang telah datang ke Yerusalem bersama-sama Yesus.


Mark 15:42
[42-43] Hari sudah senja ketika Yusuf dari Arimatea tiba. Dia seorang ahli Majlis Agama yang dihormati orang. Dia menunggu-nunggu masanya Allah memerintah. Hari itu hari Persiapan (iaitu hari sebelum hari Sabat). Oleh itu dengan berani Yusuf menghadap Pilatus dan memohon jenazah Yesus.


Mark 15:44
Pilatus hairan mendengar bahawa Yesus sudah meninggal. Lalu dia memanggil ketua askar dan bertanya sama ada Yesus sudah lama meninggal.


Mark 15:45
Setelah mendengar laporan ketua askar itu, Pilatus membenarkan Yusuf mengambil jenazah Yesus.


Mark 15:46
Lalu Yusuf membeli kain linen. Setelah dia menurunkan jenazah Yesus, dia membalut jenazah itu dengan kain linen, lalu meletakkan jenazah itu di dalam sebuah kubur baru yang dipahat di bukit batu. Selepas itu dia menggulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu.


Mark 15:47
Maria Magdalena dan Maria, ibu Yoses memperhatikan tempat jenazah Yesus diletakkan.


Mark 16:1
Setelah hari Sabat berlalu, Maria Magdalena, Salome, dan Maria ibu Yakobus pergi membeli ramuan untuk melumuri jenazah Yesus.


Mark 16:6
Lelaki muda itu berkata, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus orang Nasaret yang telah disalibkan. Dia tidak ada di sini. Dia sudah dibangkitkan! Lihatlah, inilah tempat mereka meletakkan Dia.


Mark 16:9
Setelah Yesus bangkit daripada kematian pada pagi-pagi hari Ahad, mula-mula Dia menampakkan diri kepada Maria Magdalena. (Tujuh roh jahat pernah diusir daripada diri Maria.)


Mark 16:10
Maria Magdalena pergi menyampaikan khabar itu kepada sahabat-sahabat Yesus, yang sedang berkabung dan menangis.


Mark 16:11
Tetapi apabila mereka mendengar Maria berkata bahawa Yesus hidup dan bahawa Maria sudah nampak Yesus, mereka tidak percaya.


Mark 16:12
Sesudah itu Yesus menampakkan diri kepada dua orang pengikut-Nya dengan cara lain. Hal itu berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung.


Mark 16:14
Akhirnya, Yesus menampakkan diri kepada sebelas orang pengikut-Nya ketika mereka sedang makan. Dia menegur mereka kerana mereka kurang beriman dan terlalu degil, sehingga tidak percaya kepada kesaksian orang yang sudah melihat sendiri bahawa Dia hidup.


Mark 16:15
Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia.


Mark 16:19
Setelah Tuhan Yesus berkata-kata dengan mereka, Dia diangkat ke syurga lalu duduk di sebelah kanan Allah.


Mark 16:20
Pengikut-pengikut Yesus pergi mengkhabarkan Berita daripada Allah di serata tempat. Tuhan bekerja bersama-sama mereka dan melalui tanda-tanda itu, Dia membuktikan bahawa perkhabaran mereka benar.] [ PENGAKHIRAN NASKHAH LAMA YANG LAIN [9] Wanita-wanita itu pergi kepada Petrus dan sahabat-sahabatnya lalu memberikan laporan singkat tentang segala sesuatu yang telah diberitahukan oleh lelaki muda itu kepada mereka. [10] Sesudah itu Yesus dengan perantaraan pengikut-pengikut-Nya memberitakan perkhabaran yang suci dan kekal tentang penyelamatan yang abadi, dari timur ke barat.]


Lukas 1:31
Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus.


Lukas 2:21
Sesudah berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat. Dia dinamakan Yesus, nama yang diberikan oleh malaikat kepada-Nya sebelum Dia dikandung oleh ibu-Nya.


Lukas 2:27
Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya.


Lukas 2:41
Tiap-tiap tahun ibu bapa Yesus pergi ke Yerusalem untuk merayakan Perayaan Paska.


Lukas 2:42
Ketika Yesus berumur dua belas tahun, mereka pergi ke perayaan itu seperti biasa.


Lukas 2:43
Sehabis perayaan itu mereka pulang, tetapi Yesus, anak itu, masih di Yerusalem. Ibu bapa-Nya tidak tahu.


Lukas 2:45
Tetapi mereka tidak menjumpai Yesus. Lalu mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia.


Lukas 2:46
Pada hari ketiga mereka mendapati Yesus di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk mendengarkan guru-guru agama Yahudi dan mengajukan soalan.


Lukas 2:47
Semua orang yang mendengar Yesus hairan kerana jawapan-Nya bijak.


Lukas 2:49
Yesus menjawab, “Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?”


Lukas 2:50
Tetapi mereka tidak memahami jawapan Yesus.


Lukas 2:51
Setelah itu Yesus pulang bersama-sama mereka ke Nasaret dan taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan semua perkara ini di dalam hati.


Lukas 2:52
Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.


Lukas 3:21
Setelah semua orang itu dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka,


Lukas 3:23
Ketika Yesus memulakan pelayanan-Nya, Dia berumur kira-kira tiga puluh tahun. Menurut pendapat orang, Dia anak Yusuf anak Eli,


Lukas 4:1
Yesus yang dikuasai oleh Roh Allah, kembali dari kawasan Sungai Yordan. Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun.


Lukas 4:2
Di situ Dia dicubai oleh Iblis selama empat puluh hari. Sepanjang masa itu, Yesus tidak makan apa-apa, sehingga Dia lapar.


Lukas 4:4
Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja.’ ”


Lukas 4:5
Lalu Iblis membawa Yesus ke tempat yang tinggi, dan dalam sekelip mata Iblis menunjukkan segala kerajaan di dunia kepada-Nya.


Lukas 4:6
“Aku akan memberikan segala kekuasaan dan kekayaan ini kepada-Mu,” kata Iblis kepada Yesus. “Semuanya ini telah diberikan kepadaku, dan aku berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang aku suka.


Lukas 4:8
Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ ”


Lukas 4:9
Lalu Iblis membawa Yesus ke Yerusalem dan menaruh Dia di puncak Rumah Tuhan dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah,


Lukas 4:12
Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’ ”


Lukas 4:13
Apabila Iblis selesai mencubai Yesus dengan segala upaya, dia meninggalkan Yesus untuk sementara waktu.


Lukas 4:14
Yesus kembali ke Galilea dan kuasa Roh Allah menyertai Dia. Berita tentang Yesus tersebar ke seluruh daerah itu.


Lukas 4:15
Yesus mengajar di rumah ibadat dan Dia dipuji oleh semua orang.


Lukas 4:16
Kemudian Yesus pergi ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat, seperti biasa Yesus pergi ke rumah ibadat. Dia berdiri untuk membaca Alkitab,


Lukas 4:17
lalu Dia diberikan gulungan naskhah yang berisi perkhabaran daripada Nabi Yesaya. Yesus membuka gulungan naskhah itu, lalu mendapatkan bahagian yang tertulis,


Lukas 4:20
Yesus menggulung gulungan naskhah itu semula dan mengembalikannya kepada petugas, lalu duduk. Mata semua orang di dalam rumah ibadat itu tertumpu kepada Yesus.


