A A A A A
×

Malaysian Bible 2008

Matthew 4

1
Setelah itu Isa dibawa oleh Roh ke gurun untuk digoda Iblis.
2
Isa berpuasa empat puluh hari empat puluh malam. Dia menanggung kelaparan.
3
Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’
4
Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’
5
Selepas itu Iblis membawa Isa ke kota suci Baitulmaqdis dan meletakkan-Nya di puncak rumah ibadat.
6
Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat:“Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’
7
Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’
8
Iblis membawa pula Isa ke atas gunung yang amat tinggi lalu menunjukkan semua kerajaan di dunia dan kekayaannya.
9
Kata Iblis kepada Isa, ‘Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.’
10
Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’
11
Iblis pun meninggalkan Isa dan para malaikat datang melayani-Nya.
12
Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea.
13
Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.
14
Dengan demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:
15
‘Tanah Zebulon, tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.
16
Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya gemilang. Bagi mereka yang di bawah bayangan maut, Cahaya telah bersinar!’
17
Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’
18
Sedang Isa berjalan di pinggir laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan adiknya Andreas, sedang menjala ikan.
19
Isa berkata kepada mereka, ‘Ikutlah Aku. Aku akan mengajarmu menjala manusia menjadi pengikut-Ku.’
20
Dengan serta-merta mereka dua beradik meninggalkan jala mereka lalu mengikut Isa.
21
Isa meneruskan perjalanan. Dia ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yahya bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Isa memanggil dua beradik itu.
22
Seketika itu juga mereka meninggalkan perahu dan bapa mereka lalu mengikut Isa.
23
Isa menjelajahi seluruh wilayah Galilea. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan berita baik bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Dia menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan di antara mereka.
24
Berita tentang Isa tersebar di seluruh Siria. Maka, ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang mengidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya.
25
Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan.
Matthew 4:1
Matthew 4:2
Matthew 4:3
Matthew 4:4
Matthew 4:5
Matthew 4:6
Matthew 4:7
Matthew 4:8
Matthew 4:9
Matthew 4:10
Matthew 4:11
Matthew 4:12
Matthew 4:13
Matthew 4:14
Matthew 4:15
Matthew 4:16
Matthew 4:17
Matthew 4:18
Matthew 4:19
Matthew 4:20
Matthew 4:21
Matthew 4:22
Matthew 4:23
Matthew 4:24
Matthew 4:25
Matthew 1 / Mat 1
Matthew 2 / Mat 2
Matthew 3 / Mat 3
Matthew 4 / Mat 4
Matthew 5 / Mat 5
Matthew 6 / Mat 6
Matthew 7 / Mat 7
Matthew 8 / Mat 8
Matthew 9 / Mat 9
Matthew 10 / Mat 10
Matthew 11 / Mat 11
Matthew 12 / Mat 12
Matthew 13 / Mat 13
Matthew 14 / Mat 14
Matthew 15 / Mat 15
Matthew 16 / Mat 16
Matthew 17 / Mat 17
Matthew 18 / Mat 18
Matthew 19 / Mat 19
Matthew 20 / Mat 20
Matthew 21 / Mat 21
Matthew 22 / Mat 22
Matthew 23 / Mat 23
Matthew 24 / Mat 24
Matthew 25 / Mat 25
Matthew 26 / Mat 26
Matthew 27 / Mat 27
Matthew 28 / Mat 28