Lukas 4:21
Yesus mula berkata kepada mereka, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya. ”


Lukas 4:22
Kata-kata yang diucapkan oleh Yesus baik sekali sehingga para pendengar-Nya kagum. Mereka berkata, “Bukankah dia anak Yusuf?”


Lukas 4:23
Tetapi Yesus berkata, “Tentu kamu akan menyebut peribahasa ini kepada-Ku, ‘Hai doktor, sembuhkanlah dirimu sendiri.’ Kamu juga akan berkata, ‘Kami mendengar tentang semua perkara yang sudah berlaku di Kapernaum, lakukanlah semuanya di kampung halamanmu juga.’ ”


Lukas 4:24
Yesus berkata lagi, “Ketahuilah, seorang nabi tidak pernah dihormati di kampung halamannya sendiri.


Lukas 4:29
Mereka bangkit lalu menyeret Yesus ke luar bandar dan membawa-Nya ke puncak bukit tempat kota mereka dibina. Mereka bermaksud menolak Yesus ke dalam jurang.


Lukas 4:30
Tetapi Yesus terus berjalan antara orang ramai lalu pergi dari situ.


Lukas 4:31
Lalu Yesus pergi ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea. Di situ Dia mengajar orang pada hari Sabat.


Lukas 4:32
Orang kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan wibawa.


Lukas 4:34
“Engkau mahu berbuat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan suci daripada Allah!”


Lukas 4:35
Yesus memerintah roh itu, “Diam, dan keluarlah daripada orang ini!” Kemudian roh jahat itu membanting orang itu di hadapan mereka, lalu keluar daripada orang itu tanpa menyakitinya.


Lukas 4:37
Laporan tentang Yesus tersebar di seluruh kawasan itu.


Lukas 4:38
Yesus meninggalkan rumah ibadat itu, lalu pergi ke rumah Simon. Ibu mentua Simon sakit; dia demam. Orang di situ memberitahukan hal itu kepada Yesus.


Lukas 4:39
Yesus mendekati katil ibu itu, lalu mengusir demamnya. Demam ibu mentua Simon hilang, lalu dia segera bangun untuk melayani mereka.


Lukas 4:40
Ketika matahari terbenam, semua orang yang mempunyai kawan yang menderita berbagai-bagai penyakit membawa mereka kepada Yesus. Yesus meletakkan tangan-Nya ke atas tiap-tiap orang dan menyembuhkan mereka semua.


Lukas 4:41
Roh-roh jahat pun keluar daripada banyak orang, sambil berseru, “Engkau Anak Allah!” Yesus menengking roh-roh itu dan berkata, “Diam!” Dia berkata demikian kerana roh-roh itu tahu bahawa Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah.


Lukas 4:42
Apabila fajar menyingsing, Yesus meninggalkan kota itu lalu pergi ke tempat yang sunyi. Orang ramai mula mencari Dia. Apabila mereka menjumpai Dia, mereka cuba menghalang Dia meninggalkan kota itu.


Lukas 4:43
Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah harus Aku khabarkan juga di kota-kota lain, kerana Allah mengutus Aku untuk melakukan tugas itu.”


Lukas 5:1
Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah.


Lukas 5:2
Yesus nampak dua buah perahu di pantai itu, tetapi nelayan sudah meninggalkan perahu dan sedang mencuci jala.


Lukas 5:3
Yesus menaiki salah sebuah perahu itu, iaitu perahu Simon. Lalu Dia menyuruh Simon menolak perahu itu sedikit jauh dari pantai. Yesus duduk di perahu itu, lalu mengajar orang ramai.


Lukas 5:8
Apabila Simon nampak apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus sambil berkata, “Tinggalkanlah aku, ya Tuhan! Aku orang berdosa!”


Lukas 5:10
Demikian juga halnya dengan rakan Simon yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Yesus berkata kepada Simon, “Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”


Lukas 5:11
Mereka menarik perahu-perahu itu ke pantai dan meninggalkan segala-galanya, lalu mengikut Yesus.


Lukas 5:12
Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, “Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!”


Lukas 5:13
Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. “Aku mahu,” kata-Nya, “sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.


Lukas 5:14
Yesus memerintah dia, “Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun. Pergilah temui imam supaya dia mengesahkan kesembuhanmu. Lalu persembahkanlah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu sudah sembuh.”


Lukas 5:15
Tetapi berita tentang Yesus semakin tersebar luas. Banyak orang datang untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka.


Lukas 5:16
Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa.


Lukas 5:17
Pada suatu hari ketika Yesus sedang mengajar, beberapa orang Farisi dan guru Taurat duduk di situ. Mereka datang dari Yerusalem, dari semua kota di Galilea dan Yudea. Kuasa Tuhan ada pada Yesus untuk menyembuhkan orang sakit.


Lukas 5:18
Pada waktu itu, beberapa orang datang membawa seorang lumpuh yang berbaring di atas tikar. Mereka cuba membawa dia ke dalam rumah supaya dapat meletakkannya di hadapan Yesus.


Lukas 5:19
Tetapi kerana orang di situ terlalu banyak, mereka tidak dapat membawa dia masuk. Oleh itu mereka membawa dia ke atas bumbung rumah. Kemudian mereka membuka bumbung rumah itu dan menurunkan dia dengan tikarnya di hadapan Yesus di tengah-tengah orang ramai itu.


Lukas 5:20
Apabila Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang itu, “Hai kawan, dosamu sudah diampunkan.”


Lukas 5:22
Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, “Mengapa kamu berfikir demikian?


Lukas 5:24
Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa untuk mengampunkan dosa.” Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, “Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkatlah tikarmu, dan pulanglah!”


Lukas 5:27
Setelah itu Yesus keluar dan nampak seorang pemungut cukai bernama Lewi sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, “Ikutlah Aku.”


Lukas 5:28
Lewi berdiri, meninggalkan semuanya, lalu mengikut Yesus.


Lukas 5:29
Kemudian Lewi mengadakan jamuan besar di rumahnya untuk Yesus. Banyak pemungut cukai dan orang lain makan bersama-sama mereka.


Lukas 5:30
Beberapa orang Farisi dan guru Taurat bersungut-sungut kepada pengikut-pengikut Yesus. Mereka bertanya, “Mengapa kamu makan dan minum bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?”


Lukas 5:31
Yesus menjawab, “Orang sihat tidak memerlukan doktor, hanya orang sakit.


Lukas 5:33
Beberapa orang berkata kepada Yesus, “Pengikut Yohanes dan pengikut orang Farisi kerap kali berpuasa dan berdoa. Tetapi pengikut-Mu makan dan minum.”


Lukas 5:34
Yesus menjawab, “Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak!


Lukas 5:36
Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, “Tidak ada orang yang menampal pakaian lama dengan secebis kain daripada pakaian baru. Jika dia berbuat demikian, dia akan merosakkan pakaian baru itu; lagi pula kain penampal yang baru itu tidak berpadan dengan pakaian lama.


Lukas 6:1
Pada suatu hari Sabat, ketika Yesus sedang melewati ladang gandum, pengikut-pengikut-Nya memetik bulir gandum. Mereka menggosoknya dengan tangan, lalu memakannya.


Lukas 6:3
Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar?


Lukas 6:5
Lalu Yesus berkata, “Anak Manusia berkuasa atas hari Sabat!”


Lukas 6:6
Pada hari Sabat yang lain, Yesus pergi mengajar di rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah.


Lukas 6:7
Beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi sedang mencari kesalahan Yesus supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia baik-baik sama ada Dia akan menyembuhkan orang pada hari Sabat.


Lukas 6:8
Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Dia berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah, “Berdirilah dan marilah ke depan.” Orang itu bangun lalu berdiri di situ.


Lukas 6:9
Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Aku hendak bertanya: Menurut Taurat apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan orang atau membinasakannya?”


Lukas 6:10
Yesus memandang mereka semua, lalu berkata kepada orang itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Orang itu menghulurkan tangannya, lalu tangannya pun sembuh.


Lukas 6:11
Tetapi mereka sangat marah dan mula berunding sesama sendiri tentang apa yang boleh dilakukan oleh mereka terhadap Yesus.


Lukas 6:12
Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalam-malaman.


Lukas 6:13
Apabila hari sudah terang, Dia memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu memilih dua belas orang daripada mereka. Yesus menamakan dua belas orang itu rasul. Mereka terdiri daripada


Lukas 6:17
Apabila Yesus turun dari bukit bersama-sama rasul-rasul itu, Dia berdiri di tempat yang rata dengan sebilangan besar pengikut-Nya. Di situ juga ada orang ramai yang datang dari seluruh Yudea, Yerusalem, kota Tirus dan Sidon yang di tepi laut.


Lukas 6:18
Mereka datang untuk mendengar Yesus dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. Orang yang dirasuk roh jahat juga datang dan disembuhkan.


Lukas 6:19
Semua orang cuba menyentuh Yesus, kerana kuasa keluar daripada-Nya dan menyembuhkan mereka semua.


Lukas 6:20
Yesus memandang semua pengikut-Nya lalu berkata, “Berbahagialah kamu yang miskin; kerana kamu menikmati Pemerintahan Allah!


Lukas 6:39
Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, “Jika seorang buta memimpin seorang buta yang lain, maka kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang.


Lukas 7:1
Setelah Yesus mengatakan segala perkara itu kepada orang ramai, Dia pergi ke Kapernaum.


Lukas 7:3
Ketika ketua askar itu mendengar tentang Yesus, dia menyuruh beberapa orang pemimpin masyarakat Yahudi pergi kepada Yesus untuk meminta Dia datang dan menyembuhkan hambanya.


Lukas 7:4
Mereka pergi kepada Yesus lalu memohon dengan sungguh-sungguh, “Orang ini layak tuan tolong.


Lukas 7:6
Yesus pergi bersama-sama mereka. Ketika Dia hampir tiba di rumah itu, ketua askar itu mengutus sahabat-sahabatnya supaya berkata kepada Yesus, “Tuan, janganlah bersusah-susah ke rumah saya. Saya tidak layak menyambut tuan ke rumah saya.


Lukas 7:9
Yesus hairan mendengar hal itu. Dia berpaling lalu berkata kepada orang ramai yang sedang mengikuti-Nya, “Belum pernah Aku jumpai orang yang beriman sebesar ini, bahkan di kalangan orang Israel pun tidak!”


Lukas 7:11
Tidak lama kemudian, Yesus pergi ke kota Nain. Pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai pergi dengan Dia.


Lukas 7:14
Setelah itu Dia menghampiri dan menyentuh usungan itu, lalu para pengusung pun berhenti. Yesus berkata, “Hai anak muda, Aku menyuruh kamu bangun!”


Lukas 7:15
Pemuda yang dihidupkan semula itu duduk dan mula bercakap. Lalu pemuda itu diserahkan oleh Yesus kepada ibunya.


Lukas 7:17
Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri dan di daerah sekitarnya.


Lukas 7:19
lalu menyuruh mereka bertanya kepada Tuhan Yesus, “Adakah tuan orang yang dikatakan akan datang menurut janji Allah atau adakah kami harus menantikan seorang lain?”


Lukas 7:20
Apabila mereka bertemu dengan Yesus, mereka berkata, “Yohanes Pembaptis menyuruh kami bertanya kepada tuan, ‘Adakah tuan orang yang dikatakan akan datang menurut janji Allah, atau adakah kami harus menantikan seorang lain?’ ”


Lukas 7:21
Kebetulan pada masa itu, Yesus menyembuhkan banyak orang sakit. Dia mengusir roh-roh jahat dan mencelikkan mata orang buta.


Lukas 7:22
Oleh itu Yesus menjawab utusan-utusan Yohanes, “Pulanglah, beritahu Yohanes apa yang telah kamu lihat dan dengar: orang buta melihat, orang lumpuh berjalan, orang berpenyakit kulit yang mengerikan menjadi sembuh, orang tuli mendengar, orang mati dibangkitkan semula, dan Berita Baik daripada Allah dikhabarkan kepada orang miskin.


Lukas 7:24
Setelah utusan-utusan Yohanes pergi, Yesus mula bercakap tentang Yohanes kepada orang ramai. Dia berkata, “Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah?


Lukas 7:28
Yesus berkata pula, “Hendaklah kamu tahu bahawa di dunia ini tidak ada orang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Tetapi orang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes.”


Lukas 7:29
Orang ramai termasuk para pemungut cukai mendengar Yesus mengatakan hal itu. Merekalah yang mentaati perintah Allah dan mahu dibaptis oleh Yohanes.


Lukas 7:31
Yesus berkata, “Dengan apakah dapat Aku bandingkan orang zaman ini? Seperti apakah mereka?


Lukas 7:36
Seorang Farisi bernama Simon menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus pergi ke rumahnya lalu mulai makan.


Lukas 7:37
Di kota itu ada pula seorang wanita yang hidup dalam dosa. Dia mendengar bahawa Yesus sedang makan di rumah orang Farisi itu, lalu dia pergi ke situ sambil membawa sebotol minyak wangi.


Lukas 7:38
Dia berdiri di belakang Yesus dekat kaki-Nya; dia menangis dan membasahi kaki Yesus dengan air matanya. Kemudian kaki Yesus dikeringkan oleh wanita itu dengan rambutnya, lalu kaki Yesus diciumnya dan dituangi minyak wangi.


Lukas 7:39
Apabila orang Farisi yang menjemput Yesus melihat kejadian ini, dia berkata dalam hati, “Jika dia ini benar-benar seorang nabi, tentu dia tahu bahawa wanita yang menyentuhnya itu hidup dalam dosa!”


Lukas 7:40
Yesus berkata kepadanya, “Simon, ada yang hendak Aku katakan kepadamu.” Simon menjawab, “Katakanlah guru.”


Lukas 7:41
Yesus berkata, “Ada dua orang lelaki berhutang kepada seorang peminjam wang. Yang seorang berhutang lima ratus keping wang perak dan yang seorang lagi lima puluh keping wang perak.


Lukas 7:43
Simon menjawab, “Pada pendapat saya orang yang berhutang lebih banyak!” “Pendapatmu benar,” jawab Yesus.


Lukas 7:44
Lalu Yesus berpaling kepada wanita itu dan berkata kepada Simon, “Kamu nampak perempuan ini? Aku datang ke rumahmu dan kamu tidak menyediakan air untuk membersihkan kaki-Ku. Tetapi wanita ini membasuh kaki-Ku dengan air matanya, dan mengeringkannya dengan rambutnya.


Lukas 7:48
Lalu Yesus berkata kepada wanita itu, “Dosamu sudah diampunkan.”


Lukas 7:49
Mereka yang makan bersama-sama Yesus mula bertanya sesama sendiri, “Siapakah dia ini sehingga dapat mengampunkan dosa?”


Lukas 7:50
Tetapi Yesus berkata kepada wanita itu, “Oleh sebab kamu percaya kepada-Ku, kamu diselamatkan. Pergilah dengan sejahtera!”


Lukas 8:1
Tidak berapa lama kemudian, Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah mula memerintah. Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia,


Lukas 8:3
Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.


Lukas 8:4
Orang terus-menerus datang kepada Yesus dari berbagai-bagai kota. Apabila orang yang berkumpul di situ banyak sekali, Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka.


Lukas 8:8
Tetapi ada juga benih yang jatuh di tanah subur, lalu tumbuh dan menghasilkan buah seratus kali ganda.” Setelah Yesus menceritakan perumpamaan itu, Dia berkata, “Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!”


Lukas 8:9
Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya makna perumpamaan itu.


Lukas 8:10
Yesus menjawab, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. Tetapi yang lain diberitahukan hal itu melalui perumpamaan, supaya mereka melihat tetapi tidak nampak dan mereka mendengar tetapi tidak faham.”


Lukas 8:19
Ibu dan saudara-saudara Yesus datang kepada Yesus, tetapi mereka tidak dapat menghampiri Dia kerana orang di situ terlalu banyak.


Lukas 8:20
Lalu seorang berkata kepada Yesus, “Tuan, ibu dan saudara-saudara tuan di luar. Mereka hendak berjumpa dengan tuan.”


Lukas 8:21
Tetapi Yesus berkata kepada mereka semua, “Orang yang mendengar firman Allah serta mentaatinya, merekalah ibu dan saudara-saudara-Ku.”


Lukas 8:22
Pada suatu hari Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, “Marilah kita menyeberang tasik.” Mereka pun bertolak.


Lukas 8:23
Sedang mereka belayar, Yesus tidur. Tiba-tiba angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua.


Lukas 8:24
Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, “Guru, Guru, kita hampir tenggelam!” Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali.


Lukas 8:25
Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?” Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, “Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintahnya?”


Lukas 8:27
Sedang Yesus naik ke darat, Dia didatangi seorang lelaki dari bandar. Orang itu dirasuk roh jahat. Sudah lama orang itu tidak berpakaian dan tidak mahu tinggal di rumah. Dia tinggal di gua kubur.


Lukas 8:28
Apabila dia melihat Yesus, dia berteriak serta sujud di hadapan Yesus, dan berseru, “Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Aku mohon, janganlah seksa aku!”


Lukas 8:29
Orang itu berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluar daripadanya. Banyak kali roh jahat itu menguasai orang itu. Walaupun dia dijaga dengan ketat dan kaki tangannya dirantai, dia dapat memutuskan rantai itu, lalu roh jahat membawa dia ke padang gurun.


Lukas 8:30
Yesus bertanya kepadanya, “Siapa namamu?” Dia menjawab, “ ‘Legiun’ ” - kerana banyak roh jahat sudah masuk ke dalam dirinya.


Lukas 8:31
Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus tidak menghalau roh-roh itu ke Jurang Maut.


Lukas 8:32
Dekat tempat itu ada kawanan babi sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus membenarkan roh-roh itu masuk ke dalam kawanan babi itu. Yesus bersetuju.


Lukas 8:35
Lalu orang ramai keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat duduk dekat kaki Yesus. Orang itu sudah berpakaian dan waras fikirannya. Mereka semua ketakutan.


Lukas 8:37
Lalu penduduk daerah Gerasa memohon supaya Yesus meninggalkan tempat itu, kerana mereka semua sangat takut. Oleh itu Yesus menaiki perahu lalu pergi dari situ.


Lukas 8:38
Orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat memohon kepada Yesus supaya dibenarkan mengikut Yesus. Tetapi Yesus menyuruh dia pergi,


Lukas 8:39
“Pulanglah ke rumah, dan ceritakan apa yang telah dilakukan oleh Allah untukmu.” Orang itu pergi ke seluruh pelosok bandar dan menceritakan apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya.


Lukas 8:40
Apabila Yesus kembali ke seberang tasik, orang ramai menyambut Dia kerana mereka sedang menanti-nantikan Dia.


Lukas 8:41
Lalu datanglah seorang bernama Yairus. Dia ketua rumah ibadat tempatan. Dia sujud di hadapan Yesus dan memohon supaya Yesus datang ke rumahnya,


Lukas 8:42
kerana anak perempuannya yang tunggal, yang berumur dua belas tahun, hampir meninggal. Sedang Yesus berjalan ke rumah Yairus, orang mengasak Dia dari semua sisi.


Lukas 8:44
Wanita itu mendekati Yesus dari belakang, lalu menyentuh hujung jubah-Nya, dan dengan segera pendarahannya berhenti.


Lukas 8:45
Yesus bertanya, “Siapa menyentuh Aku?” Tiada orang yang mahu mengaku. Petrus berkata, “Guru, orang di sini banyak sekali; mereka berasak-asakan!”


Lukas 8:46
Tetapi Yesus berkata, “Ada orang yang menyentuh Aku. Aku tahu kerana kuasa telah keluar daripada-Ku.”


Lukas 8:47
Wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui oleh Yesus. Dia datang dengan gementar lalu sujud pada kaki Yesus. Di hadapan semua orang, dia memberitahu Yesus mengapa dia menyentuh Yesus dan bagaimana penyakitnya sembuh dengan serta-merta.


Lukas 8:48
Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera.”


Lukas 8:49
Sedang Yesus berkata demikian, seorang pesuruh datang dari rumah Yairus. Dia berkata kepada Yairus, “Anak perempuan tuan sudah meninggal. Janganlah susahkan guru lagi.”


Lukas 8:50
Yesus mendengar kata-kata itu. Dia berkata kepada Yairus. “Jangan takut. Percayalah sahaja dan anakmu akan sembuh.”


Lukas 8:51
Apabila Yesus tiba di rumah itu, Dia tidak membenarkan sesiapa pun masuk dengan Dia kecuali Petrus, Yohanes, Yakobus, dan ibu bapa anak itu.


Lukas 8:52
Semua orang sedang menangisi dan meratapi kematian anak itu. Yesus berkata, “Janganlah menangis. Anak ini tidak meninggal, dia hanya tidur!”


Lukas 8:53
Semua orang mentertawakan Yesus, kerana mereka tahu bahawa anak itu sudah meninggal.


Lukas 8:54
Tetapi Yesus memegang tangan anak itu, lalu berkata, “Bangunlah, nak!”


Lukas 8:55
Nyawa anak itu kembali dan seketika itu juga dia bangun. Lalu Yesus menyuruh mereka memberikan makanan kepada anak itu.


Lukas 8:56
Ibu bapa anak itu sangat hairan, tetapi Yesus melarang mereka memberitahu sesiapa pun apa yang sudah berlaku.


Lukas 9:1
Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu Dia memberi mereka kuasa dan wibawa untuk mengusir roh jahat serta menyembuhkan penyakit.


Lukas 9:3
Yesus berkata kepada mereka, “Janganlah bawa apa-apa untuk perjalanan kamu, baik tongkat, beg sedekah, makanan, wang, mahupun dua helai pakaian.


Lukas 9:9
Herodes berkata, “Aku sudah menyuruh orang memancung kepala Yohanes. Tetapi siapakah orang ini? Banyak perkara tentang orang ini sudah aku dengar.” Herodes tetap berusaha untuk berjumpa dengan Yesus.


Lukas 9:10
Rasul-rasul Yesus kembali kepada Yesus dan menceritakan segala yang sudah dilakukan oleh mereka. Lalu Yesus membawa mereka ke kota Betsaida.


Lukas 9:11
Apabila orang ramai mengetahui hal itu, mereka mengikut Yesus. Yesus menyambut mereka, lalu mengajar mereka tentang Pemerintahan Allah, dan menyembuhkan orang yang minta disembuhkan.


Lukas 9:12
Apabila hari mula senja, dua belas orang pengikut itu datang kepada Yesus dan berkata, “Suruhlah semua orang ini pulang, supaya mereka dapat pergi ke pekan dan kampung di sekitar tempat ini untuk mendapatkan makanan dan mencari tempat bermalam. Tempat ini terpencil.”


Lukas 9:13
Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.” Mereka menjawab, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan. Adakah Guru mahu kami pergi membeli makanan untuk orang sebanyak ini?”


Lukas 9:14
(Ada kira-kira lima ribu orang lelaki di situ.) Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Suruhlah mereka duduk dalam kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok.”


Lukas 9:15
Pengikut-pengikut Yesus melakukan suruhan Yesus lalu semua orang pun duduk.


Lukas 9:16
Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti dan ikan itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu.


Lukas 9:17
Semua orang makan sampai kenyang. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.


Lukas 9:18
Pada suatu hari, ketika Yesus sedang berdoa sendirian, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang ramai, siapakah Aku ini?”


Lukas 9:20
“Tetapi menurut kamu siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah.”


Lukas 9:21
Dengan tegas Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jangan ceritakan hal itu kepada sesiapa pun.”


Lukas 9:28
Kira-kira seminggu setelah Yesus mengatakan perkara-perkara itu, Dia membawa Petrus, Yohanes, dan Yakobus ke sebuah bukit untuk berdoa.


Lukas 9:29
Sedang Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilauan.


Lukas 9:31
Mereka kelihatan bersinar-sinar dengan cahaya dari syurga. Mereka berkata-kata dengan Yesus tentang bagaimana Yesus akan segera memenuhi rancangan Allah dengan kematian-Nya di Yerusalem.


Lukas 9:32
Pada waktu itu Petrus dan kawan-kawannya tidur nyenyak. Tetapi mereka terjaga dan nampak kemuliaan Yesus serta dua orang yang berdiri dengan-Nya.


Lukas 9:33
Ketika dua orang itu hendak meninggalkan Yesus, Petrus berkata kepada-Nya, “Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.” (Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang dikatakannya.)


Lukas 9:36
Apabila suara itu berhenti berkata-kata, mereka melihat Yesus seorang diri di situ. Pengikut-pengikut-Nya tidak berkata apa-apa tentang semuanya itu. Pada waktu itu mereka tidak memberitahu sesiapa pun apa yang telah dilihat oleh mereka.


Lukas 9:37
Keesokan harinya Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya turun dari bukit dan orang ramai datang menjumpai Yesus.


Lukas 9:41
Yesus menjawab, “Hai kamu yang sesat dan tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu dan bersabar terhadap kamu?” Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Bawalah anakmu ke mari.”


Lukas 9:42
Ketika anak itu menghampiri Yesus, roh jahat membanting anak itu ke tanah lalu tubuhnya berkejang-kejang. Yesus mengusir roh jahat itu dan menyembuhkan anak itu, lalu menyerahkannya kembali kepada bapanya.


Lukas 9:43
Semua orang hairan melihat kuasa Allah yang begitu besar! Sementara mereka masih terhairan-hairan tentang segala perkara yang dilakukan-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,


Lukas 9:45
Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak memahami maksud kata-kata itu. Allah merahsiakan hal itu daripada mereka sehingga mereka tidak dapat memahaminya. Tetapi mereka takut bertanya kepada Yesus tentang perkara itu.


Lukas 9:46
Pertengkaran timbul antara pengikut-pengikut Yesus tentang siapa yang terbesar.


Lukas 9:47
Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Oleh itu Dia menyuruh seorang kanak-kanak berdiri di sisi-Nya.


Lukas 9:50
Yesus berkata kepada Yohanes dan pengikut-Nya yang lain, “Jangan larang dia, kerana orang yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu.”


Lukas 9:51
Apabila sudah dekat masanya Yesus diangkat ke syurga, Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Yerusalem.


Lukas 9:52
Dia menyuruh orang pergi terlebih dahulu daripada Dia. Mereka berangkat dan pergi ke sebuah pekan di Samaria untuk menyediakan tempat bermalam bagi Yesus.


Lukas 9:53
Tetapi penduduk pekan itu tidak mahu menerima Yesus, kerana nyata sekali bahawa Yesus sedang menuju ke Yerusalem.


Lukas 9:54
Ketika Yakobus dan Yohanes, pengikut Yesus mengetahui hal itu, mereka berkata, “Tuhan, adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?”


Lukas 9:55
Yesus berpaling lalu memarahi mereka.


Lukas 9:57
Sedang mereka meneruskan perjalanan, datanglah seseorang berkata kepada Yesus, “Saya bersedia mengikut tuan ke mana sahaja tuan pergi!”


Lukas 9:58
Yesus menjawab, “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat.”


Lukas 9:60
Yesus menjawab, “Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka sendiri. Tetapi kamu, pergilah khabarkan berita bahawa Allah sudah mula memerintah.”


Lukas 9:62
Yesus berkata kepadanya, “Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Allah.”


Lukas 10:1
Kemudian Yesus memilih tujuh puluh dua orang pengikut pula. Dia mengutus mereka berdua-dua, dan pergi mendahului Dia ke tiap-tiap kota dan tempat yang akan dikunjungi-Nya.


Lukas 10:2
Yesus berkata kepada mereka, “Tuaian sungguh banyak, tetapi yang menuai hanya sedikit. Berdoalah kepada Pemilik tuaian supaya Dia menghantar orang untuk menuai tuaian-Nya.


Lukas 10:16
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Orang yang mendengar kata-kata kamu, mendengar kata-kata-Ku juga. Tetapi orang yang menolak kamu, menolak Aku juga. Orang yang menolak Aku, juga menolak Dia yang mengutus Aku.”


Lukas 10:18
Yesus berkata kepada mereka, “Aku nampak Iblis jatuh dari langit seperti kilat.


Lukas 10:21
Pada waktu itu Yesus bersukacita kerana dipenuhi oleh Roh Allah, lalu berkata, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana kepada orang yang tidak terpelajar Engkau telah menunjukkan apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak dan pandai. Ya Bapa, perkara itulah yang menyenangkan hati Bapa.


Lukas 10:23
Lalu Yesus berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata kepada mereka, “Alangkah berbahagianya kamu kerana dapat melihat apa yang kamu lihat sekarang ini!


Lukas 10:25
Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, “Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?”


Lukas 10:26
Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?”


Lukas 10:28
Yesus berkata kepadanya, “Jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal.”


Lukas 10:30
Yesus menjawab, “Seorang lelaki turun dari Yerusalem dan pergi ke Yerikho. Di tengah perjalanan, dia diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, lalu meninggalkannya di tepi jalan.


Lukas 10:36
Lalu Yesus mengakhiri ceritanya dengan bertanya, “Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompak itu?”


Lukas 10:37
Guru Taurat itu menjawab, “Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.” Yesus berkata pula, “Pergilah dan berbuatlah demikian!”


Lukas 10:38
Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan, lalu tiba di sebuah pekan. Di situ seorang wanita bernama Marta menjemput Yesus ke rumahnya.


Lukas 10:40
Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!”


Lukas 11:1
Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut-Nya berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa.”


Lukas 11:2
Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian, ‘Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi.


Lukas 11:5
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti,


Lukas 11:8
Yesus berkata, “Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan.


Lukas 11:14
Pada suatu hari Yesus mengusir roh jahat daripada seorang bisu. Setelah roh jahat itu keluar, orang itu mula bercakap. Orang ramai hairan,


Lukas 11:15
tetapi ada beberapa orang yang berkata, “Beelzebul, ketua semua roh jahat telah memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat.”


Lukas 11:16
Ada juga orang lain yang hendak memerangkap Yesus. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah.


Lukas 11:17
Tetapi Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan akan hancur.


Lukas 11:27
Setelah Yesus berkata demikian, seorang wanita antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Alangkah bahagianya wanita yang melahirkan dan menyusui kamu!”


Lukas 11:28
Tetapi Yesus menjawab, “Lebih bahagia lagi orang yang mendengar firman Allah dan melakukannya!”


Lukas 11:29
Ketika orang ramai mengerumuni Yesus, Dia berkata, “Alangkah jahatnya orang zaman ini! Mereka meminta mukjizat, tetapi tidak satu pun akan diberi kecuali mukjizat Nabi Yunus.


Lukas 11:37
Setelah Yesus berkata demikian, seorang Farisi menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus pergi ke situ lalu mulai makan.


Lukas 11:38
Orang Farisi itu hairan melihat Yesus makan dengan tidak membasuh tangan terlebih dahulu.


Lukas 11:45
Salah seorang guru Taurat berkata kepada Yesus, “Guru, apabila guru berkata begitu, guru menghina kami juga!”


Lukas 11:46
Yesus menjawab, “Malanglah kamu guru Taurat! Kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, tetapi kamu sendiri tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu.


Lukas 11:53
Apabila Yesus meninggalkan tempat itu, guru Taurat dan orang Farisi mula mengecam Yesus. Mereka menyoal Yesus tentang banyak hal


Lukas 11:54
dengan maksud untuk memerangkap Dia. Mereka berusaha untuk mencari kesalahan Yesus ketika Dia berkata-kata.


Lukas 12:1
Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunafikan mereka.


Lukas 12:13
Seorang daripada orang ramai berkata kepada Yesus, “Guru, suruhlah saudara saya berikan sebahagian daripada harta peninggalan bapa kami kepada saya.”


Lukas 12:14
Yesus berkata kepadanya, “Saudara, siapa memberikan kuasa kepada-Ku untuk menjadi hakim, ataupun membahagikan harta antara kamu berdua?”


Lukas 12:15
Seterusnya Yesus berkata kepada mereka semua, “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak! Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali.”


Lukas 12:16
Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang hartawan mempunyai tanah yang menghasilkan tuaian yang banyak.


Lukas 12:21
Lalu Yesus mengakhiri cerita-Nya dengan berkata, “Demikianlah halnya dengan orang yang mengumpulkan harta untuk diri sendiri, padahal tidak kaya di sisi Allah.”


Lukas 12:22
Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu: Janganlah khuatir tentang hidup kamu, tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu pakai.


Lukas 12:54
Yesus juga berkata kepada orang ramai, “Apabila kamu melihat awan naik di sebelah barat, dengan segera kamu berkata, ‘Hari akan hujan,’ dan benar-benar hari hujan.


Lukas 13:1
Pada waktu itu beberapa orang di situ memberitahu Yesus perihal orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus ketika mereka mempersembahkan korban kepada Allah.


Lukas 13:2
Yesus berkata kepada mereka, “Kerana beberapa orang Galilea dibunuh secara demikian, adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada orang Galilea lain?


Lukas 13:6
Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang mempunyai pokok ara di kebun anggurnya. Pada suatu hari dia mencari buah ara pada pokok itu, tetapi tidak menjumpai apa-apa.


Lukas 13:10
Pada suatu hari Sabat Yesus mengajar di rumah ibadat.


Lukas 13:12
Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, “Mulai sekarang kamu sembuh!”


Lukas 13:13
Yesus meletakkan tangan-Nya pada wanita itu dan pada saat itu juga wanita itu berdiri tegak lalu memuji Allah.


Lukas 13:14
Ketua rumah ibadat marah kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat. Ketua rumah ibadat berkata kepada semua orang di situ, “Ada enam hari untuk bekerja; datanglah pada masa itu untuk disembuhkan, tetapi jangan pada hari Sabat!”


Lukas 13:17
Jawapan Yesus memalukan semua musuh-Nya, tetapi semua orang lain bersukacita kerana segala perbuatan ajaib yang dilakukan oleh Yesus.


Lukas 13:18
Yesus bertanya, “Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah? Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya?


Lukas 13:20
Sekali lagi Yesus bertanya, “Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya apabila Allah memerintah?


Lukas 13:22
Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui beberapa buah kota dan pekan sambil mengajar.


Lukas 13:23
Seorang bertanya kepada-Nya, “Tuan, sedikit sahajakah orang yang akan diselamatkan?” Yesus menjawab,


Lukas 13:31
Pada masa itu juga, beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan berkata kepada-Nya, “Tinggalkan tempat ini. Pergilah ke tempat lain, kerana Herodes hendak membunuh kamu.”


Lukas 13:32
Yesus menjawab, “Pergilah beritahu orang licik itu, ‘Hari ini dan esok Aku mengusir roh jahat dan menyembuhkan orang sakit, lalu pada hari ketiga, Aku akan menyelesaikan pekerjaan-Ku.’


Lukas 14:1
Pada suatu hari Sabat, Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkenal. Orang di situ memerhati Yesus.


Lukas 14:2
Lalu seorang lelaki yang bengkak kaki dan lengannya datang kepada Yesus.


Lukas 14:3
Yesus bertanya kepada semua guru Taurat dan orang Farisi di situ, “Adakah Taurat membenarkan kita menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat?”


Lukas 14:4
Mereka tidak mahu berkata apa-apa. Lalu Yesus memanggil orang itu dan menyembuhkan dia, kemudian menyuruh dia pergi.


Lukas 14:5
Setelah itu Yesus berkata kepada mereka, “Jika seorang di antara kamu mempunyai anak lelaki atau lembu yang jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, tidakkah kamu akan menariknya keluar pada hari itu juga?”


Lukas 14:6
Mereka tidak dapat menjawab Yesus tentang hal itu.


Lukas 14:7
Yesus memperhatikan beberapa orang tetamu yang memilih tempat terbaik. Oleh itu Dia menceritakan perumpamaan ini kepada mereka semua.


Lukas 14:12
Kemudian Yesus berkata pula kepada tuan rumah, “Apabila kamu menjemput orang makan siang atau makan malam, janganlah jemput sahabat, atau saudara, atau sanak keluarga, ataupun jiranmu yang kaya. Kelak mereka akan menjemput kamu pula dan dengan demikian kamu menerima balasan perbuatanmu.


Lukas 14:15
Salah seorang yang duduk bersama-sama Yesus mendengar kata-kata-Nya. Dia berkata kepada Yesus, “Alangkah bahagianya mereka yang akan dijamu oleh Allah di Dunia Baru Allah!”


Lukas 14:16
Yesus berkata kepada orang itu, “Ada seorang yang sedang mengadakan jamuan besar. Dia menjemput banyak orang.


Lukas 14:25
Orang ramai berjalan bersama-sama Yesus; Dia berpaling dan berkata kepada mereka,


Lukas 14:33
Akhirnya Yesus berkata, “Demikian juga dengan kamu. Tidak seorang pun daripada kamu dapat menjadi pengikut-Ku, kecuali dia meninggalkan segala miliknya.”


Lukas 15:1
Pada suatu hari banyak pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat datang mendengar Yesus.


Lukas 15:3
Oleh itu Yesus menceritakan perumpamaan ini,


Lukas 15:11
Yesus berkata lagi, “Ada seorang bapa mempunyai dua orang anak lelaki.


Lukas 16:1
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Ada seorang kaya mempunyai seorang pekerja yang mengurus harta bendanya. Orang kaya itu diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang majikannya.


Lukas 16:9
Yesus berkata lagi, “Dengarlah! Gunakanlah kekayaan dunia ini untuk mendapat sahabat, supaya apabila kekayaan dunia ini lenyap, kamu akan disambut ke dalam tempat kediaman yang abadi.


Lukas 16:14
Orang Farisi mendengar segala yang dikatakan oleh Yesus. Lalu mereka mencemuh Yesus kerana mereka suka akan wang.


Lukas 16:15
Yesus berkata kepada mereka, “Kamulah orang yang berpura-pura benar di hadapan manusia, tetapi Allah mengetahui isi hati kamu. Apa yang dianggap berharga oleh manusia, dibenci oleh Allah.


Lukas 17:1
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Hal-hal yang menyebabkan orang berbuat dosa pasti ada, tetapi malanglah orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku!


Lukas 17:5
Rasul-rasul Yesus berkata kepada Yesus, “Tuhan, teguhkanlah iman kami.”


Lukas 17:11
Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan Samaria dan Galilea.


Lukas 17:13
dan berseru, “Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!”


Lukas 17:14
Yesus melihat mereka lalu berkata, “Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu.” Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh.


Lukas 17:16
Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria.


Lukas 17:17
Yesus berkata, “Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi?


Lukas 17:19
Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku.”


Lukas 17:20
Beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus, “Bilakah Allah akan datang untuk memerintah?” Yesus menjawab, “Pemerintahan Allah tidak bermula dengan tanda-tanda yang dapat dilihat,


Lukas 17:22
Setelah itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Masanya akan tiba apabila kamu berharap dapat melihat zaman Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya.


Lukas 17:37
Pengikut-pengikut Yesus bertanya, “Di mana, ya Tuhan?” Yesus menjawab, “Di tempat ada bangkai, di situ ada burung pemakan bangkai.”


Lukas 18:1
Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini untuk mengajar pengikut-pengikut-Nya supaya sentiasa berdoa dan tidak putus asa.


Lukas 18:2
Yesus berkata, “Di sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun.


Lukas 18:9
Yesus juga menceritakan perumpamaan ini kepada orang yang menghina orang lain, tetapi menganggap diri mereka baik.


Lukas 18:10
Yesus berkata, “Dua orang pergi ke Rumah Tuhan untuk berdoa. Yang seorang orang Farisi dan yang seorang lagi pemungut cukai.


Lukas 18:14
Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah, apabila mereka pulang ke rumah, pemungut cukailah yang diterima oleh Allah dan bukan orang Farisi itu. Setiap orang yang meninggikan diri akan direndahkan dan setiap orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”


Lukas 18:15
Beberapa orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada anak-anak itu dan memberkati mereka. Ketika pengikut Yesus nampak hal itu, mereka menegur orang di situ.


Lukas 18:16
Tetapi Yesus memanggil anak-anak itu lalu berkata, “Biarlah anak-anak datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang semacam inilah yang akan menikmati Pemerintahan Allah.


Lukas 18:18
Seorang pemimpin Yahudi bertanya kepada Yesus, “Ya Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?”


Lukas 18:19
Yesus bertanya kepadanya, “Mengapa kamu mengatakan Aku baik? Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah.


Lukas 18:22
Apabila Yesus mendengar hal itu, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu perkara yang harus kamu lakukan: Juallah segala hartamu lalu dermakan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian ikutlah Aku.”


Lukas 18:23
Tetapi apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, dia sedih kerana dia sangat kaya.


Lukas 18:24
Yesus melihat bahawa dia sedih. Oleh itu Dia berkata, “Alangkah susahnya bagi seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah!


Lukas 18:26
Orang yang mendengar kata-kata Yesus bertanya, “Jika demikian, siapa yang dapat diselamatkan?”


Lukas 18:27
Yesus menjawab, “Apa yang mustahil bagi manusia, tidak mustahil bagi Allah!”


Lukas 18:29
“Betul!” kata Yesus. “Percayalah, sesiapa yang meninggalkan rumah, atau isteri, atau saudara, atau ibu bapa, atau anak-anak kerana mengabdikan diri kepada Allah,


Lukas 18:31
Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu berkata kepada mereka, “Dengarlah! Kita sekarang menuju ke Yerusalem. Di sana segala yang ditulis oleh nabi-nabi tentang Anak Manusia akan berlaku.


Lukas 18:34
Semuanya itu tidak difahami sedikit pun oleh pengikut Yesus. Makna ucapan itu dirahsiakan daripada mereka. Mereka tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Yesus.


Lukas 18:35
Yesus hampir tiba di Yerikho. Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah.


Lukas 18:37
Mereka memberitahu dia, “Yesus, orang Nasaret itu, lalu.”


Lukas 18:38
Segera dia berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya!”


Lukas 18:40
Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa orang buta itu kepada-Nya. Apabila dia tiba, Yesus bertanya kepadanya,


Lukas 18:42
Yesus berkata kepadanya, “Jika demikian, lihatlah! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh.”


Lukas 18:43
Seketika itu juga dia dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus, sambil memuliakan Allah. Apabila orang ramai nampak hal itu, mereka memuji Allah.


Lukas 19:1
Yesus meneruskan perjalanan-Nya ke Yerikho dan melalui kota itu.


Lukas 19:3
Dia ingin melihat Yesus, tetapi kerana orang terlalu banyak, lagi pula dia pendek, dia tidak dapat melihat Yesus.


Lukas 19:4
Dia lari mendahului orang ramai, lalu memanjat sebatang pokok ara, supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ.


Lukas 19:5
Apabila Yesus tiba di situ, Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus, “Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.”


Lukas 19:6
Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan.


Lukas 19:8
Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, “Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!”


Lukas 19:9
Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham.


Lukas 19:11
Sementara orang masih mendengar Yesus berkata-kata, Yesus menceritakan perumpamaan berikut. Pada waktu itu Dia hampir tiba di Yerusalem dan orang ramai menyangka bahawa Allah segera akan memerintah di bumi.


Lukas 19:12
Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Seorang bangsawan pergi ke negeri yang jauh untuk dilantik menjadi raja, dan kemudian dia akan kembali.


Lukas 19:28
Setelah Yesus berkata demikian, Dia berjalan di hadapan mereka lalu menuju ke Yerusalem.


Lukas 19:29
Apabila Yesus tiba dekat Betfage dan Betania di Bukit Zaitun, Dia menyuruh dua orang pengikut-Nya berjalan terlebih dahulu.


Lukas 19:32
Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan mendapati semuanya seperti yang dikatakan oleh Yesus.


Lukas 19:35
Lalu mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus. Mereka menaruh jubah mereka pada punggung keldai itu lalu menolong Yesus naik ke atasnya.


Lukas 19:36
Sementara Yesus lalu dengan menunggang keldai itu, orang ramai membentangkan jubah di jalan.


Lukas 19:37
Apabila Yesus hampir sampai di Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersyukur kepada Allah dan memuji Allah dengan suara keras kerana semua mukjizat yang sudah disaksikan oleh mereka.


Lukas 19:39
Lalu beberapa orang Farisi antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Guru, suruhlah semua pengikut guru diam.”


Lukas 19:40
Yesus menjawab, “Percayalah, jika mereka diam, batu-batu ini akan mula berseru.”


Lukas 19:41
Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya.


Lukas 19:45
Yesus masuk ke Rumah Tuhan dan mula mengusir semua pedagang di situ.


Lukas 19:46
Yesus berkata, “Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa.’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!”


Lukas 19:47
Setiap hari Yesus mengajar di dalam Rumah Tuhan. Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin bangsa Yahudi hendak membunuh dia.


Lukas 20:1
Pada suatu hari, Yesus mengajar dan menyampaikan Berita Baik di dalam Rumah Tuhan. Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi datang


Lukas 20:2
dan berkata kepada Yesus, “Beritahulah kami, dengan hak siapa kamu melakukan perkara-perkara ini? Siapakah yang memberikan hak kepadamu untuk melakukannya?”


Lukas 20:3
Yesus menjawab, “Aku juga ingin bertanya kepada kamu. Katakanlah,


Lukas 20:8
Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.”


Lukas 20:9
Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada orang ramai. “Ada seorang yang menanami ladang anggur, lalu menyewakannya kepada beberapa orang. Setelah itu dia pergi ke negeri lain dan tinggal lama di sana.


Lukas 20:15
Oleh itu mereka membuang dia ke luar ladang lalu membunuh dia.” Lalu Yesus bertanya, “Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang itu terhadap para penyewa ladang anggur itu?


Lukas 20:17
Yesus memandang mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah makna ayat Alkitab ini? ‘Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.’


Lukas 20:19
Semua guru Taurat dan ketua imam di situ cuba menangkap Yesus pada saat itu juga, kerana mereka tahu bahawa perumpamaan itu ditujukan kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai.


Lukas 20:20
Oleh itu mereka menunggu peluang yang baik. Mereka menyuap beberapa orang supaya berpura-pura, dan mengutus mereka untuk memerangkap Yesus dengan pertanyaan. Dengan demikian mereka dapat menyerahkan Yesus kepada kekuasaan gabenor.


Lukas 20:21
Lalu beberapa orang itu berkata kepada Yesus, “Guru, kami tahu bahawa apa yang guru katakan dan ajarkan itu benar. Kami tahu bahawa guru tidak memandang kedudukan orang, tetapi guru mengajar kehendak Allah bagi manusia dengan terus terang.


Lukas 20:23
Yesus mengetahui muslihat mereka. Dia berkata,


Lukas 20:25
Oleh itu Yesus berkata, “Baiklah, jika demikian, berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”


Lukas 20:26
Mereka tidak dapat mencari kesalahan Yesus di hadapan orang ramai. Mereka diam sahaja kerana hairan mendengar jawapan-Nya.


Lukas 20:27
Beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. (Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula.) Mereka bertanya kepada Yesus,


Lukas 20:34
Yesus menjawab, “Lelaki dan perempuan yang hidup sekarang ini berkahwin.


Lukas 20:40
Mereka tidak lagi berani menanyakan apa-apa kepada Yesus.


Lukas 20:41
Yesus bertanya kepada mereka, “Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?


Lukas 20:45
Sementara semua orang mendengarkan kata-kata-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,


Lukas 21:1
Yesus melihat di sekeliling-Nya dan nampak orang kaya memasukkan wang ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan.


Lukas 21:3
Yesus berkata, “Ketahuilah, balu ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.


Lukas 21:5
Beberapa orang sedang bercakap tentang Rumah Tuhan. Mereka berkata betapa indahnya Rumah Tuhan yang dihias dengan batu yang indah-indah, serta semua barang yang dipersembahkan kepada Allah. Lalu Yesus berkata kepada mereka,


Lukas 21:7
Mereka bertanya kepada Yesus, “Guru, bilakah perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?”


Lukas 21:8
Yesus berkata, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah dia!’ dan ‘Masanya sudah tiba!’ Jangan ikut mereka.


Lukas 21:10
Yesus berkata lagi, “Bangsa yang satu akan berperang melawan bangsa yang lain dan kerajaan yang satu akan menyerang kerajaan yang lain.


Lukas 21:29
Lalu Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Lihatlah pokok ara dan semua pokok yang lain.


Lukas 21:37
Setiap hari Yesus mengajar di Rumah Tuhan dan pada petang hari Dia pergi bermalam di Bukit Zaitun.


Lukas 21:38
Tiap-tiap pagi semua orang datang ke Rumah Tuhan untuk mendengar ajaran Yesus.


Lukas 22:2
Para ketua imam dan guru Taurat sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus dengan diam-diam, kerana mereka takut akan orang ramai.


Lukas 22:3
Kemudian Iblis memasuki Yudas yang disebut Iskariot, seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus.


Lukas 22:4
Lalu Yudas pergi berunding dengan para ketua imam dan ketua pengawal Rumah Tuhan tentang bagaimana dia boleh menyerahkan Yesus kepada mereka.